Wednesday, October 26, 2011

Semangat Agama vs Faham Agama ( abu_sirr )

Penyokong PAS mempunyai semangat islam yang tinggi, namun, cara berfikir , cara bertindak dikalangan penyokong PAS atas ilmu yang mereka miliki , seolah-olah mereka ini cukup tidak faham dengan Ilmu. Tidak menunjukkan mereka ini faham Agama. ( Pinjam tajuk abu_sirr ).

Penyokong PAS mudah diperangkap dengan provokasi dimana mereka ini akan panik dan terus panik. Mereka cuba bangkit menunjukkan kekuatan atas ilmu yang dimiliki, tetapi kepanikkan yang terjadi menyebabkan kekuatan ilmu yang ditonjolkan telah memperlihatkan diri mereka ini kurang faham dengan ilmu yang dimiliki. Dengan lain perkataan, kurang faham Agama. Untuk menyelamatkan diri mereka, mereka mecipta istilah-istilah baru sebagai penyelamat buat diri mereka.

Hudud dan Qisas sedikit sebanyak membongkar betapa mereka ini tidak faham tentang Agama. Mereka ini tahu apa itu Hudud dan Qisas, mereka tahu peranan Hudud dan Qisas tetapi mereka tidak faham bagaimana hendak menyampaikan kepada masyarakat secara umumnya dimana pengaruh fikrah kepartian menyebabkan mereka ini tidak faham Agama.

Bila ditanya, Hudud dan Qisas untuk muslim sahaja ? Maka, majoriti penyokong PAS akan mengiyakan kerana itu adalah ucapan pemimpin PAS. Sesiapa yang bertanya persoalan sedemikian akan dianggap sebagai satu cubaan untuk mempersoalkan hukum ALlah swt. Dari persoalan itu, timbullah pelbagai jawapan yang mengambarkan mereka ini tidak faham atas nama tajuk kerana panik dengan komentar yang bersifat provokasi.

Atas nama tajuk, diwujudkan persoalaan , kemusykilan yang disulami dengan provokasi, maka lahirnya manusia yang suka yang mengeji , mempertikaikan iman, aqidah dan amalan pihak yang bertentangan, sehingga mereka ini lupa untuk mengkaji secara menyeluruh. Maka, untuk mengheret mereka kedalam ruang lingkup pengkajian, maka, cara mengerakkan otak-otak mereka ini dengan membuat provokasi seterusnya dengan memasang jerat-jerat ilmu atas ilmu.

Dari situ, terhasillah ilmu-ilmu dari penyokong PAS yang berilmu lalu terus melontarkan ilmunya untuk menunjukkan mereka ini mempunyai kekuatan untuk menjawab persoalan-persoalan. Tidak dinafikan, ilmu yang mereka lontar itu memang benar. Tetapi sayang, disebabkan kepanikkan, ilmu yang benar tu, kelihatan seperti batil apabila istilah baru diwujudkan sebagai penyelamat dengan harapan dapat mematikan persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Pandangan diatas akan dibuktikan dengan 'insiden-insiden" yang berlaku.

Persoalan yang diutarakan, benarkah Hudud dan Qisas hanya untuk Muslim Sahaja ?

kes pertama : Dengan tegas mereka ini menjawab, Hudud dan Qisas UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA. Hudud dan Qisas ini memang tertakluk kepada orang islam sahaja. Itu lah jawapan mereka.

Lalu dipetik hadis-hadis yang menunjukkan, terdapat pelaksanaan hukuman terhadap orang kafir, seperti hadis yang diriwayatkan dalam sahih muslim dari Abdullah bin Umar r.a yang bermaksud
"Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang Yahudi lelaki dan perempuan yang berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat menemui orang-orang Yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat? Mereka menjawab: Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas kenderaan dalam keadaan beriringan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi jalan. Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah kitab Taurat itu sekiranya kamu berlaku jujur. Kemudian mereka mengambil kitab Taurat dan membacanya. Ketika bacaan mereka sampai pada ayat rejam, tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas ayat tersebut dan dia hanya membaca ayat yang sebelum dan selepasnya. Abdullah bin Salam yang turut bersama Rasulullah s.a.w pada waktu itu berkata kepada beliau: Perintahkanlah dia supaya mengangkat tangannya. Pemuda tadi lalu mengangkat tangannya. Dan ternyata ayat yang ditutupinya itu ialah ayat rejam. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kedua orang yang berzina tadi dihukum rejam. Lalu hukuman itupun dilaksanakan. Abdullah bin Umar berkata lagi: Aku adalah termasuk daripada mereka yang ikut merejam mereka. Dan aku melihat lelaki tersebut berusaha mengelak dari rejaman batu itu" ( Hadis 1 )


