Wednesday, March 31, 2010

TGNA vs Anwar vs Hadi Awang ........ plus BN ?

UMNO dan PRO UMNO masih galak mengasak mencerca TGNA.
UMNO dan PRO UMNO masih berpesta Mengaibkan Anwar.....

Mereka ini cukup gementar dengan TGNA
Meraka ini cukup berdendam dengan Anwar...

berani pro PAS/PR menafikannya ?

tetapi.... kurang kedengaran, UMNO dan PRO UMNO mengusik, mencuit Hadi Awang....

berani pro PAS/PR mengiyakannya ?

Ambe tertanya....

kenapa ?

adakah kerana....

Semua sudah jelas percaturan dan harapan puak UMNO terhadap hadi awang. Mereka masih mengharap dan terus mengharap sebelum menjelang PRU13.....

atau......

mereka melihat hadi awang ini lemah dalam percaturan politik yang mana, senang mereka memanipulasikan bagi menampakkan PAS itu senang dicucuk idung pada percaturan seterusnya ?

ermmmmm

Monday, March 29, 2010

Pengarang Harakahdaily tarak sekolah ?

Terlebih dahulu, ambe ucapkan syukur kepadaNya, kerana mengekalkan kedudukan TGNA sebagai mursyidul Am Pas. Atas kehendakNya, jawatan mursyidul am dikekalkan bagi TGNA.

Namun, ambe amat kecewa dengan mutu penulisan harakahdaily. Ambe ni tak ler hebat mana dari segi bahasa, tetapi ambe boleh "kesan" pengunaan bahasa yang salah yang digunakan oleh pihak pengarang harakahdaily, amat memalukan. Memalukan. Tarak sekolah ka ?

Dipetik dari harakahdaily, dikatakan "Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.".

Pengunaan perkataan "mengekalkan jawatan" tidak kena pada tempatnya kerana mengambarkan TGNA dan TGHD mempengaruhi keputusan. Dan jawatan itu kekal kerana keputusan mereka berdua, bukan keputusan mesyuarat.

Sepatutnya digunakan perkataan "dikekalkan" bagi mengambarkan mereka terus berjawatan masing-masing, atas kehendak mesyuarat, bukan atas kehendak diri sendiri.

Pada karangan oleh Ali Zaidan menggunakan perkataan "dikekalkan" bukan "mengekalkan" bagi mengambarkan jawatan itu kekal kerana keputusan mesyuarat.

Ambe yakin, banyak lagi kesalahan bahasa yang disalahpakai di dalam harakah sepanjang ambe mengenali harakah.

"Mengekalkan" dan "dikekalkan" memberi maksud yang berbeza. Ya tak ?

Sunday, March 21, 2010

Adakah Ulama politik sebenar-benar Ulama ?

Bila ambe terbaca artikel ini, di tranungkite bertajuk "Kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulama", terdetik satu soalan, seperti mana tajuk diposting ini. Adakah mereka ini sebenar-benar ulama ?

Walaupun komentar panjang lebar dalam artikel oleh subky latif, tidak mampu memecahkan persoalan yang timbul dibenak ambe ini.

Sunday, March 14, 2010

Sorang ibu jaga 10 anak... 10 anak tak dpt jaga sorang ibu..

Ayat diatas digunakan untuk menyalah anak-anak? . ermmm....

Sorang ibu, memang boleh jaga 10 orang anak, sebab anak yang tak dengar kata..senang ibu piat dan cubit....

Jika anak sakit.... tanpa banyak soal , si anak akan ikut jika dibawa ke hospital atau klinik....
jika anak merengek tak nak pegi hospital/klinik... ibu tetap bawak jumpa doktor...

jika anak tak nak makan ubat... ibu boleh paksa..kepit anak, bukak mulut, kasi makan ubat.... begitu lah... kebolehan ibu terhadap anak mereka.....

10 anak boleh buat semua diatas terhadap ibu bapa nya ?

kita sebagai ibubapa.. bakal menjadi ibubapa... janganlah hendak menyalahkan anak-anak jika kita yang berdegil dan tidak mahu ikuti nasihat dan pandangan anak-anak.....

Ibu mana yang tergamak hendak melihat anak-anaknya sakit....
jadi....

Begitu juga lah perasaan anak-anak.. terhadap ibubapa mereka.... juga tidak tergamak melihat ibubapa mereka terus menanggung penderitaan dan kesakitan....

