Wednesday, January 20, 2010

Memaksa atau Pemangkin pada pemikiran ?

Berforum atau berblog dll, untuk apa sebenarnya ? Berdiskusi atau berhujah atau beri pendapat ? Atau nak tunjuk , "aku lah paling terror berhujah" ? Mereka yang telah tahu matlamat berforum atau berblog dll, sudah tentu akan menukar "mode" mereka dari memaksa kepada memangkin, dengan melontar pandangan/hujah mempengaruhi pemikiran orang lain sejenak. Mematahkan hujah/pendapat untuk memaksa mereka menerima pendapat/hujah, sukar diterima jika dibandingkan dengan memberi pendapat/hujah membuatkan mereka berfikir seketika atas pendapat yang telah dilontarkan. Pendapat yang menjadi pemangkin untuk orang terus berfikir dan berfikir...

Memangkin pemikiran orang lain lebih besar faedah jika dibandingkan dengan memaksa orang lain berfikiran seperti kita. Mangkinkan pemikiran mereka menjadi manusia yang berfikir atas perkara yang berlaku. Setelah mereka berfikir atau tidak mahu berfikir, itu terpulang pada mereka, kerana kesudahannya pada diri mereka sendiri samada baik ataupun buruk dan bukan pada orang lain. Jika tindak -tanduknya mereka yang masih mengambil jalan negatif, menyebabkan orang lain turut terkena tempias, sesungguhnya mereka ini adalah manusia yang teramat bodoh dan merugikan.

Jika kita sering bukak alquran, insyaAllah, ambe amat yakin, memang terdapat ayat ayat Allah yang menyuruh manusia supaya berfikir dan terus berfikir akan kejadian Allah yang Maha Esa.

Sila renung ayat dibawah.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Surah Ali Imran : Ayat 190


(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Surah Sad : Ayat 29

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.

Surah Al-Furqan : Ayat 50


Jadi, dimana kualiti pada diri kita ? Memaksa atau pemangkin pada pemikiran orang lain ? Tepuk dada tanya iman.

2 comments:

  1. yang bertanya mungkin tahu apa yang jawapan yang dimahu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Memangkin pemikiran orang lain lebih besar faedah jika dibandingkan dengan memaksa orang lain berfikiran seperti kita.

    ~ Suka ayat ini. Satu pelajaran baru buat ambe.

    ReplyDelete