Saturday, February 27, 2010

Barisan Nasional /UMNO adalah sumber fitnah

Jika disenaraikan, uihh... banyak beb!!

Jadi, BN perlu ditumbangkan pada PRU13. Dek kerana takut , maka puak-puak ni guna hadis dibawah untuk meredakan perasaan mereka..

Puak puak BN nih, suka sangat guna hadis dibawah ini
Hadis 1 : Terjemahan: “Akan ada sepeninggalku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam rupa manusia”. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku menemuinya?”. Beliau menjawab: “(Hendaknya) kamu mendengar dan taat kepada amir (penguasa), walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, hendaklah kamu tetap mendengar dan taat (melainkan apabila diperintahkan melakukan kemungkaran – pent.)” (Hadis Riwayat Muslim)
supaya rakyat terus menyokong mereka, sedangkan , secara tidak langsungnya, puak-puak BN ini telah mengiyakan dua perkara disitu iaitu,

pertama : kerajaan hari ini adalah kerajaan yang melakukan kemungkaran dan

keduanya : ditadbir oleh orang-orang yang hatinya berhati syaitan dalam rupa manusia.

Jadi, orang BN ni, terutama UMNO, jangan ler marah jika golongan kamu ini dicop sebagai berhati Syaitan sepertimana dinyatakan didalam hadis diatas. Kamu nak sangat pakai hadis ini, terus lah pakai nya... untuk meraih sokongan rakyat supaya rakyat terus menyokong kamu, maka, terima lah habuannya kan, iaitu kamu ni berhati syaitan. Ambe tak kata kamu syaitan, ambe kata kamu berhati syaitan. Dan ambe kata, sebab hadis Rasulullah berkata sedemikian. Jadi , tak bleh nak marahlah selepas ini.....

Guaner gamok ?!!!

Pada ambe, hadis diatas nih, bersifat khusus pada individu, bukan bersifat umum untuk masyarakat. Kenapa ? Kan Hudzaifah r.a ada tanya, apa perlu dia buat jika dia bertemu pemerintah sebegitu ? Rasulullah saw suruh Hudzaifah r.a mendengar dan taat pada pemerintah sebegitu, walaupun harta Hudzaifah dirampas atau dirinya dipukul. Dan, hal sedemikian pernah terjadi pada imam Hambali , dimana beliau dipenjarakan kerana tidak mahu menuruti kehendak khalifah ketika itu yang mahu semua rakyat menganggap alquran adalah makhluk.

Bila individu bertemu individu, bersemuka, maka, munasabahlah jika kita ambil pedoman dari hadis ini plak...
hadis 2: Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahawa aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika tiada upaya, maka ubahlah dengan lisan, dan jika tiada kemampuan, maka ubahlah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah Iman” Hadith riwayat Muslim
Imam Hambali telah bersemuka dengan pemerintah menegur dan mempertahankan dengan lisan. Tarafnya sebagai imam mazhab yang lembut hati, tak mungkin guna kekerasan iaitu guna tangan untuk menegur pemerintah. Jika pemerintah ketika itu bertemu dengan Syaidina Umar r.a. sudah pastinya kena lempang. Ambe yakin, sebab kita tahu ketegasan Syaidina Umar. r.a. Sekiranya terjadi, adakah Syaidina Umar r.a akan mengingkari hadis no 1, berkaitan dengan mentaati pemerintah ? Jawab lah jika berani. :)

JIka ambe patuhi hadis no 2, adakah ambe mengingkari hadis no 1 ? Setiap hadis yang disampaikan, mengajar kita untuk berfikir dan bertindak. Jika kita patuhi hadi no 1, bermakna kita mengingkari hadis no 2. PI mai, pi mai tang tung.

Dan tak perlu susah susah peningkan kepala... sebab kita ada rujukan seterusnya, iaitu, Alquran. Renung ayat ini plak...

Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.... Al Imran ayat 110


Jadi, perlu kita sempitkan skop hadis no 1 diatas sehingga kita nak abaikan ayat alquran dari surah Al Imran ayat 110 ? Dek kerana kita sempitkan skop hadis no 1, maka kita pun, takde nak suruh kepada yang makruf, dtakde nak mencegah kepada yang mungkar. Gitu ker ?? wahai manusia berhati syaitan !!!


Guaner ? rasa nok sempitkan lagi skop hadis no 1 diatas shingga kita nak abaikan ayat alquran dari surah Hud Ayat 113 ?

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan . Surah Hud Ayat 113.


Jadi, perlukah kita sempitkan skop hadis no 1, sehingga kita tergolong dalam golongan manusia yang cenderung/menuruti kepada orang-orang yang berlaku zalim ? Jawablah wahai manusia berhati syaitan!!!

Sebab tu ambe katakan, hadis no 1 nih, menjurus kepada individu sahaja. Ayah kita pemimpin rumah tangga. Jika ayah kita buat silap, buat maksiat, takkan kita nak guna hadis no 2, nak pi lempang ayah kita plak. Sudah tentu kita terikat pada hadis no 1, walaupun ayah kita akan piat kita balik pasal nak mengajar orang tua. Tengok situasi lah.

Takkan satu hadis tertentu, semua keadaan korang nak pakai sesuaikan.

Apsal bodoh sangat mereka nih ?

hadis no 1 tadi, secara khusus nya tidak disebutkan bahawa kita perlu juga taat dan patuh pada pemerintah yang kaki fitnah. Jadi, kerajaan hok hari ini, terlebih satu perkara iaitu fitnah, banyak sangat buat fitnah dan tidak lagi sesuai digunakan hadis no 1 untuk ditaati pada pemerintah. Pemerintah sekarang, perlu ditumbangkan iaitu kita mematuhi saranan dari alquran surat al Baqarah ayat 193 iaitu
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. Al Baqarah Ayat 193


Kita perangi mereka dengan undian. Kita perangi mereka ngan senjata, lain plak ceritanya. Senjata hok ada, 5 tahun sekali, iaitu pangkah pada kertas undi. Ok lah tuh. Takde ditumpahkan darah sewaktu pemilihan.

Guaner ? ada rasa reti berfikir dok ?!!

Punca kecelaruan dalam masyarakat, bila alquran dan hadis, dipakai pada semua tempat tanpa mengira keadaan dan situasi. Baik PAS mahupun UMNO, kekadang tu ambe tengok 2 x 5 ajer.

Contohnya gini lah...
mentang mentang pakai 4 wheel drive, semua tempat dia nak lanyak, sehingga kat bendang berair pun dia nak lanyak.. bodoh sungguhlah jika berfikiran sebegitu...

p/s : bersyaitan dan berhati syaitan, nampak sama, tapi tak serupa... :)

Sunday, February 21, 2010

Royalti vs Wang Ehsan vs Cash Payment

Inilah Iklan Penjelasan UmNoooo - Jawapan MAMPAT....


Persoalan Pertama

1. Apakah Istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas ?

JAWAPAN UmNooo

Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5 % seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri 1975/1976.


JAWAPAN MAMPAT


Perkataan royalti telah digunakan untuk menggambarkan “cash payment” dalam perbahasan-perbahasan di Parlimen semasa Almarhum Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri lagi. Istilah wang Ehsan hanya digunakan dalam perbahasan di Dewan bermula Oktober 2010. Laporan Audit Negara sehingga tahun 1998 juga menggunakan istilah Royalti bagi menggambarkan “cash payment”.

Apakah Datuk Seri Najib ingin menyatakan bahawa Ayahanda beliau iaitu Almarhum Tun Abdul Razak seorang yang " BUTA FAKTA " ?.


