Thursday, November 18, 2010
Atas Pagar Berpolitik vs Atas Pagar Beragama.
Dari situ, mereka menyamakan "atas pagar berpolitik" dan "atas pagar beragama". Dari artikel yang ditulis itu, lebih menjuruskan kepada beragama, bukan kepada berpolitik.
Kenapa ? Kerana, hal hal berkaitan dengan agama, tiada atas pagar. Tiada istilah "atas pagar". Kerana dalam beragama, hanya dua keadaan, iaitu beriman atau kufur. Sedangkan hal-hal yang berkaitan dengan politik, ada kebebasan untuk memilih sama ada menyokong atau tidak atau melihat dan menilai yang terbaik.
Kenapa ambe berkata sedemikian ? Kamu menyokong atau tidak, parti itu parti ini, bukan penentu iman kamu. Bila ada kelompok yang tidak berparti, tidak bermakna mereka itu kufur. BIla ada kelompok yang berparti, tidak bermakna mereka itu beriman.
Politik melibatkan pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Tindakan penulis artikel itu seolah olah ingin menjadikan politik itu sebagai agama. Jika ada pihak yang cuba menjadikan politik sebagai agama, maka, bukan islam yang berpolitik, termasuk dalam golongan yang beragama kah ?
Adakah politik itu suku, agama suku ? Ambe harap, pandangan ambe bukan bermaksud menyatakan bahawa agama itu suku, politik suku. Pandangan ambe diatas, ingin mengatakan, Agama mengajar kamu cara berpolitik, bukan politik mengajar cara kamu beragama.
Perlu ingat, kemenangan parti terletak ditangan golongan atas pagar yang menilai dan melihat yang terbaik. Usah memusuhi mereka kerana fikrah politik mereka sedemikian.
Kekalahan PR di Batu Sapi dan Galas, maka, disalahkan golongan atas pagar, sedangkan, BN yang pernah kalah di PRK , tidak kedengaran menyalahkan golongan atas pagar.
Friday, November 12, 2010
Allah Maha Berjasa ?
off topic
persoalan ini, ambe teruskan di thread baru ini, untuk membuktikan keb0d0han ambe dalam memahami sesuatu pekara dalam urusan agama. Tidak salah kan. :wink::mrgreen: Dengan membuka thread sebegini, jika ternyata benar membawa kepada kerosakkan pada diri ambe, memperlihatkan diri ambe sebagai orang yang b0d0h atau jahil, sepatutnya dibiarkan. Tak perlu lah nak lock. Sebabnya, keb0d0han itu terpalit kepada diri ambe, dan jawapan bernas dari mereka yang tidak sependapat dengan ambe, menjadi sajian buat forumer forumer yang menjenguk thread ini, dengan kebodohan ambe, membawa faedah kepada orang lain. :wink: Kira berjasa jugak lah ambe ya. :mrgreen::mrgreen:
On topic
Allah Maha Berjasa. Ambe ulangi, Ayat itu adalah satu ayat yang merendahkan martabat ketuhanan yang ada pada ALlah swt. Kenapa ? Perkataan "berjasa" menunjukkan satu pekerjaan baik kepada sesuatu. Berjasa mengambarkan perkara yang memberi faedah kepada sesuatu keadaan. Berjasa seerti dengan perkataan Berbakti. Dimana dikatakan merendahkan martabat ketuhanan ?
InsyaALlah, akan ditemui selepas membaca pandangan seterusnya dari ambe dibawah ini.
JIka perkataan Allah Maha Berjasa, bukan sesuatu yang salah pada martabat ketuhanan, kerana, ada forumer yang berpandangan, bawah Allah Maha Segala-galanya, maka, ALlah Maha Berjasa itu tidak salah, dan kena pada tempat nya pada ungkapan itu. Itu satu pandangan. Dengan pandangan ini, ambe ingin mengajak semua forumer berfikir sejenak.
JIka Allah Maha Berjasa itu tidak salah, maka, ALlah Maha Berbakti juga tidak salah. Untuk memenuhi keperluan bahawa Allah Maha segala-galanya. :wink:
Dan sekarang, mari kita jenguk kedalam perkataan "bakti'. Apa yang kalian faham tentang bakti ? Bakti sudah tentu digambarkan pekerjaan baik. Satu pekerjaan yang memberi faedah kepada kepada manusia.
Jadi, Bakti seerti dengan Jasa. Berbakti seerti dengan Berjasa. ( Sila nafikan jika perkataan itu tidak seerti ). :wink:
Persoalan dari Abangbotaklicin bertanya, adakah Jasa itu sesuai untuk Allah swt ?. Takde jawapan yang mengatakan bahawa "JASA" itu sesuai untuk Allah swt.
Dan persoalan Abangbotaklicin itu, ambe katakan, adalah tidak sesuai sebagaimana jawapan ambe telah lontarkan secara tidak langsung.
Ambe telah berkata,
Perkataan "Berjasa" sesuai untuk sesama makluk. Jika melibatkan Pencipta dan makhlukNya, maka, selayaknya Pencipta itu dipakai dengan perkataan "Pemberi".
sebagai anak, kita berjasa pada ibubapa. Itu sesama makhluk. takde hal. Martabat sama.
Sebagai Tuhan, Allah berjasa kepada manusia. semacam tak kena pada martabat ALlah sebagai Pemilik Alam dan makhluk keseluruhan.
Apa yang kamu faham tentang berjasa ? Apa yang kalian faham tentang berbakti ?
Ambe faham, berbakti adalah satu pekerjaan yang berfeadah bagi membalas atas perkara yang telah diberikan kepada kita. Ambe faham, berjasa juga adalah satu pekerjaan yang berfaedah bagi membalas atas kurniaan/imbuhan
Boleh nafikan ? :wink:
Kita memberi jasa kepada negara, kerana ada nya negara ini, kita dapat menjalani kehidupan aman damai.
Kita memberi bakti kepada ibubapa, kerana mereka lah kita dapat apa yang kita ada hari ini.
Sekarang, nampak atau tidak pada dua ayat diatas ? Jasa dan Bakti mengambarkan ada hubungan dua hala yang member manfaat kepada kedua dua belah pihak.
Negara yang kita duduki ini, memberi feadah kepada kepada kita, kerana ada negara, kita bernegara dan kita memberi balik feadah kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Itu dinamakan jasa. Berjasa. Ya dak ?
Ibubapa yang membesarkan kita sehingga dewasa menjadi orang bijak dan pandai. Itu lah feadah yang kita perolehi dari ibubapa kita, dan kita menjaga hari tua ibubapa, memberi feadah kepada ibubapa kita. Itu dinamakan bakti. Berbakti. Ya dak ?
BN berjasa kepada rakyat dan negara. Sebagai balasan, rakyat mengundi BN. ( saling mendapat faedah antara satu sama lain ) :wink:
BN tidak berjasa kepada rakyat dan negara. Sebagai Balasan, rakyat tak payah undi BN. :mrgreen::mrgreen:
PR berbakti kepada rakyat dan negara. Sebagai balasan, rakyat mengundi PR. ( Saling mendapat feadah antara satu sama lain ) :wink:
PR tidak berbakti keapda rakyat dan negara. Sebagai balasan, rakyat tak payah undi PR.
Sekarang, sudah nampak atau tidak, bahawa perkataan berjasa dan berbakti akan merendahkan martabat Ketuhanan ? Masih tak nampak ? :wink:
Adakah Allah Maha Berjasa kepada makhlukNya itu tepat pada penggunaan perkataan itu ?
Adalah Allah Maha Berbakti kepada makhlukNya itu tepat pada pengunaan perkataan itu ?
Jika tepat pada perkataan berjasa, maka ALlah juga mendapat faedah atas ketaatan Makhluknya.
JIka tepat pada perkataan berbakti, maka Allah juga mendapat faedah atas kebaikkan Makhluknya. Sila iyakan jika ayat ambe di atas itu tepat. :mrgreen:
Tidakkah ini akan merendahkan martabat ketuhanan ? Sedangkan didalam alquran, Allah tidak rugi apa-apa, Allah tidak dapat apa-apa atas ketaatan manusia terhadapNya. Mung nok wat baik ke nok wat jahat ke, Allah tak rugi apa-apa. Allah beri itu, beri ini, kepada makhluknya ( berjasa lah tu kononnya ), Allah tak dapat apa apa faedah atas pemberianNya kepada makhkluknya. JIka tak dapat apa apa dari makhluknya, berjasa apa nya... Allah maha berjasa maha berbakti apa nya itu.
Walaupun Allah Maha Segala-galanya, sesuatu perkataan yang nampak kebaikan, belum tentu sesuai untuk dipadankan dengan sifat ketuhanan.
Sebab itu Allah Maha Pemberi, Allah Maha memberi Manfaat, ambe bantah sekiranya dua asma al husna ini cuba dipadankan dengan 'berjasa' atau 'berbakti'.
Masih tidak faham ?
Dalam hadis dan alquran ada sebut, menyuruh kita berbakti kepada ibubapa. Apa maksud disini ? Iaitu satu kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksana. Kita tukar perkataan berbakti kepada berjasa plak. :wink::mrgreen:
kita disuruh berjasa kepada ibubapa kerana itu adalah satu kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksana.
Allah Maha Berjasa adalah satu kewajipan dan tanggungjawab ALlah terhadap makhluknya.
Allah Maha berbakti adalah satu kewajipan dan tanggungjawab Allah terhadap makhluknya. :mrgreen::mrgreen:
Adakah Allah terikat dengan tanggungjawab dan kewajipan ? Guaner, rasa boleh faham dok lagi ?
Monday, November 8, 2010
apa PR nak bawak pada PRU13 ???!!!
PR macam tunggu dan lihat apa musuhnya buat..... lepas tu baru nak ikut kut.
PR masih takde ketua yang mengetuai PR....
PR tak nak buat langkah 'check' sebelum checkmate ?
PR macam tak yakin ajer....
Jika dimintak, PR umumkan, pemimpin parti yang bakal bertanding pada PRU13, nak ke PR umumkan ?
Bakal bertanding : Nama Calon.
Back up Bakal Bertanding : Nama calon
tujuan : sebagai persediaan menghadapi kemungkinan.
Bila dah umum pemimpin yang bakal bertanding, baru bleh lihat, sapa bekerja untuk parti, dan sapa berkerja untuk rakyat.
Ambe tak pandang, sapa bekerja untuk parti, ambe pandang, sapa bekerja untuk rakyat.
Guaner ?
fikir fikir, PR ni b0d0h.
Thursday, October 28, 2010
Ciri-ciri Dan Adab-adab Seorang Ulama
Assalamualaikum Warahmatullah.
MAKSUD PERKATAAN ULAMA
Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami.
Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.
Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:.
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)
CIRI-CIRI RINGKAS ULAMA
Jikalau hendak disenaraikan ciri-ciri ulama satu persatu, sudah tentulah tidak terhitung banyaknya. Jadi saya nyatakan secara ringkasnya sahaja ciri-ciri seorang ulama sepertimana berikut:
- Sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
- Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam berkenaan agama Islam di dalam segenap sudut.
- Beramal dengan segala ilmu yang dimilikinya.
- Berakhlak mulia.
- Tidak gentar untuk menegur dan berkata benar kepada sesiapa sahaja.
- Mempunyai sifat-sifat terpuji seperti: Zuhud, warak, sabar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi.
- Meninggalkan perkara-perkara mazmumah seperti: Riyak, takabur, sombong, angkuh dan sebagainya lagi.
- Sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan dan menyeru manusia kepada Islam.
- Dan banyak lagi.
ADAB-ADAB SEORANG ULAMA ATAU GURU
Seperti yang saya telah sebutkan di atas, jika hendak disenaraikan satu persatu ciri-ciri ulama, sudah tentulah akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, di sini saya nyatakan pula adab-adab bagi seorang ulama atau alim serta guru sepertimana yang telah diperkatakan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah:
- Mampu menanggung kesusahan.
