Selepas PAS memutuskan
keputusan muktamad tiada lagi tahaluf siyasi dengan DAP, pasti ramai
ingin tahu perkembangan hudud dan RUU seterusnya. Perkembangan terbaru
itu akan menjanakan pelbagai persoalan. RUU yang hendak dibentangkan di
parlimen baru-baru ini menemui kegagalan.
Punca kegagalan, semua pihak sedia maklum dan tahu sebab-sebabnya. Apabila diulas panjang lebar sebab-sebabnya, belum tentu dapat menyedarkan mereka yang sudah terlajak dalam percaturan politik. Namun, PAS masih optimis pada usahanya untuk membentangkan RUU di parlimen. Bila ? Persoalan nya bila ? Satu persoalan sudah timbul. Tiada tarikh muktamad setakat ini.
Dulu, DAP dianggap sebagai batu penghalang yang menyekat agenda PAS melaksanakan hudud di peringkat negeri Kelantan. Sekarang, DAP bukan lagi batu penghalang yang menghalang niat PAS untuk membentangkan RUU di parlimen. PAS boleh teruskan usaha nya membentang RUU di parlimen. Persoalan, setakat mana RUU itu akan dapat mengatasi Perkara 4(1), Perkara 8(1), Perkara 75 dan Jadual 9 dalam Senarai ii (1) ? Persoalannya lagi, jika RUU dapat mengatasi salah satu daripadanya, bagaimana dengan yang selebihnya ? Tidakkah ini akan menimbulkan konflik perundangan pada undang-undang yang telah berada dalam Perlembagan Persekutuan ? Setakat ini, RUU yang dipinda tidak dapat mengelak Konflik perundangan.
Apabila direnungi, DAP bukan lah batu penghalang utama yang menghalang agenda PAS, tetapi Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang menjadi penghalang utama agenda PAS. Bukan setakat perlembagaan Persekutuan sahaja yang menjadi halangan, undi 2/3 dari Ahli Parlimen turut menjadi faktor penentu kejayaan RUU untuk bergerak lebih jauh dalam perlembagaan Malaysia yang membolehkan EJSHQ Kelantan dan Terengganu boleh dikuatkuasakan. Persoalannya, bersediakah Ahli Parlimen dari BN terutama UMNO memberi undi menyokong kepada RUU yang dibentangkan oleh PAS kelak ? Setakat ini, sokongan UMNO setakat dimulut sahaja.
Persoalan awal yag dicetuskan pada perenggan pertama akan saling berkait dengan persoalan-persoalan pada perenggan berikutnya. Satu persatu bakal ditempuh.
1. Bilakah RUU akan dibentangkan semula di parlimen ?
2. Setakat manakah RUU dapat mengatasi Perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan ?
3. Bagaimanakah RUU mengatasi konflik perundangan , sekira ianya terjadi?
4. Apakah RUU akan mendapat 2/3 undi menyokong pindaan bagi membolehkan pelaksanaan nya ?
5. Apakah Ahli Parlimen BN terutama UMNO bersedia memberi undi menyokong pada pindaa yang ada pada RUU ?
Di kumpulkan persoalan-persoalan semoga ianya dijawab oleh pihak yang berkenaan supaya jawapan professional yang diberi agar dapat mengembirakan perasaan mereka yang mahu EJSHQ Kelantan dan Terengganu dapat dikuatkuasakan dan laksanakan."

No comments:
Post a Comment