Selain daripada itu juga, teliti fakta berikut;

Wang ehsan vs royalti
- akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian antara negeri dan Petronas tidak menyebut mana2 istilah royalti atau ehsan, hanya menyebut “cash payment” tetapi

  • i.Semua surat2 rasmi antara Petronas dan Kerajaan Negeri guna istilah royalti
  • ii. Istilah dalam perbahasan di Parlimen gunakan royalti bermula zaman Tun Abd Razak, istilah ehsan hanya timbul pada bulan Oktober 2000 bila royalty Terengganu ditarik balik
  • iii. Laporan Audit Negara juga mengunakan istilah royalt
  • iv. Di dalam buku Pertabalan Sultan Mahmud (Ayahanda SUltan Mizan)menggunakan istilah Royalti.
  • v. Mengikut Laporan Dewan Undangan Terengganu sebelum ini juga menggunakan istilah Royalti.
  • vii. Kenapa dulu guna istilah Royalti... kenapa sekarang Ehsan....


Soalan 2 & 3

Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5 % seperti yang disebut dalam perjanjian antara petronas dan Kerajaan tahun 1975/1976 ?

Jawapan UmNoooo
Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 bau nautika yang diukur dari paras iar surut (Ordinan Darurat-Kuasa-kuasa perlu No 7 1969)


Soalan 3

Adakah kerajaan negeri Kelantan atau mana-mana Kerajaan negeri di Semenanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari petronas ?

Jawapan UmNoooo

Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar periairan wilayah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil yang diperolehi di luar periairan negeri melebihi 3 batu nautika adlah hak milik Kerajaan persekutuan.

JAWAPAN MAMPAT


Perjanjian antara pihak Petronas dan Kerajaan-Kerajaan Negeri telah menyebut secara jelas bahawa :

”WHEREAS the by The Petroleum Development Act, 1974 the entire ownership in, and the exclusive rights, powers, liberties and privileges og exploring, exploiting, winning and obtaining petroleum wether lying onshore or offshore of Malaysia is vested in PETRONAS” .


Istilah offshore yang terpakai dalam perjanjian ini merujuk kepada kawasan dasar laut dalam lingkungan jarak 3 batu daripada pantai negeri (State Territorial) dan kawasan di luar State Territorial yang setentang dengan Negeri-Negeri berkenaan. Cash Payment yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu bermula tahun 1978 hingga tahun 2000 telah membuktikan bahawa soal di dalam 3 batu atau di luar 3 batu daripada pantai Negeri tidak pernah timbul. ( akan ada tambahan hujah lagi di sini )


---- maaf MAMPAT akan sambung semula jawapannya -----------

Sumber : Mampat

Thursday, February 18, 2010

KEKELIRUAN TENTANG QAZAF: SATU PENJELASAN ?

Buku kecil berwarna biru dan putih, mengandungi 14 muka surat bercetak, memperjelaskan tentang qazaf. Diedarkan di tempat awam dan masjid. Apabila ambe bukak m/s pertama, pertama-tama terfikir dibenak ambe adalah, mereka ini tergolong dikalangan puak-puak celaka. Puak celaka ini juga mempergunakan Agama untuk pentingan politik.




Untuk maklumat lanjut, isi kandungan buku kecil tersebut, sila rujuk pada facebook ini


Kenapa mereka ini ambe sifatkan dikalangan puak-puak celaka ? Kerana ilmu yang cuba disampaikan , masih ada penjelasan/penerangan yang mereka sengaja sembunyikan.....


Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Istilah hukum syarak ini diterima pakai oleh jumhur para ulama dan diantaranya 4 mazhab, iaitu Maliki, Syafie , Hambali dan Hanafi.

Dan pertuduhan liwat ini, adalah termasuk dalam istilah hukum syarak diatas, mengikut pendapat jumhur para ulama, diantaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali sahaja.

Manakala

Hanya Mazhab Hanafi SAHAJA, mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja mengikut istilah hukum syarak diatas, dan meletakkan pertuduhan liwat hanya termasuk dalam perkara takzir.

Dan berbalik pada buku biru bertajuk "Kekeliruan Tentang Qazaf : Satu penjelasan", tidak memanjanglebarkan dari sudut pendapat jumhur para ulama, diantaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kem. Penerangan Komunikasi dan dot dot dot, hanya memanjanglebarkan dari sudut pendapat Mazhab Hanafi sahaja. Dari Sudut Mazhab Hanafi sahaja.