Hadis ini membuktikan memang wujud dan memang berlaku, orang kafir dikenakan hukuman HAD.


Kes kedua : Mereka ini menjadikan seolah-olah hudud dan qisas ini hanya lah pilihan ke atas orang kafir yang berstatus zimmi.

Lalu dipetik riwayat dari Abu Daud dan Nasaa'i dimana Saidina Ali r.a berkata yang bermaksud
"Dan tidaklah boleh dibunuh orang mukmin dengan sebab membunuh orang kafir, dan tidak boleh dibunuh juga orang kafir yang mengikat janji setia selama berlaku perjanjiannya itu.” ( hadis 2 )

Riwayat ini telah mengambarkan seorang muslim itu akan diqisas SEKIRANYA membunuh seorang kafir zimmi . Hukuman itu bukan bersifat pilihan ke atas non muslim, tetapi kemestian sebagaimana dimaksudkan dari hadis itu dan ini menunjukkan orang kafir zimmi juga terikat dengan undang-undang syariah dan dilindungi dibawah undang-undang syariah. Undang-undang syariah bukan lagi bersifat pilihan buat diri orang kafir itu, tetapi satu ketetapan ke atas pemerintahan islam.

Akibat terperangkap dengan ilmu atas ilmu, maka, satu lagi penyelamat digunakan untuk menyelamatkan keadaan iaitu penggunaan perkataan "KHILAF".

Apabila istilah KHILAF digunakan, bermakna terdapat dua pendapat yang PASTI berbeza, yang mana, ada pendapat mengatakan hudud dan qisas juga dikenakan keatas orang kafir yang melakukan kesalahan dan satu lagi pendapat mengatakan hudud dan qisas tidak dikenakan ke atas orang kafir.

Jadi, penyokong PAS dan pemimpin PAS hanya berpegang pada satu pendapat sahaja iaitu tidak mengenakan hudud dan qisas ke atas orang kafir. Mereka ini lupa atau sengaja atau menyembunyikan atau salah satu diantaranya, kerana tidak mahu berpegang pada pendapat satu lagi, yang mana melahirkan satu persepsi, seolah-olah ianya untuk meraih undi dari non muslim sebagai satu matlamat. Tidak boleh disalahkan mereka jika itu objektif mereka tetapi mereka menafikan apabila diperkatakan persepsi sedemikian.

Berbalik pada kes 1, disebabkan panik, penyokong PAS ini hilang tumpuan, apabila hadis dari Abdullah bin Umar r.a ( hadis 1 ), penyokong PAS mengatakan, hadis tersebut digunapakai oleh orientalis untuk menolak pelaksaan hudud, sedangkan perkara yagn dibincangkan bukan isu penolakkan pelaksanaan hudud. Isu yang dibincangkan menunjukkan berlaku pelaksanaan hudud ke atas orang kafir sebagaimana dibuktikan ianya berlaku didalam hadis 1.

Akibat fikrah kepartian yang menebal, dilanda kepanikan, istilah baru diwujudkan demi menyelamatkan keadaan. Tercetus istilah baru seperti Hudud Taurat, Hudud Islam, Demokrasi Syar'ie demi memenuhi nafsu-nafsu kepartian.

