Friday, October 26, 2012

Adakah Hukuman Hudud itu hanya dikenakan ke atas pesalah muslim sahaja benar-benar menjaga maruah umat islam?


SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.



Itu lah jawapan bodoh dari seorang pemimpin PAS yang bergelar ulama. Apa nak buat, ulama kepala otak dam aji.

Kemudian, Hadi awang menambah "PAS tak perlu terangkan ( tentang hukum hudud ) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam".

Sekali lagi Hadi awang berotak dam aji. Polemik hudud yang semakin menjerut leher PAS, menyebabkan Dewan Pemuda PAS mengambil langkah menerangkan hudud. Siap ngan terjemahan tulisan cina lagi tuh. Tak perlu terangkan keapda bukan Islam lah tu kononnya.  Turut mengambil bahagian menerangkan hudud, dari ustaz terkenal Ustaz Zaharuddin. Ramai lagi blogger pro PAS turut menerangkan hudud kepada masyarakat.

Link jawapan dari Zaharuddin : http://www.scribd.com/doc/61501228/PDF-Ensiklopedia-Penjelasan-Benarkah-Hudud-Aniaya-Wanita

Link jawapan dari Pemuda PAS dengan terjemahan bahasa cina. http://www.scribd.com/doc/104290784/Nota-Kecil-Hudud-Kepada-Non-Muslim-Edited-290812

Nota kecil hudud kepada non muslim. Hadi awang kata tak perlu terangkan kepada non muslim, tapi Dewan pemuda PAS tarak wala' ngan cakap hadi awang. Melanggar perintah hadi awang bila memandai-mandai menerangkan Hudud kepada non muslim plak.

Itu lah dulu punya cerita sehingga hari ini, cerita hudud sentiasa panas.

Apabila hukuman hudud dikatakan hanya dikenakan ke atas pesalah muslim sahaja sebenarnya boleh mencemar maruah umat islam itu sendiri walaupun telah diperjelaskan oleh PAS bahawa hukuman hudud dikatakan dapat menjaga harta, maruah, keturunan, akal dan nyawa. 5 hak asasi nih dpetik dari buku "isu Hudud Haji Abdul Hadi menjawab Mahathir.".

Sifat undang-undang tak kenal siapa pesalah. Bersalah tetap dikatakan bersalah tanpa mengambil kira agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya.

Apabila undang-undang mempunyai sifat terpilih dan memilih pesalah, ianya mengundang permasalah perundangan. Apabila berlaku permasalahan perundangan, sudah tentu ada pihak akan tercemar maruah, agama, harga dan keturunan.

Untuk lebih mudah difahami permasalahan perundangan yang MUNGKIN BOLEH timbul menyebabkan maruah tercemar, ambe nak ajak semua berfikir dan merenung kedalam satu contoh-kes dibawah.

Katakan :
Kuntum ( wanita muslim ) telah berzina dengan  Kupusamy ( lelaki hindu ). Kedua-duanya masih bujang dan pasangan kekasih. Perhubungan mereka berdua menyebabkan Kuntum  hamil. Mengikut perundangan Syariah, Kuntum dihadapkan ke mahkamah kerana kehamilan luar nikah. Apabila dibicarakan dimahkamah, Kuntum didapati bersalah setelah cukup keterangan dan bukti tanpa ada keraguan munasabah. Maka, Kuntum dihukum menurut hukuman hudud (seksaan) iaitu dipenjara atau dibuang daerah dan disebat tidak melebihi 100 rotan, manakala Kupusamy bebas tanpa diketahui dimana dia berada. 

kalau Kuntum itu hamil hasil dari perzinaan dengan Kupusamy, itu lah anak orang islam hasil dari benih lelaki orang kafir yang bernama Kupusamy. Itukah yang diinginkan oleh PAS ? Itukah yang dinamakan menjaga maruah agama Islam ?

Itu baru satu contoh masalah perzinaan melibatkan islam dan bukan islam. Atas sebab itu, ambe mengesyorkan supaya supaya seksaan ( hukuman hudud ) juga dikenakan keatas orang kafir khas lelaki kafir supaya mereka ini tidak sewenang-wewangnya mendekati dan merosakkan wanita islam melainkan PAS rela lelaki kafir mendekati dan merosakkan wanita islam supaya generasi umat islam baru terhasil dari benih orang kafir.

Jika PAS terus kekal dengan pendirian, bahawa hukuman hudud hanya dikenakan ke atas orang islam sahaja, seolah-olah PAS memberi lampu hijau kepada orang kafir, mereka boleh bertindak 'kurang ajar' dan sewenang-wenangnya ke atas wanita islam, kerana orang kafir tidak perlu bimbang dan takut, sebab mereka tak dikenakan hukuman hudud atau hukuman mandatori. Itu dikatakan nak menjaga maruah agama islam ?

