Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Konsep Fitnah yang disalaherti ?

Fitnah, satu konsep yang pernah disajikan kepada masyarakat islam, adalah bersifat menuduh dan perbuatan menuduh( tohmahan ) dengan tuduhan palsu. Pengertian ini membawa masyarakat kedalam pengertian yang sempit. Itu lah ilmu yang dihidangkan kepada masyarakat islam selama ini. Jika ditanya, pada mereka diluar sana, apa itu fitnah sebenar benarnya ? InsyaAllah, ambe yakin, jawapan mereka ( orang awam ), fitnah itu adalah perbuatan menuduh individu dengan tuduhan palsu.

Bagaimana fitnah itu ada benar dan salah, sedangkan, masyarakat islam telah diajar, bahawa fitnah itu satu perbuatan salah iaitu menuduh individu dengan tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan maruah individu.

Atas alasan itu, maka, ilmuan islam menerangkan kepada masyarakat dengan mengaitkan dengan ayat 191 surah al baqarah

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

Terjemahan : dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan



Maka, dari sini lah, masyarakat sering disaji dan dihidangkan bahawa itulah fitnah sebenar-benar fitnah dari segi konsepnya.

Ambe ingin mengajak sekelian pengunjung blog ambe merenung sejenak, apa itu fitnah sebenarnya. Mula-mula kita cari, dari mana datangnya perkataan "fitnah" ini ?

Perkataan fitnah itu dikatakan, datang dari satu proses untuk menentukan ketulenan emas dengan membakarnya didalam api, iaitu satu proses yang dinamakan "fitnatun".

Sekiranya, begitu maksud Fitnah, kenapa selama ini kita disajikan/dihidangkan, bahawa fitnah itu satu perbuatan menuduh dengan cerita palsu, sedangkan, perkataan fitnah ini, memgambarkan satu proses untuk menentukan ketulenan emas. Sekali lagi, diulangi,bahawa fitnah itu mengambarkan satu proses untuk menentukan. Jadi, Fitnah itu adalah proses penentuan, dan bukannya membawa maksud menuduh atau melemparkan cerita palsu.

Bagaimana hendak dibukti bahawa fitnah itu adalah satu proses penentuan, bukan satu perbuatan menuduh ?

Mari kita renung ayat 28, suran An Anfal


وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

bermaksud : Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.


Dari ayat ini, harta dan anak-anak adalah fitnah. Adakah harta dan anak itu membawa kepada maksud satu pertuduhan ? Maka, perkataan fitnah itu, diseertikan atau disamakan maksudnya sebagai ujian. Sekiranya bersifat seperti ujian, kita semua sudah sedia maklum, ujian itu adalah bertujuan untuk membeza-bezakan kedudukan masing-masing dari segi tahap kemampuan masing-masing. Jika diamati, sifat ujian itu sendiri mengambarkan satu proses penentuan. Satu proses tentukur.

Fitnah ini, satu proses penentuan antara dua keadaan, samada pada keputusan akhirnya baik dan buruk.

kenapa ambe berkata sedemikian ?
Anak dan harta itu adalah fitnah. Anak dan harta itu adalah sebab musabab kepada proses penentuan. Bukannya anak dan harta itu, sesuatu yang bersifat tuduhan.

Mari kita renung kedua dua proses ini.

Cerita kisah pertama : Jebon mempunyai anak dan harta. Jebon tahu, anak dan harta itu adalah fitnah. Fitnah yang macam mana ? Fitnah yang dimaksudkan disitu adalah ujian dan bukan yang dimaksudkan disitu adalah perbuatan menuduh. Jadi, Jebon berusaha dan sentiasa beringat akan peringatan Allah supaya membelanjakan harta kejalan yang diredhai dan mendidik anak-anak kejalan yang benar. Oleh itu, Jebon membelanja hartanya kejalan Allah. Di didik anak-anaknya, jadi anak soleh. Jebon bersungguh melakukan kerja-kerja yang telah diamanahkan kepadanya. Hasil dari kesungguhan dan ketekunan, jebon berjaya menghadapi fitnah itu. Hasilnya sebagaimana dinyatakan didalam ayat 28, surah an Anfal, iaitu jebon memperolehi pahala yang besar disisi Allah, sebagaimana dijanjikan oleh Allah swt.

Dari cerita pertama ini, adakah kita akan menganggap fitnah itu adalah satu perbuatan menuduh dengan tuduhan palsu ? Jawabannya, sudah tentu tidak kan.

Dan sekarang, kita cerita kisah kedua : Jiban mempunyai anak dan harta. Jiban tahu, anak dan harta itu adalah fitnah. Fitnah bagaimana ? Fitnah seperti dalam cerita jebon diatas. Oleh kerana, jiban ini, adalah manusia yang lalai dari peringatan Allah swt, menuruti hawa nafsu, manusia yang fasiq dan kufur akan nikmat Allah, maka, Jiban mengambil mudah membelanjakan hartanya. Dan hartanya, banyak Jiban habiskan dimeja judi, dikelab malam, bermewah-mewahan yang melampau dan sebagainya. Pendek kata, membelanjakan harta dijalan syaitan.

Tentang anak Jiban pula, jiban tidak memberi pendidikan agama yang sempurna kepada anak-anaknya, maka,anaknya juga menjadi liar dan mengabaikan segala tuntutan dari islam. Hasil dari kelalaian dan kealpaan serta menuruti nafsu, Jiban dalam memenuhi tuntutan agama, maka Jebon ini gagal menghadapi fitnah itu. Dan hasilnya, Jiban tidak akan memperolehi pahala yang besar disisi Allah swt.


Dan sekarang, bagaimana penerimaan kita terhadap perkataan "fitnah" ? Adakah fitnah itu memgambarkan proses atau fitnah itu mengambarkan perbuatan menuduh ? Tepuk dada tanya iman.

Maka, persoalan lagi pula timbul, adakah fitnah itu membawa maksud ujian ? Adakah ujian itu membawa maksud fitnah ?

Disebabkan pelbagai ayat-ayat alquran yang menyentuh tentang fitnah dan mempunyai jalan cerita yang berbeza, maka, para ilmuan menerbitkan banyak maksud dari perkataan Fitnah.

Fitnah diterbitkan sebagai kemusyrikan, kekafiran, azab, dibakar api neraka, dihalang dari jalan yang lurus, kesesatan, kebingungan, uzur dan kesukaran, untuk menyesuaikan pemakaian perkataan fitnah pada ayat ayat alquran yang menggunakan perkataan fitnah.

Berikut adalah sebahagian daripada 28 ayat alquran yang mengunakan perkataan perkataan fitnah.

ayat 35, surah anbiya'


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

al-anbiyaa ayat 35 : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan/fitnah; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


ayat 23 surah al-an'am


ثُمَّ لَمْ تَكُن فِتْنَتُهُمْ إِلاَّ أَن قَالُواْ وَاللّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ

al-an'am ayat 23 : Kemudian tidak ada fitnah/pembohongan mereka selain dari mereka menjawab: Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang yang mempersekutukan Allah..


ayat 71 surah al maidah


وَحَسِبُواْ أَلاَّ تَكُونَ فِتْنَةٌ فَعَمُواْ وَصَمُّواْ ثُمَّ تَابَ اللّهُ عَلَيْهِمْ ثُمَّ عَمُواْ وَصَمُّواْ كَثِيرٌ مِّنْهُمْ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

terjemahan : Dan mereka menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana/fitnah, lalu mereka butakan mata dan pekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, kemudian kebanyakan daripada mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat apa yang mereka lakukan.


ayat 41 surah al maidah



يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لاَ يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُواْ آمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ وَمِنَ الَّذِينَ هِادُواْ سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِن بَعْدِ مَوَاضِعِهِ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَـذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُواْ وَمَن يُرِدِ اللّهُ فِتْنَتَهُ فَلَن تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللّهِ شَيْئاً أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

terjemahan : Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya/fitnahnya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.


