Thursday, February 18, 2010

KEKELIRUAN TENTANG QAZAF: SATU PENJELASAN ?

Buku kecil berwarna biru dan putih, mengandungi 14 muka surat bercetak, memperjelaskan tentang qazaf. Diedarkan di tempat awam dan masjid. Apabila ambe bukak m/s pertama, pertama-tama terfikir dibenak ambe adalah, mereka ini tergolong dikalangan puak-puak celaka. Puak celaka ini juga mempergunakan Agama untuk pentingan politik.




Untuk maklumat lanjut, isi kandungan buku kecil tersebut, sila rujuk pada facebook ini


Kenapa mereka ini ambe sifatkan dikalangan puak-puak celaka ? Kerana ilmu yang cuba disampaikan , masih ada penjelasan/penerangan yang mereka sengaja sembunyikan.....


Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Istilah hukum syarak ini diterima pakai oleh jumhur para ulama dan diantaranya 4 mazhab, iaitu Maliki, Syafie , Hambali dan Hanafi.

Dan pertuduhan liwat ini, adalah termasuk dalam istilah hukum syarak diatas, mengikut pendapat jumhur para ulama, diantaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali sahaja.

Manakala

Hanya Mazhab Hanafi SAHAJA, mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja mengikut istilah hukum syarak diatas, dan meletakkan pertuduhan liwat hanya termasuk dalam perkara takzir.

Dan berbalik pada buku biru bertajuk "Kekeliruan Tentang Qazaf : Satu penjelasan", tidak memanjanglebarkan dari sudut pendapat jumhur para ulama, diantaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kem. Penerangan Komunikasi dan dot dot dot, hanya memanjanglebarkan dari sudut pendapat Mazhab Hanafi sahaja. Dari Sudut Mazhab Hanafi sahaja.

Jadi, sebab itu lah, ambe katakan, mereka ini puak celaka kerana menyembunyikan sebahagian ilmu yang sepatutnya disampaikan.

3 comments:

  1. Kenapa pula boleh jadi macam tu? Kat Msia kita guna mazhab Syafie atau Hanafi? Elok Sp4n4r sebarkan maklumat ini dalam TKO supaya orang ramai lebih berwaspada.

    ReplyDelete
  2. Ambe nak bukak satu thread di TKO, kurang sambutan kerana benda yang bersifat begini kurang menarik jika dibandingkan ngan thread yang memaki atau mengusik pemimpin. :)

    ReplyDelete
  3. hehe... ini utk orang kampung.. yang sekali sekala pergi masjid masa hari jumaat..
    orang yang selalu pegi kuliah agama pun bleh keliru.. inikan plak propaganda digunaka utk kepada yg hanya tahu agama setakat fardu ain je....

    forum macam TKO hidup sebab provokasi je.. tak ramai yang amik secara ilmiah..
    tak kira laa.. totok PAS atau UMNO dan sebagainya...

    tetapi kalau bentuk article.. mungkin bleh hidup..
    at least.. ada gak orang yang baca.. huhu

    ReplyDelete