Ambe yakin suatu hari nanti, PAS terpaksa akur bahawa undang-undang untuk semua. Hudud juga dikenakan ke atas kafir yang melakukan kesalahan melibatkan orang islam.


Nota : Ambe ingin rakamkan pandangan ambe untuk melihat dimasa hadapan, sama ada pandangan ambe ini menyimpang atau memberi sesuatu berguna pada sesiapa jua

Wednesday, October 24, 2012

Kenapa PAS mahu hukuman/seksaan/had/hudud ?


PAS sekian lama berjuang dalam demokrasi untuk menegakkan perundangan Islam yang menyeluruh sebagaimana tuntutan dari alquran dan hadis. PAS mahu suatu undang-undang yagn digubal dapat menjaga hak asasi yang asas seperti menjaga agama, nyawa, harta akal fikiran dan maruah keturunan. Hari ini PAS melihat masyarakat Islam secara khususnya telah jauh dari ajaran islam dimana mereka tidak menjaga agama dan maruah keturunan mereka. PAS juga melihat kadar jenayah berat seperti mencuri, membunuh, merogol, merompak , pengedaran dadah dan pembuangan bayi, dari tahun ke tahun semakin meningkat di Malaysia. Kadar jenayah yang meningkat cukup membimbangkan. Atas sebab itu, PAS memperkenalkan hukuman hudud. Dalam bahasa pengajian Islam, hukuman seksaan.

Sejak itu, beberapa pemimpin PAS cuba menerangkan apa itu hudud yang sebenar-benarnya. Pelbagai penjelasan diberi. Ambe membaca penerangan dan penjelasan mengenai hudud dan qisas hasil garapan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disusun oleh Ghazali A.I, Ibnu Munzir dan Ghazali Hasbullah.

Disebabkan ambe berpandangan bahawa Hudud itu bukanlah undang-undang, tetapi komponen dalam undang-undang, ( hudud adalah set hukuman ) maka, ambe anggap artikel "Nota Kecil Hudud kepada Non Muslim", hanyalah artikel main masak-masak atau main-main pondok dengan masyarakat.

Didalam artikel itu ( pada mukasurat 3 [helaian 7 - pdf] ) disebut tujuan hudud dan qisas. Oleh kerana hudud dan qisas itu satu set hukuman atau komponen dalam perundangan islam, maka, cara penerangan maskud dan tujuan hudud dan qisas itu hendak dilaksanakan memberi satu gambaran macam orang tak mengkaji keseluruhan undang-undang.

Masyarakat umum tahu, bahawa undang-undang lah yang menjaga Hak asasi manusia. Undang-undang yang menjaga agama, harta, nyawa, keturunan , maruh dan sebagainya. Bukan "seksaan/hukuman" yang menjaga hak asasi manusia. "Seksaan/hukuman" hanyalah sekatan atau had atau batasan pada sesuatu kesalahan yang dilakukan.

Undang-undang adalah alat untuk mengawal tingkahlaku manusia. Tanpa undang-undang, kehidupan tidak ubah seperti kehidupan seekor binatang. Kuat menindas yang lemah. Golongan Lemah tidak dapat pembelaan dan keadilan sewajarnya. Melalui undang-undang, golongan lemah yang tertindas dapat pembelaan dan keadilannya melalui undang-undang.

Apabila undang-undang dicipta, ianya digunapakai untuk semua tidak kira keturunan, agama dan bangsa. Itulah sifat undang-undang tidak mengenal siapa mereka sama ada dia bangsawan, hartawan atau orang kebanyakan.

PAS memperkenalkan hukuman Hudud ( seksaan-seksaan) untuk memperbaiki dan mengurangkan masalah dan kadar jenayah. Ini kerana, undang-undang sedia ada ( undang-undang Malaysia ) dengan seksaan-seksaan (hukuman ) bagi kesalahan jenyah berat masih gagal membendung peningkatan kadar jenayah.

Disebabkan PAS ditadbir dan diurus  serta dipimpin oleh orang politik yang berminda aji, perjalanan pas untuk meperkenalkan hukuman hudud tersekat-sekat dan terhalang dan dihalang. Ini menyebabkan PAS tidak konsisten dan serba salah lalu mengatakan hukuman hudud hanya dikenakan ke atas orang islam sahaja untuk hanya meraih undi dari orang kafir. Ini bermakna, undang-undang yang cuba dicipta oleh PAS hanya mengenal umat islam sahaja, dan tidak mengenal orang kafir, sedangkan, undang-undang adalah 1 himpunan dokumentasi untuk mengawal tingkahlaku masyarakat tanpa mengenal siapa mereka yang melakukan kesalahan.