Mewujudkan istilah baru,seolah-olah mereka ini tidak faham Agama. Istilah Hudud Taurat dan Hudud Islam, apabila diminta penjelasan dari mereka, malah diminta dari mereka, untuk membezakan bagaimana mengenali hudud taurat dan hudud islam, ternyata mereka gagal. Apabila gagal memberi pencerahan, ternyata, mereka melakukan penyelewangan atas ilmu disebabkan dikuasai nafsu kepartian dan fikrah kepartian.

apabila tiada penjelasan bagaimana hendak membezakan hudud taurat dan hudud islam, ditimbulkan pula cerita mansuh.. ( mansyukh ). Perkataan Mansuh hendak digunakan pakai, dijangkakan, hanyalah untuk memadamkan berberapa fakta didalam kitab taurat supaya dapat di selarikan dengan istilah baru mereka itu iaitu hudud taurat. Hal ini, Perkara ini telah menjadi perangkap buat mereka sendiri, kerana, terdapat perkara yagn disebut dari kitab taurat tidak dimansuhkan, malah ianya diguna pakai didalam draff Hudud.

Surah Al Ma'idah ayat 45 yang bermaksud
" Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."


Dalam ayat itu, Allah telah menetapkan didalam taurat, bentuk hukuman qisas. Bentuk hukuman qisas ini digunapakai didalam draff hudud yang dirangka oleh PAS merujuk kepada Seksyen 37, 38 dan 39. Sila rujuk ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU.

pada seksyen 39 : Jenis-jenis Kecerderaan Badan, menyebut

Bagi tujuan menjatuhkan hukuman, kecederaan badan hendaklah dibahagikan seperti berikut:

  • "(a) itlaf-al-udhw (menyebabkan putus mana-mana anggota badan atau kecederaan sesuatu bahagian atau anggota tubuh badan);

  • (b) itlaf-solahiyyatu-al-udhw (menyebabkan kebinasaan atau kelemahan selama-lamanya fungsi atau kegunaan sesuatu anggota badan, atau merosakkan rupa anggota itu selama-lamanya);

  • (c) syajjah (menyebabkan kecederaan di kepala atau muka yang mana kecederaan itu tidak termasuk dalam takrif itlaf-al-udhw atau itlaf-solahiyyatu-al-udhw);

(d) jurh (menyebabkan luka kepada mana-mana bahagian badan selain daripada kepala dan muka yang mana luka itu meninggalkan suatu tanda atau parut sama ada sementara atau kekal); dan


  • (e) kesemua kecederaan badan yang lain."

Dalam ayat 45 surah al Ma'idah ada menyentuh perihal jiwa dibalas jiwa sebagaimana disebut didalam kitab taurat.

Dalam Enakmen draff Hudud Terengganu, pada seksyen 27 dan 28 juga menyentuh perkara yang disebut didalam kitab taurat.

Tidak semua dalam kitab-kitab terdahulu , dimansuhkan sama sekali apabila kitab al quran didatangkan, maka, istilah "hudud taurat" tidak tepat semasa sekali jika ianya cuba dijadikan penyelamat atas nafsu kepartian.

Sekiranya ada pihak berkata ianya hanya lah agenda politik meraih undi apabila mengatakan hudud untuk muslim sahaja itu , usah berkelakuan seperti orang yang pedih ulu hati. Cari lah jawapan yang sebaik mungkin atas pernyataan tersebut ( agenda politik meraih undi ). Jawapan diperlukan untuk mengimbangi antara satu sama lain supaya ianya tidak menjadi perangkap buat diri sendiri.


Monday, May 23, 2011

Nak wat perbandingan pun, tengok perbezaan jenis Ron lah...

Photobucket

ermmm
Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.


Ron95
Singapura SGD 2000 SGD2.12
Malaysia RM2000 RM 1.90.

Ron98 vs Ron97 vs 95 ? Rakyat masih akan pilih Ron9 5 ?

Majoriti rakyat Malaysia pakai Ron95. Ambe anggap Ron95 disingapura, macam dorang tak pandang. Kenapa ? Sebab Ron98 ngan Ron95, perbezaan dia Ron 98 ( SDG 2.17 ), manakala ROn95( SDG 2.12) Beza 2.17-2.12=0.05 Sahaja. Jika gitu beza, ambe pun akan pakai Ron98 punya.

