Peristiwa 16 sept dilihat sebagai lawak jenaka dimata musuh politik anwar kerana ura-ura MP dari Sabah dan Sawarak yang dikatakan bakal melompat kepada PR tidak menjadi kenyataan. Malah, terjadi, MP dari PKR melompat keluar atas alasan yang yang lebih bersifat pentingkan diri sendiri. Namun, jika direnungi dan ditinjau secara keseluruhan,ianya bukanlah sia-sia. Ianya bukan lawak jenaka, tetapi ianya satu tempeleng buat kerajaan BN supaya ambil cakna pada kehendak orang Sabah dan Sarawak. Hasil dari 16 sept, kerajaan BN telah menjadi lebih prihatin, lebih membelai, lebih cakna terhadap kehendak dan tuntutan Rakyat Sabah dan Sarawak secara am nya dan khususnya kepada YB-YB dari Sabah dan Sarawak. Malah kerajaan perlu menunjukkan sikap prihatin kepada sabah dan sarawak, kerana itu talian hayat terakhir buat mereka.
Tanpa peristiwa 16 sept, adakah kalian yakin, kerajaan akan memberi tumpuan pada Sabah dan Sarawak ? Sendiri fikir.
Hari ini, kita lihat kerajaan BN seolah olah "GHAIRAH MEMBELAI" mengambil berat kehendak dan tuntutan Sabah dan Sarawak. Mereka memberi tumpuan kepada Sabah dan Sawarak. Banyak pembangunan dijanjikan dan sedang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Malah, poket-poket YB dari Sabah dan Sarawak BERKEMUNGKINAN semakin tebal disebabkan duit poket mengalir kedalam poket mereka dari projek-projek yang bakal dan telah dilaksanakan. YB mana tak akan mengalir duit poket kedalam kantung mereka ? YB mana ? Tak dapat seratus, singgit pun jadi. Kononnya.
Walaupun ada pihak yang mendapat Laba dari "keghairahan membelai", namun, pembangunan untuk rakyat Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan hari ini tanpa terjadi lagi "sekali diketuk pahat, sekali masuk". "Masuk telinga kanan, kuar telinga kiri".
Jadi, jika direnungi sekali lagi, itulah impak dari peristiwa 16 sept untuk orang Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini, kita melihat, setiap kali aduan dimedia elektronik dihebahkan, barulah kerajaan bertindak memperbaiki keadaan.
Dan kita lihat hari ini, tidak lagi berlaku, aduan rakyat, permintaan rakyat diperam atau ditongsampahkan, tetapi, setiap aduan mesti disusuli tindakan mesra rakyat oleh kerajaan dalam proses untuk menunjukkan atau menambat hati rakyat.
Perlukah orang sabah dan sarawak berterima kasih kepada pemimpin PR itu ? Tak perlu, kerana itu tanggungjawab pembangkang untuk rakyat yang mana jarang rakyat memikirkkannya. Jika ingin menyatakan rasa berterima kasih terhadap pembangkang di malaysia ini, sendiri tentukan...
Saya setuju, satu peristiwa yang ditentukan ALLAH SWT, membawa hikmah kepada semua, tidak kira apa agama sekali pun. Semuanya HAMBA ALLAH. Wallahuallam.
ReplyDelete