Monday, February 8, 2010

Tajuk sama, rentak berbeza. Pro Muzakarah cuba meraih Credit untuk Hadi Awang.

Isu muzakarah yang dicadangkan oleh Tok Guru Nik Aziz ( TGNA ) sedikit sebanyak memberi ruang kepada pro muzakarah untuk meraih kredit buat Hadi Awang. Maka, berduyun-duyunlah pro muzakarah cuba melempang blogger yang pernah mengusik dan mencuit serta menjentik hadi awang dalam isu muzakarah dan UG yang hangat diperkatakan dahulu.

Umum diketahui, Isu Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi Awang, disebabkan kelemahan pimpinan kerajaan ketika itu dibawah pentadbiran Dollah Badawi. Inilah gambaran yang diperjelaskan oleh Ustaz Ahmad Awang sebagaimana dilapurkan di DPPKelantan pada perenggan seperti dibawah

"Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah."


Kekalutan timbul disebabkan penafian demi penafian dikalangan pemimpin PAS yang blur samada benar atau tidak, isu yang dimainkan oleh semua pihak. Akhirnya, isu ini dibocorkan rahsianya oleh Pemimpin UMNO ketika itu, menyebabkan kemarahan penyokong dan pengundi membuak-buak. Sebab itu lah blogger spt adukataruna melakar satu gambar yang memaparkan presiden kencing penyokong. Punca dimana ? Kelemahan Hadi Awang membalas soalan provokasi dari media dan kegagalan Hadi Awang menghebahkan lontaran Idea UG kepada umum, ( sebagaimana dicadangkan oleh Ustaz Ahmad Awang ) dan menyatakan sebab-sebabnya Idea itu dilontarkan.

Hasil dari kelemahan itu, telah memberi gambaran Pimpinan Tertinggi PAS berunding atau bermuzakarah dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN.Itulah yang dapat dibayangkan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri seperti Ustaz AHmad Awang sebagaimana dinyatakan pada perenggan seperti dibawah

"Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan."


Atas sebab itu lah, TGNA cukup sensitif atas kejadian yang telah berlaku. Dan istilah muzakarah ditukarkan kepada muqabalah untuk meredakan kemarahan penyokong/pengundi PR. Hasilnya, PAS terbahagi kepada dua kelompok pemikiran, iaitu pro muzakarah dan pro erdogan sebagaimana diperkatakan didalam dunia maya. Dan hasil daripada ini, pertembungan kelompok pemikiran ini berterusan sehinggalah tindakan disiplin keatas dua kepimpinan PAS iaitu hassan ali dan khalid samad.

Dan isu muzakarah yang dicadangkan oleh TGNA kali ini, bukan kelemahan pimpinan kerajaan ketika ini dibawah pentadbiran Najib , tetapi lebih menjurus kepada kepentingan Agama. Malah TGNA sendiri menegaskan, perbincangan kali ini adalah mengenai Agama Islam bukannya kelemahan pentadibaran BN.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama."


Sebagaimana dilaporkan didalam bernama dan dibincangkan di forum TKO

Persoalan.
Adakah muzakarah kali ini melibatkan kelemahan pimpinan kerajaan sekarang sebagaimana muzakarah terdahulu ?

Sudah tentu tidak pada pandangan ambe.

Jadi, salahkan presiden PAS terlebih dahulu kerana kegagalan beliau berfungsi secara berkesan dalam menanggani sesuatu isu, bukan menyalahkan blogger.

Kepada pro muzakarah,
Dan usah menyamakan isu muzakarah TGNA dengan isu muzakarah Hadi Awang.

4 comments:

  1. mereka menyamakan atas dasar perjumpaan,
    tetapi terlupa menutup lubang hujah perjumpaan gelap..
    dan semestinya.. orang bawahan tidak akan dapat berhujah untuk itu..
    Namun, masalah ini membuka mata kenapa pimpinan tak menyokong sesama sendiri..
    Mereka suka menjadikan diri sendiri ketua..
    ahahaha..

    mana boleh satu kapal ada dua nakhoda.. hehe

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Encik Kajang cakap Sp4n4r diupah untuk menjawab supaya puak perpaduang memaki-hamun bagi tujuan menimbulkan jelek di hati silent reader di TKO terhadap PAS keseluruhannya. Tapi, ambe tengok si bung tu yang buat ambe menyampah kat orang PAS.

    Selepas dengar penjelasan YB Zul semalam, ambe rasa ada eloknya jika muzakarah ini diteruskan. Cuma ambe musykil sikit. Siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi jika muzakarah ini terjadi?

    Boleh prof. sp4n4r berikan ulasan?

    ReplyDelete
  3. Prof sp4n4r ? hayaaaa.. malu lah ambe... terkunci segala otak ambe untuk berkata...

    pandangan ambe.. muzakarah,insyaAllah tidak akan terjadi, kerana akan ada proses tawar menawar....

    bab tawar menawar nih telah terjadi dalam banyak episode yang melibatkan perbincangan kedua belah pihak...

    ambe harap pandangan ambe ni meleset... :)

    ReplyDelete
  4. aku rasa mung silap melabel lorr.. hehe..

    Mungkin ada yang pro muzakarah..
    tapi kebanyakan yang berhujah menjurus kepada memberi kepercayaan Kepada TGHA untuk membuat keputusan atas kapasiti sebagai Presiden PAS..
    Walaupun salah step, tapi tiada menyalahi syariat..

    wa rasa.. label molek.. Pro Presiden.. wakaka

    Peluang PRU2008 jarang ada,
    Mungkin atas penilaian terhadap persekitaran semasa dan tidak berburuk sangka menyebabkan TGHA tersalah step..

    tetapi yang lebih memburukkan adalah sikap pemimpin sendiri yang tidak dapat bekerja sebagai satu Pasukan dan menghormati TGHA sebagai Presiden. Tetapi sudah tentu ada hikmah kejadian ini berlaku, Mengapa ISLAM di malaysia masih beku.
    Kita masih tidak memegang disiplin jemaah yang betul.
    Masih tak dapat bekerjasama dgn Idea orang lain.

    politik juga adalah proses tawar menawar..

    yang paling aku takut,
    ada orang menggunakan TGNA sebagai simbol untuk meruntuhkan jemaah.
    mereka mengeIDOLAkan TGNA tetapi tidak pula meniliti kata-2 keseluruhannya, hanya mengambil apa yang mereka mahu..
    Mereka memuji TGNA untuk mewujudkan perbandingan supaya pemikiran penyokong terkeliru, siapa yang sepatutnya mengemudi kapal..

    Dan bibit itu semakin terserlah sekarang di mana-mana, sama ada penyokong atau pun pemimpin peringkat bahagian..

    TGHA memang bukan yang sempurna, apatah lagi berbanding ulama2 besar dan sahabat2 lain.

    Cuma kita boleh lihat bagaimana Kisah Saidina Ali berhadapan Politik di Zamannya..

    ALi tiada karismakah??
    Ali tidak bijaksanakah? bukankah Ali digelar pintu ilmu??

    tetapi bagaimana boleh berlaku perselisihan??

    itu yang harus kitaa waspada dlm jemaah ISLAM..

    setiap satu ada dalil2 munasabah..

    ReplyDelete