Di Malaysia, Ron97 = RM 2.90, manakala Ron95 = RM 1.90. Majoriti rakyat malaysia pakai ron95 kerana Ron 97 mahal giler. Kenapa ? Sebab Ron97 ngan Ron 95 perbezaan dia 2.90-1.90=1.00. Seringgit maa beza dia....

Jika diMalaysia ada Ron98 punya perbezaan harga ngan ron95 setakat bawah 5 sen, ambe pilih ron98. Jika Ron97 punya perbezaan harga ngan Ron95 sebanyak Rm 1.00, takkan ambe nak pilih ron97 plak. Ambe berani kerat jari lah jika ramai rakyat malaysia masih pilih Ron95 jika harga Ron98 ( jika ada di malaysia ), jika perbezaan harga setakat 5 sen sahaja. Ambe jugak yakin, andakjauhar akan pilih ron97 punya jika beza harga ngan Ron95 setakat 5 sen.

rujuk : http://andakjauhar.wordpress.com/adakah-harga-petrol-di-malaysia-mahal/

Masih nak banding ngan singapura dari segi penggunaan Ron95 ?

Masih nak banding ngan singapura dari segi penggunaan Ron95 ?

cuba tengok semua perbezaan Ron dari semua negara ? Bahang taik aaa andakjauhar....

Malaysia punya beza RM 1.00. Hok lain, ada lebih dari RM 1.00 ?

Saturday, May 14, 2011

Akan muncul bakal ulama yang bodoh.

Apabila tajuk tulisan dari Nasruddin Hassan didalam blognya yang bertajuk "Negara Islam Solusi Perpaduan Kaum", dan seterusnya membaca huraiannya, didapati, tidak dinyatakan cara dan bagaimana Negara Islam memberi penyelesaian pada masalah perpaduan Kaum.

Negara Islam hanyalah satu jenama yang memerlukan resepi Negara Islam. Tanpa resepi negara Islam, penjenamaan negara islam sekadar pada Nama sahaja.

JIka ditanya, mana lebih penting antara "Jenama" Negara Islam dan "Resepi" Negara Islam ? Sudah tentu, mesti ada pro dan kontra. Mereka yang melihbat "resepi" negara islam itu lebih penting, menunjukkan mereka mempunyai pertimbangan akal yang waras, manakala mereka yang melihat "Jenama" negara islam lebih penting, itu tanda, mereka dilanda kebodohan kerana gagal melihat keseluruhan.

kenapa ambe berkata sedemikian ? Jika ditanya menggunakan pendekatan logik akal, perkataan "negara islam" ditukarkan kepada perkataan "kek atau kuih". Pasti akan ada yang lebih nampak, 'resepi' berperanan penting untuk memberi rasa kepada semua orang.

Resepi yagn diadun akan menentukan kesedapan kek untuk ianya akan dihidangkan kepada orang ramai. Dari persoalan "Jenama kek" atau "resepi kek", mana satu lebih penting, maka, dijawabkan "rasa" lebih penting, dan kedua-duanya tidak penting. Jawapan sebegini juga jawapan yang tidak cerdik, kerana resepi akan menentukan rasa. Jenama langsung tidak akan memberi rasa. Kenapa ? Berbezakah resepi Nasi Ayam dengan Resepi Nasi Beriani ? Sudah resepinya berbeza untuk memberi rasa yang berbeza.

Renungkanlah kembali persoalan ini . Adakah jenama lebih penting sehingga langsung tidak nampak resepi ?

Berbalik pada cerita nasruddin, dalam al quran dan hadis telah meletakkan, taqwa adalah solusi perpaduan kaum. Taqwa berperanan penting dalam menjaga hubungan sesama manusia. Dari surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud

Firman Allah (maksudnya):
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."


semua tahu ayat ini, pakai sokmo, tetapi macam takde apa dimata mereka yang selalu menyebutnya. Didalam ayat itu, ada ditunjukkan cara untuk menyelesaikan perpaduan kaum. Didalam ayat itu tidak dikatakan "negara islam" sebagai satu penyelesaian keapda permasalahan perkauman. Cuba cari didalam memana ayat alquran yang menyuruh kita membentuk negara islam untuk menyelesaikan masalah perkauman.