Daripada sebahagian ayat alquran diatas, adakah kita dapat simpulkan bahawa fitnah itu membawa maksud atau pengertian sebagai kemusyrikan, kekafiran, azab, dibakar api neraka, dihalang dari jalan yang lurus, kesesatan, kebingungan, uzur dan kesukaran ? Dan bagaimana pula, fitnah yang dimomokkan sebagai perbuatan menuduh dengan berita palsu ?

Bagaimana kita hendak melaraskan penerangan tentang fitnah dari segi pengertiannya ? Adakah kita hendak berpegang, bahawa fitnah ni lebih kepada ujian atau godaan semata-mata ?

Persoalan ini terjawab jika kita kembali kepada perkara asas, iaitu tentang proses menentukan ketulenan emas dengan membakar didalam api. Dengan lain perkataan, fitnah itu sebenarnya adalah proses menentukan atau menetapkan atau memastikan sesuatu perlakuan atau perbuatan.

Kenapa hendak dipakai ( bersifat ) takrifan sedemikian ?

Untuk menjawab persoalan ini, kita renung sejenak kedalam ayat 41, surah al Maidah yang bermaksud

: "Dan sesiapa yang dikehendaki Allah fitnahnya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. "

pada ayat ini, terbitan fitnah disitu adalah bermaksud kesesatan. Dan kesesatan itu dirujuk pada perkataan kufur pada awal yang ayat 41 itu. iaitu
يُسَارِعُونَيَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لاَ يَحْزُنكَ الَّذِينَ فِي الْكُفْرِ

yang bermaksud : Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau berdukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran.


Maka fitnah itu diterbitkan sebagai kesesatan/kufur sedangkan, fitnah disitu menunjukkan penentuan, bersifat menentu, bersifat penetapan dari Allah swt atas hendakNya, bahawa orang kafir tidak boleh menolak ketentuan, ketetapan,kepastian dari Allah ( Yakni Fitnah ) ke atas orang-orang yang mengotorkan hati mereka, orang suka kepada kekufuran, walaupun mereka ini berkata mereka ini beriman, sedangkah Allah swt telah mengetahui hati mereka.

sebab itu, ambe telah menulis "Dengan lain perkataan, fitnah itu sebenarnya adalah proses menentukan atau menetapkan atau memastikan sesuatu perlakuan atau perbuatan.".

Dan sikap orang kafir dan munafik serta orang yahudi yang disebutkan pada ayat 41, yang suka cerita bohong, cenderung pada kekufuran, mengubah Kitab Taurat, mendakwa diri mereka juga beriman, mengambarkan, semua itu adalah perbuatan atau perlakuan.

Untuk memahami, ambe contohkan dengan perbualan biasa, bahasa pasar lebih kurang. "Mung ngaku beriman, boleh jalanlah. AKu telah menetapkan/memastikan/menentukan bahawa mung tu kufur, mung nok ghoyak mende lagi. Doh soh nok tebeng lah mung nok kata mung beriman. Dan mung ni semua, akan hina kat dunia, kat akhirat, mung dapat azab seksa lah.

Berikut terjemahan penuh ayat 41, surah al Maidah bermaskud :
Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau berdukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang yang berkata dengan mulutnya: Kami telah beriman, Padahal hatinya tidak beriman; begitu juga orang Yahudi, mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Taurat) dari tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sesuatu apapun dari Allah untuknya. Mereka ialah orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.


Dan atas kehendak Allah swt yang telah menetapkan/menentukan/memastikan, golongan itu, adalah sebenarnya terdiri dari golongan yang sesat, dan disebabkan itu, Allah swt telah menyatakan, mereka ini mendapat kehinaan didunia dan diakhirat mereka beroleh azab.

Setelah membaca jawapan itu, jelas atau tidak, bahawa fitnah ini adalah satu proses menentukan/memastikan/menetapkan yang tidak memberi erti sebagai ujian, cubaan, kesesatan dan sebagainya yang telah disebut ?

