Kalau kita dah punya pegangan pada sesuatu perkara, untuk mengambil pegangan lain agak sukar melainkan keyakinan kita pada pegangan yang kita ambil dilunturkan dengan hujah atau pandangan yang lebih menyakinkan diri kita, baru lah pegangan kita akan berubah. Begitu gak dengan situasi adukataruna nih, setakat maki dia, tak leh melunturkan pegangan dia.
Adakah itu pegangan adukataruna sehingga dia layak membuat penghinaan terhadap Isteri Rasulullah saw ? Adakah Syaidatina Aishah r.a tidak mulia disisi pada pegangan adukataruna hanya kerana bertembungan antara muslimin didalam perang siffin dan jamal ?
Siapa Syaidatina Siti Aishah r.a sebelum menjadi isteri Rasulullah saw ? JIka dia adalah nothing pada pandangan mung wahai adukataruna, mung silap teramat silap pegangan yang kamu pegang itu. Kenapa ?!
Bolehkah kamu adukataruna menyelongkar Loh Mahfuz ? Boleh ?! Jika ambe tak boleh, sudah tentu mung juga tidak boleh, jika sedemikian, adakah dakwaan mung itu benar iaitu siti Aishah adalah nothing sebelum menjadi rasulullah saw ?
JIka Siti Aishah r.a adalah nothing sebelum berkahwin dengan Rasulullah saw pada pegangan kamu, tetapi dia adalah Insan terpilih disisi ALlah swt pada Lof MahfuzNya. Ya atau tidak ? Jika Siti Aishah bukan insan terpilih di Lof MahfuzNya, sebagai teman kepada Kekasih ALlah swt, insyaAllah, mung takde sebab untuk berkata dia adalah nothing. Malah 'adalah nothing' pada pegangan mung , pada otak bodoh dan tolol kamu, tidak wujud dalam minda mung berbicara.
Perkahwinan Rasulullah saw dengan Siti Aishah adalah satu takdir disisi Allah swt. Takdir yang telah terjadi lebih dari 1400 tahun. Dan takdir yang terjadi itu, datang dari Loh MahfuzNya, dimana Siti Aishah r.a adalah something special buat Rasulullah saw sebelum menjadi isteri Rasulullah saw. Nothing pada kamu, tetapi something disisi Allah swt atas ilmu. Dan Nothing pada kamu, cukup hebatkah ilmu kamu dari Ilmu Nya ?
Apa takrifan menghina ? Menghina adalah perlakuan, merendahkan kedudukan, Memandang rendah taraf seseorang. Memandang keji martabat seseorang.
Dan perbuatan kamu adukataruna, adalah perbuatan yang jelas menghina kedudukan, taraf, kemuliaan Siti Aishah R.A dengan mengatakan dia adalah nothing sebelum berkahwin dengan rasulullah saw. Pada ilmu Allah swt, Siti Aishah R.A adalah something pada tilikan IlmuNya, walaupun Siti Aishah r.a belum menjadi isteri Rasulullah saw. Taraf dan kedudukan Siti Aishah R.A , disisi Allah swt, adalah insan mulia, kerana itu lah Siti Aishah R.A adalah jodoh kepada Rasulullah saw sebagaimana termaktub di Loh MahfuzNya menurut IlmuNya. Kamu, adukataruna, dia adalah nothing sebelum menjadi isteri rasulullah saw, mung ada Loh Mahfuz mung tersendiri yang lebih hebat dari Loh Mahfuz Allah swt ke ???!!!
Pertembungan Antara Siti Aishah r.a dan Muawiyah serta Ali, layakkah kamu membuat andaian "berkalau" mengatakan Aishah r.a dan Muawiyah r.a mengatakan Ali r.a adalah seorang yang lembab, pemalas perbut boroi dan sbagainya ? Kamu ada butiran Hadis menyokong dakwaan berkalau mung itu ? Ada ? Jika tiada, buat apa "berkalau-kalau" ?