- Bersabar dengan kesulitan.
- Duduk dengan rasa hormat serta berkelakuan tenang ketika bersama manusia.
- Meninggalkan takbur di atas sekalian hambaNya kecuali terhadap orang yang zalim.
- Mencegah daripada kezaliman.
- Memilih tawaduk pada perhimpunan dan pada majlis orang ramai.
- Meninggalkan gurau-senda dan bermain-main.
- Melayan dengan baik pelajar yang kurang pandai.
- Membimbing pelajar yang angkuh.
- Memperbaiki pelajar yang bodoh dengan tunjuk ajar yang baik.
- Tidak marah kepada pelajar yang bodoh.
- Tidak malu daripada berkata ‘aku tidak tahu’.
- Memberikan perhatian kepada pertanyaan.
- Memahami soalannya.
- Menerima hujjah.
- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika bersalah.
- Melarang pelajar daripada setiap ilmu merbahaya.
- Melarang pelajar daripada menghendaki dengan ilmu selain dari Allah Taala.
- Melarang pelajar daripada sibuk menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum selesai menuntut ilmu fardhu ain. Ilmu fardhu ain ialah berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan takwa.
- Memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dengan takwa, supaya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya.
CIRI-CIRI ULAMA DUNIA
Berikut saya nyatakan juga ciri-ciri ulama dunia. Saya senaraikan di sini berdasarkan kitab Ulama al-Suq Ulama al-Dunya karangan al-Amin al-Haj Muhammad Ahmad sepertimana berikut:
- Menyembunyikan ilmu dan kebenaran.
- Cintakan dunia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
- Mengikut hawa nafsu.
- Berkeinginan untuk mendampingi dan mendekati pemerintah.
- Berpura-pura di dalam masyarakat.
- Menjanjikan akhirat dengan dunia mereka dan di dalam kehidupan mereka melebihkan perkara-perkara dunia serta lainnya.
- Mengkaji dan menyelidik dengan kesalahan dan kekurangan.
- Fatwa dengan mengikut syahwat.
- Dengki dan benci serta tidak insaf.
- Berbeza amalannya dan kata-katanya.
- Berdolak-dalih dan berhelah.
- Menjawab sesuatu dengan akal dan mengingkari serta bongkak untuk menerima kebenaran.
PERANAN DAN KEPENTINGAN ULAMA
Semenjak kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang daripada segolongan pihak yang cuba merendah-rendahkan keilmuan dan kemuliaan para ulama. Mereka ini berkata bahawa para ulama bukanlah maksum seperti Rasulullah S.A.W. Oleh itu, mereka menyarankan agar tidak perlu mengikut tunjuk ajar daripada ulama untuk memahami urusan agama Islam ini. Mereka berkata lagi bahawa boleh sahaja untuk mengambil terus daripada dalil-dalil al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan kefahaman sendiri. Adakah tindakan ini bertepatan dengan Islam?
Firman Allah Taala bermaksud:.
Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Nahl: Ayat 43).
Oleh itu, saya ingin mengajak para pembaca termasuklah diri saya sendiri bermuhasabah terlebih dahulu sebelum hendak mengatakan sesuatu kepada para ulama. Sila baca dan jawab dengan ikhlas soalan-soalan berikut:
Berapa banyak ayat al-Quran al-Karim yang kita faham dan hafal?
Berapa banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang kita faham dan hafal?
Berapa banyak kitab-kitab dari ulama muktabar yang kita faham dan hafal?
Berapa banyak ilmu agama yang kita dalami dan fahami?
Berapa banyak ulama dan guru yang sentiasa kita lazimi untuk mendalami ilmu agama secara bersanad dan bertalaqi?
Dan pelbagai soalan lagi.
Jadi apakah jawapan kita terhadap soalan-soalan di atas? Mampukah kita duduk sama taraf dengan para ulama? Sedangkan mereka jauh lebih alim dan mengetahui daripada kita berkenaan agama Islam. Mereka memiliki segala ilmu yang cukup bagi membolehkan mereka mengeluarkan hukum-hakam agama untuk keperluan manusia. Mereka jugalah adalah dari kalangan hamba yang amat takutkan Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:.
Sesungguhnya yang takut kepada Allah Taala di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.
(Surah Faathir: Ayat 28).
PERINGATAN PENTING
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:.
Sesungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila sudah tiada para ulama, manusia akan melantik pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang jahil lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi).
Kita mesti mengakui bahawa para ulama bukannya maksum dan mereka tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Namun jika hendak dibandingkan dengan kita, sudah tentulah mereka lebih layak untuk mengeluarkan hukum-hakam kerana mereka telah memahami ilmu agama dengan mendalam. Oleh itu, kita sebagai masyarakat awam ini, tidak perlulah kita merasa diri terlalu hebat daripada para ulama yang sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah Taala. Hormatilah para ulama dengan sebaiknya. Berakhlaklah kita kepada mereka jikalaupun mereka telah tersalah di dalam mengeluarkan pandangan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:.
Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyanyangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.
(Riwayat Ahmad).
Kadang-kala kerana terlalu ghairah segolongan puak ini melaungkan kata-kata ‘tidak perlukan para ulama’, mungkin mereka terlupa bahawa para ulama ini turut disebutkan di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. Tidakkah tindakan mereka ini sebagai menolak ayat-ayat al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. juga? Oleh itu, saya sarankan agar serahkan urusan agama Islam ini kepada para ulama untuk menjelaskannya. Ingatlah peringatan dari Allah Taala ini:
Firman Allah Taala bermaksud:.
Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah Taala sesuatu yang kamu tidak ketahui.
(Surah al-Aaraf: Ayat 33).
PENUTUP
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:.
Ulama itu ada tiga jenis. (Pertama) orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. (Kedua) orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). (Ketiga) orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dari ilmunya.
(Riwayat ad-Dailami).
Saya berharap kita semua dapat menghormati ulama sebagai pewaris para nabi. Beradablah dengan mereka terutamanya ketika kita hendak memberikan pendapat yang berbeza dengan mereka dan bawakan sekali pendapat ulama lain untuk menyokong pendapat kita. Bagi sesiapa yang merasa diri terlalu hebat ataupun malas untuk menuntut ilmu, di sini saya ingin sarankan sebuah kitab bertajuk Safahat Min Sabr al-Ulama karangan Syeikh Abdul Fatah Abu Udah. Setelah membaca kitab kita, saya katakan bahawa betapa lemahnya dan kerdilnya kita berbanding para ulama yang sentiasa dibimbing oleh Allah Taala. Semoga aku boleh menjejak langkah mereka ini! Aminnn.
Sila rujuk link berikut untuk penjelasan tambahan:
http://buluh.iluvislam.com/?p=52
‘Memberi dan Berbakti’
Wallahualam.
Sumber : Http://Buluh.IluvIslam.Com"
Tuesday, October 26, 2010
Bila ada yang menegur..
salam saudara adie79
tujuan saya buka thread ini adalah utk memperlihatkan bagaimana hukuman hudud rejam di jalankan.. sesuatu yg jarang2 dapat dilihat dr dekat.. bukan nak pertikaikan atau mempersoalkan..
cuma saya yg dangkal dan cetek pengetahuan nie nak tanya.. begitu ke dilaksanakan.. atau tanam separas pinggang ke.. jarak dan siapa yg boleh ambil bahagian.. tu je niat saya..
yang lain2 bertanya tu saya anggap (berbaik sangka) yg mereka tidaklah MENENTANG perlaksanaanya SERTA sedar akang KEWAJIPAN dalam melaksanakannya.. cuma saya anggap mereka khuatir dengan persepsi pandangan masyarakat luar yg telah melabelkan ISLAM nie BARBARIC (tolong faham betul2 apa yg saya tulis..)
Ada jawapan2 dari sahabat spt KAKIPARAP, Biji Getah dan beberapa yg lain memberikan input yg baik.. tak ketinggalan juga dr anda..Seharusnya kita membantu dan sama2 berusaha memberikan KEFAHAMAN dan MAKLUMAT TEPAT mengenai hudud ini..
Apa pun saya memandang anda seorang pemuda (tahun 79) yang mempunyai keazaman, ilthizam, keberanian dan kesungguhan yg TINGGI demi memartabatkan ISLAM di tempat yang sewajarnya..
Ntah mengapa melihat dr penulisan anda, berdiskusi secara terbuka dan santai dgn anda mungkin adalah suatu keadaan yg sangat sukar.. Utk menelefon anda pun saya tak punya keinginan kerana saya rasa perbincangan secara terbuka dan tenang tak mungkin tercapai..
Mungkin anda bagus dan efisen..sebagai pengajar tetapi utk mengajak org2 awam level kefahaman agama yg sgt sederhana.. anda mungkin akan kurang berjaya.. WALHAL.. golongan inilah yg paling banyak terdapat pada masyarakat kita pada hari ini dan perlukan bimbingan..
Jangan salah anggap.. jangan hakimi saya tidak gemar dengan cara anda.. cuma pendekatan anda bukanlah pilihan saya.. NAmun pendekatan anda itu tidaklah salah.. Dakwah memerlukan pelbagai cara dan teknik.. Dan mungkin kebolehan anda dalam dakwah jenis keras dan tegas.. wallahualam..
wassalam..
link
Thursday, October 21, 2010
Perlu cerdik dgn jawapan, bukan cerdik dgn makian.
Sekiranya forumer memberi jawapan yang hanya cerdik pada makian, cacian dan sebagainya, bagi menjawab persoalan pihak yang dimusuhi, jadi, tidak perlu dipanjangkan penjelasan, kerana kita sendiri sudah tahu menilai pada perbuatan diri kita sendiri.
Saturday, October 16, 2010
Golongan yang buta
Di Mykmu, terlalu ramai golongan yang buta. Buta kepada keberanan. Amat malang lagi, di TKO juga ramai golongan yang buta walaupun mereae ini bersemangat bercakap tentang islam. Pandangan dibawah ini adalah gambaran yang berlaku di TKO.
Serol wrote :
Budaya memaki/ mencaci ini dah lama berakar umbi dalam TKO. Tapi masa aku join TKO di zaman V7 kurang skit masalah ini.... Tapi keadaan sekarang makin di luar kawalan. Kenapa????
Apa yang aku nampak. Antara lain nya adalah kurang pemantauan. Zaman V7 banyak perkataan yang di sensored. Zaman tu taip laaa perkataan seperti Bodoh/ Babi/ Sial dsb... biler submit posting, secara otomatik akan di ubah. Tapi sebabkan warga TKO nih ramai yg suka sangat mencaci/ memaki, maka mereka pulak berfikiran kreatif dan wujudlah ejaan baru seperti b0d0h, b.a.b.i, BO_DOH dsb. Mana yg PWM/ Mod perasan perkataan baru tu akan di sensored jugak. Persoalan nyer, ke mana hilang nya pemantauan pihak berwajib dalam TKO??? Aku tak pasti sejak bila aktiviti memaki ini di halalkan di TKO, sebab V8/V9/V10 aku x masuk sini... penghujung V10 baru aku masuk... tu pun sebab aku ternampak ader sorang forumer yg begitu kurang ajar menganakharamkan forumer lain!!! Kalau bukan sebab dier, aku sekadar masuk untuk membaca artikel saja di sini. Kalau layan thread pun aku layan thread santai jer....
Kenapa selama V8-V9 aku sekadar membaca artikel??? Tak pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri, kemana menghilangnyer forumer yg hebat seperti Mamatkepok, Uma, Keadilan, Joe Wings, Ladybird, Raktamritika, BatuBata, Tn Asoy, Bayumurni, Silversky to name a few, yg begitu giat berforum di zaman V7??? Dari input yang aku dapat, rata2 otai2 lama ni menyampah dengan sikap forumer yg bermulut celupar di sini. Ramai yg sekadar singgah membaca dan ramai jugak yg mencari platform lain. SYABAS PEMAKI TEGAR!!!