Hadis rasulullah saw juga menyebut tentang taqwa dan menyentuh tentang keturunan dan bangsa.

Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan”
Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani.

Bila ambe sebut resepi, sudah tentu ianya merujuk pada senarai bahan-bahan untuk memasak.
Gamaknya, apakah bahan-bahan atau ramuan pada resepi negara Islam ? Bukak lah alquran dan hadis, banyak ramuan didalamnya. Bila dah boleh disenaraikan ramuan-ramuan, jadi, kesimpulan, resepi didahulukan, baru fikir pasal jenama.

salah satu ramuan dari resepi negara islam.

Firman Allah (maksudnya):
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil'.
Surah al-Nisa’ Ayat 58.

Promotelah ramuan-ramuan resepi negara Islam, bukan jenama negara Islam.

Thursday, April 28, 2011

Warkah Terbuka untuk DSAI

"Salam buat Datuk Seri dan keluarga semoga berada dalam rahmat Allah sentiasa.
Saya seorang guru wanita di sebuah sekolah di Terengganu. Saya membesar dan menjadi dewasa pada zaman Datuk Seri menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Saya cukup mengagumi Datuk Seri yang saya lihat mempunyai ciri-ciri kebijaksanaan seperti Tun Mahathir dan islamik seperti TG Nik Aziz.

Malaysia sangat bertuah jika memiliki seorang Perdana Menteri seperti Datuk Seri. Pelbagai fitnah yang dilemparkan selama ini tidak menggugat kepercayaan saya terhadap Datuk Seri.

Namun, sejak kebelakangan ini saya semakin bosan dengan keadaan politik negara. Saya lihat agenda menjatuhkan Anwar melebihi daripada agenda pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Sungguh bosan dengan media arus perdana yang memanipulasikan isu Anwar pada setiap masa dan ketika. Paling mual apabila kerajaan, media dan polis seakan merestui penyebaran video seks dan kemudian menjatuhkan hukuman bersalah mendahului mahkamah dunia.

Datuk Seri, saya amat bersimpati. Sungguh bersimpati kerana pada saat-saat genting ini rakan-rakan yang dahulunya sangat rapat dan memberi sokongan moral dan material telah menjauhkan diri. Malah, mereka turut bekerjasama dengan kerajaan dalam agenda menjatuhkan Anwar. Mengikuti perjalanan bicara Liwat 2, besar kemungkinan Datuk Seri akan dihantar ke penjara semula. Saya tidak tahu dari mana datangnya kecekalan Kak Wan dan anak-anak Datuk Seri. Sedangkan saya yang tiada kena-mengena dengan Datuk Seri pun sangat resah memikirkannya.

Datuk Seri, tidak bosankah dengan keadaan politik di Malaysia? Sampai bilakah Datuk Seri mahu menahan diri dari segala fitnah dan aniaya? Tidak kasihankah kepada Kak Wan yang menanggung segala derita dicaci-maki kerana setia membela suami? Apa penting sangatkah menjadi Perdana Menteri sehingga rela maruah diri diinjak-injak dan kebahagiaan keluarga terjejas?

Datuk Seri, Kak Wan pernah meluahkan rasa bahawa tempoh bersama Datuk Seri di US selepas dibebaskan dan menjadi orang biasa merupakan detik yang sangat membahagiakan. Kenapa tidak menetap sahaja di sana? Datuk Seri masih boleh berikan buah fikiran tentang politik Malaysia melalui penulisan. Tidak perlu berdepan dengan musuh-musuh politik yang menguasai segala-galanya di Malaysia. Lebih baik tinggal bebas di bumi orang daripada terpenjara dan teraniaya di bumi sendiri. Datuk Seri telah memulakan langkah pertama, jadi biarlah orang lain pula menyambung langkah itu. Insya-Allah, perjuangan akan diteruskan.