Jadi, sebab itu lah, ambe katakan, mereka ini puak celaka kerana menyembunyikan sebahagian ilmu yang sepatutnya disampaikan.

Tuesday, February 16, 2010

Dikala Kekasih Allah dijemput mengadapNya.

Diriwayatkan bahawa Surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu Asar iaitu pada Hari Jumaat di Padang Arafah pada musim Haji Penghabisan (Wida"). Pada masa itu Rasulullah S.A.W tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah S.A.W bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun Malaikat Jibril a.s dan berkata

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."


Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata "Agama kita telah sempurna"Agama kita telah sempurna"

Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya.

Maka Abu Bakar r.a pun berkata "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Kemudian Ali r.a berkata "Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar Ya Rasulullah ? ".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata,
"Semua yang dikata oleh Abu Bakar adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka iapun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a pula menggeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuatnya yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua Malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahupun di lautan turut menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W bersalaman dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.

Kisah Rasulullah S.A.W mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Mengikut riwayat Ibn Ishaq dan Ibn Sa'ad daripada Abu Muwaihibah mengenai geringnya Rasulullah S.A.W katanya

"Aku diajak pergi oleh Rasulullah S.A.W di tengah-tengah malam," kata baginda "Wahai Muwaihibah, aku diperintahkan supaya memohon ampun untuk penduduk Baqi"". Kemudian Baginda pun datang kepada aku lalu katanya

"Telah diberikan kunci khazanah dunia untuk kekal dalam dunia ini, tetapi aku memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan Syurga."

"Wahai Rasulullah. Ambillah kunci khazanah dunia dan kekallah dalam dunia kemudian barulah syurga."

"Tidak, demi Allah wahai Abu Muwaihibah, aku telah memilih pertemuan dengan Tuhanku dan Syurga."

Sejak itu mulalah geringnya Baginda Rasulullah S.A.W. Sakit yang mula dirasai oleh Rasulullah S.A.W. ialah sakit kepala yang bersangatan. Dari Aishah r.a., bahawa tatkala pulang Baginda dari Baqi' disambut oleh Aishah, maka Baginda mengadu dengan mengatakan : "Kepalaku wahai Aishah"." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Urwah bahawa Aishah memberitahu kepadanya : bahawa Rasulullah S.A.W. bila mengidap sakit, Baginda menyapu-nyapukan air liurnya dengan tangannya sambil membaca ayat-ayat Ma'uzah. Baginda sedar bahawa para sahabatnya berdukacita kerananya.

Maka kata Baginda :
"Bawalah aku kepada mereka, ingin aku cakap kepada mereka."

Lalu Baginda pun bersembahyang bersama mereka, kemudian berucap di atas mimbar dengan kepala berbalut. Kemudian kata Baginda :

"Seorang hamba Allah telah diberi pilihan untuk mendapat kemewahan hidup di dunia atau berada disamping Allah ".


Abu Bakar yang mendengar ucapan itu terus menangis. Kata Baginda kepadanya :

"Bertenanglah wahai Abu Bakar. Wahai manusia, orang yang paling banyak berbudi dengan harta benda dan perdampingan kepada ku ialah Abu Bakar, andainya dibolehkan saya mendapat khalil (teman), maka Abu Bakarlah akan ku jadikan khalil, tetapi persaudaraan ialah Islam, tidak akan kekal di masjid ini satu tingkap pun melainkan tingkap Abu Bakar.

Aku tidak merasa bimbang kamu akan menjadi musyrik sesudah peninggalan ku tetapi yang aku takut ialah kamu akan bercakaran bersengketa kerana dunia. Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwa kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian Al-Quran dan Sunnah ku. Barangsiapa mencintai sunnah ku bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku."



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W. yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saat itu telah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua." Keluh hati semua sahabat kala itu.

Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka baginda pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a.

Baginda berkata : "Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua. Aku berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertakwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahNya. Sesungguhnya hari perpisahan antara aku dengan kamu semua hampir dekat dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah S.W.T. dan menempatkannya di Syurga.