Apabila Hukuman Hudud diperkenalkan sebagai satu komponen undang-undang hanya untuk umat islam sahaja, maka, maruah umat islam sendiri akan tercemar dan dicemarkan oleh undang-undang ciptaan PAS.

Bagaimana ianya merendahkan-rendahkan maruah umat islam ?

Dikisahkan satu masalah,
Wanita bujang beragama islam didapati berzina dengan lelaki bujang bukan beragama Islam. Kedua-duanya didapati bersalah setelah cukup keterangan dan bukti tanpa ada keraguan munasabah. Maka, wanita Bujang Beragama Islam dihukum menurut hukuman hudud (seksaan) iaitu dipenjara atau dibuang daerah dan disebat tidak melebihi 100 rotan, manakala lelaki bujang bukan beragama islam hanya dibebas tanpa dikenakan apa-apa seksaan.


dikisahkan satu masalah,
wanita bujang bukan beragama islam, didapati berzina dengan lelaki bujang beragama islam. Kedua-duanya didapati bersalah setelah cukup keterangan dan bukti tanpa ada keraguan munasabah. Maka, wanita bujang bukan beragama islam dibebaskan tanpa dikenakan apa-apa seksaan, manaka lelaki  beragama islam dihukum menurut hukuman hudud (seksaan) iaitu dipenjara atau dibuang daerah dan sebat tidak melebihi 100 rotan.

bandingkan,wanita bukan islam lebih mahal nilainya jika dibandingkan dengan wanita islam. Merendah-rendahkan martabat wanita islam sendiri. Macam mana agaknya dinilai dari kacamata orang kafir ? Kalau nak cari ayam, cari lah ayam betina islam, sebab kafir tak dikenakan hukuman. Ayam betina Kafir itu tinggi harga dan nilai nya sebab itu ayam jantan islam tak boleh sentuh ayam betina kafir. Kalau ayam jantan islam sentuh gak, potong leher.

Jika wanita bujang islam itu hamil hasil dari perzinaan dengan lelaki bukan islam, itu lah anak orang islam hasil dari benih lelaki orang kafir. Itukah yang diinginkan oleh PAS ?

Bagaimana jika lelaki kafir itu, menuntut anak hasil zina nya dari wanita islam melalui perundangan ? Kita tahu, tiada akta atau tiada enakmen yang boleh menyekat jika lelaki kafir itu ingin berbuat sedemikian.

Itu baru satu masalah perzinaan melibatkan islam dan bukan islam. Atas sebab itu, ambe berkeras supaya seksaan ( hukuman hudud ) juga dikenakan keatas orang kafir khas lelaki kafir supaya mereka ini tidak sewenang-wewangnya mendekati dan merosakkan wanita islam.


Kenapa PAS mahu hukuman/seksaan/had/hudud ? Sebagai alat kosmetik tanpa fikir jauh kedepan kesan sampingan dari kosmetik yang dipakai.

Bagaimana pula masalah rogol melibatkan islam dan bukan islam ? Hukuman rogol yang terdapat dalam akta 574 Seksyen 376 bagi kesalahan merogol, masih belum cukup setimpal seksaan atau hukumannya. PAS patut mengenengahkan permasalahan ini.

Nota : Ambe ingin rakamkan pandangan ambe untuk melihat dimasa hadapan, sama ada pandangan ambe ini menyimpang atau memberi sesuatu berguna pada sesiapa jua

Tuesday, October 23, 2012

Apa perbezaan dan kesamaan Undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah ?


Klasifikasi undang-undang.

Undang-undang boleh diklasifikasikan kepada beberapa asas.

1. Undang-undang Awam

  • atau dikenali sebagai undang-undang sivil adalah undang-undang ciptaan manusia yang boleh dibuat, dipinda atau dimansuhkan mengikut keperluan masyarakat. Bagi negara Malaysia, ianya dipanggil undang-undang Malaysia.

2. Undang-undang syariah

  • Undang-undang berpandukan kepada alquran dan hadis. Undang-undang syariah juga adalah undang-undang ciptaan manusia yang dibuat berpandukan kepada alquran dan hadis. Terdapat didalamnya, undang-undang tidak boleh dipinda atau dimansuhkan seperti "seksaan" atau "hudud" bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan "hudud".

3. Undang-undang antarabangsa

4. Undang-undang persendirian dan lain-lain.

Dalam Undang-undang Malaysia memakai perkataan "akta", manakala dalam undang-undang syariah memakai perkataan "enakmen"

Apa itu akta dan enakmen ?

Akta dan Enakmen adalah sebagai satu himpunan dokumentasi perundangan mengandungi pernyataan seperti keterangan, catatan, keputusan dan peraturan-peraturan yang telah diluluskan oleh pihak berwajib.

Dari penerangan diatas, pada pandangan peribadi ambe, Undang-undang Syariah dan Undang-undang Malaysia mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya merupakan himpunan dokumentasi perundangan walaupun memakai perkataan perundangan yang berbeza.

Pada Akta 574 yang dinamakan Kanun Keseksaan didalam Undang-undang Malaysia mencatatkan dan menerangkan jenis-jenis peraturan, kesalahan perundangan dan seksaan-seksaan yang berhubungan dengannya.

Pada Enakmen Jenayah Syariah didalam undang-undang syariah Negeri juga mencatatkan dan menerangkan jenis peraturan syariah, kesalahan-kesalahan syariah dan seksaan-seksaan yang berhubungan dengannya.

Jadi, tiada perbezaan antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah dari aspek takrifannya. Sila rujuk definisi/takfiran undang.

Apakah yang membezakan undang sivil dan undang syariah ?

Apabila diteliti himpunan dokumentasi kedua-duanya, pada kandungan, catatan, penerangan dan peraturan serta kesalahan perundangan, ianya mempunyai perbezaan pada jenis-jenis seksaan/hukuman. akan tetapi ianya juga mempunyai persamaan pada jenis kesalahan.

contohnya persamaan pada kesalahan jenayah

Didalam Akta 574 dibawah seksyen 376A dicatatkan sebagai Kesalahan Sumbang mahram manakala didalam Enakmen Jenayah Syariah ( selangor ) dibawah Seksyen 22 dicatatkan sebagai Perbuatan sumbang mahram. 


  • Akta 574 Seksyen 376A kesalahan Sumbang Mahram

Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain dimana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, dibawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengna orang itu.


  • Enakmen Jenayah Syariah ( Selangor ) Seksyen 22

Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. 

contoh perbezaan kedua-dua diatas

Pada Akta 574 Seksyen 376A hanya menerangkan, mencatatkan, menetapkan peraturan bagi kesalahan Sumbang Mahram sahaja. Manakala pada Enakman Jenayah Syariah ( Sngor) juga mencatatkan dan menetapkan peraturan bagi kesalahan Sumbang Mahram berserta sekali hukuman atas kesalahan yang dilakukan.

Itu yang membezakan keduanya pada sebahagiannya. Akta 574 Seksyen 376A hanya menerangkan sifat kesalahan. Pada Enakmen Jenayah Syariah selangor menerangkan sifat kesalahan bersama jenis seksaan yang bakal dikenakan ke atas pesalah.

Bagi menghukum seksaan kesalahan jenayah ( sebagaimana dicatatkan didalam Akta 574 Seksyen 376A,  hukuman atau seksaan itu dicatatkan dibawah Seksyen 376B yang dicatatkan sebagai Hukuman bagi Sumbang Mahram.

Perbezaan lain antara Seksyen 376B ( akta 574 ) dan seksyen 22 (enakmen jenayah syariah [selangor] ) adalah seperti berikut.

pada Seksyen 376B ( AKta 574 ) memperuntukkan hukuman bahawa
Barang siapa yang melakukan sumbang mahran hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari 6 tahun dan tidak lebhi dari 20 tahun , dan juga hendaklah dikenakan sebatan.

Pada Seksyen 22 ( Enakmen Jenayah Syariah [Selangor] memperuntukkan hukuman bahawa
 apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Jelaskan persamaan dan perbezaan antara undang-undang Malaysia dan undang-undang Syariah. Anda pening ? Tidak dapat lah ambe membantunya.

Persoalannya, kenapa perlu dirangka semula undang-undang syariah yang memperuntukkan hukuman/seksaan hudud dan qisas ? Kenapa HUDUD (Seksaan/Hukuman/Had) dicanang sebagai undang-undang ? Ingat! Hudud adalah Set Seksaan/hukuman .
Jawapannya : PAS sengaja mencari susah sendiri untuk menjerut leher serta mengelirukan masyarakat.

Nota : Ambe ingin rakamkan pandangan ambe untuk melihat dimasa hadapan, sama ada pandangan ambe ini menyimpang atau memberi sesuatu berguna pada sesiapa jua. 

Adakah hudud itu undang-undang ?