Rasulullah saw adalah contoh teladan terbaik. Adakah Isteri, sepupu dan sahabat yang terdekat dengan rasulullah saw mempunyai perangai buruk yang menghina sesama mereka ? Demi Allah yang punya Loh Mahfuz, dengan yakin ambe berkata, Isteri Rasulullah Saw, Sepupu Rasulullah saw, dan para sahabat yang terdekat dengan Rasulullah saw, adalah insan yang punya akhlak yang terpuji selepas rasulululah saw hasil dari asuhan Rasulullah saw , tempias keberkatan pada diri Rasulullah terkena pada mereka-mereka, Aura kenabian yang menyinar terpancar pada diri Rasulullah saw seumpama radioaktif yang menyinar terkena pada isteri dan sahabat Rasulullah saw. Sila nafikan wahai adukataruna akan pegangan ambe yagn sebegitu, jika diri mung punya Loh Mahfuz tersendiri... dipersilakan...
Jika begitu peribadian para sahabat, layakkah kamu untuk meletakkan pertembungan antara siti aisyah r.a dan Ali r.a , membolehkan mereka dipersalahkan atas kejadian yang berlaku ? Kamu punya iblis kah yang berbisik memberitahu sejarah lampau yang terjadi antara mereka, sehingga tergamak dan berani mung mengatakan mereka ini kedua dua nya bersalah ? kedua dua nya bangang ? Sejarah yang kamu terima, adalah sejarah yang disampaikan dari orang lain. Pertembungan antara Siti Aisyah Muawiyah dan Ali, kamu ketahui nya dari sejarah, dan kamu hanya membaca dan mencedok cerita itu untuk dijadikan bahan menghina terhadap Siti Aishah R.A dan Muawiyah. Mung sudah "face to face" dengan Ali R.a kah ? Mung sudah "face to face" dengan Siti Aishah r.a kah ? Mung "face to face" dengan Muawiah r.a kah ?
Jika mung memang 'face to face' dengan mereka, bertanya dengan mereka, menilai mereka dari tindak-tanduk mereka, bercakap dengan mereka dari hati ke hati, ketiga tiga pihak kamu tahu perjalanan ceritanya, dan kamu punya akal yang tajam seumpama hakim yang amat bijaksana, maka, memang layak lah mung kata Muawiyah dan Aishah bersalah yang menyebabkan pertumpahan darah melibat ratus ribu jiwa didalam peperangan jamal. Memang layaklah kamu kata mereka itu bangang. Dan, ambe harap, mung dapat memberi jawapan yang mengatakan bahawa, memang mung ada jumpa mereka, "face to face" lagi. Boleh ?
Jika demikian, ambe hanya mampu 'salute'.
Jika sebaliknya, dengan rendah hati, mung mohon maaf kepada semua, mohon ampun kepada semua, bertaubat kepada Nya, dan menarik balik artikel mung dari blog kamu. Jika kamu berkeras, masih berpegangan yang sedemikian, masih ingin menyalahkan Siti Aishah dan Muawiyah, dan mengatakan mereka dikalangan manusia bangang disebabkan peperangan saudara terjadi, maka, mung dikalangan manusia yang teramat rugi. InsyaAllah.
Pertembungan antara Siti Aishah/muawiyah dengan Ali r.a., mung adukataruna, jangan lupa ada pihak yang ketiga punya penyebab. Golongan ini lah patut dipersalahkan. Adakah ambe hendak mengkambinghitam golongan ketiga ini ? Adakah salah bila mengkambinghitam pihak ketiga ? Siapa itu pihak ketiga ? Siapa ? Ibliskah ? Syaitan Kah ? Nafsu kamu kah ? Manusia manusia yang telah dikuasai Syaitan kah ? Jadi, salahkah bila mengkambinghitamkan jenis-jenis kambinghitam itu ?
Kenapa mesti kaitkan Qabil yang membunuh satu jiwa ? Adakah kesalahan Siti Aishah r.a dan Muawiyah serta ali, akan keserupaan dengan kesalahan Qabil ?
Qabil memang salah. Dan bersalahnya dia disebabkan nafsunya dan pujukan iblis/syaitan yang menunggang nafsunya.
Dan Bagaimana Siti Aishah r.a dan Muawiyah bersalah dalam hal ini ? Sebelumnya menyalahkan mereka berdua, sudah kah kamu kenal pasti penyebabnya ? Nafsu pada Aishah r.a/muawiyah kah ? Pujukan Iblis kah ? Pengadu domba kah ?