Jika telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikan ku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku maka hendaklah kamu menempatkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini.

Setelah itu kamu semua hendaklah keluar sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah S.W.T. kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibril a.s. kemudian diikuti oleh Malaikat Israfil, Malaikat Mikail, dan yang akhir sekali Malaikat Izrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atas ku".



Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang deras dan berkata,

"Ya Rasulullah, engkau adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini engkau memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila engkau sudah tiada lagi kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti".

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata :
"Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan pada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan ia dengan mengambil pengajaran dari mati. Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T. oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."


Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Matahari kian tinggi tapi pintu rumah Rasulullah S.A.W. masih tertutup. Sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk" Tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam,"

kata Fatimah yang memalingkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anak ku?"


"Tak tahulah ayahku orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya." Tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah S.A.W. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut."
Kata Rasulullah S.A.W.

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, kata Rasulullah menanyakan kenapa Jibril A.S. tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril A.S. yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh Kekasih Allah dan penghulu di dunia.

"Jibril, jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah S.W.T.?" Tanya Rasulullah S.A.W. dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu," Kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"
Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak"


"Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah S.W.T. berfirman kepada ku, 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya'" Kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah saw disimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah S.A.W. menahan kesakitan.

Fatimah terpejam, Ali r.a yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril? " Tanya Rasulullah kepada Malaikat Penghantar Wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup melihat Kekasih Allah direnggut ajal wahai Rasulullah."
Kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengerang kesakitan kerana sakitnya tidak tertahan lagi.

"Ya Allah dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepada ku jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibir baginda bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinga baginda.

"Uushiikum bi shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antara mu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W. yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatii"" " "Umatku, umatku, umatku" Innalillahiwainnailaihirojiun"Maka, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu ""


Diambil dari:
Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti.

Wednesday, February 10, 2010

PAS mudah menjadi seperti cacing kepanasan.

Kritik ikut saluran. Jaga akhlak. Jaga adab. Jangan susah jemaah jika tidak dapat membantu. Dan bermacam peringatan kerana dibimbangi membentuk satu persepsi salah.

Pemimpin PAS mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana bimbang pada persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin.

Pada ambe, perkara yang berlaku sekarang, adalah satu bentuk 'nilaitambah' kepada PAS, dinilai semula kritikan-kritikan, sejauh mana PAS boleh bertahan. Peringatan demi peringatan pas lontarkan, seolah olah PAS dalam kepanasan dan tidak tahan dengan kritikan.

Siapa PAS pada UMNO ? Pernah tak pemimpin PAS mengkritik Jawatankuasa Disiplin UMNO atas salah laku pemimpin mereka ? Sendiri mau ingat lah. Bagaimana UMNO menerima kritikan secara terbuka dari orang luar seperti kritikan dari pemimpin PAS ? Ada UMNO merayu supaya pihak luar yang terlibat mengkritik mereka ikut saluran dan sebagainya ? Ada ?!


Banyak isu disiplin melibatkan pemimpin UMNO dari segi salah laku moral jika dibandingkan dengan berselisih pendapat sesama mereka, sebagaimana yang berlaku didalam PAS, tetapi PAS mudah "terasa" dengan kritikan dari luar. Jika UMNO/BN mengkritik keputusan Jawatankuasa Disiplin, agaknya PAS akan meroyan. Begitu ? Selepas jawatankuasa disiplin memutuskan keputusan, adakah Pemimpin UMNO mengusik keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS ? Rasanya tidak ada pada pengetahuan ambe sehingga kini. JIka ada, sila maklumkan kedangkalan pengetahuan ambe ini.

Jika begini rentak dan corak kepimpinan PAS, jangan disalahkan orang seperti kami, jika timbul persespi sebegini "UMNO boleh ditegur, PAS tak boleh diusik". Begitulah lebih kurang satu tajuk yang pernah dibukak oleh forumer pro UMNO di TKO v7 pada ingat ingat lupa ambe.

PAS semacam tidak pernah belajar dan menilai!

