Politik kepartian merosakkan perpaduan umat islam. Politik kenegaraan mengikis sifat saling tolong menolong sesama muslim berlainan negara. Itulah bahananya politik sekiranya disempitkan ruang lingkup politik.
Politik kepartian, merosakkan fungsi masjid. Masjid menjadi perebutan dua puak, iaitu, puak assobiyah biru dan puak assobiyah hijau. Disebabkan politik kepartian, maka, masjid sudah tidak lagi menjadi rumah Allah, tetapi lebih dikenali sebagai rumah parti politik. Jika masjid itu ditadbir oleh puak assobiyah biru, maka, masjid itu dikenali sebagai masjid UMNO. Jika masjid itu ditadbir oleh puak assobiyah hijau, maka, masjid itu dikenal sebagai masjid PAS.
Siapakah yang bersalah apabila masjid tidak diimarahkan ? Lengang dengan jemaah ? Tuding menuding akan berlaku, berpunca dari sentimen politik kepartian.
Kedua dua belah pihak bersalah. Sebabnya ? Kerana kedua-dua puak itu mendahulukan politik kepartian lebih dari taqwa.
No comments:
Post a Comment