Saturday, January 23, 2010

Alahai adukataruna ...Perkara dunia yang boleh mencelakakannya, mung tersedar...

Penghinaan atas Al Marhum Sultan Johor, mung boleh tarik artikel dan boleh memohon maaf pada warga johor dan rakyat malaysia. Bagus tu, tindakan yang bagus. Tindakan terpuji, walaupun selepas EGO kamu kalah dengan PDRM. Bagus kerana mung bertindak sedemikian, sebab hendak menjaga 'badan' kamu. Perkara dunia yang boleh mencelakakan kamu, kamu sedar akan kesilapan kamu, tetapi pada perkara akhirat yang boleh merosakkan aqidah kamu, mung ambik jalan terus mencelakakan diri kamu... Bagusnya! Khaaaikk!! PppttuuuiihH!!

Tetapi sayang, artikel mung yang menghina isteri rasulullah saw, mung masih bersikap kecelakaan mempertahankan pendirian mung yang merosakkan aqidah mung sendiri. Tak pernah nak memohon maaf. Mung masih sayangkan sikap celaka kamu jika dibandingkan dengan kualiti aqidah kamu. Walaupun ambe telah beri pendapat ambe dan peringatan pada mung , bahawa artikel mung bertajuk "Aishah R.A bangang dalam tajuk." sudah boleh merosakkan aqidah mung, mung masih berlagak dengan mengatakan

"Ingat janji Allah. kebenaran tidak dapat ditumbangkan dengan hujah. Kalau tak dapat tumbang hujah gua, apa maksudnya?",

sebagaimana komen mung pada bawah artikel ambe disini. "berbicara tentang politik sehingga lupa menjaga aqidah" .

Segala isu yang berkaitan dengan islam, apa jua bentuk penghinaan, cercaan dan sewaktu dengannya , jika membawa faedah pada pihak pada parti masing-masing, maka, mereka akan berlumba untuk menjadi juara. Jika isu penghinaan atau cercaan yang tidak membawa faedah pada pihak masing-masing, maka, masing-masing buat bodoh ajer.

Perkara dunia yang mencelakakan pada diri dan parti, mereka sedar dan teramat sedar. Perkara akhirat yang merosakkan aqidah pada diri dan keluarga, mereka rela dan 'redha' membiarkan aqidah membengkak berkudis bernanah.

Wednesday, January 20, 2010

Memaksa atau Pemangkin pada pemikiran ?

Berforum atau berblog dll, untuk apa sebenarnya ? Berdiskusi atau berhujah atau beri pendapat ? Atau nak tunjuk , "aku lah paling terror berhujah" ? Mereka yang telah tahu matlamat berforum atau berblog dll, sudah tentu akan menukar "mode" mereka dari memaksa kepada memangkin, dengan melontar pandangan/hujah mempengaruhi pemikiran orang lain sejenak. Mematahkan hujah/pendapat untuk memaksa mereka menerima pendapat/hujah, sukar diterima jika dibandingkan dengan memberi pendapat/hujah membuatkan mereka berfikir seketika atas pendapat yang telah dilontarkan. Pendapat yang menjadi pemangkin untuk orang terus berfikir dan berfikir...

Memangkin pemikiran orang lain lebih besar faedah jika dibandingkan dengan memaksa orang lain berfikiran seperti kita. Mangkinkan pemikiran mereka menjadi manusia yang berfikir atas perkara yang berlaku. Setelah mereka berfikir atau tidak mahu berfikir, itu terpulang pada mereka, kerana kesudahannya pada diri mereka sendiri samada baik ataupun buruk dan bukan pada orang lain. Jika tindak -tanduknya mereka yang masih mengambil jalan negatif, menyebabkan orang lain turut terkena tempias, sesungguhnya mereka ini adalah manusia yang teramat bodoh dan merugikan.

Jika kita sering bukak alquran, insyaAllah, ambe amat yakin, memang terdapat ayat ayat Allah yang menyuruh manusia supaya berfikir dan terus berfikir akan kejadian Allah yang Maha Esa.

Sila renung ayat dibawah.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Surah Ali Imran : Ayat 190


(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Surah Sad : Ayat 29

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.

Surah Al-Furqan : Ayat 50


Jadi, dimana kualiti pada diri kita ? Memaksa atau pemangkin pada pemikiran orang lain ? Tepuk dada tanya iman.

Monday, January 18, 2010

Siapa lebih hipokrit ?

Bila ambe terbaca kisah drama 'tragis' antara adukataruna dan pengendali TKO, teringat plak ambe kat seorang Moderator di TKO. Ingatkan orang yang berjuang bersama PAS ni islamik dalam tindakan, rupa-rupanya berjalan dengan kaki terheret, tempang. Ambe ingat sorang dua ajer sebegitu, rupanya semakin hari semakin terserlah sikap islamik yang tempang. Dengan kata lain hipokrit lah tuh.

