Tuesday, October 23, 2012

Apa perbezaan dan kesamaan Undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah ?


Klasifikasi undang-undang.

Undang-undang boleh diklasifikasikan kepada beberapa asas.

1. Undang-undang Awam

  • atau dikenali sebagai undang-undang sivil adalah undang-undang ciptaan manusia yang boleh dibuat, dipinda atau dimansuhkan mengikut keperluan masyarakat. Bagi negara Malaysia, ianya dipanggil undang-undang Malaysia.

2. Undang-undang syariah

  • Undang-undang berpandukan kepada alquran dan hadis. Undang-undang syariah juga adalah undang-undang ciptaan manusia yang dibuat berpandukan kepada alquran dan hadis. Terdapat didalamnya, undang-undang tidak boleh dipinda atau dimansuhkan seperti "seksaan" atau "hudud" bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan "hudud".

3. Undang-undang antarabangsa

4. Undang-undang persendirian dan lain-lain.

Dalam Undang-undang Malaysia memakai perkataan "akta", manakala dalam undang-undang syariah memakai perkataan "enakmen"

Apa itu akta dan enakmen ?

Akta dan Enakmen adalah sebagai satu himpunan dokumentasi perundangan mengandungi pernyataan seperti keterangan, catatan, keputusan dan peraturan-peraturan yang telah diluluskan oleh pihak berwajib.

Dari penerangan diatas, pada pandangan peribadi ambe, Undang-undang Syariah dan Undang-undang Malaysia mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya merupakan himpunan dokumentasi perundangan walaupun memakai perkataan perundangan yang berbeza.

Pada Akta 574 yang dinamakan Kanun Keseksaan didalam Undang-undang Malaysia mencatatkan dan menerangkan jenis-jenis peraturan, kesalahan perundangan dan seksaan-seksaan yang berhubungan dengannya.

Pada Enakmen Jenayah Syariah didalam undang-undang syariah Negeri juga mencatatkan dan menerangkan jenis peraturan syariah, kesalahan-kesalahan syariah dan seksaan-seksaan yang berhubungan dengannya.

Jadi, tiada perbezaan antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah dari aspek takrifannya. Sila rujuk definisi/takfiran undang.

Apakah yang membezakan undang sivil dan undang syariah ?

Apabila diteliti himpunan dokumentasi kedua-duanya, pada kandungan, catatan, penerangan dan peraturan serta kesalahan perundangan, ianya mempunyai perbezaan pada jenis-jenis seksaan/hukuman. akan tetapi ianya juga mempunyai persamaan pada jenis kesalahan.

contohnya persamaan pada kesalahan jenayah

Didalam Akta 574 dibawah seksyen 376A dicatatkan sebagai Kesalahan Sumbang mahram manakala didalam Enakmen Jenayah Syariah ( selangor ) dibawah Seksyen 22 dicatatkan sebagai Perbuatan sumbang mahram. 


  • Akta 574 Seksyen 376A kesalahan Sumbang Mahram

Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain dimana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, dibawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengna orang itu.


  • Enakmen Jenayah Syariah ( Selangor ) Seksyen 22

Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. 

contoh perbezaan kedua-dua diatas

Pada Akta 574 Seksyen 376A hanya menerangkan, mencatatkan, menetapkan peraturan bagi kesalahan Sumbang Mahram sahaja. Manakala pada Enakman Jenayah Syariah ( Sngor) juga mencatatkan dan menetapkan peraturan bagi kesalahan Sumbang Mahram berserta sekali hukuman atas kesalahan yang dilakukan.

Itu yang membezakan keduanya pada sebahagiannya. Akta 574 Seksyen 376A hanya menerangkan sifat kesalahan. Pada Enakmen Jenayah Syariah selangor menerangkan sifat kesalahan bersama jenis seksaan yang bakal dikenakan ke atas pesalah.

Bagi menghukum seksaan kesalahan jenayah ( sebagaimana dicatatkan didalam Akta 574 Seksyen 376A,  hukuman atau seksaan itu dicatatkan dibawah Seksyen 376B yang dicatatkan sebagai Hukuman bagi Sumbang Mahram.

Perbezaan lain antara Seksyen 376B ( akta 574 ) dan seksyen 22 (enakmen jenayah syariah [selangor] ) adalah seperti berikut.

pada Seksyen 376B ( AKta 574 ) memperuntukkan hukuman bahawa
Barang siapa yang melakukan sumbang mahran hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari 6 tahun dan tidak lebhi dari 20 tahun , dan juga hendaklah dikenakan sebatan.

Pada Seksyen 22 ( Enakmen Jenayah Syariah [Selangor] memperuntukkan hukuman bahawa
 apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Jelaskan persamaan dan perbezaan antara undang-undang Malaysia dan undang-undang Syariah. Anda pening ? Tidak dapat lah ambe membantunya.

Persoalannya, kenapa perlu dirangka semula undang-undang syariah yang memperuntukkan hukuman/seksaan hudud dan qisas ? Kenapa HUDUD (Seksaan/Hukuman/Had) dicanang sebagai undang-undang ? Ingat! Hudud adalah Set Seksaan/hukuman .
Jawapannya : PAS sengaja mencari susah sendiri untuk menjerut leher serta mengelirukan masyarakat.

Nota : Ambe ingin rakamkan pandangan ambe untuk melihat dimasa hadapan, sama ada pandangan ambe ini menyimpang atau memberi sesuatu berguna pada sesiapa jua. 

5 comments:

  1. maybe mmg mu pandai law. tapi mu bodo agama.... HUDUD undang2 ALLAH.. ia dah tertulis .. tiada undang2 lagi besar dari undang2 ALLAH..

    ReplyDelete
  2. anda salah jika anda tujuan nak hentam PAS!! ... ILMU LU RUGI BEB.. TAK PON LU COPY JE..

    ReplyDelete
  3. Hudud tu undang-undang Allah, undang2 yg paling lengkap, Allah dan Rasulullah dah terangkan dengan lebih jelas sifat-sifat kesalahan dan hukumannya sekali... jikapun tidak setuju dengan pas, janganlah menidakkan hukum yang Allah dah turunkan..

    ReplyDelete
  4. saya cadangkan demo kena baca lebih lagi tentang apa itu kesalahan hudud dan qisas dan apa itu kesalahan ta'zir. Hudud dan qisas hukum dan kesalahan yg Allah jelaskan dan trmaktub dlm alQuran. Ta'zir adalah hukum dan kesalahan yg ditentukan oleh pemerintah termasuk langgar lampu isyaratpun adalah kesalahan ta'zir. jangan kita jadi murtad tanpa kita sedar akibat keceluparan mulut kini ni..

    ReplyDelete
  5. Tulisan kita menunjukkan siapa kita sebenarnya

    ReplyDelete