Mereka yang menyokong PAS adalah pelbagai. Bukan Ahli PAS juga menyokong PAS. Semua disaran mengikut saluran jika ingin mengkritik. Dari dulu hingga sekarang, saluran yang macam mana bentuknya masih samar dan tidak jelas. Bagaimana bentuk dan rupanya ? Berwarnakah ia ? Dimana boleh dicarinya ?

Sudah pasti saluran untuk ahli PAS berbeza dengan saluran bukan ahli pas yang menyokong PAS. Melainkan pemimpin PAS tidak memahami, lalu beranggapan saluran antara ahli dan bukan ahli PAS adalah sama. Jika begini, PAS bukan jenis yang memahami kehendak rakyat secara menyeluruh.

InsyaAllah, PR akan memerintah Malaysia, dan insyaALlah..PR akan berdepan dengan lebih banyak lagi kritikan. InsyALlah, lebih teruk lagi PR berhadapan dengan kritikan dari pelbagai, termasuk musuh politik PAS. Adakah PAS, PKR dan DAP akan terus kekal menjadi seperti cacing kepanasan ?

Setiap kritikan harus dibalas dengan jawapan, bukan dengan peringatan.

Tuesday, February 9, 2010

PR vs BN, Mudharat Kecil vs Mudharat Besar...

PR dan BN, sapa mudharat kecil, sapa mudharat besar ?

kik kik kik kik.

Pemimpin PR tak semua nya bersih. Pemimpin BN, banyak yang kotor dari ynag bersih. Jadi, PR ni ambe kategori sebagai mudharat kecil, dan BN nih mudharat besar.

Jadi, pru13, takkan nak ambik mudharat besar plak kan. Bertambah teruk ler. Sebab ianya bakal diwariskan kepada generasi seterusnya.

keh kik kik keh kik kik.

JIka disenaraikan keburukan kedua-dua belah pihak, BN tetap juara sebabnya lama sangat memerintah. Melainkan BN nak beri peluang pihak lain menjadi juara, BN kena tawaduk lah. kah kah kah. Serahkan kejuaraan tu kat orang lain plak. keh keh keh keh. Baru boleh kata Wa caya lu lah! hi hi hi hi

Jika disenaraikan kebaikan kedua-dua belah pihak, tak boleh nak buat senarainya, sebab tempoh pemerintahan BN dan PR tak sama tinggi. Lagipun BN paling lama memerintah.

Jadi, kenalah bagi peluang PR memerintah untuk tempoh seperti BN. Baru boleh buat perbandingan.... :)

Dek kerana BN paling lama memerintah, Keburukkkan nya telah mengatasi kebaikannya... Makin lama, bukan makin bertambah kebaikkan, tetapi bertambah keburukkan.

Adakah anda sekalian percaya semua itu ? :)

Monday, February 8, 2010

Tajuk sama, rentak berbeza. Pro Muzakarah cuba meraih Credit untuk Hadi Awang.

Isu muzakarah yang dicadangkan oleh Tok Guru Nik Aziz ( TGNA ) sedikit sebanyak memberi ruang kepada pro muzakarah untuk meraih kredit buat Hadi Awang. Maka, berduyun-duyunlah pro muzakarah cuba melempang blogger yang pernah mengusik dan mencuit serta menjentik hadi awang dalam isu muzakarah dan UG yang hangat diperkatakan dahulu.

Umum diketahui, Isu Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi Awang, disebabkan kelemahan pimpinan kerajaan ketika itu dibawah pentadbiran Dollah Badawi. Inilah gambaran yang diperjelaskan oleh Ustaz Ahmad Awang sebagaimana dilapurkan di DPPKelantan pada perenggan seperti dibawah

"Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah."


Kekalutan timbul disebabkan penafian demi penafian dikalangan pemimpin PAS yang blur samada benar atau tidak, isu yang dimainkan oleh semua pihak. Akhirnya, isu ini dibocorkan rahsianya oleh Pemimpin UMNO ketika itu, menyebabkan kemarahan penyokong dan pengundi membuak-buak. Sebab itu lah blogger spt adukataruna melakar satu gambar yang memaparkan presiden kencing penyokong. Punca dimana ? Kelemahan Hadi Awang membalas soalan provokasi dari media dan kegagalan Hadi Awang menghebahkan lontaran Idea UG kepada umum, ( sebagaimana dicadangkan oleh Ustaz Ahmad Awang ) dan menyatakan sebab-sebabnya Idea itu dilontarkan.