Saban hari ada saja forumer baru di sini... bila join, mereka akan melihat perangai abang2 mereka terlebih dahulu..... Sebabkan ramai abang2 yg hebat memaki, adik2 pun tanpa segan silu mula memaki.... There you go on and on and on... sampai satu peringkat, TKO ni sarat ngan GOLONGAN PEMAKI TEGAR seperti yg apa yg anda saksikan di sini. Baru ni, dalam thread ni, aku terima title munafik oleh JON LINE. Budak ni aku kategori kan sebagai forumer hingusan.... join mid 2010, posting pun x seberapa tapi dah berani nak memunafik kan org lain. Ni lah akibat dari kesinambungan budaya caci maki yg di rintis oleh abang2... adik2 yg baru masuk pun dah pandai kurang ajar.... mana tak nyer... abang2 sumer memang TAK CUKUP AJAR!!!
Tambah mengejutkan MOD sekarang seolah membenarkan makian bercambah di sini. Kenapa??? SEBAB SALING BERKENALAN???? Adakah sebab kenal maka kita benarkan perbuatan sahabat kita itu??? Mungkin sebab itu aku peratikan beberapa forumer yg dah berumur bebas memaki orang sesuka hati??? Kalau forumer tersebut jelas menentang PR, laju saja MOD kasi lampu amaran, tapi pada geng sendiri MOD buat tak nampak??? Huhh!! Budaya kronisme. Walaupun jelas forumer telah menganakharamkan forumer lain, langsung x der amaran yang di beri hingga ke hari ini... Mengapa??? Sebab member???? Ramai juga di kalangan forumers menggunakan multiple nick semata2 utk memaki..... Kalau berani, tak perlu gunakan polong, tampilkan diri anda yang sebenar. Kenapa guna polong??? Sebab khuatir reputasi anda terjejas??? BACUL & HIPOKRIT!!!!
Aku berkata sebegini sebab aku sedih melihatkan perangai warga TKO yg kuat memaki hamun. Kadang2 aku tertanya ke mana hala tuju TKO sekarang ni??? Aku bukan x kenal korang. Ramai antara forumer kat sini yg aku dah jumper. Ader yg pernah ngeteh bersama, ader yg pernah makan bersama, ader yg pernah solat bersama, ader juga yang pernah tido bersama. Tiada beza nya perjuangan antara kita. Sama2 nak lihat hukum Islam tertegak di bumi Malaysia. Cuma aku harap, PLEASE DO SOMETHING ABOUT IT!!! Budaya memaki bukan budaya kita. TKO is much better than that.
Lagi satu worth to take note. Budaya samseng yg makin kuat menyerap dalam TKO. Tak dapat berhujah, di ajak nya orang tu bertumbuk!! kalau x silap aku, dulu hampir terjadi aksi bertumbuk di Penang. Tapi forumer yg di cabar x hadir. BETUL TAK??? Sekarang, ader pulak yg ajak jumpa tepi hiway PLUS. X cukup ngan tu. Taktik intimidation di gunakan dengan Thread Lutut terbang laaa.... Siku terbang laaa... Dulu kalau x puas hati sekadar berbalas pm... aku dulu pun pernah gak sekali dua terima pm ajak gaduh... TAPI SEKARANG DAH BOLEH BUKAK THREAD NAK AJAK BERGADUH. Samseng betul org kat TKO sekarang ni... Nak ganti 3 LINE ker???? DENGAN FRU XNAK PULAK KO BERLAWAN!!!
Kembalikan kegemilangan TKO di zaman V7. Time tu forumer berposting ngan hujah2 yg amat baik. Hujah di balas hujah, bukan hujah di balas makian/ cacian. Forumer saling hormat menghormati biar pun berlainan idealogi. Time V7, cuma SaripV6 jer yg posting nya kureng skit. Asyik2 "hhhmmmmmmmm...". jer kerja nyer...
Yg lain tu bila berhujah, cukup indah kalau di baca, penuh berisi bukan seperti sekarang, penuh emosi, penuh maki, penuh caci. Zaman V7, kalau x der modal org pun segan nak berposting. Kalau x cukup ilmu, jawab nyer kompom kena ayam... Sekarang nih??? Tak tau nak jawab, jalan paling mudah, MAKI SAJA... setel problem. Xyah pening kepala.... X pun KAPIRKAN/ MUNAFIK KAN SAJA lawan tu....kena amaran??? Aper susah MOD member aku... ~period~
Tuesday, October 12, 2010
Assobiyah, racis atau perkauman dari sudut asas formula matematik.
Jadi, untuk mempositifkan assobiyah, racis atau perkauman, maka,PAS dan UMNO perlu bercampur. Dengan lain perkataan "bersatu". Menjadi satu.
Semua mahu ? Sudah tentu tidak pada sebahagian penyokong PAS. JIka nilai positif yang ada pada PAS, lebih kecil berbandingkan nilai negatif yang ada pada UMNO, apa jua jenis kaedah, sama nak darab , nak campur, nak bahagi, hasilnya tetap negatif. Jadi, tolak. Maka, tak perlu mempositifkan assobiyah, racis atau perkauman.
Melainkan Nilai positif yang ada pada PAS itu lebih besar daripada nilai yang ada pada UMNO, maka, boleh dipositifkan assobiyah, racis atau perkauman. Jadi, bolehlah PAS dan UMNO bercampur menjadi satu. Lain perkataan bersatu.
Persoalan: Adakah PAS itu lebih besar angkanya dibandingkan dengan UMNO ?
Jawapannya : TIDAK!
Sebabnya ? Sebab PAS tidak dominan. Dalam PR, PAS tidak dominan. JIka bersama UMNO sekalipun, PAS jugak tidak dominan. Dominan mengambarkan majoriti. JIka tidak dominan, maka,angka nya kecik, positif kecik. Jika dicampur, didarab, ditolak, atau dibahagi dengan angka besar, negatif besar, hasilnya dari pada perkiraan matematik, adalah Negatif.
Jika faham kaedah matematik, maka, dalam politik, juga berhadapan dengan asas formula matematik.
Jadi, ambe ulangi, usah lah mempostifkan assobiyah, racis atau perkauman. Dan usah lah menggunakan ayat 13 surah al hujurat untuk memgambarkan bahawa assobiyah itu dibolehkan oleh syariat.
Masih ada yang bertegas hendak mempositifkan assobiyah, racis atau perkauman ? Masih tak boleh nak pakai asas formula matematik, campur, tolak, darab dan bahagi ? Masih hendak berkata dibolehkan oleh syariat ?
AMbe nak ajak semua berfikir dan terus berfikir, nak tengok boleh ke idaknya dari sudut syariat.
Ambe anggapkan assobiyah, racis atau perkauman ini seumpama arak. Arak nih semua tahu, boleh memabukkan, maka, akan menghilang kewarasan bila dah mabuk. Ya kan. Mereka yang mabuk pada assobiyah, racis atau perkauman, sudah tentu akan hilang kewarasan. Ya atau tidak ? SUdah tentu lah ya. Apa lagi.
Hanya taqwa sebagai "pengawal" pada diri manusia dari terjurus dalam kemabukkan. Tak dak takwa, akan mabuk lah. Ada taqwa, awal awal bertindak sebagai "pengawal" mengelak diri dari kemabukkan. Taqwa tu benteng.
Oleh kerana ambe umpamakan assobiyah, racis atau perkauman sebagai arak, maka, ambe nak guna kaedah fomula asas matematik.
Arak 1 baldi, dicampur air 1 cawan kedalam satu bekas, hasilnya tetap haram kan dan najis. Ya tak ? Jika arak 1 cawan, dicampurkan kedalam 1 baldi air, hukum masih haram dan najis.
Nampak hubungan angka positif dan angka negatif ? Tak nampak ? b0doh lah tuh. Jenis payah nak faham. Sebab itu, pada awal artikel ini, ambe menyebut, jika angka negatif lebih besar dari angka positif, hasilnya tetap negatif.
1 cawan arak dituang kedalam satu kolah air (berukuran 70x70 cm ), adakah air kolah itu boleh digunakan untuk berwudhu ? JIka syarat dipenuhi iaitu tiada rasa, bau dan warna nya selepas percampuran kedua bahan tersebut, maka, air kolah itu masih boleh digunakan untuk berwudhu. Betul kah ? Tak betul, sila kemukakan pendapat. Lagi bagus jika ada pendapat lain.
Dari segi fekah ( kira syariat lah ) , 1 kolah air ( berukuran 70x70 cm ), yang tidak berubah sifat, bau, rasa dan warnanya setelah dicampurkan bahan najis seperti arak, maka, memang boleh digunakan untuk berwudhu.
Perbuatan yang sengaja, mencampurkan 1 cawan arak kedalam 1 kolah air mutlaq, satu perbuatan yang kurang cerdik (kata tololkan, apa plak amrah ). Duk gi tebbeng sesaja nak nak campurkan 1 cawan arak kedalam 1 kolah air ( berukuran 70x70 cm) tu apa hal dan kejadahnya . Kan kan.
Begitu juga dengan assobiyah, racis atau perkauman. Bila ada cubaan mempositifkan perkara sedemikian, tidak ubah seperti perbuatan yang disengajakan dan boleh menjadi susah pada diri sendiri.
Saturday, October 2, 2010
Andai kata Ku Li ditawarkan ,,
1. TGNA menawarkan kerusi Dun kepada Ku Li, adakah Ku Li akan menerima nya ?
2. Sanggupkah Ku Li menerima tawaran itu dan bertanding diatas Tiket PAS ?
2. Reaksi Penyokong PAS bagaimana sekiranya Ku Li menerima tawaran itu ?
3. Perjuangan Ku Li untuk siapakah sebenarnya selepas itu ? Untuk Rakyat atau diri sendiri ?
4. PAS dan UMNO menawarkan Ku Li sebagai calon. Yang mana pilihan Ku Li ?
itu persoalan yang bermain difikiran ambe sekiranya Ku Li ditawarkan sebagai calon untuk PRK Galas.
Wednesday, September 29, 2010
Busuk belaka...
Ini kata katilempuk yang ada sesunggut. ( sengih mesra ) SK aka SB. Ada sesunggut. ( Sengih nyeyeh )
katilempuk: sp4n4r, penyu boleh jauh hati TKO? heheh buleh muntah dengar... merajuk gapo nyooo... kah..kah..kah
Ambe adalah insan biasa. Mesti ada sikit rasa terkilan. Sebabnya....
Ini peraturan TKO :
Sila rujuk Etika ( http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=129 )
cuba tengok Bab 3.
3. ADAB DAN TINGKAHLAKU
3.1 Bertimbang Rasa Terhadap Forumer Lain
Forumer mestilah bertimbang rasa terhadap lain tidak mengira pangkat. Jangan sesekali merendahkan newbie (laskar muda)
3.2 Menghormati Pandangan Orang Lain
Hormati pandangan orang lain walaupun mungkin pandangan mereka tidak sama dengan anda. Tidak perlu sama sekali untuk menyelesaikan masalah dengan menghina.
3.3 Pergaduhan Peribadi
Forum tko bukan tempat menyelesaikan pertelingkahan peribadi, kutuk-mengutuk, serangan peribadi, atau untuk mencari populariti. Diharap anda dapat menghormati antara atau sama lain dan menyelesaikan pertelingkahan peribadi secara peribadi atau di luar forum.
3.4 Kritikan/Komen Membina
Jadikan forum TKO sebagai tempat menasihati dan memberi kritikan membina bukannya provokasi. Jika anda dikritik hebat, jangan jadikannya sesuatu yang peribadi. Pertimbangkannya sekiranya anda boleh menerimanya. Kalau tidak, lupakan sahaja. Kalau anda mengkritik, lakukan hanya sekiranya anda berasakan bahawa kritikan anda dapat memberi kebaikan/menyumbang terhadap sesuatu topik.
3.5 Bermaaf-Maafan.
Jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah, bermaafan adalah satu sifat dan jalan yang tepat. Jika masing-masing ada pendapat yang bercanggah dan dua-dua adalah betul dari segi pertimbangan tertentu, maka lapangkanlah dada. Teruskan dengan pendapat anda, dan mereka dengan pendapat mereka. Tidak ada paksaan. Dan kalau orang dah minta maaf, janganlah ego dan keras hati. Menerima maaf tu satu sifat yang sukar dimiliki oleh ramai orang. Ia satu sifat mulia
3.6 Mengadu Domba Atau “Trolling”
Forumer jenis ini dikenali sebagai pengadu domba atau batu api. Mereka membangkitkan kemarahan orang tetapi kemudiannya memerhatikan sahaja orang lain berlumba-lumba datang untuk bertelingkah. Biasanya mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian umum. Jika anda melihat topik seumpamanya,janganlah memberi respon – topik itu mungkin akan dipadamkan atau dikunci akhirnya
Cantik kan. ( ambe tersengih manis )
Persoalan nya, adakah semua forumer ( tanpa pengecualian moderator ) perlu mematuhi etika diatas ?
Jawapan mudah, Perlu. :mrgreen::mrgreen:
perkara 3.1 :
Jangan sesekali merendahkan newbie. Baik UMNO, baik PAS, baik berkecuali, sama aja. Merendahkan newbie. Termasuk ambe merendahkan newbie. :mrgreen: Newbie datang buat perangai, jadi, diperendah rendahkan lah. Ngan Label Hingusan. :mrgreen:
Doh tuh, bila dah jadi orang lama, boleh diperendah rendah kan ke ? Mesti lah boleh. Forumer merendahkan ambe pun ada. MOd TKO merendahkan ambe juga ada. :mrgreen: Macam ambe kena. :mrgreen: Rasa nya, penyu juga diperendah rendahkan. :mrgreen:
Ambe dulu pun newbie gak. Takde ambe masuk terus jadi orang lama. :mrgreen: Usik sikit ajer, bekas mod Zul_mz merendah-rendahkan ambe dek kerana meroyan dengna usikan ambe. Ni contoh lah ambe nak bagi tau. Ambe juga direndah-rendahkan semasa masih baru di TKO. Dan kini, masih berlaku proses merendah rendahkan ambe. Biasa lah. Tak komersial katakan. ( ambe gelak manja )
Ambe dah lama kat TKO, dan ramai lagi forumer seusia, yang maintain ngan nick asal, berbeza pandangan, diperendah-rendahkan. Jadi, ambe ikut rentak lah. Ke guaner ? ( ambe sengih )
perkara 3.2
Bila ambe lontar pandangan (berbeza ), jawapan yang biasa ambe terima, "sp4n4r merepek", "tulisan macam budak sekolah", "pandngan c n p", "takde nilai komersial " , "maharaja" dan macam macam lagi lah. ( ambe sengih ) Bukan sekali dua, banyak kali, forumer tidak menghormati pandangan orang lain. Jadi, ambe pun ikut rentak jugak lah. Ternyata, bagi ambe, forumer puak assobiyah hijau nih, boleh dikecundangkan. Bukan ambe nak berlagak dengan kata kata ini. Ambe sekdar nak bagi tau ajer. Mereka ni jenis tak rasional atas seuatu isu. Terlalu emosional. Tahu nak marah ajer. ( ambe sengih ) Perangai MOD pun, ada gak yang jenis begitu. Jentik sikit ajer, punya telinga merah padam, kenipisan. ( ambe sengih )
Pekara 3.3
Pertelingkahan peribadi disusuli kutuk mengutuk lepas tu buat serangan peribadi. Ohh... itu standard forumer TKO, termasuk mod, wa cakap lu. ( ambe sengih lagi ) AMbe pernah dikutuk lepas tu dibuat nya serangan peribadi. Ambe pun, ikut rentak jugak lah. ( banyak nya ambe sengih ) Guaner ? Boleh buat kirra tak ? ( sengih sinis )
Pekara 3.4
Kritikan/komen membina ? Komen jenis macam mana pun, tetap dianggap sebagai kritikan yang merosakkan. Jika dak, takde forumer menjadi emosional lalu mengutuk dan membuat serangan peribadi. Ya dak ? ( sengih sinis ) Lepas tu mula mencabar nak berdebat. Bila suruh bukak thread, tak mahunya. Paling bijak, berhujah dengan ambe menggunakan ID lain, macam yang pernah dibuat oleh orang besar TKO. Pengakuan orang besar TKO tuh. AMbe tak reka. ( ambe senyum mesra ) Apa motif ? nak test skill atau nak test "fikrah" ambe ? ermm tidak lah ambe ketahui, melainkan empunya diri yang lebih mengetahui. Opsss.. salah faham, dianggap ambe berlagak plak. ermmm.. masalah masalah....
Perkara 3.5
Bermaaf-maafan ? erm. Diminta berlapang dada ?. Pekara 3.5 wat seddak ajer. Orang gannung kata lah wat seddak. Bahasa baku, buat sedap ajer. Dari segi praktikalnya, tak ler setera mana pun. Jangan Ego an keras hati ? baik forumer mahupun mod, 2 x 5. ( sengih sinis ) Termasuk ambe lah tuh. (ambe senyum malu tersipu) Eh.. memang ler termasuk ambe, sebab ambe ikut rentak. Doraang Ego, ambe ego jugak lah. Dorang keras hati, ambe keras hati gak lah.
Perkara 3.6.
Batu api, pengadu domba ? Jika fokus satu benda, memang nampak batu-api/pengadu domba. JIka dilebarkan fokusknya, maka, sepatutnya dilihat sebagai perkara 3.4. Kritikan membina. Sebab pada perkara 3.4, ambe kata, komen jenis macam mana pun, dianggap bersifat negetif. Jika ada yang nak buat pencerahan pada perkara 3.6 ni..dipersilakan ... Kita bleh tengok.. reaksi... ( aik..! macam batu api ajer ning ). Wa cakap lu. ( lenguh ler ambe nak sengih ) (ambe gelak )
Itu peraturan dan etika yang dicanangkan. Peraturan atau etika yang tidak disebut, sapu masuk karpet.( sengih sinis )
Yooooo... adakah thread ini thread batu api atau pengadu domba ? ( senyum kelat )
adakah akan dipadamkan atau didelete ? Yoooo...tunggu dan lihat jika berlaku pemanasan TKO ( bukan pemanasan global tau ).
Uishhh.. panjang nya... ( senyum malu )
Alahai TKO..... Alahai Orang Besar TKO.... Disaster 22 Sept.
Nick sp4n4r, nickname yang tidak digemari oleh kebanyakan forumer di Tranungkite, Detikdaily, Utaraonline dan Mindarakyat. Selatanonline, ambe ada ke ? Sifat ambe yang suka menongkah arus menyebabkan ambe tidak disukai. Menongkah pada perkara yang diyakini betul, lawan arus lah, takkan nak jadi seperti lembu, dicucuk idung, ikut kemana ditarik.
TKO adalah tempat ambe sering melontarkan pandangan dan pendapat. Disebabkan tongkahan ambe ni jenis nganjing, perli, reverse psikologi, dan sebagainya, maka, ramai yang menjadi jelek dan sakit hati dengan cara ambe melontarkan pandangan.
Semakin hari,semakin ketara rasa tidak suka sesetengah pihak terhadap nick sp4n4r, terutama melibatkan moderator Tranungkite online. Cerita bakal diceritakan, mungkin satu andaian, mungkin satu tuduhan, dan mungkin satu persoalan.
pada 20 Ogos, ID sp4n4r mendapat status Guest. Punca bertukar status kepada Guest disebabkan ambe membalas posting melibatkan 2 orang moderator. waktu itu juga, posting ambe pada thread itu, dipadamkan. Ambe hantar lagi. Dipadam. Lepas tu ambe tak boleh nak hantar, status ID sudah bertukar menjadi Guest. Maka, ambe suspect, salah sorang mod terlibat.
Disebabkan ambe dah tak log in kat TKO, maka, ambe mohon bantuan dari pihak yang ambe yakini , mereka ini jujur dan rasional. Selepas berbalas dengan pihak terlibat, ID sp4n4r dapat digunakan balik. Semua bermula dari kosong. Hilang senioriti kat TKo. :) Dulu tarikh pendaftaran dec 2005, dah jadi pendaftaran baru Aug 2010. Terasa Junior. :)
Dari situ, ambe hantar private message kepada kedua-dua moderator yang ambe suspect. Alhamdulillah, salah sorang diantara mod membalas dan memperjelaskan. Alhamudulillah. Jika tidak bersalah, takde benda yang hendak disembunyikan, dan sudah tentu ada jawapan yang boleh disediakan. Tetapi malang, salah sorang mod yang bertaraf administrator, langsung tidak membalas private message dari sp4n4r. Maka, ambe mohon penjelasan dari pihak yang lebih tinggi pangkatnya. Dan jawapan yang diberi adalah disebabkan technical glitch. Ok lah. Apa nak buat, jika jawapan itu satu alasan semata-mata, telan ajer lah.
Pada bulan berikutnya, sekali lagi ID sp4n4r menghadapi masalah. Tak boleh login. Bubuh password betul doh, tak bleh gak. Macam mana ? Antara lagi emial mintak bantuan. Takde reply. Ok. Baru terfikir cara untuk dapatkan password balik. Ambe pun request lah seperti yang dikehendaki. Confirmation code dan seterusnya. Maka dapatlah ID ambe balik.
Berforumlah seperti biasa. Dan cerita terbaru, mengenai mod putrajaya dari pertanyaan ABGJAY, membongkar lagi satu misteri.
Jawapan dari orang besar TKO menyatakan ambe masih boleh antar posting di shoutbox, mengambarkan seolah olah ni main-main. Mencipta satu cerita khayalan. Dari situ menyebabkan ambe mencari kesilapan ambe. BIla ambe dapat buktikan, bahawa pada tarikh itu, tiada pun posting sp4n4r pada shoutbox, dan tarikh yang sama pada hari ambe request confirmation code untuk dapatkan password.
maka, ambe papar kan dua link ini :
1.http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Shout_Box&page=15
2.http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Shout_Box&page=14
Posting ambe dishoutbox. Takde posting pada tarikh 22 Sept 2010.
Ambe kepilkan e-mail ambe plak, hok ambe request confirmation code.
dari kedua-dua pembuktian diatas, jadi, memang betul lah, ambe tak boleh nak post kan kat shoutbox, tetapi dikatakan ambe, hantar posting kat shoutbox. Orang besar kata tuh. Maka, bermulalah satu alasan yang baru.
Orang besar TKO kata
"just normal..kadang kala browser yang diguna pening!! terumatamnya Crome. Jadi jika minta password sistem akan hantar password baru. Sdr kena faham konsep web dan database. Maklumat peribadi ada pada databse bukan pada sistem phpnuke. Mod hanya boleh akses web."
Masuk konsep web dan database lah plak. Termenung ambe duk fikir. Biar lah.... dorang punya cerita....Dari kisah itu, Thread ini , sedikit sebanyak mencalarkan imej diri sendiri.
Begitulah kisahnya.
Wednesday, September 8, 2010
Moderator Web Forum adalah Pembesar Temasik.
Mesti ada yang tak puas hati lah... :)
Friday, September 3, 2010
Talqin yang sebenar...
Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud
“Ajarilah orang-orang yang hendak meninggal dunia di antara kalian ucapan laa ilah illallah”
diriwayatkan oleh Muslim dan diriwayatkan Nasai, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah dalam kitab hadis yang empat.
apa itu talqin ?
talqin adalah perbuatan mengajar seseorang.
jadi, nak ambik hadis ini sebagai penguat kepada perbuatan talqin ke ?
Pernah dengar satu riwayat, setelah selesai peperangan Nabi S.A.W menyuruh para sahabat menghimpun mayat tentera musuh.
Setelah dihimpun satu tempat, baginda bertanya kepada mayat.
"Adakah kalian mendapat apa yang dijanjikan kepada kalian?"
(Begitu bunyinya lebih kurang aku dah lupa kena buka kitab dok nampak malam gelap ni. Dialog tu ada lagi sambungannya panjang skit lagi)
Setelah selesai para sahabat bertanya, Adakah mayat yang telah mati itu mendengar kata-katanya, Nabi S.A.W menjawab " BAHKAN".
Lu fikir sendiri....
Talqin yang dilakukan diatas kuburan si mati, hari ini, bukanlah talqin sebagaimana talqin yang diajar oleh rasulullah saw.
talqin nih untuk orang yang masih hidup yang bakal menemui ajal.... ... bukan untuk orang yang dah mati... dan bukan untuk orang sedang segor megor...
hadis yang dibawah oleh seorang forumer itu bukanlan hadis yang menyokong perbuatan talqin untuk yang dah mati. Pada hadis yang dibawa oleh forumer itu adalah mengambarkan Rasulullah saw menempelak orang kafir yang sudah mati.
khilafiyah isu talqin tidak berkesudahan kerana kita sendiri tidak faham "mesej" yang disampaikan didalam sesuatu hadis.
Perbuatan talqin hari ini, ambe berani kata, itu adalah bida'ah, kerana rasulullah saw menyuruh mengajar (talqin) orang yang hendak mati dengan khalimah syahadah, bukan orang yang telah mati.
rasa rasa dah selesai ? rasa rasa dah nampak apa yang sepatutnya nampak ?
ermmm
Friday, August 27, 2010
Luahan Anak terengganu
Aku rasa terpanggil untuk mengemukan satu isu yang pada aku tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan TERENGGANU sebelum ini.
Kerajaan terengganu melalui YAYASAN ISLAM TERANGGANU secara lazimnya akan menyediakan peruntukan khas yang dinamakan sebagai WANG IHSAN kepada pelajar2 yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat IJAZAH/DIPLOMA/SIJIL.
Di mana, untuk peringkat IJAZAH (RM1000),DIPLOMA dan SIJIL (RM500), dan bayaran ini diberi CASH secara terus kepada mereka yang hadir ke YAYASAN TERENGGANU.
Saya adalah salah seorang daripada penerima wang tersebut pada tahun 2001, menerima RM1000 utk melanjutkan pelajaran k peringkat IJAZAH. (MASA BN MASIH MEMERINTAH TERENGGANU)
Bantuan WANG IHSAN tersebut berlanjutan sehingga HARI INI. dan yang paling jelasnya bantuan tersebut adalah wang ishan kerajaan negeri yang diberikan kepada mereka yang layak dan tidak perlu dibayar balik kepada YAYASAN negeri. (BUKTI BOLEH DIPEROLEHI DR SETIAP PENUNTUT TERENGGANU)
Ada cerita yang mendukacitakan saya,bilaMANA parti PAS berjaya merampas pentadbiran TERENGGANU pada PRU 10. Namun pada PRU k 11 kerajaan PAS terengganu kmbali bertukar tangan k BN.
Bermula dari detik itulah,pihak kerajaan BN menarik kembali tanah2 yg telah dserahkan kepada rakyat2 dan paling membuat saye BENCI dengan kerajaan BN sampai k hari INI,bila mana mereka masih lagi menyediakan peruntukan wang IHSAN itu secara percuma kepada mereka yang layak...
TETAPI....
MENGISTIHARKAN WANG IHSAN YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR2 PADA TAHUN 2001 ADALAH WANG PENDAHULUAN YANG PERLU DIBAYAR KEMBALI KEPADA KERAJAAN NEGERI tp penerima selain dari tahun berkenaan dianggap wang IHSAN percuma sepenuhnya.
SAKIT HATI...MARAH...TERBIT RASA DENDAM...namun fikirkan ianya di anggap HUTANG,terpaksa jua menjadi MANGSA keadaan dan menjelaskannya walaupun terpakse jelaskan secara ansurans (ITUPUN SETELAH MENDAPAT SURAT DR PJABAT GUAMAN MEREKA).
klau ditanya kepada semua penuntut tahun 2001 rakyat terengganu..saya percaya mereka juga punyai nasib yang sama seperti saya.
~~~~KU TAK HARAPKAN BELAS IHSAN,CUMA HARAPKAN KEADILAN dan KEIKHLASAN...dalam menjaga KEBAJIKAN rakyat ~~~~~...
blueMASHIMARO
Saturday, August 21, 2010
Tranungkite adalah medan untuk berperang....
Perang psikologi di Tranungkite.net melibatkan banyak pihak dan banyak penjuru. Forumer pro BN satu penjuru, forumer pro PR satu penjuru, forumer non-parti juga satu penjuru, dan moderator tranungkite juga terlibat sama dalam perang psikologi. Perang psikologi tidak terbatas dalam soal soal politik sahaja, malah melibatkan soal soal keagamaan dan kemasyarakatan.
Perang psikologi adalah peperangan yang kompleks kerana tahap kefahaman forumer berbeza walaupun didedahkan dengan input yang sama. Perang psikologi melibatkan dua medan pertempuran yang akan ditempuh. Medan pertempuran dalam perang psikologi ini akan mendedahkan forumer kepada ketahanan mental dan cabaran keegoan. Medan menguji ketahanan mental dan medan untuk mencabar tahap keegoan.
Bentuk komentar yang dilontarkan dan tindak tanduk forumer dari susunan bahasa dan olahan ayat menunjukkan ketahanan mental forumer. Keupayaan forumer menyerap komentar yang berlawanan dengan ilmu dan pendirian, menunjukkan kemampuan mencabar tahap keegoan didalam diri.
Forumer, tidak kira sama ada forumer biasa atau Moderator, bentuk cabaran yang mencabar ilmu dan pendirian antara satu sama lain, akan menyerlahkan ketahanan mental dalam mengenepikan tahap keegoan. Mental dan taja[ keegoan seolah olah seperti satu pasangan yang tidak boleh dipisahkan. Beriringan.
Untuk mencabar tahap keegoan antara satu sama lain, perlu ada ketahanan mental bagi menghasilkan komentar yang kemas dan tersusun.
Komentar anda mencerminkan diri anda dari segi ketahanan mental dan tahap keegoan.
Tuesday, August 17, 2010
Dinar vs dirham vs Wang kertas
Jawapan ambe : itu adalah satu penipuan.
Kenapa ?
Sekiranya wang kertas disandarkan kepada emas dan perak, maka, simpanan wang kertas kita sepatutnya dicetak dalam bentuk dirham atau dinar.
Telah diketahui, bahawa 1 dinar bersamaan wang kertas sebanyak 592 Ringgit Malaysia. Maka, sepatutnya rekod yang dicatat didalam buku simpanan di mana mana bank, dalam bentuk dinar. Itu sepatutnya. Dan bukan dalam bentuk Ringgit Malaysia atau apa jua jenis mata wang.
Katakan ambe menyimpan wang sebanyak, RM 1314.00, bermakna, catatan dalam rekod simpanan ambe didalam bank adalah 2 dinar dan 10 dirham.
Simpanan ambe adalah 2 dinar dan 10 dirham dimana nilai dinar dan dirhamnya adalah seperti berikut.
1 dinar = RM 592.00
1 dirham = RM 13.00
bagaimana dengan urusan berjual beli dan sebagainya ?
Ambe katakan, kita masih memerlukan wang kertas supaya ianya nampak praktikal.
katakan, ambe ingin mengeluarkan wang belanja sebanyak Rm 500.00 sahaja. Ambe perlu menggunakan hampir 1 dinar dari simpanan dinar dan dirham. Maka, nilai dinar yang dikeluarkan adalah sebanyak 0.844 dinar.
jadi, baki simpanan ambe adalah 1.844 dinar dan 10 dirham.
Jika ada pemilik yang mempunyai wang sebanyak Rm 10,000.00, bagaimana hendak dihitung jumlah dinar dan dirhamnya ?
maka, simpanannnya dalam bentuk dinar adalah 16.891 dinar.
Sekiranya simpanan dinar 16.891, disimpan untuk tempoh 5 tahun, dan nilai emas selepas 5 tahun, katakan, 1 dinar = RM 601, maka, nilai wang kertas kita bertambah. Jadi, tidak berlaku pengecutan nilai pada wang kertas, Sebagaimana berlaku sekarang, dimana nilai wang kertas mengecut.
Pengecutan nilai wang kertas menunjukkan wang kertas tidak disandarkan pada nilai emas.
Nilai wang kertas RM 10,000.00 disimpan untuk tempoh 5 tahun, adalah nilai itu bertambah ? Tidak, yang bertambah hanyalah faedah dari bank sahaja. Jumlah RM 10,000.00 tetap sama.
Sedangkan nilai dinar yang disimpan, bertambah nilainya pada wang kertas, mengikut tahun dan mengikut nilai pasaran emas.
erkk... betul dak ning ?
p/s : terima kasih pada forumer TKO ramlisdar yang memberi ilham kepada ambe.
Friday, July 23, 2010
Antara Assobiyah dan Ukhuwah.
kenapa ambe berpendapat sedemikian ?
Allah mencipta manusia berbangsa, bersuku-suku dan berpuak, bukan untuk mempraktikkan semangat kesukuan, semangat kepuakkan, tetapi untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Benarkah sedemikian ?
Allah telah memberi peringatan didalam kitabNya, bahawa sifat perkauman, kesukuan, semangat kepuakkan, bukanlah sesuatu yang dipandang oleh Allah swt, tetapi, Allah swt memandang taqwa. Benarkah sedemikian ?
Antara assobiyah dan ukhuwah, pada 2 perkataan itu, apakah yang terkandung didalam dua perkataan itu ?
Kedua-duanya mengandungi ikatan. Benarkah kedua-duanya mempunyai dan mengandungi ikatan ?
Dan sekarang, kita ingin bercakap kerana fikrah keilmuan atau kerana fikrah kepartian ? Tepuk dada, tanya ilmu, bukan ditanya pada semangat kepartian.
Assobiyah menunjukkan sifat dan sikap perkauman, kesukuan dan semangat kepuakkan. Sifat dan sikap assobiyah itu diikatkan atas dasar perkauman, kesukuan dan kepuakkan. Benarkah ada ikatan ?
Tanpa ikatan, terjadikah hubungan perkauman, kesukuan dan kepuakkan ?
Ukhuwah menunjukkan sifat dan sikap persaudaraan kerana iman, tanpa melibatkan sifat dan sikap perkauman, kesukuan dan semangat kepuakkan. Sifat dan sikap ukhuwah itu diikat atas dasar persaudaraan Islam. Benarkah ada ikatan ?
Tanpa ikatan, terjadikah hubungan persaudaraan Islam ?
Daripada kedua-dua perbandingan, secara jujurnya, mana satu yang sesuai untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap islam ? Asssobiyah atau Ukhuwah ?
pilihlah antara keduanya.
Persoalan-persoalan yang sengaja ditimbulkan untuk memangkin atau menjana pemikiran supaya bertindakbalas dengan ilmu, untuk menghasilkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan pada diri sendiri dan juga orang lain, apabila dilontarkan kelak.
Jadi, jawapan yang ada di dalam minda masing-masing dapat menentukan pilihan dibawah ini.
Islam dulu, baru assobiyah ?
atau
Islam dulu, baru Ukhuwah ? ( tidak mungkin sedemikian, kerana islam dan ukhuwah ini beriringan, jadi tiada islam dulu, baru ukhuwah ).
sepatutnya
Islam diiringi ukhuwah.
Dan jawapan yang ada pada benak kalian sekarang, dan mungkin bakal dipersembahkan, menunjukkan kefahaman atas ucapan yang dilontarkan, hasil tindakbalas ilmu dan akal yang dijanakan atau dimangkinkan dari persoalan-persoalan yang ambe kemukakan, dalam memilih assobiyah atau ukhuwah.
Sudah ada ukhuwah, untuk apa mempositifkan assobiyah bagi menunjukkan semangat kecintaan islam ?
Sunday, July 18, 2010
Percubaan mempositifkan Assobiyah.
Semangat asobiyah katanya juga tidak salah, namun perlu dimanfaatkan untuk perjuangan Islam.
"Tak salah sayang bangsa sendiri, tapi jangan sampai bangsa dijadikan akidah.
"Islam dulu baru asobiyah," katanya lagi.
Maka, berduyung duyung penyokong yang taksub mempertahankan kenyataan hadi awang itu bagi merealisasikan kenyataan hadi awang untuk mempositifkan Assobiyah. Hasilnya menunjukkan bahawa hadi awang telah berjaya dan memdidik anak buahnya menjadi manusia yang taksub pada hadi awang, dan hampir mirip seperti pengikut al arqam taksub pada Asha'ari. Dan, sekiranya dipertikaikan kenyataan hadi awang itu, pentaksub hadi awang ( pencacai hadi awang kut ) , beranggapan itu sebagai penghinaan terhadap hadi awang. Usah mempertikaikan kenyataan hadi awang didepan penyokong yang taksub pada hadi awang, kerana ianya mengundang kemarahan mereka, lalu mereka bertindak dan melontar pandangan diluar kotak keilmuan. Itulah hasilnya. Disebabkan sikap sedemikian, maka kejumudan terjadi hasil dari ketaksuban terhadap pemimpin iaitu taksub yang menjumudkan.
Disebabkan perlakuan taksub yang menjumudkan lagi kronik, (mental tidak stabil agaknya ) maka, mereka lupa, bahawa Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa semangat cinta kepada bangsa itu bukan Assobiyah, dan assobiyah itu adalah perlakuan seseorang yang menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman. Itu penjelasan Rasulullah saw untuk menjawab pertanyaan sahabat.
Berikut adalah hadis yang menunjukkan penjelasan dari rasulullah saw.
Seorang Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah saw, "apakah yang dimaksudkan dengan "Assobiyah itu ? Apakah kecintaannya seseorang terhadap bangsanya dikatakan assobiyah ?"riwayat Abu Daud.
Rasulullah saw menjawab "Tidak! Yang dikatakan `assobiyah’ ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman”.
Masih tidak jelas lagi kah ? Masih tidak jelas lagi kah ?! Masih tidak jelas lagi kah ?!!.
Semangat cinta bangsa/kaum/puak itu bukan assobiyah. Dan assobiyah itu adalah menolong puak sendiri dalam melakukan kezaliman. Itu adalah jawapan dan penjelasan dari Rasulullah saw bagi menjawab pertanyaan sahabat. Jadi, tergamakkah kalian untuk mempositifkan assobiyah dan menidakkan penjelasan dan jawapan rasulullah saw hanya kerana hadi awang ?
Wahai puak puak assobiyah hijau, Rasul kamu adalah Muhammad bin Abdulllah, dan bukannya Abdul Hadi bin Awang.
JIka kamu sekelian mengakui Muhammad itu Rasulullah saw, maka, terimalah kenyataan bahawa assobiyah ini, sifatnya adalah negatif. Jika pendirian kamu lebih kepada hadi awang daripada Rasulullah saw, eloklah kamu mempositifkan Assobiyah dan abaikan jawapan dan penjelasan dari Rasulullah saw.
Dan tak perlulah dikatakan "Islam dulu, baru assobiyah". Islam berkembang hari ini, bukan kerana assobiyah, tetapi kerana keimanan yang ada diri sahabat yang bertebaran untuk menyampaikan dakwah dan mengajak manusia mengesakan ALlah yang Satu. Menyelamatkan manusia dari kekufuran.
Friday, July 16, 2010
Konsep Fitnah yang disalaherti ?
Bagaimana fitnah itu ada benar dan salah, sedangkan, masyarakat islam telah diajar, bahawa fitnah itu satu perbuatan salah iaitu menuduh individu dengan tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan maruah individu.
Atas alasan itu, maka, ilmuan islam menerangkan kepada masyarakat dengan mengaitkan dengan ayat 191 surah al baqarah
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Terjemahan : dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan
Maka, dari sini lah, masyarakat sering disaji dan dihidangkan bahawa itulah fitnah sebenar-benar fitnah dari segi konsepnya.
Ambe ingin mengajak sekelian pengunjung blog ambe merenung sejenak, apa itu fitnah sebenarnya. Mula-mula kita cari, dari mana datangnya perkataan "fitnah" ini ?
Perkataan fitnah itu dikatakan, datang dari satu proses untuk menentukan ketulenan emas dengan membakarnya didalam api, iaitu satu proses yang dinamakan "fitnatun".
Sekiranya, begitu maksud Fitnah, kenapa selama ini kita disajikan/dihidangkan, bahawa fitnah itu satu perbuatan menuduh dengan cerita palsu, sedangkan, perkataan fitnah ini, memgambarkan satu proses untuk menentukan ketulenan emas. Sekali lagi, diulangi,bahawa fitnah itu mengambarkan satu proses untuk menentukan. Jadi, Fitnah itu adalah proses penentuan, dan bukannya membawa maksud menuduh atau melemparkan cerita palsu.
Bagaimana hendak dibukti bahawa fitnah itu adalah satu proses penentuan, bukan satu perbuatan menuduh ?
Mari kita renung ayat 28, suran An Anfal
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
bermaksud : Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Dari ayat ini, harta dan anak-anak adalah fitnah. Adakah harta dan anak itu membawa kepada maksud satu pertuduhan ? Maka, perkataan fitnah itu, diseertikan atau disamakan maksudnya sebagai ujian. Sekiranya bersifat seperti ujian, kita semua sudah sedia maklum, ujian itu adalah bertujuan untuk membeza-bezakan kedudukan masing-masing dari segi tahap kemampuan masing-masing. Jika diamati, sifat ujian itu sendiri mengambarkan satu proses penentuan. Satu proses tentukur.
Fitnah ini, satu proses penentuan antara dua keadaan, samada pada keputusan akhirnya baik dan buruk.
kenapa ambe berkata sedemikian ?
Anak dan harta itu adalah fitnah. Anak dan harta itu adalah sebab musabab kepada proses penentuan. Bukannya anak dan harta itu, sesuatu yang bersifat tuduhan.
Mari kita renung kedua dua proses ini.
Cerita kisah pertama : Jebon mempunyai anak dan harta. Jebon tahu, anak dan harta itu adalah fitnah. Fitnah yang macam mana ? Fitnah yang dimaksudkan disitu adalah ujian dan bukan yang dimaksudkan disitu adalah perbuatan menuduh. Jadi, Jebon berusaha dan sentiasa beringat akan peringatan Allah supaya membelanjakan harta kejalan yang diredhai dan mendidik anak-anak kejalan yang benar. Oleh itu, Jebon membelanja hartanya kejalan Allah. Di didik anak-anaknya, jadi anak soleh. Jebon bersungguh melakukan kerja-kerja yang telah diamanahkan kepadanya. Hasil dari kesungguhan dan ketekunan, jebon berjaya menghadapi fitnah itu. Hasilnya sebagaimana dinyatakan didalam ayat 28, surah an Anfal, iaitu jebon memperolehi pahala yang besar disisi Allah, sebagaimana dijanjikan oleh Allah swt.
Dari cerita pertama ini, adakah kita akan menganggap fitnah itu adalah satu perbuatan menuduh dengan tuduhan palsu ? Jawabannya, sudah tentu tidak kan.
Dan sekarang, kita cerita kisah kedua : Jiban mempunyai anak dan harta. Jiban tahu, anak dan harta itu adalah fitnah. Fitnah bagaimana ? Fitnah seperti dalam cerita jebon diatas. Oleh kerana, jiban ini, adalah manusia yang lalai dari peringatan Allah swt, menuruti hawa nafsu, manusia yang fasiq dan kufur akan nikmat Allah, maka, Jiban mengambil mudah membelanjakan hartanya. Dan hartanya, banyak Jiban habiskan dimeja judi, dikelab malam, bermewah-mewahan yang melampau dan sebagainya. Pendek kata, membelanjakan harta dijalan syaitan.
Tentang anak Jiban pula, jiban tidak memberi pendidikan agama yang sempurna kepada anak-anaknya, maka,anaknya juga menjadi liar dan mengabaikan segala tuntutan dari islam. Hasil dari kelalaian dan kealpaan serta menuruti nafsu, Jiban dalam memenuhi tuntutan agama, maka Jebon ini gagal menghadapi fitnah itu. Dan hasilnya, Jiban tidak akan memperolehi pahala yang besar disisi Allah swt.
Dan sekarang, bagaimana penerimaan kita terhadap perkataan "fitnah" ? Adakah fitnah itu memgambarkan proses atau fitnah itu mengambarkan perbuatan menuduh ? Tepuk dada tanya iman.
Maka, persoalan lagi pula timbul, adakah fitnah itu membawa maksud ujian ? Adakah ujian itu membawa maksud fitnah ?
Disebabkan pelbagai ayat-ayat alquran yang menyentuh tentang fitnah dan mempunyai jalan cerita yang berbeza, maka, para ilmuan menerbitkan banyak maksud dari perkataan Fitnah.
Fitnah diterbitkan sebagai kemusyrikan, kekafiran, azab, dibakar api neraka, dihalang dari jalan yang lurus, kesesatan, kebingungan, uzur dan kesukaran, untuk menyesuaikan pemakaian perkataan fitnah pada ayat ayat alquran yang menggunakan perkataan fitnah.
Berikut adalah sebahagian daripada 28 ayat alquran yang mengunakan perkataan perkataan fitnah.
ayat 35, surah anbiya'
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
al-anbiyaa ayat 35 : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan/fitnah; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
ayat 23 surah al-an'am
ثُمَّ لَمْ تَكُن فِتْنَتُهُمْ إِلاَّ أَن قَالُواْ وَاللّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ
al-an'am ayat 23 : Kemudian tidak ada fitnah/pembohongan mereka selain dari mereka menjawab: Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang yang mempersekutukan Allah..
ayat 71 surah al maidah
وَحَسِبُواْ أَلاَّ تَكُونَ فِتْنَةٌ فَعَمُواْ وَصَمُّواْ ثُمَّ تَابَ اللّهُ عَلَيْهِمْ ثُمَّ عَمُواْ وَصَمُّواْ كَثِيرٌ مِّنْهُمْ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ
terjemahan : Dan mereka menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana/fitnah, lalu mereka butakan mata dan pekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, kemudian kebanyakan daripada mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat apa yang mereka lakukan.
ayat 41 surah al maidah
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لاَ يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُواْ آمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ وَمِنَ الَّذِينَ هِادُواْ سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِن بَعْدِ مَوَاضِعِهِ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَـذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُواْ وَمَن يُرِدِ اللّهُ فِتْنَتَهُ فَلَن تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللّهِ شَيْئاً أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
terjemahan : Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya/fitnahnya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
Daripada sebahagian ayat alquran diatas, adakah kita dapat simpulkan bahawa fitnah itu membawa maksud atau pengertian sebagai kemusyrikan, kekafiran, azab, dibakar api neraka, dihalang dari jalan yang lurus, kesesatan, kebingungan, uzur dan kesukaran ? Dan bagaimana pula, fitnah yang dimomokkan sebagai perbuatan menuduh dengan berita palsu ?
Bagaimana kita hendak melaraskan penerangan tentang fitnah dari segi pengertiannya ? Adakah kita hendak berpegang, bahawa fitnah ni lebih kepada ujian atau godaan semata-mata ?
Persoalan ini terjawab jika kita kembali kepada perkara asas, iaitu tentang proses menentukan ketulenan emas dengan membakar didalam api. Dengan lain perkataan, fitnah itu sebenarnya adalah proses menentukan atau menetapkan atau memastikan sesuatu perlakuan atau perbuatan.
Kenapa hendak dipakai ( bersifat ) takrifan sedemikian ?
Untuk menjawab persoalan ini, kita renung sejenak kedalam ayat 41, surah al Maidah yang bermaksud
: "Dan sesiapa yang dikehendaki Allah fitnahnya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. "
pada ayat ini, terbitan fitnah disitu adalah bermaksud kesesatan. Dan kesesatan itu dirujuk pada perkataan kufur pada awal yang ayat 41 itu. iaitu
يُسَارِعُونَيَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لاَ يَحْزُنكَ الَّذِينَ فِي الْكُفْرِ
yang bermaksud : Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau berdukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran.
Maka fitnah itu diterbitkan sebagai kesesatan/kufur sedangkan, fitnah disitu menunjukkan penentuan, bersifat menentu, bersifat penetapan dari Allah swt atas hendakNya, bahawa orang kafir tidak boleh menolak ketentuan, ketetapan,kepastian dari Allah ( Yakni Fitnah ) ke atas orang-orang yang mengotorkan hati mereka, orang suka kepada kekufuran, walaupun mereka ini berkata mereka ini beriman, sedangkah Allah swt telah mengetahui hati mereka.
sebab itu, ambe telah menulis "Dengan lain perkataan, fitnah itu sebenarnya adalah proses menentukan atau menetapkan atau memastikan sesuatu perlakuan atau perbuatan.".
Dan sikap orang kafir dan munafik serta orang yahudi yang disebutkan pada ayat 41, yang suka cerita bohong, cenderung pada kekufuran, mengubah Kitab Taurat, mendakwa diri mereka juga beriman, mengambarkan, semua itu adalah perbuatan atau perlakuan.
Untuk memahami, ambe contohkan dengan perbualan biasa, bahasa pasar lebih kurang. "Mung ngaku beriman, boleh jalanlah. AKu telah menetapkan/memastikan/menentukan bahawa mung tu kufur, mung nok ghoyak mende lagi. Doh soh nok tebeng lah mung nok kata mung beriman. Dan mung ni semua, akan hina kat dunia, kat akhirat, mung dapat azab seksa lah.
Berikut terjemahan penuh ayat 41, surah al Maidah bermaskud :
Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau berdukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang yang berkata dengan mulutnya: Kami telah beriman, Padahal hatinya tidak beriman; begitu juga orang Yahudi, mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Taurat) dari tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sesuatu apapun dari Allah untuknya. Mereka ialah orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
Dan atas kehendak Allah swt yang telah menetapkan/menentukan/memastikan, golongan itu, adalah sebenarnya terdiri dari golongan yang sesat, dan disebabkan itu, Allah swt telah menyatakan, mereka ini mendapat kehinaan didunia dan diakhirat mereka beroleh azab.
Setelah membaca jawapan itu, jelas atau tidak, bahawa fitnah ini adalah satu proses menentukan/memastikan/menetapkan yang tidak memberi erti sebagai ujian, cubaan, kesesatan dan sebagainya yang telah disebut ?
Jawapan nya sudah tentu, kata terbitan (ujian,cuban,kesesatan,kekacauan ) itu diterbitkan, hanya sekadar untuk memahamkan maksud fitnah disitu kepada umat islam.
Jika kita tidak mengambil sepenuh setiap ayat alquran dan terjemahannya, kisah cerita nya tergantung, sebab itu terjadi, "miss communication", bagi menyampaikan maksud sebenar. Begitu juga ayat 41, surah al maidah, pada awalnya, ambe ambil 2/3 dari terjemahan dari keseluruhan ayat 41 surah al maidah. Jika tidak ambil, ayat permulaan pada ayat 41 surah al maidah, mesti membawa kesusahan untuk ambe sampaikan maskud dari kefahaman yang ambe faham, mengenai fitnah, bahawa fitnah itu adalah satu proses memastikan/menentukan/menetapkan sesuatu perbuatan dan perlakuan manusia.
Bagaimana dengan ayat yang lain ?
InsyaAllah, boleh dibahaskan jika semua membuka kitab balik dan mengkaji.
Wednesday, June 30, 2010
Politik boleh menjadi perosak masyarakat Islam
Politik kepartian, merosakkan fungsi masjid. Masjid menjadi perebutan dua puak, iaitu, puak assobiyah biru dan puak assobiyah hijau. Disebabkan politik kepartian, maka, masjid sudah tidak lagi menjadi rumah Allah, tetapi lebih dikenali sebagai rumah parti politik. Jika masjid itu ditadbir oleh puak assobiyah biru, maka, masjid itu dikenali sebagai masjid UMNO. Jika masjid itu ditadbir oleh puak assobiyah hijau, maka, masjid itu dikenal sebagai masjid PAS.
Siapakah yang bersalah apabila masjid tidak diimarahkan ? Lengang dengan jemaah ? Tuding menuding akan berlaku, berpunca dari sentimen politik kepartian.
Kedua dua belah pihak bersalah. Sebabnya ? Kerana kedua-dua puak itu mendahulukan politik kepartian lebih dari taqwa.
Friday, June 25, 2010
Perang Blogger Tak kemana nya...
Iya ke mempertikaikan ? Takde plak ambe ulas dari artikel yang telah disiarkan oleh blogger yang sedang berperang plak.
Tuesday, May 18, 2010
Umno sudah bogel, PAS boleh ditelanjangkan...
UMNO dah ler berbogel, buruk plak tuh. Jika mengiur tuh, lain ler cerita.. ini buruk bebenor. Mengalahkan babi hutan yang tak berbaju.
PAS plak, banyak perkara, dorang ni main cakap ajer.. hantam ajer.. taram ajer.....macam tak ingat hari besok. Akhirnya, penyokong PAS totok yang tolong tutup 'aurat' PAS sehinggakan penyokong PAS totok terdedah 'aurat' mereka sendiri.
Pengorbanan katakan...
Pengorbanan mencuci sisa orang lain punya kerja. Elok ke tu ?
Lepas ni, mesti ada yang tak puas hati ngan posting ini, lalu ditanya apakah perkara-perkara yang PAS main cakap ajer... kan...
Nak tahu, tengok cermin lah...
Saturday, May 15, 2010
Umat Islam Guna Islam untuk Bertelagah ?
setiap kali isu kalimah Allah berkumandang, kita akan dapat lihat, perbezaan antara orang islam sendiri. Malah ilmuan islam turut berbeza pendapat. Adakah ini rahmat atau pertelagahan ?
Jika rahmat, sepatutnya, antara satu sama lain, saling meraikan pendapat masing-masing.
Tetapi, seperti bertelagah, bersifat memaksa antara satu sama lain untuk menerima pendapat masing-masing..
jika dua perkumpulan ini berbincang, siapa yang paling jelas jawapannya ? AMbe ulangi..siapa yang paling jelas dan konkrit jawapannya ? Tepuk dada, tanya iman, renungi jawapan.
Tiada jawapan, kerana , mereka tidak duduk semeja, berbincang, disaksikan oleh semua rakyat atau orang ramai ( termasuk non muslim ). Biarlah orang ramai yang memutuskan nya, jalan manakah yang terbaik buat mereka.....
Islam agama perpaduan, Bila berbeza pendapat, kedua-dua dirujuk pada alquran dan hadis, namun, berlaku pertembungan, kerana tafsiran berbeza boleh terjadi.
kenapa ini terjadi ? jawapan ada diri masing-masing. Jika positif nya yang dipandang, insyaAllah, positif lah hasilnya. JIka negatif nya yang dipandang, insyaAllah, negatif lah hasilnya.
Sampai bila kalimah Allah dapat dipertahankan ? Boleh bersikap positif ? Dimana umat islam melayu di bumi malaysia dapat mempertahankan sehingga 10 Generasi ? sehingga Kiamat ? Tepuk dada tanya iman, renungi jawapan.
Tidak boleh kah mempositifkan yang negatif ? ermmmm
Jika bukak buku matematik, insyaAllah, akan ada angka-angka negatif yang boleh dipositifkan.
Wednesday, April 21, 2010
Siapa yang berAgama, Muslim atau Non-muslim ?
Adakah beragama itu beriman dan beriman itu beragama ? Beriman semestinya beragama, dan beragama tidak semestinya beriman. Kerana beriman mungkin terdiri dari iman taqlid, dan juga iman i'tiqad.
Apa itu taqlid ? Bermaksud "mengikut perbuatan orang lain tanpa diketahui dalil-dalilnya. Mengikut secara melulu.
Apa itu i'tiqad ? Bermaksud "mempercayai dengan sepenuh hati".
Ah Chong, Non muslim punya sikap yang amanah, jujur,bertimbangrasa, adil, menitikberat kebersihan. Adakah non muslim ini beriman ? Sudah tentu tidak. Tetapi didalam dirinya ada agama. Non muslim ini beragama.
Mamat, Muslim plak, punya sikap yang tidak amanah, tidak jujur, zalim, pengotor dan biadap. Adakah Muslim ini beriman ? Sudah tentu Ya. Tetapi didalamnya tiada ada agama walaupun muslim ini beriman.
Beriman muslim itu punya iman i'tiqad atau iman taqlid ?
Orang yang beriman yang punya iman i'tiqad, sudah tentu akan menjaga agamanya. Iman i'tiqad akan menjadikan insan itu,bersifat dan bersikap amanah , jujur, adil, menjaga kebersihan, bertimbangrasa, tidak tamak dan lain-lain yang diajar oleh islam. Iya atau tidak ?
Orang yang beriman yang punya iman taqlid, sudah tentu kurang menjaga agamanya. Iman taqlid tidak membawa kesan positif didalam diri insan. Iman taqlid akan memperlihatkan insan itu TIDAK bersifat dan bersikap amanah, jujur, adil, bertimbangrasa dan sebagainya. Iya atau tidak ?
Sekali lagi, jika ditanya pada diri, antara muslim dan non muslim diatas dengan sikap masing-masing, siapakah yang beragama ? Siapakah yang kalian akan pilih antara kedua nya ?
Dalam soal memilih pemimpin, Siapakah yang akan dipilih ?
Adakah anda akan memilih pemimpin yang beriman tetapi tidak jujur, tidak amanah, zalim dan sebagainya ?
atau
Adakah anda akan memilih pemimpin yang tidak beriman, tetapi jujur, amanah , adil dan sebagainya ?
JIka diteliti dari ayat ini
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagiaa yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada oarng-orang yang zalim " (QS. Al-Maidah: 51), maka , pilihan terbaik adalah memilih yang beriman. JIka memilih muslim yang beriman, tetapi, muslim itu fasik, dimana punya sikap yang zalim, tidak amanah, tidak adil, tidak jujur, pembohong dan sebagainya, adakah kita tergolong didalam golongan orang-orang yang zalim ?
Sedangkah Allah telah memberi peringatan didalam surah Hud Ayat 113 yang bermaksud
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.”.
JIka kita memilih orang-orang yang zalim iaitu muslim yang fasik, yang mana , imannya iman taqlid, bermakna, kita berpeluang akan disentuh api neraka dan tidak akan dapat pertolongan dari ALlah. Begitu ?
Pemimpin dari UMNO yang beragama islam, zalim atau tidak mereka itu ?
JIka zalim, kenapa ditanam didalam minda penyokong-penyokong PAS bahawa kita perlu memilih pemimpin muslim ?
Sebagaimana jawapan yang diberi
Pilih la calon, bukannya parti , kalau DAP Islam vs UMNO kafir , maka undilah DAP.
