Monday, March 29, 2010

Pengarang Harakahdaily tarak sekolah ?

Terlebih dahulu, ambe ucapkan syukur kepadaNya, kerana mengekalkan kedudukan TGNA sebagai mursyidul Am Pas. Atas kehendakNya, jawatan mursyidul am dikekalkan bagi TGNA.

Namun, ambe amat kecewa dengan mutu penulisan harakahdaily. Ambe ni tak ler hebat mana dari segi bahasa, tetapi ambe boleh "kesan" pengunaan bahasa yang salah yang digunakan oleh pihak pengarang harakahdaily, amat memalukan. Memalukan. Tarak sekolah ka ?

Dipetik dari harakahdaily, dikatakan "Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.".

Pengunaan perkataan "mengekalkan jawatan" tidak kena pada tempatnya kerana mengambarkan TGNA dan TGHD mempengaruhi keputusan. Dan jawatan itu kekal kerana keputusan mereka berdua, bukan keputusan mesyuarat.

Sepatutnya digunakan perkataan "dikekalkan" bagi mengambarkan mereka terus berjawatan masing-masing, atas kehendak mesyuarat, bukan atas kehendak diri sendiri.

Pada karangan oleh Ali Zaidan menggunakan perkataan "dikekalkan" bukan "mengekalkan" bagi mengambarkan jawatan itu kekal kerana keputusan mesyuarat.

Ambe yakin, banyak lagi kesalahan bahasa yang disalahpakai di dalam harakah sepanjang ambe mengenali harakah.

"Mengekalkan" dan "dikekalkan" memberi maksud yang berbeza. Ya tak ?

No comments:

Post a Comment