Jawapan nya sudah tentu, kata terbitan (ujian,cuban,kesesatan,kekacauan ) itu diterbitkan, hanya sekadar untuk memahamkan maksud fitnah disitu kepada umat islam.

Jika kita tidak mengambil sepenuh setiap ayat alquran dan terjemahannya, kisah cerita nya tergantung, sebab itu terjadi, "miss communication", bagi menyampaikan maksud sebenar. Begitu juga ayat 41, surah al maidah, pada awalnya, ambe ambil 2/3 dari terjemahan dari keseluruhan ayat 41 surah al maidah. Jika tidak ambil, ayat permulaan pada ayat 41 surah al maidah, mesti membawa kesusahan untuk ambe sampaikan maskud dari kefahaman yang ambe faham, mengenai fitnah, bahawa fitnah itu adalah satu proses memastikan/menentukan/menetapkan sesuatu perbuatan dan perlakuan manusia.

Bagaimana dengan ayat yang lain ?

InsyaAllah, boleh dibahaskan jika semua membuka kitab balik dan mengkaji.

Saturday, February 27, 2010

Barisan Nasional /UMNO adalah sumber fitnah

Jika disenaraikan, uihh... banyak beb!!

Jadi, BN perlu ditumbangkan pada PRU13. Dek kerana takut , maka puak-puak ni guna hadis dibawah untuk meredakan perasaan mereka..

Puak puak BN nih, suka sangat guna hadis dibawah ini
Hadis 1 : Terjemahan: “Akan ada sepeninggalku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam rupa manusia”. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku menemuinya?”. Beliau menjawab: “(Hendaknya) kamu mendengar dan taat kepada amir (penguasa), walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, hendaklah kamu tetap mendengar dan taat (melainkan apabila diperintahkan melakukan kemungkaran – pent.)” (Hadis Riwayat Muslim)
supaya rakyat terus menyokong mereka, sedangkan , secara tidak langsungnya, puak-puak BN ini telah mengiyakan dua perkara disitu iaitu,

pertama : kerajaan hari ini adalah kerajaan yang melakukan kemungkaran dan

keduanya : ditadbir oleh orang-orang yang hatinya berhati syaitan dalam rupa manusia.

Jadi, orang BN ni, terutama UMNO, jangan ler marah jika golongan kamu ini dicop sebagai berhati Syaitan sepertimana dinyatakan didalam hadis diatas. Kamu nak sangat pakai hadis ini, terus lah pakai nya... untuk meraih sokongan rakyat supaya rakyat terus menyokong kamu, maka, terima lah habuannya kan, iaitu kamu ni berhati syaitan. Ambe tak kata kamu syaitan, ambe kata kamu berhati syaitan. Dan ambe kata, sebab hadis Rasulullah berkata sedemikian. Jadi , tak bleh nak marahlah selepas ini.....

Guaner gamok ?!!!

Pada ambe, hadis diatas nih, bersifat khusus pada individu, bukan bersifat umum untuk masyarakat. Kenapa ? Kan Hudzaifah r.a ada tanya, apa perlu dia buat jika dia bertemu pemerintah sebegitu ? Rasulullah saw suruh Hudzaifah r.a mendengar dan taat pada pemerintah sebegitu, walaupun harta Hudzaifah dirampas atau dirinya dipukul. Dan, hal sedemikian pernah terjadi pada imam Hambali , dimana beliau dipenjarakan kerana tidak mahu menuruti kehendak khalifah ketika itu yang mahu semua rakyat menganggap alquran adalah makhluk.