Hasil dari kelemahan itu, telah memberi gambaran Pimpinan Tertinggi PAS berunding atau bermuzakarah dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN.Itulah yang dapat dibayangkan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri seperti Ustaz AHmad Awang sebagaimana dinyatakan pada perenggan seperti dibawah

"Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan."


Atas sebab itu lah, TGNA cukup sensitif atas kejadian yang telah berlaku. Dan istilah muzakarah ditukarkan kepada muqabalah untuk meredakan kemarahan penyokong/pengundi PR. Hasilnya, PAS terbahagi kepada dua kelompok pemikiran, iaitu pro muzakarah dan pro erdogan sebagaimana diperkatakan didalam dunia maya. Dan hasil daripada ini, pertembungan kelompok pemikiran ini berterusan sehinggalah tindakan disiplin keatas dua kepimpinan PAS iaitu hassan ali dan khalid samad.

Dan isu muzakarah yang dicadangkan oleh TGNA kali ini, bukan kelemahan pimpinan kerajaan ketika ini dibawah pentadbiran Najib , tetapi lebih menjurus kepada kepentingan Agama. Malah TGNA sendiri menegaskan, perbincangan kali ini adalah mengenai Agama Islam bukannya kelemahan pentadibaran BN.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama."


Sebagaimana dilaporkan didalam bernama dan dibincangkan di forum TKO

Persoalan.
Adakah muzakarah kali ini melibatkan kelemahan pimpinan kerajaan sekarang sebagaimana muzakarah terdahulu ?

Sudah tentu tidak pada pandangan ambe.

Jadi, salahkan presiden PAS terlebih dahulu kerana kegagalan beliau berfungsi secara berkesan dalam menanggani sesuatu isu, bukan menyalahkan blogger.

Kepada pro muzakarah,
Dan usah menyamakan isu muzakarah TGNA dengan isu muzakarah Hadi Awang.

Keadilan Islam tidak dapat ditunjuk selagi UMNO memerintah

SoalJawab ditv3, YB Zul Nordin ada menyebut tentang agenda untuk menyatukan PAS, UMNO dan PKR (muslim side) bagi menunjukkan betapa Islam adil dan mengajar penganutnya bersikap adil pada semua bangsa. Namun, pada realitinya, agenda itu teramat sukar untuk dicapai. Keberhasilan untuk menunjukkan bahawa islam menitikberatkan keadilan hanya omongan kosong, selagi UMNO lebih mementingkan kemelayuan daripada KeIslaman. Selagi UMNO memerintah, selagi itu lah Islam yang adil tidak dapat ditunjuk secara menyeluruh.


Bagaimana mungkin pkr ( muslim side ), pas dan UMNO dapat duduk semeja untuk tonjolkan keadilan islam, kerana selama ini UMNO lebih menonjolkan semangat kemelayuan. Bukan semangat keislaman. Selama ini, UMNO berkelakuan yang menyebabkan imej islam dilihat sebagai agama yang tidak dapat memberi keadilan pada semua pihak. Terlalu banyak masalah seperti rasuah, arak, judi, perempuan dan "merompak harta" rakyat dijuarai oleh pemimpin dari UMNO.

UMNO selaku parti yang memerintah, sepatutnya terlebih dahulu membuka ruang untuk semua pihak yang terbabit berbincang untuk kepentingan islam. Bukan menunggu pihak lain mempelawa UMNO untuk berbincang untuk kepentingan Islam. Dan mesej UMNO adalah ISlam, bukannya Melayu. Sejak dahulu, sehingga kini, melayu diutamakan oleh UMNO, dan islam dipandang sebagai pilihan kedua. Jadikan pilihan pertama dan utama adalah Islam.