Datuk Seri, berilah peluang kepada pemerintah menjalankan pentadbiran dengan tenang tanpa perlu takut dengan bayang-bayang Datuk Seri. Sekurang-kurangnya, mereka boleh beri tumpuan kepada pembangunan negara dan rakyat. Sekurang-kurangnya, wang rakyat tidak dibazirkan untuk menjayakan konspirasi. Sekurang-kurangnya, fitnah-mehnah yang memualkan dapat dikurangkan. Kasihan juga kepada pembaca berita TV3 yang cuma menjalanan tugas turut terpalit dosa kering.

Akhir kata, harap Datuk Seri fikirkan permintaan ini. Fikirkan demi kebaikan semua pihak. Mengalah bukan bermakna kalah, tetapi mencari tempat selamat untuk mengatur strategi. Semoga Allah permudahkan segala urusan Datuk Seri Sekian.
"

nukilan : cyglyn.

Friday, April 22, 2011

Hukum berpolitik adalah harus pada asasnya.

GrinPower bertanya :
Persoalan Saudara Archery dah dijawab.... Giliran Saudara pula menyatakan Pendirian saudara....

Tak adil kita dengar sebelah pihak. Sekarang Giliran Saudara... Kami Tunggu......


Saudara Sder kata hukum berpolitik tidak wajib.
Saudara OoYa kata hukum berpolitik fardhu ain, iaitu wajib.

Pada pendapat ambe plak, hukum berpolitik ini asasnya adalah harus. Ianya boleh menjadi haram dan boleh menjadi wajib.

Ambe berpandangan sedemikian kerana berpolitik ini satu keperluan. Kita perlu berpolitik bila masa kita rasa perlu. Kita tidak perlu berpolitik bila masa kita rasa tidak perlu.

Ambe meletakkan sebagai harus pada asasnya untuk mengelak "kesan sampingan" pada umum.

Jika dikatakan wajib, maka, setiap muslim yang mukallaf tidak kira peringkat umur, apabila sudah baligh, bermakna perlu berpolitik. JIka tidak berpolitik, jatuh berdosa pada setiap muslim yang sudah baligh. Remaja belasan tahun mesti tahu berpolitik, sedangkan bukan semua orang faham tentang politik, apatahlagi berpolitik. Itu kesan sampingan bila diatakan wajib.

Jika dikatakan tidak wajib, maka, tidak berdosa jika tidak berpolitik. Jika tidak berdosa, maka, apabila ada orang islam mengatakan agama suku politik suku, tidak boleh dikatakan mereka sekular. Itu juga satu kesan sampingan kepada masyarakat apabila berlaku pemisahan agama dan politik sedangkan politik ini satu keperluan.

Sebagai contoh untuk mudah difahmi, ambe nisbah atau andaikanan dengan pekerjaan. Untuk mengelak "kesan sampingan" kepada umum. Pekerjaan itu harus pada hukum asasnya. Pekerjaan itu menjadi wajib apabila ada tanggungjawab dan amanah. Bila diletakkan pekerjaan itu tidak wajib, berkemungkinan akan berlaku pengabaian dalam menunaikan tanggungjawab jika ada tanggungan.

Jika diletakkan pekerjaan itu wajib, maka, setiap muslim yang baligh dan mukallaf wajib bekerja. Tidak bekerja, maka berdosa. Itu kesan sampingan bila diletakkan wajib.

Jika diletakkan pekerjaan itu tidak wajib, maka, akan ada setiap muslim yang baligh dan mukallaf malas untuk bekerja sedangkan mereka ada tanggungan yang perlu dipertanggungjawabkan.

Pekerjaan juga menjadi wajib apabila ada tanggunggan atau tanggungjang. Dan pekerjaan itu juga menjadi haram, apabila terlibat dengan sesuatu yang haram, seperti menjual arak.

Berbalik pada berpolitik, ambe berpandangan, berpolitik menjadi haram, apabila masyarakat berpecah, pulau memulau, bermusuhan antara satu sama lain dalam menegakkan doktrin parti masing-masing dan sebagainya gejala yang negatif kepada masyarakat.