Bila individu bertemu individu, bersemuka, maka, munasabahlah jika kita ambil pedoman dari hadis ini plak...
hadis 2: Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahawa aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika tiada upaya, maka ubahlah dengan lisan, dan jika tiada kemampuan, maka ubahlah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah Iman” Hadith riwayat Muslim
Imam Hambali telah bersemuka dengan pemerintah menegur dan mempertahankan dengan lisan. Tarafnya sebagai imam mazhab yang lembut hati, tak mungkin guna kekerasan iaitu guna tangan untuk menegur pemerintah. Jika pemerintah ketika itu bertemu dengan Syaidina Umar r.a. sudah pastinya kena lempang. Ambe yakin, sebab kita tahu ketegasan Syaidina Umar. r.a. Sekiranya terjadi, adakah Syaidina Umar r.a akan mengingkari hadis no 1, berkaitan dengan mentaati pemerintah ? Jawab lah jika berani. :)

JIka ambe patuhi hadis no 2, adakah ambe mengingkari hadis no 1 ? Setiap hadis yang disampaikan, mengajar kita untuk berfikir dan bertindak. Jika kita patuhi hadi no 1, bermakna kita mengingkari hadis no 2. PI mai, pi mai tang tung.

Dan tak perlu susah susah peningkan kepala... sebab kita ada rujukan seterusnya, iaitu, Alquran. Renung ayat ini plak...

Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.... Al Imran ayat 110


Jadi, perlu kita sempitkan skop hadis no 1 diatas sehingga kita nak abaikan ayat alquran dari surah Al Imran ayat 110 ? Dek kerana kita sempitkan skop hadis no 1, maka kita pun, takde nak suruh kepada yang makruf, dtakde nak mencegah kepada yang mungkar. Gitu ker ?? wahai manusia berhati syaitan !!!


Guaner ? rasa nok sempitkan lagi skop hadis no 1 diatas shingga kita nak abaikan ayat alquran dari surah Hud Ayat 113 ?

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan . Surah Hud Ayat 113.


Jadi, perlukah kita sempitkan skop hadis no 1, sehingga kita tergolong dalam golongan manusia yang cenderung/menuruti kepada orang-orang yang berlaku zalim ? Jawablah wahai manusia berhati syaitan!!!

Sebab tu ambe katakan, hadis no 1 nih, menjurus kepada individu sahaja. Ayah kita pemimpin rumah tangga. Jika ayah kita buat silap, buat maksiat, takkan kita nak guna hadis no 2, nak pi lempang ayah kita plak. Sudah tentu kita terikat pada hadis no 1, walaupun ayah kita akan piat kita balik pasal nak mengajar orang tua. Tengok situasi lah.

Takkan satu hadis tertentu, semua keadaan korang nak pakai sesuaikan.

Apsal bodoh sangat mereka nih ?

hadis no 1 tadi, secara khusus nya tidak disebutkan bahawa kita perlu juga taat dan patuh pada pemerintah yang kaki fitnah. Jadi, kerajaan hok hari ini, terlebih satu perkara iaitu fitnah, banyak sangat buat fitnah dan tidak lagi sesuai digunakan hadis no 1 untuk ditaati pada pemerintah. Pemerintah sekarang, perlu ditumbangkan iaitu kita mematuhi saranan dari alquran surat al Baqarah ayat 193 iaitu
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. Al Baqarah Ayat 193


Kita perangi mereka dengan undian. Kita perangi mereka ngan senjata, lain plak ceritanya. Senjata hok ada, 5 tahun sekali, iaitu pangkah pada kertas undi. Ok lah tuh. Takde ditumpahkan darah sewaktu pemilihan.

Guaner ? ada rasa reti berfikir dok ?!!

Punca kecelaruan dalam masyarakat, bila alquran dan hadis, dipakai pada semua tempat tanpa mengira keadaan dan situasi. Baik PAS mahupun UMNO, kekadang tu ambe tengok 2 x 5 ajer.

Contohnya gini lah...
mentang mentang pakai 4 wheel drive, semua tempat dia nak lanyak, sehingga kat bendang berair pun dia nak lanyak.. bodoh sungguhlah jika berfikiran sebegitu...

p/s : bersyaitan dan berhati syaitan, nampak sama, tapi tak serupa... :)