Monday, February 8, 2010

Keadilan Islam tidak dapat ditunjuk selagi UMNO memerintah

SoalJawab ditv3, YB Zul Nordin ada menyebut tentang agenda untuk menyatukan PAS, UMNO dan PKR (muslim side) bagi menunjukkan betapa Islam adil dan mengajar penganutnya bersikap adil pada semua bangsa. Namun, pada realitinya, agenda itu teramat sukar untuk dicapai. Keberhasilan untuk menunjukkan bahawa islam menitikberatkan keadilan hanya omongan kosong, selagi UMNO lebih mementingkan kemelayuan daripada KeIslaman. Selagi UMNO memerintah, selagi itu lah Islam yang adil tidak dapat ditunjuk secara menyeluruh.


Bagaimana mungkin pkr ( muslim side ), pas dan UMNO dapat duduk semeja untuk tonjolkan keadilan islam, kerana selama ini UMNO lebih menonjolkan semangat kemelayuan. Bukan semangat keislaman. Selama ini, UMNO berkelakuan yang menyebabkan imej islam dilihat sebagai agama yang tidak dapat memberi keadilan pada semua pihak. Terlalu banyak masalah seperti rasuah, arak, judi, perempuan dan "merompak harta" rakyat dijuarai oleh pemimpin dari UMNO.

UMNO selaku parti yang memerintah, sepatutnya terlebih dahulu membuka ruang untuk semua pihak yang terbabit berbincang untuk kepentingan islam. Bukan menunggu pihak lain mempelawa UMNO untuk berbincang untuk kepentingan Islam. Dan mesej UMNO adalah ISlam, bukannya Melayu. Sejak dahulu, sehingga kini, melayu diutamakan oleh UMNO, dan islam dipandang sebagai pilihan kedua. Jadikan pilihan pertama dan utama adalah Islam.

Islam tidak semestinya melayu, tetapi melayu ada yang islam. Islam tidak semestinya cina, tetapi cina ada yang islam dan islam tidak semestinya pada satu bangsa, tetapi setiap bangsa ada yang islam. Apabila dikatakan melayu adalah islam dan islam adalah melayu, selagi itu lah imej islam tidak berada ditempat yang sepatutnya sebagaimana dibawa oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

Tumbangkan UMNO/BN terlebih dahulu untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang kaki rasuah, kaki perempuan, perompak harta rakyat , kaki arak dan sebagainya.

1 comment:

  1. Agak sukar untuk tumbangkan UMNO yang sudah berakar umbi di sanubari melayu. Lebih senang kalau gerakan2 dakwah menyelinap masuk ke dalam UMNO untuk mentarbiahkan mereka mereka dari dalam. Hanya tinggal beberapa lagi saki baki kotoran untuk dibersihkan setelah sebahagiannya dibersihkan oleh DSAI.

    ReplyDelete