Ambe kata, berpolitik boleh menjadi wajib, iaitu fardhu kifayah, sekiranya tiada orang islam terlibat dalam politik untuk mencapai sesuatu hajat bagi kemaslahatan ummah. Jika tiada langsung orang islam berpolitik, berlaku pengabaian terhadap kemaslahatan ummah, maka tiap-tiap orang islam berdosa kerana pengabaian tersebut.

Apabila sebut mengenai politik, dan orang politik, seolah-olah fardhu kifayah tidak wujud, kerana, memang akan ada orang islam yang berpolitik. Apabila ada orang islam yang lain berpolitik, maka, orang islam lain daripada itu tidak suka pada berpolitik, dan tidak reti untuk berpolitik, maka, mereka tidak berdosa apabila tidak berpolitik.

Wednesday, April 20, 2011

Kenyataan Hadi Untuk Memperkukuhkan Diri.

Merujuk komen prof Aziz Bari mengatakan Presiden PAS adalah liabliti.

Jawapan balas dari Hadi awang mengenai kenyataan Aziz Bari memperlihatkan Hadi Awang cuba memperkukuhkan diri dari terus dicabar pemilihan sebarang jawatan dalam parti terutama jawatan Presiden.

Sesapa dicalonkan untuk jawatan presiden, siap lah deme ( pemimpin PAS ), dikerjakan oleh golongan yang taksub kat hadi awang. Deme akan dibelasah di kiri kanan. Dikatakan pemimpin tersebut tidak wala dan thiqah terhadap hadi awang. Pencabar itu akan dilihat seperti "mahu lawan tokey".

Hadi awang kata PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan untuk sebarang jawatan. JIka betul mengalu-alukan pertandingan sihat, jangan lah guna "wala'" dan "thiqah" sebagai penyelamat plak bila jawatan Presiden PAS dicabar. Mengalukan apa nya begitu, bila sampai satu tahap, duk dicanangkan wala' dan thiqah oleh pentaksub Hadi awang. Deme jangan lawan tahu, yang deme nak cabar tu Ulama.

Hadi awang mengalukan dan menantikan barisan pelapis. Itu kata dia dalam jawapan balas. Jika betul mahu melihat pelapis baru, kosongkan jawatan presiden supaya ada pertandingan sihat untuk pemilihan presiden baru. Hadi awang tidak dicabar oleh sesiapa pun, jadi dapat lah selamatkan air muka seorang presiden berstatus ulama. Jika ada yang mencabar dan pencabar itu datang dari latar belakang professional, dalam pertandingan ini berjaya merebut kerusi, kepimpinan Ulama yang dicanangkan selama ini, tidak lagi keramat. Air muka seorang berstatus ulama akan jatuh merundum. Jatuh saham beb! Apa kelas seorang seorang bertaraf ulama, pun boleh kalah ngan orang bertaraf professional.

Melainkan pencabar jawatan presiden dari pemimpin parti bertaraf ulama gak. Baru dapat jaga "kepimpinan ulama". Keramat "kepimpinan ulama" dapat dikekalkan.Jika presiden PAS bertaraf ulama hari ini kalah, dapat gak pujuk diri, dengan jawapan "takper, penganti presiden PAS pun seorang ulama gak". Takde Chance lah golongan professional nak jadi presiden PAS. Bila golongan professional dari PAS dapat jadi presiden ? Modal tuh. Modal nak wat kritikan demi kritikan.

Jika tidak berlaku hari ini, dimasa hadapan dalam pemilihan, bergema lagi kritikan demi kritikan. Cerita sama berulang lagi. Jangan galok gatal nak mencalonkan pemimpin PAS untuk jawatan presiden PAS. Orang yang mung nok lawan tuh, Presiden PAS bertaraf ulama.

hari ini pun kena, besok pun kena. Pilihan tu ada untuk hadi awang. Samaada letak jawatan atau akan dicabar lagi di suatu hari nanti. "Kepimpinan ulama" telah menjerat PAS dan kepimpinan PAS. Boleh dijadikan modal lagi untuk mengkritik PAS.