Lama sungguh ambe tidak mengemaskini laman ini. Ambe ingin rakamkan pandangan ambe untuk melihat dimasa hadapan, sama ada pandangan ambe ini menyimpang atau memberi sesuatu berguna pada sesiapa jua.

Apa itu undang-undang ?

Undang-undang adalah satu kaedah untuk mengawal tindak-tanduk perlakuan sosial masyarakat. Undang-undang jenayah bertindak sebagai mengawal tindak-tanduk perlakuan anti sosial. Seseorang itu akan dihukum apabila melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang. Melanggari undang-undang menjadi satu kesalahan yang bersamanya hukuman dikenakan kepada si pesalah.

Tujuan undang-undang untuk mengawal setiap perlakuan masyaratkat, institusi dan sebagainya supaya keamanan, hak individu dan tanggungjawab dapat dijaga dan ditegakkan.

Undang-undang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjamin agar keadilan dapat ditegakkan bagi sebuah masyarakat yang bertamadun.

Definisi undang-undang.

Tiada definisi khusus yang diterima umum untuk mendefinisikan undang-undang. Namun dipersetujui ramai menyatakan bahawa undang-undang adalah satu set peraturan-peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun.

Undang-undang adalah satu set peraturan-peraturan. Pada setiap set peraturan terdiri daripada beberapa set hukuman.

Adakah hudud itu undang-undang ?

Maka ramai beranggapan lalu memberi jawapan bahawa hudud adalah undang-undang. Terdapat banyak penerangan yang menerangkan bahawa hudud itu sebahagian daripada undang-undang syariah yang memberi makna hudud itu adalah undang-undang. Benarkah begitu ? 

Apabila disebut undang-undang syariah, ianya dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk seperti undang-undang jinayah, undang-undang munakahat(perkahwinan), undang-undang muamalah, undang-undang faraid dan lain-lain.

Berbalik pada soalan, "adakah hudud itu undang-undang ?". Pada pandangan ambe bahawa hudud itu bukanlah undang-undang sebenarnya, tetapi hudud itu adalah satu set hukuman.

Penjelasan.

Undang-undang Syariah adalah satu set peraturan-peraturan. Set peraturan-peraturan undang-undang syariah terdiri daripada beberapa set seperti

  • a. undang-undang jinayah
  • b. undang-undang munakahat (perkahwinan)
  • c. undang-undang muamalah
  • d. undang-undang faraid dan lain-lain. 
 
 
a. Pada undang-undang jinayah, terdapat beberapa set hukuman.
  1.  Set hukuman Hudud.
  2.  Set hukuman Qisas dan Diat
  3.  Set hukuman Takzir.

1. pada set hukuman hudud terdapat berberapa jenis kesalahan.
  • i. zina
  • ii. mencuri
  • iii. merompak.
  • iv. minum arak
  • v. qazaf ( menuduh zina )
  • vi.murtad.

2. pada set hukuman qisas diat dan jenis kesalahannya.

  • i. membunuh
  • ii. mencederakan dengan niat.

3. Pada set hukuman takzir merujuk kepada jenis kesalahan selain daripada kesalahan hudud seperti.
  • i. rogol
  • ii. dadah
  • iii. menculik
  • iv. pecah amanah
  • v. menipu dan lain-lain.


Secara jelasnya, hudud adalah set hukuman bagi kesalahan hudud yang telah dinyatakan didalam alquran dan hadis. Hudud bukanlah merujuk bahawa ianya adalah undang-undang, tetapi merujuk kepada hukuman-hukuman.

Hudud didefinisikan sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan sebagai balasan yakni hukuman atas kesalahan-kesalahan yang telah dinyatakan.

Hudud bermaksud "had" ataupun "batas", "perenggan","hingga" dan "setakat". Apabila hudud dsebut sebagai Had, maka ia adalah pemisah antara dua perkara daripada bercampur aduk atau bertembung antara satu sama lain.

Apabila disebut HududAllah, maka ia adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah bagi sesuatu yang mempunyai pemisah diatara dua pekara seperti halal atau haram.

Dalam pengajian Syariat Islam, secara khususnya hudud bermaksud "seksaan". Dalam kes jenayah, hukuman yang dikenakan bersifat seksaan seperti rejam atau rotan atau potong atau penjara dan sebagainya. Walaupun tidak semua "seksaan" itu bersifat hudud, tetapi, penjelasan disini untuk menjelaskan bahawa hudud itu bukanlah undang-undang pada definisi undang-undang. 

Pandangan ini ada kaitan dengan saranan ambe terdahulu bertajuk "Tutup Cerita Hudud, Sila bukak cerita Undang-undang Syariah.".