BN perlu ditumbangkan pada PRU13.
Posting kali ini, ambe tujukan khas buat pengundi-pengundi atas pagar.
Walaupun PRU13 masih jauh lagi walaupun hampir dekat, tetapi, peringatan demi peringatan mesti disampaikan walaupun sekadar peringatan kecil. BN, satu parti yang begitu lama memerintah malaysia. Kerana terlalu lama memerintah, mereka bukan lagi memerintah, tetapi lebih kepada menketadarah.
Jadi, sebagai rakyat, sudah tiba masa, rakyat memberi peringatan kepada pemerintah, bahawa rakyat lebih besar dari mereka. Sudah tiba masanya rakyat memerintah pemerintah, bukan pemerintah memerintah rakyat. Tumbangkan BN. Itu adalah amaran muktamad dan tegas kepada parti politik, tidak kira siapa yang memerintah, supaya mereka ini tahu, bahawa rakyat penentu masa depan mereka. Bukan mereka yang menentukan masa depan rakyat.
Oleh itu, kemenangan parti tidak kira ianya UMNO, PAS, PKR, DAP , MIC, Gerakan dll, kemenangan mereka bukan lah kerana undi ahli parti masing-masing, tetapi, kemenangan mereka ditentukan oleh pengundi Atas pagar. Ambe menyeru pengundi atas pagar agar berfikiran waras dan adil dalam menilai pemerintah yang dipilih. Pengundi atas pagar tidak perlu lagi memikirkan dan berhutang budi atas pembangunan yang telah dilaksana dan bakal dijanjikan kepada rakyat, tetapi harus berfikir akan nasib rakyat terutama golongan yang tidak berada dan pelbagai sudut.
Terdapat rakyat yang miskin dari segi harta benda, merasa perit dengan segala sifat haloba pemimpin parti yang lebih menketadarah kemewahan untuk perut masing-masing. Terdapat rakyat yang miskin dari segi ilmu agama, nilai-nilai murni sebagai manusia, hasil dari sifat pentingkan diri sendiri pemimpin parti yang lebih mengutamakan kemodenan.
PR tidak sempurna 100%, BN hampir sempurna 100% kezalimannya terhadap rakyat, itu harus kalian ingat, tetapi membiarkan BN terus berkuasa selepas PRU13, hanya akan menguntungkan pemerintah, dan sekali lagi, rakyat yang diperintah. Jadi, tunjuklah kepada pemerintah, bahawa rakyat yang memerintah, bukan lagi pemimpin parti yang memerintah. Jadi, PRU13, sebagai detik permulaan, menceritakan atau mengambarkan bahawa rakyat malaysia kali ini, terutama golongan atas pagar, adalah golongan yang paling cerdik dalam berpolitik. Sudah tiba sama, rakyat sekelian, menggunakan orang politik, untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat, bukan kebaikkan untuk perut-perut mereka.
Jika ada sesuatu yang diperlukan untuk keperluan rakyat, kampung, daerah, ini lah masanya, rakyat meminta dari mereka. Inilah masa nya rakyat memerintah mereka menyediakan keperluan untuk rakyat. Sebagai contoh, Jika ada sekolah, yang perlukan bantuan kewangan, sebagai pengundi atas pagar, bantulah pihak sekolah.
Bagaimana cara ?
Ini adalah cerita benar. Begini kisahnya. Dikampung kawan ambe, lampu depan masjid , hampir setahun tidak menyala. AJK masjid semuanya bodoh, kerana tidak menggunakan orang politik untuk kebaikan semua pihak. Jadi, kawan ambe emialkan permohonan kepada ahli politik, semoga lampu itu dapat dinyalakan semula , dan kemudian kawan ambe Cc kan pada pihak ketiga yang boleh membaiki kerosakan Lampu. Alhamdulillah, tidak sampai 10 Jam, lampu sudah dibaiki oleh TNB. Betapa cekapnya mereka bertindak, bila kawan ambe menggunakan orang politik. (sila lihat imej dibawah ) Walaupun nampak kecil benda yang kawan ambe mintak itu diperbaiki, tetapi, itulah langkah permulaan kawan ambe menggunakan orang politik, iaitu "rakyat memerintah pemerintah, bukan pemerintah memerintah rakyat".
Jadi, tinjaulah sekeliling anda, dan fikirkan apakah keperluan yang diperlukan untuk kawasan kampung kalian. Pemperbaiki jalan ? Mengadakan Kemudahan Jejantas ? Atau apa jua jenis kemudahan, tempat tunggu BAS untuk sekolah atau orang awam dsbgnya.
Jadi, Tunjukkanlah, bahawa rakyat hari ini cerdik, dan nasib parti politik dan ahli politik, berada ditangan rakyat. Menumbangkan BN pada pru13 adalah dimestikan supaya mereka (samada mereka ini PR atau BN ) tidak memandang rendah akan keupayaan tangan kita yang memberi undi....walaupun 5 tahun sekali, sudah cukup membuatkan ahli parti politik berdebar dan mungkin gementar menjelang PRU.
p/s: Jika ramai yang meminta dari ahli politik, tidak mustahil, email-email pemimpin tertentu akan di'disable'kan,. :)
contoh maklumbalas dari pihak yang berkenaan
sekiranya emial anda tidak dapat maklumbalas dari pihak yang berkenaan, tidak ada progress, capture dan paparkan di tempat yang sepatutnya, seperti diblog, laman web forum, dan sewaktu dengannya...
No comments:
Post a Comment