Kesalahan qabil, ALlah telah jelaskan didalam alquran, penyebab Qabil sebagai orang bersalah. SIla rujuk al maidah ayat 30 ini
[30]nafsu Qabil punya angkara, kerana Qabil gagal mendidik nafsunya.
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
Dan sekarang hendak meletakkan kesalahan Siti Aishah R.A dan Muawiyah, adakah dinyatakan dengan jelas didalam alquran ? Ada dinyatakan jelas didalam hadis ? Penyebab yang membolehkan mereka ini bersalah dalam hal yang berlaku ?
Apa yang kamu ingin pertahankan selepas ini ? Ego kamu kah ?
Qabil jadi anak Adam pun dari Loh Mahfuz
ReplyDeleteBini Nuh jadi Bini Nuh pun dipilih Allah dari Loh Mahfuz.
Azazil jadi Kapten Malaikat pun dipilih Allah.
So, kenapa laknat ke atas dia pada tajuk? Apa beza dengan Aishah? Tunggu lepas PRK ni, gua come back. Tgk siapa yang dapat tumbangkan hujah.
Ingat janji Allah. kebenaran tidak dapat ditumbangkan dengan hujah. Kalau tak dapat tumbang hujah gua, apa maksudnya?
Ya, memang Qabil jadi anak adam pun dari Loh Mahfuz, Begitu juga Bini Nabi Nuh, begitu juga dengan Azazil. Persoalnya sekarang, Loh Mahfuz itu milik Allah swt. Segala kejadian itu adalah dengan Ilmu ALlah. Semua itu tercatat didalam Alquran.
ReplyDeleteDan sekarang, kamu punya Loh Mahfuz yang setaraf dengan Loh Mahfuz ALlah kah ? Kamu berkata begitu pada siti Aishah, sudah tercatatkah kesalahan mereka didalam kitab ALlah kah ?
Faktanya, Allah punya Loh Mahfuz.
Dan Faktanya, kamu adukataruna punya Loh Mahfuz kah ?!
Faktanya ALlah punya ilmu Maha Tinggi, Tahu sebelum dan sesudah, dan Akan Datang.
Dan faktanya, adakah kamu aduktarauna punya Ilmu yang Maha Tinggi , Tahu sebelum dan sesudah dan akan datang ?!
Ambe menjawab ketololan tulisan mung bukan untuk menang, tetapi memberi peluang kepada mung mengunakan akal dan ilmu serta iman yang sedikit pada mung, supaya menilai balik tulisan mung, supaya i'tiqad mung tidak menjadi kebanggan Syaitan dan Iblis.
Jika mung tahu dan ingat janji Allah, kebenaran tidak dapat ditumbangkan dengan hujah, dipersilakan ......
Nyatakan pada semua bahawa mung juga mempunyai Loh Mahfuz. Tahu perkara Ghaib.
Nyatakan pada semua bahawa mung juga mempunyai ILMU Maha Tinggi, Tahu sebelum dan sesudah serta akan datang.
Declare itu dahulu, baru bertepatan ucapan mung ini "kalau tak dapat tumbang hujah gua, apa maksudnya?".
Dan ambe akan "surrender" selepas mung mengisytiharkan sedemikian bahawa kamu juga punya Loh Mahfuz, tahu perkara Ghaib, punya Ilmu Yang Maha tinggi, tahu sebelum. Tahu sesudah, serta tahu akan datang.
Dan sekiranya mung tidak mau mengisytiharkan diri mung sebegitu, seorang yang punya loh mahfuz , punya ilmu maha tinggi, tahu sebelum, sesudah, dan akan datang, masih hendak melemparkan hujah mempertahankan kebiadapan dan ketololan yang dikuasai iblis yang ada diri mung, InsyaAllah, ambe selepas ini berlepas tangan.
Salam,
ReplyDeleteAbang SP4N4R dah bukak gelanggang laaa...
EN ADukataruna cuba masuk plak...
huhuhu..
Ape cerita bro Spanar??
tengah longgar2 kan bende apa plak ni??
lama tak debate ni.. hahaha
wakakaka...
Aduka taruna goyang. takat taip bole la bro.
ReplyDelete