Islam tidak semestinya melayu, tetapi melayu ada yang islam. Islam tidak semestinya cina, tetapi cina ada yang islam dan islam tidak semestinya pada satu bangsa, tetapi setiap bangsa ada yang islam. Apabila dikatakan melayu adalah islam dan islam adalah melayu, selagi itu lah imej islam tidak berada ditempat yang sepatutnya sebagaimana dibawa oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

Tumbangkan UMNO/BN terlebih dahulu untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang kaki rasuah, kaki perempuan, perompak harta rakyat , kaki arak dan sebagainya.

Sunday, February 7, 2010

Penguatkuasa yang menguatkuasakan undang-undang tidak tahu undang-undang.

Benar tetapi pelik. Itulah yang terjadi. Penguatkuasa tu plak, jenis berpangkap, tak tahu undang-undang. Musykilnya, macam mana dia boleh berpangkat, sedangkan undang-undang tak khatam semua. ?

Tangkap peguam: OCPD hadapi siasatan awam Suhakam

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid terpaksa hadir di kandang siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini kerana menahan lokap lima peguam muda yang sedang melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 7 Mei tahun lepas.




Mereka terbabit ditangkap ekoran bersikap tegas mahu bertemu kesemua 14 peserta demonstrasi yang ditangkap polis sebelum itu kerana berhimpun secara aman di pekarangan Balai Polis Brickfields sebagai membantah penangkapan seorang penulis blog, Wong Chin Huat.




Di hadapan ketiga-tiga Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria, Abdul Bari dalam suara yang tidak bermaya mengaku tidak tahu bahawa wujudnya Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenazah yang membenarkan setiap mereka yang ditangkap untuk mendapat khidmat peguam.


Sumber

Tuesday, February 2, 2010

Mana Bersih dan Suci, Sejadah atau lantai Masjid/Surau ?

Macam mana nak mula ? Di sepanjang usia ambe yang baligh ini, menjejak kaki luar dari kawasan ambe. Kira berkelana lah tuh. Bila ambe berkelana untuk 2 3 hari, pasti ada surau/masjid yang ambe akan singgah untuk bersolat qasar dan jamak serta solat fardhu.

Setiap kali singgah, persoalan dalam kepala timbul, yang mana bersih dan suci ? Lantai atau Sejadah ? Dari pemerhatian ambe, ambe katakan, lantai masjid/surau lebih bersih dari Sejadah. Dan sejadah yang ambe lihat, alamak, berkerak kelam kusam kehitaman dibuatnya. Jadi, ambe lupakan sejadah, solat diatas lantai surau/masjid yang bogel tuh. Tak guna sebarang kain atau sejadah.

Tapi heran, ada jugak insan lain yang turut berkelana seperti ambe, ramai yang mengambil sejadah yang berkerak kelam kusam kehitaman dibuatnya lampik untuk bersolat. hmmmmm

Sejadah berkerak kelam kusam kehitaman, sebab lama sangat tak basuh. Jadi, Faham faham ajerlah , mana lebih suci dan bersih. Takkan mata tak bleh syhcronize ngan akal kut.. hmmm.

Dalam satu kuliah, ustaz tu pesan, sejadah ni sepatutnya warna putih, supaya mata yang memandang ke tempat sujud tidak mengusik hati untuk melilau ke tempat lain. Putihkan warna yang.... errr... errr... sendiri tau kan. Jika sejadah berwarna warni, penuh corak, mesti mata akan mengusik hati untuk melilau ketempat lain lah. Cantik corak sejadah nih, Cantik warna sejadah nih. Haaa..sendiri mau ingat lah.

Lagipun ada satu kisah sorang sahabat rasulullah saw, terusik dengan kemerduan kicauan burung ketika solat didalam kebunnya, apa lagi, di infaq nya kebunnya kejalan Allah.

Aikk... sejadah kat umah ambe tak berkaler ke ? Banyak helai yang berkaler.. dan salah satunya ,warna kelabu dan satu warna aja walaupun didalamnya ada corak. Ermm.. bila nak berubah nih ? ermmmmm