Perkataan hudud nih sudah menjadi negatif dikalangan orang islam mahupun bukan Islam, sedangkan hudud tu maksudnya Had, tetapi perkataan Hudud itu digembar-gemburkan seolah-olah ianya tidak relevan dengan masyarakat majmuk malaysia. Jadi, sudah tiba masa nya kepimpinan PAS menggunakan cerita baru, tajuk baru untuk menegakkan undang-undang Allah dibumi malaysia. Gunakan lah tajuk "UNDANG-UNDANG SYARIAHBumi malaysia sudah sekian lama, telah menggunakan undang-undang syariah, walaupun masih tidak menurut kehendak alquran dan hadis. Sudah tiba masa, kepimpinan PAS, "mencantikkan", undang-undang syariah sedia ada, menuruti kehendak alquran dan hadis, ijmak serta qias. Perbetulkan undang-undang syariah sedia ada. Pindalah akta 355 setelah PR berkuasa.
War-warkan kepada masyarakat, PAS bersama masyarakat Islam akan memperbetulkan undang-undang syariah.
Pergunakanlah Istilah sedia ada untuk mencapai maksud dan tujuan demi agama islam.
No comments:
Post a Comment