Persoalan : Bagaimana jika calon itu DAP (kafir) vs UMNO ( Islam ) ?
adakah jawapannya, undilah UMNO ?
JIka dipilih dari pemimpin Islam dari UMNO, sedangkan penyokong PAS sendiri mengatakan pemimpin dari UMNO itu zalim dan sebagainya, dan sudah tentu akan disandarkan dengan ayat alquran dari surah Hud ayat 113 seperti diatas.
tetapi dalam masa yang sama, ayat alquran dari surah Al Ma'idah ayat 51 dipakai untuk menentukan calon, bukan ditentukan melalui parti.
Adakah pentafsiran alquran dari pemimpin dan penyokong PAS tersasar atau tidak memahami apa yang sepatutnya disampaikan ?
Kalian mahu guna panduan dari surah al Ma'idah ayat 51 atau surah Hud ayat 113 ?
Pemimpin UMNO tidak mahu berhukum dengan hukum Allah. Maka, penyokong PAS beranggapan UMNO dari golongan yang fasik. Dan pernyataan ini, penyokong PAS sandarkan pada ayat alquran surah Al Ma'idah Ayat 49
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
Antara ah chong dan mamat ? Siapa kalian pilih ?
Rasulullah dan Barirah r.a
Maka ketika datang makanan enak sebelum ia ingin mencicipinya, seumur hidup dia belum mencicipinya dia teringat kepada Rasul SAW, aku ingin Rasul datang mumpung ada makanan yang enak padahal seumur hidup dia belum mencicipi makanan itu.
Barirah yang susah ini pun datang mengundang Rasul SAW ke rumahnya, maka Rasul SAW datang bersama para sahabat untuk menyenangkan Barirah RA seorang budak wanita yang miskin, Rasul saw tidak ingin mengecewakan orang lain maka datang Sang Nabi bersama para sahabat, para sahabat melihat makanan yang sangat enak dan mahal tidak mungkin Barirah membelinya sendiri, maka berkata para sahabat :
“Yaa Rasulallah barangkali ini adalah makanan zakat, sedangkan engkau tidak boleh memakan zakat dan shadaqah , kalau bukan makanan zakat ya makanan shadaqah, tentunya kau tidak boleh memakannya”…
Berubahlah hati Barirah dalam kekecewaan, hancur hatinya dengan ucapan itu walau ucapan itu benar Rasul SAW tidak boleh memakan shadaqah dan zakat, namun ia tidak teringat akan hal itu karena memang ia di sedekahi makanan ini, hancur perasaan Barirah RA dan bingung juga risau dan takut serta kecewa dan bingung karena sudah mengundang Rasul SAW untuk makan makanan yang diharamkan pada Rasulullah SAW.
Namun bagaimana manusia yang paling indah budi pekertinya dan bijaksana, maka Rasul SAW berkata :
“ Makanan ini betul shadaqah untuk Barirah dan sudah menjadi milik Barirah, Barirah menghadiahkan kepadaku maka aku boleh memakannya “,dan Rasul SAW pun memakannya.
Demikianlah jiwa yang paling indah tidak ingin mengecewakan para fuqara’, itu makanan sedekah betul untuk Barirah tapi sudah menjadi milik Barirah dan Barirah tidak menyedekahkannya padaku ( Rasulullah SAW ) tapi menghadiahkannya kepadaku demikian indahnya Sayyidina Muhammad SAW,
Firman Allah SWT :
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيْمٍ
“Dan sungguh engkau ( Muhammad SAW ) berada pada akhlak yang agung”.
Rujukan
Tuesday, April 20, 2010
PM ditentukan oleh satu Majlis Syura
jadi ,
Ambe harap BN tumbang pada PRU13, dan PR menang. Selepas PR menang, PR mesti membentuk satu majlis syura untuk tentukan siapa PM.....
selepas dapat persetujuan dari majlis syura, baru minta diperkenankan dari Agong.... guaner ?
Dengan cara ini, dapat menyekat sikap kecelakaan PM yang mabuk kuasa dan harta....
dan ambe harap, cadangan bodoh ambe ini dapat perhatian dari pemimpin PAS, untuk buat satu MOU dengan semua parti didalam PR ..
Friday, April 9, 2010
Apa itu asas politik dan bagaimana memahaminya ?
Sebab tu aku cakap korang tak faham asas politik.
Hasil dari persoalan itu, ambe membuka satu thread di Tranungkite untuk dibincangkan.
selepas 5 mukasurat berlalu pada thread itu, persoalan masih belum terungkai. Takrifan politik yang dilontarkan oleh forumer lain, dianggap sebagai asas oleh forumer penyu.
Adakah takrifan dan asas itu sama ?
Jawapan yang menarik daripada forumer tibai telah memberi sedikit pembayang "apa itu asas-asas" politik. Contoh yang diberikan berkaitan dengan bangunan, sepatutnya membuka ruang minda setiap forumer menilai dan mencari apa itu asas-asas politik.
Sebagai contoh :
Apa itu bangunan ?
Pelbagai takrifan. Salah satunya, bangunan adalah Sebuah binaan yang tinggi atau menara , yang bertingkat-tingkat, mencakar langit, direkabentuk sebagai tempat penempatan manusia dsbnya.
apa itu asas bangunan ?
Asas bangunan terdiri dari, pasir, simen,batu-batuan,besi,kaca,kayu dan sebagainya.
Siapa faham ? Gabungan daripada takrifan dan bahan asas-asas bangunan akan memberi kefahaman apa itu bangunan. Orang yang faham akan dapat menceritakan secara khusus, apa itu bangunan dan asas-asasnya.
Berbalik pada politik.
Apa itu politik ?
Pelbagai takrifan politik. Takrifan dari seorang forumer afda, politik adalah seni (muslihat?) untuk mempengaruhi orang lain untuk menyokong seseorang atau sesuatu.
Beberapa Takrifan politik dari barat adalah
1. Politik adalah perbalahan demi merebut kekuatan dan kuasa.
2. Politik adalah kekuasaan dan penguasaan yang menentukan; Siapa menguasai apa? Bila? Dan bagaimana?
3. Sesungguhnya ilmu siasah berteras kepada pengajian terhadap kekuasaan ke atas masyarakat, pengajian asas – asasnya, amalan praktiknya, tujuan dan natijahnya.
Semua takrifan politik mengfokuskan kepada kuasa. Takrifan dari forumer afda juga bersifat ingin menguasai kerana perkataan "mempengaruhi" mengambarkan ingin menakluk pemikiran manusia.
Apa itu asas-asas politik ?
Ambe sebenarnya telah menjawab persoalan ini. Sila rujuk posting ke 5 dari ambe pada thread tersebut.
Ambe katakan, asas-asas politik terdiri daripada fakta, maklumat dan mencipta maklumat**. Ambe berpandangan sedemikian, kerana, tanpa fakta, tanpa maklumat dan mencipta maklumat, bagaimana kita hendak menguasai pemikiran manusia. Fakta, maklumat dan ciptaan maklumat perlu disampaikan kepada manusia untuk ditanamkan pada pemikiran mereka.
Tanpa maklumat, fakta dan mencipta maklumat, bagaimana kita hendak melakukan tipu-daya atau muslihat memanipulasikan keadaan untuk mempengaruhi masyarakat.
Renung balik sepanjang berjalanan politik dan berbincangan politik. Laman sesawang forum dipenuhi fakta, maklumat, ciptaan maklumat**.
Tanpa itu semua, bolehkah kita berpolitik ?
Tanpa batu-batuan, simen, besi, kayu, boleh kita membina bangunan ?
kerana asas-asas seperti maklumat,fakta, ciptaan maklumat, maka , dengan itu, kita terus berpolitik.
Bagaimana hendak faham politik ?
Jawapan itu juga telah ambe nyatakan pada posting ke 5, dari thread "Apa itu asas-asas Politik ? Siapa faham ? Bincangkan.."
Faham politiksapa dapat meneruskan hujah/pandangan, dia faham politik, sapa terkial kial untuk meneruskan hujah/pandangan, dia tarak faham politik...
Bagi menguasai pemikiran manusia, dengan bantuan fakta, maklumat dan maklumat ciptaan, mereka yang faham politik, akan mengunakan fakta,maklumat dan maklumat ciptaan untuk menyakinkan pemikiran manusia lain dengan memanipulasikan fakta, maklumat dan maklumat ciptaan. Maka, terjadilah pertembungan pandangan/hujah dalam menguasai pemikiran antara satu sama lain. Tanpa maklumat, fakta, ciptaan maklumat, bolehkah pendebat melontarkan pandangan/hujah untuk menyakinkan manusia lain ?
Jadi, sapa yang mampu meneruskan hujah/pandangan, dia faham rentak poltik. Dan sebaliknya.
Mampukah pro UMNO menyakinkan pro PAS ? Mampukan pro PAS menyakinkan pro UMNO ? Kemampuan untuk menyakinkan pihak lawan masing-masing,mengambarkan kefahaman berpolitik masing-masing.
Bagaimana istilah "matlamat menghalalkan cara" ? Bagi ambe, istilah ini hanya untuk manusia yang punya ciri ciri munafik.
Kepada mereka yang tidak setuju dengan pandangna ambe, jangan segan untuk melontarkan pandangan.
Dengan jawapan ini, adakah sp4n4r telah melonggarkan atau mengetatkan Nuts ? Adakah ini falsafah sp4n4r ?note : ** istilah maklumat ciptaan atau mencipta maklumat, lebih kepada maklumat yang bersifat andaian untuk melahirkan persepsi.
Wednesday, March 31, 2010
TGNA vs Anwar vs Hadi Awang ........ plus BN ?
UMNO dan PRO UMNO masih berpesta Mengaibkan Anwar.....
Mereka ini cukup gementar dengan TGNA
Meraka ini cukup berdendam dengan Anwar...
berani pro PAS/PR menafikannya ?
tetapi.... kurang kedengaran, UMNO dan PRO UMNO mengusik, mencuit Hadi Awang....
berani pro PAS/PR mengiyakannya ?
Ambe tertanya....
kenapa ?
adakah kerana....
Semua sudah jelas percaturan dan harapan puak UMNO terhadap hadi awang. Mereka masih mengharap dan terus mengharap sebelum menjelang PRU13.....
atau......
mereka melihat hadi awang ini lemah dalam percaturan politik yang mana, senang mereka memanipulasikan bagi menampakkan PAS itu senang dicucuk idung pada percaturan seterusnya ?
ermmmmm
Monday, March 29, 2010
Pengarang Harakahdaily tarak sekolah ?
Namun, ambe amat kecewa dengan mutu penulisan harakahdaily. Ambe ni tak ler hebat mana dari segi bahasa, tetapi ambe boleh "kesan" pengunaan bahasa yang salah yang digunakan oleh pihak pengarang harakahdaily, amat memalukan. Memalukan. Tarak sekolah ka ?
Dipetik dari harakahdaily, dikatakan "Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.".
Pengunaan perkataan "mengekalkan jawatan" tidak kena pada tempatnya kerana mengambarkan TGNA dan TGHD mempengaruhi keputusan. Dan jawatan itu kekal kerana keputusan mereka berdua, bukan keputusan mesyuarat.
Sepatutnya digunakan perkataan "dikekalkan" bagi mengambarkan mereka terus berjawatan masing-masing, atas kehendak mesyuarat, bukan atas kehendak diri sendiri.
Pada karangan oleh Ali Zaidan menggunakan perkataan "dikekalkan" bukan "mengekalkan" bagi mengambarkan jawatan itu kekal kerana keputusan mesyuarat.
Ambe yakin, banyak lagi kesalahan bahasa yang disalahpakai di dalam harakah sepanjang ambe mengenali harakah.
"Mengekalkan" dan "dikekalkan" memberi maksud yang berbeza. Ya tak ?