Apabila kita merasakan diri kita lebih islamik dari orang lain, maka, nafsu telah menguasai diri kita, dimana ditunggangi oleh syaitan. Maka, dalam tidak sedar, lupa akan satu perasaan, iaitu ujub.

Bila kita berlepas diri plak dari sikap masing-masing, mengambil sikap mengalah, dorang buat dek ajer. Merasa kagum. Merasa hebat.

Siapakah beban UMNO sekarang ?

Beban umno sekarang adalah Rakyat. Kenapa ? Sebab rakyat hari ini , ramai yang merungut, membebel, mengomel, memuncungkan diri dll, apabila bermacam jenis keperluan naik. Sana naik, sini naik. JIka rakyat tak merungut seperti penyokong UMNO tulen, maka itu bukan beban bagi mereka. Itu lembu sawah buat mereka. Senang untuk dijeret hidung untuk membajak sawah.

Dulu, kerajaan mendahulukan rakyat, dimana segala macam jenis subsidi diberikan kepada rakyat ( yang pro UMNO aja dapat kut ). Tak perlu slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Tanpa merasa terbeban, kerajaan membelanjakan wang ringgit untuk keperluan subsidi rakyat. Sana subsidi, sini subsidi, atas subsidi, bawah subsidi. Subsidi yang berkomisyen untuk poket-poket pak menteri kut :)

Sekarang, Slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" hanyalah retorik semata-mata. Iya ke ? Disebabkan kerajaan sekarang, merasa terbeban untuk menyediakan keperluan subsidi rakyat, maka sana dikurangkan subsidi, sini dikurang subsidi, atas bawah dikurangkan subsidi, malah ada subsidi dihapuskan secara senyap ( ada ke subsidi yang dihapuskan secara senyap ? ). Mana boleh dihapuskan secara terang-terang, itu nama nya tempah kubur sendiri tuh.

Jika si bapa tak boleh menyediakan keperluan anak ( yang masih dalam tanggunggan ), jangan buat anak.

Jika pemerintah tak boleh menyediakan keperluan rakyat ( yang mahu keselesaan, aman, tenteram, makmur ), jangan buat retorik...

Aman dan tenteram serta makmur ke malaysia ? Sudah tentu "YA" pada mata sebelah pihak sahaja

Tuesday, January 5, 2010

Tajamkah pemikiran umat islam hari ini ?

Isu perebutan pengunaan nama Allah menjadi isu hangat buat masa ini. Dikalangan umat islam hari ini,terdapat pro dan kontra. Dikalangan pemimpin PAS dan penyokong PAS ada pro dan kontranya berhubung isu ini. Dan dikalangan pemimpin UMNO dan penyokong UMNO, setakat ini, tiada menampakkan pro dan kontra. Rata rata penyokong UMNO dan pemimpin UMNO membantah pengunaan nama Allah oleh puak kristian katholik. Kenapa mereka membantah ? Terdapat banyak faktor yang telah mereka nyatakan. Pada fikiran ambe, mereka yang membantah , ambe kategorikan mereka ini didalam kelompok yang mempunyai minda yang tumpul. Kenapa ambe kata sedemikian ? Jika umat islam hari ini mempunyai ketajaman minda, ilmu yang mantap, tidak akan gentar dan tidak akan bimbang jika musuh musuh islam melakukan tipu daya untuk mengelirukan umat islam dengan menggunakan perkataan Allah. JIka umat islam mempunyai minda yang tajam dan ilmu yang mantap, sudah tentu sudah dapat membaca tipu daya mereka dan tidak menghalang mereka dari terus melakukan tipu daya. Jika umat islam menghalang walaupun telah tahu dan dapat membaca tipu daya mereka, ini mengambarkan umat islam lembik atau pondan untuk berhadapan dengan tipu daya puak kristian.

JIka umat islam membenarkan pengunaan nama Allah ( bukan bermaksud mengiyakan konsep trinity ), umat islam dapat menangkis balik tipu daya puak kristian, kerana sudah banyak peluru peluru yang bakal dapat dimuntah kepada puak puak kristian. Dikalangan puak puak kristian ada pro dan kontra nya. Jadi kenapa umat islam takut dan pondan ? Sedangkan puak puak kristian telah menunjukkan sikap gentar terhadap isu pengunaan nama Allah oleh mereka. Ambe katakan puak kristian mencari nahas mereka sendiri...

Jika anda mempunyai pemikiran yang tajam, berani kah anda menghadapi musuh ? Melainkan anda menyekat awal-awal kerana tidak berani untuk berentap dengan mereka  kerana mereka mempunyak ketajaman minda yang lebih hebat dari anda. Gamaknya.