Wednesday, March 10, 2010

Adakah PR cukup perkasa untuk merempuh BN pada pru13 ?

Macam takde apa apa pun. Takde berita hangat menghangatkan media pro kerajaan. Takde berita sensasi memeriahkan media pro pakatan di dunia maya. Takde pun. Hanya ada, cerita pakaian koyak dari PR. Terjadi, disebabkan PKR yang bermasalah. Jika begini, tang mana perkasanya PR untuk merempuh dan mengempur BN di pru13 ?

Pemimpin PR tak nak dah buat Gempak. Buat gak Gempak yang menghebohkan. Jom Gempak katakan. Gempak yang menyebabkan pihak musuh TERUS memasang mata dan telinga memerhatikan dengan penuh cemas dan suspen. Terjadi, sebaliknya, pihak musuh tersenyum malu atau buat-buat malu, melihat dan mendengar cerita pakaian koyak dari PR. PKR yang bermasalah, kerana pemimpin dari PKR bertindak keluar parti, menjadi bebas, sepatutnya PAS ambil ler peluang untuk menampal pakaian koyak atau mencadangkan kepada kepimpinan PR untuk menukar kepada pakaian baru. Pakaian baru, berwajah baru, tampak lebih segar. Baru Gempak.

Lepas nih, mesti ler ada komen-komen duk kata, PAS senyap kerana sedang memasang strategi. Strategi sana, strategi sini. Tetapi macam takde habuk pun.....

Disebabkan sebahagian rakyat sudah meluat dan benci BN, masa begini ler PAS buat Jom Gempak untuk menaikkan perasaan semangat membara untuk merempuh dan mengempur BN. Bila dah buat Jom Gempak, menyebabkan musuh terus pasang mata dan telinga, dalam keadaan berjaga-jaga, "Red Alert" sokmo, secara tidak langsungnya menunjukkan PAS sedang mengetuai PR untuk mengempur dan merempuh BN, dan sasaran akhir pada check point PRU13. Ambe ulangi, secara tidak langsungnya, menunjukkan PAS sedang mengetuai PR untuk mengempur dan merempuh BN. Masa untuk mengabrakan pihak musuh. Masa untuk mengeletarkan lutut pihak musuh. Masa untuk buat pihak musuh terkencing seketika. Banyak perkara yang berlaku hari ini sedikit sebanyak mendebarkan pihak musuh. Kenapa ? Tak percaya...

Ambe pernah bukak satu topik di TKO, bertajuk "Elok PAS ni jadi Parti Induk...". Walaupun ada pro dan kontra dari segi pandangan, PAS mesti berbuat sesuatu untuk memulakan Jom Gempak. PKR tak mungkin boleh dijadikan parti dibawah naungan PAS. Jika sedemikian, abaikan. Tetapi PAS telah ada Kelab Penyokong PAS terdiri dari non muslim kan. Elok kelab penyokong PAS dinaiktaraf, dijadikan satu parti politik dibawah naungan PAS. Jom Gempak dak jika pemimpin PAS buat pengumuman begitu ? Satu Jom Gempak punya lah.

JIka ini menjadi kenyataan, PAS boleh capai 2/3 didalam parlimen jika mahu, tak perlu bantuan dari parti lain dah. Ya dak ? Ada bantuan dari parti lain, boleh berkedudukan selesa beb! kenapa ? impossbile ka ?

JIka dikorek kat otak, dikumpulkan otak-otak, mesti dapat banyak idea lah. Idea untuk Jom Gempak. PAS takde pemikir strategi politik ke ? Mesti ada suara-suara mengatakan ada. Jika memang benar ada, dah lama dah Jom Gempak berlaku dengan pelbagai idea.

Bila nak buat langkah 'check' ni ? Teringin gak nak dengar, gerak "pawn" ke, "bishop" ke, dll, setapak ke depan, terdengar bunyi check. Check! check! Check! Mengempakkan pihak lawan... Jangan diri ter'check-mate' udah ler. Reti percaturan, mesti takde ter"check-mate" diri sendirinya.

Doh mananya diperkatakan memperkasakan PR dengan buat-buat Jom Gempak ? Memperkasakan PR terjadi, bila ada sebuah parti mengetuai batalion mengempur musuh, gertak dan terus gertak dengan gempak. Tak perkasa ke begitu ? Tanpa ketua, boleh jalan ke aktiviti mengempur ? Sendiri fikir lah.

Nak gempur dan merempuh musuh, perlu tegas. Jika main nak tak nak, nak gempur ke idak.. nak gempur ke idak dalam kepala, takde ketegasan, pigi mampus lah hok ambe boleh katanya..

p/s : JIka tulisan ambe yang bodoh ini sekadar dibaca, memang ambe bodoh membawa cerita sebegini hanya untuk dibaca oleh orang bodoh sahaja.

No comments:

Post a Comment