Wednesday, October 24, 2012
Kenapa PAS mahu hukuman/seksaan/had/hudud ?
PAS sekian lama berjuang dalam demokrasi untuk menegakkan perundangan Islam yang menyeluruh sebagaimana tuntutan dari alquran dan hadis. PAS mahu suatu undang-undang yagn digubal dapat menjaga hak asasi yang asas seperti menjaga agama, nyawa, harta akal fikiran dan maruah keturunan. Hari ini PAS melihat masyarakat Islam secara khususnya telah jauh dari ajaran islam dimana mereka tidak menjaga agama dan maruah keturunan mereka. PAS juga melihat kadar jenayah berat seperti mencuri, membunuh, merogol, merompak , pengedaran dadah dan pembuangan bayi, dari tahun ke tahun semakin meningkat di Malaysia. Kadar jenayah yang meningkat cukup membimbangkan. Atas sebab itu, PAS memperkenalkan hukuman hudud. Dalam bahasa pengajian Islam, hukuman seksaan.
Sejak itu, beberapa pemimpin PAS cuba menerangkan apa itu hudud yang sebenar-benarnya. Pelbagai penjelasan diberi. Ambe membaca penerangan dan penjelasan mengenai hudud dan qisas hasil garapan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disusun oleh Ghazali A.I, Ibnu Munzir dan Ghazali Hasbullah.
Disebabkan ambe berpandangan bahawa Hudud itu bukanlah undang-undang, tetapi komponen dalam undang-undang, ( hudud adalah set hukuman ) maka, ambe anggap artikel "Nota Kecil Hudud kepada Non Muslim", hanyalah artikel main masak-masak atau main-main pondok dengan masyarakat.
Didalam artikel itu ( pada mukasurat 3 [helaian 7 - pdf] ) disebut tujuan hudud dan qisas. Oleh kerana hudud dan qisas itu satu set hukuman atau komponen dalam perundangan islam, maka, cara penerangan maskud dan tujuan hudud dan qisas itu hendak dilaksanakan memberi satu gambaran macam orang tak mengkaji keseluruhan undang-undang.
Masyarakat umum tahu, bahawa undang-undang lah yang menjaga Hak asasi manusia. Undang-undang yang menjaga agama, harta, nyawa, keturunan , maruh dan sebagainya. Bukan "seksaan/hukuman" yang menjaga hak asasi manusia. "Seksaan/hukuman" hanyalah sekatan atau had atau batasan pada sesuatu kesalahan yang dilakukan.
Undang-undang adalah alat untuk mengawal tingkahlaku manusia. Tanpa undang-undang, kehidupan tidak ubah seperti kehidupan seekor binatang. Kuat menindas yang lemah. Golongan Lemah tidak dapat pembelaan dan keadilan sewajarnya. Melalui undang-undang, golongan lemah yang tertindas dapat pembelaan dan keadilannya melalui undang-undang.
Apabila undang-undang dicipta, ianya digunapakai untuk semua tidak kira keturunan, agama dan bangsa. Itulah sifat undang-undang tidak mengenal siapa mereka sama ada dia bangsawan, hartawan atau orang kebanyakan.
PAS memperkenalkan hukuman Hudud ( seksaan-seksaan) untuk memperbaiki dan mengurangkan masalah dan kadar jenayah. Ini kerana, undang-undang sedia ada ( undang-undang Malaysia ) dengan seksaan-seksaan (hukuman ) bagi kesalahan jenyah berat masih gagal membendung peningkatan kadar jenayah.
Disebabkan PAS ditadbir dan diurus serta dipimpin oleh orang politik yang berminda aji, perjalanan pas untuk meperkenalkan hukuman hudud tersekat-sekat dan terhalang dan dihalang. Ini menyebabkan PAS tidak konsisten dan serba salah lalu mengatakan hukuman hudud hanya dikenakan ke atas orang islam sahaja untuk hanya meraih undi dari orang kafir. Ini bermakna, undang-undang yang cuba dicipta oleh PAS hanya mengenal umat islam sahaja, dan tidak mengenal orang kafir, sedangkan, undang-undang adalah 1 himpunan dokumentasi untuk mengawal tingkahlaku masyarakat tanpa mengenal siapa mereka yang melakukan kesalahan.
Apabila Hukuman Hudud diperkenalkan sebagai satu komponen undang-undang hanya untuk umat islam sahaja, maka, maruah umat islam sendiri akan tercemar dan dicemarkan oleh undang-undang ciptaan PAS.
Bagaimana ianya merendahkan-rendahkan maruah umat islam ?
Dikisahkan satu masalah,
Wanita bujang beragama islam didapati berzina dengan lelaki bujang bukan beragama Islam. Kedua-duanya didapati bersalah setelah cukup keterangan dan bukti tanpa ada keraguan munasabah. Maka, wanita Bujang Beragama Islam dihukum menurut hukuman hudud (seksaan) iaitu dipenjara atau dibuang daerah dan disebat tidak melebihi 100 rotan, manakala lelaki bujang bukan beragama islam hanya dibebas tanpa dikenakan apa-apa seksaan.
dikisahkan satu masalah,
wanita bujang bukan beragama islam, didapati berzina dengan lelaki bujang beragama islam. Kedua-duanya didapati bersalah setelah cukup keterangan dan bukti tanpa ada keraguan munasabah. Maka, wanita bujang bukan beragama islam dibebaskan tanpa dikenakan apa-apa seksaan, manaka lelaki beragama islam dihukum menurut hukuman hudud (seksaan) iaitu dipenjara atau dibuang daerah dan sebat tidak melebihi 100 rotan.
bandingkan,wanita bukan islam lebih mahal nilainya jika dibandingkan dengan wanita islam. Merendah-rendahkan martabat wanita islam sendiri. Macam mana agaknya dinilai dari kacamata orang kafir ? Kalau nak cari ayam, cari lah ayam betina islam, sebab kafir tak dikenakan hukuman. Ayam betina Kafir itu tinggi harga dan nilai nya sebab itu ayam jantan islam tak boleh sentuh ayam betina kafir. Kalau ayam jantan islam sentuh gak, potong leher.
Jika wanita bujang islam itu hamil hasil dari perzinaan dengan lelaki bukan islam, itu lah anak orang islam hasil dari benih lelaki orang kafir. Itukah yang diinginkan oleh PAS ?
Bagaimana jika lelaki kafir itu, menuntut anak hasil zina nya dari wanita islam melalui perundangan ? Kita tahu, tiada akta atau tiada enakmen yang boleh menyekat jika lelaki kafir itu ingin berbuat sedemikian.
Itu baru satu masalah perzinaan melibatkan islam dan bukan islam. Atas sebab itu, ambe berkeras supaya seksaan ( hukuman hudud ) juga dikenakan keatas orang kafir khas lelaki kafir supaya mereka ini tidak sewenang-wewangnya mendekati dan merosakkan wanita islam.
Kenapa PAS mahu hukuman/seksaan/had/hudud ? Sebagai alat kosmetik tanpa fikir jauh kedepan kesan sampingan dari kosmetik yang dipakai.
Bagaimana pula masalah rogol melibatkan islam dan bukan islam ? Hukuman rogol yang terdapat dalam akta 574 Seksyen 376 bagi kesalahan merogol, masih belum cukup setimpal seksaan atau hukumannya. PAS patut mengenengahkan permasalahan ini.
Nota : Ambe ingin rakamkan pandangan ambe untuk melihat dimasa hadapan, sama ada pandangan ambe ini menyimpang atau memberi sesuatu berguna pada sesiapa jua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment