Saturday, August 21, 2010

Tranungkite adalah medan untuk berperang....

Setiap pengunjung yang berkunjung ke Tranungkite.net akan terdedah dengan peperangan. Perang psikologi. Pengunjung akan terdedah secara langsung atau tidak langsung. Mereka yang berkunjung ke Tranungkite.net dan membaca artikel serta menjadi pemerhati pada sesuatu thread , hanya terdedah kepada bahan bacaan yang mepengaruhi psikologi mereka dalam menilai dua peperangan yang melibatkan perang antara penyokong PR dan BN serta Non-parti. Mereka yang terlibat secara langsung dalam perang psikologi, adalah forumer Tko, iaitu pengunjung yang mendaftarkan diri sebagai seorang forumer. Perang psikologi dapat dlihat dari komentar yang dilontarkan dan tindak tanduk forumer dalam mengolah dan menyusun bahasa.

Perang psikologi di Tranungkite.net melibatkan banyak pihak dan banyak penjuru. Forumer pro BN satu penjuru, forumer pro PR satu penjuru, forumer non-parti juga satu penjuru, dan moderator tranungkite juga terlibat sama dalam perang psikologi. Perang psikologi tidak terbatas dalam soal soal politik sahaja, malah melibatkan soal soal keagamaan dan kemasyarakatan.

Perang psikologi adalah peperangan yang kompleks kerana tahap kefahaman forumer berbeza walaupun didedahkan dengan input yang sama. Perang psikologi melibatkan dua medan pertempuran yang akan ditempuh. Medan pertempuran dalam perang psikologi ini akan mendedahkan forumer kepada ketahanan mental dan cabaran keegoan. Medan menguji ketahanan mental dan medan untuk mencabar tahap keegoan.

Bentuk komentar yang dilontarkan dan tindak tanduk forumer dari susunan bahasa dan olahan ayat menunjukkan ketahanan mental forumer. Keupayaan forumer menyerap komentar yang berlawanan dengan ilmu dan pendirian, menunjukkan kemampuan mencabar tahap keegoan didalam diri.

Forumer, tidak kira sama ada forumer biasa atau Moderator, bentuk cabaran yang mencabar ilmu dan pendirian antara satu sama lain, akan menyerlahkan ketahanan mental dalam mengenepikan tahap keegoan. Mental dan taja[ keegoan seolah olah seperti satu pasangan yang tidak boleh dipisahkan. Beriringan.

Untuk mencabar tahap keegoan antara satu sama lain, perlu ada ketahanan mental bagi menghasilkan komentar yang kemas dan tersusun.

Komentar anda mencerminkan diri anda dari segi ketahanan mental dan tahap keegoan.

No comments:

Post a Comment