JIka Hadi awang letak jawatan, jadi betullah ambe jangkakan. Jika dicabar lagi, macam berlaku seperti sekarang lah. Cerita tak berkesudahan. Jika hadi awang letak jawatan, kira nya hadi awang ikut cakap ambe lah tuh. ( gelak ) Jika dicabar lagi, jangkaan ambe nampak betul lah jugak. ( gelak )

Kepada penyokong PAS, dan pengundi PAS, jangan harap lah korang akan dapat melihat Jawatan presiden PAS bertukar tangan sekiranya hadi awang masih bernyawa. Nafikan lah jika berani. ( gelak berguling bating - acah ajer tuh )

Tuesday, April 19, 2011

Berminda Dam Aji, memang lah Liabiliti.

Bila PAS menang, deme semua perasan bagus. Bila kalah, jangan kritik PAS , nanti meroyan puak-puak PAS. Hok open minden sikit, berlapang dada, hok berotak kecut, siap ler keluar kata kesat kat orang yang mengusik PAS.

Sebelum aziz bari kat Hadi awang tu liabiliti PAS, sejak ambe kenal corak politik hadi awang dah kata Hadi Awang berminda dam aji.Buah dam, sama ajer. Gerak ikut mana pun, buah dam tetap buah dam, pergerakan tetap searah. Tak kiri, mesti kanan, tak kanan, kiri. Berminda dam aji takde guna buat parti. Liabliti tuh. Bila musuh ulur buah, tau nak makan ajer. Perasan bagus lah tuh. Sebab semua buah dam sama, sorang ajer pemimpin PAS berkokok, hok lain pun turut berkokok benda sama, sekadar tokok tambah atau nasi tambah ajer. Buah dam depan gerak setapak ke depan, buah dam belakang gerak setapak duk belakang buah dam depan.

Ambe tersengih jahat bila tengok pelancaran slogan PAS Ganti UMNO. PAS Ganti UMNO tak membawa makna, sebab pemikiran dan corak pergerakan politik, gerakan dam aji. Bila UMNO sakit sekarang, makna PAS diulur buah untuk dimakan. Pasal tu PAS pun makan ngan slogan PAS Ganti UMNO. Banyak PAS cipta slogan. PAS berniaga slogan dengan rakyat. UMNO dalam keadaan sakit pun, sengih bodoh ajer kat PAS. Tak takut langsung ngan slogan PAS ganti UMNO.

cuba tengok buah catur, ada peranan masing-masing. Semua buah catur, tak sama antara satu sama lain. Gerakan pun berbeza. Begitu lah sepatutnya yang patut ada setiap kepimpinan PAS, memainkan peranannya masing-masing. Hadi awang gerak Bishop, pemimpin lain naik Knight, pemimpin PAS lain plak, gerak Pawn sebagai umpan, Hok lain plak standby ngan Castle nak makan lawan. Queen standby nak check pihak lawan semoga dapat buat checkmate.

Setakat mana PAS bermuhasabah diri dari percaturan politik ? Setakat mana PAS menganalisa setiap pergerakan percaturan politik ? Ambe duk perati, PAS perasan bagus.

Pasal tu PAS dan puak-puak PAS naik hangin bila ada kritikan. PAS dan kepimpinan PAS perasan, dorang lah paling hensem bila mengadap cermin. Sendiri tilik kat cermin, sendiri perasan hensem. Orang lain tegur, ada panau kat belakang, marah nya PAS dan puak-puak PAS kat orang yang menegur.

Slogan PAS ganti UMNO, letak 5 calon, 5 tu jugak kalah. Orangramai menilai beb. Ambe pandang sinis PGU.

Dalam permainan catur, buah ( spt queen, knight dan bishop ) terpaksa diletak dalam posisi untuk dikorbankan bagi mengelirukan pihak lawan. Lawan tak heran kalau dikorbankan Pawn. PAS kena buat macam tuh jugak. Korbankan hadi awang tuh, ganti ngan orang lain. Bila ganti Hadi Awang, dah hilang satu harapan kat UMNO yang beranggapan Hadi Awang penyelamat UMNO. Penyelamat yang duk baling Pelampung UG kat UMNO.