Friday, March 12, 2010

16 September Tidak Sia-Sia

Peristiwa 16 sept dilihat sebagai lawak jenaka dimata musuh politik anwar kerana ura-ura MP dari Sabah dan Sawarak yang dikatakan bakal melompat kepada PR tidak menjadi kenyataan. Malah, terjadi, MP dari PKR melompat keluar atas alasan yang yang lebih bersifat pentingkan diri sendiri. Namun, jika direnungi dan ditinjau secara keseluruhan,ianya bukanlah sia-sia. Ianya bukan lawak jenaka, tetapi ianya satu tempeleng buat kerajaan BN supaya ambil cakna pada kehendak orang Sabah dan Sarawak. Hasil dari 16 sept, kerajaan BN telah menjadi lebih prihatin, lebih membelai, lebih cakna terhadap kehendak dan tuntutan Rakyat Sabah dan Sarawak secara am nya dan khususnya kepada YB-YB dari Sabah dan Sarawak. Malah kerajaan perlu menunjukkan sikap prihatin kepada sabah dan sarawak, kerana itu talian hayat terakhir buat mereka.

Tanpa peristiwa 16 sept, adakah kalian yakin, kerajaan akan memberi tumpuan pada Sabah dan Sarawak ? Sendiri fikir.

Hari ini, kita lihat kerajaan BN seolah olah "GHAIRAH MEMBELAI" mengambil berat kehendak dan tuntutan Sabah dan Sarawak. Mereka memberi tumpuan kepada Sabah dan Sawarak. Banyak pembangunan dijanjikan dan sedang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Malah, poket-poket YB dari Sabah dan Sarawak BERKEMUNGKINAN semakin tebal disebabkan duit poket mengalir kedalam poket mereka dari projek-projek yang bakal dan telah dilaksanakan. YB mana tak akan mengalir duit poket kedalam kantung mereka ? YB mana ? Tak dapat seratus, singgit pun jadi. Kononnya.

Walaupun ada pihak yang mendapat Laba dari "keghairahan membelai", namun, pembangunan untuk rakyat Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan hari ini tanpa terjadi lagi "sekali diketuk pahat, sekali masuk". "Masuk telinga kanan, kuar telinga kiri".

Jadi, jika direnungi sekali lagi, itulah impak dari peristiwa 16 sept untuk orang Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, kita melihat, setiap kali aduan dimedia elektronik dihebahkan, barulah kerajaan bertindak memperbaiki keadaan.

Dan kita lihat hari ini, tidak lagi berlaku, aduan rakyat, permintaan rakyat diperam atau ditongsampahkan, tetapi, setiap aduan mesti disusuli tindakan mesra rakyat oleh kerajaan dalam proses untuk menunjukkan atau menambat hati rakyat.

Perlukah orang sabah dan sarawak berterima kasih kepada pemimpin PR itu ? Tak perlu, kerana itu tanggungjawab pembangkang untuk rakyat yang mana jarang rakyat memikirkkannya. Jika ingin menyatakan rasa berterima kasih terhadap pembangkang di malaysia ini, sendiri tentukan...

Wednesday, March 10, 2010

Adakah PR cukup perkasa untuk merempuh BN pada pru13 ?

Macam takde apa apa pun. Takde berita hangat menghangatkan media pro kerajaan. Takde berita sensasi memeriahkan media pro pakatan di dunia maya. Takde pun. Hanya ada, cerita pakaian koyak dari PR. Terjadi, disebabkan PKR yang bermasalah. Jika begini, tang mana perkasanya PR untuk merempuh dan mengempur BN di pru13 ?

Pemimpin PR tak nak dah buat Gempak. Buat gak Gempak yang menghebohkan. Jom Gempak katakan. Gempak yang menyebabkan pihak musuh TERUS memasang mata dan telinga memerhatikan dengan penuh cemas dan suspen. Terjadi, sebaliknya, pihak musuh tersenyum malu atau buat-buat malu, melihat dan mendengar cerita pakaian koyak dari PR. PKR yang bermasalah, kerana pemimpin dari PKR bertindak keluar parti, menjadi bebas, sepatutnya PAS ambil ler peluang untuk menampal pakaian koyak atau mencadangkan kepada kepimpinan PR untuk menukar kepada pakaian baru. Pakaian baru, berwajah baru, tampak lebih segar. Baru Gempak.

Lepas nih, mesti ler ada komen-komen duk kata, PAS senyap kerana sedang memasang strategi. Strategi sana, strategi sini. Tetapi macam takde habuk pun.....

Disebabkan sebahagian rakyat sudah meluat dan benci BN, masa begini ler PAS buat Jom Gempak untuk menaikkan perasaan semangat membara untuk merempuh dan mengempur BN. Bila dah buat Jom Gempak, menyebabkan musuh terus pasang mata dan telinga, dalam keadaan berjaga-jaga, "Red Alert" sokmo, secara tidak langsungnya menunjukkan PAS sedang mengetuai PR untuk mengempur dan merempuh BN, dan sasaran akhir pada check point PRU13. Ambe ulangi, secara tidak langsungnya, menunjukkan PAS sedang mengetuai PR untuk mengempur dan merempuh BN. Masa untuk mengabrakan pihak musuh. Masa untuk mengeletarkan lutut pihak musuh. Masa untuk buat pihak musuh terkencing seketika. Banyak perkara yang berlaku hari ini sedikit sebanyak mendebarkan pihak musuh. Kenapa ? Tak percaya...

Ambe pernah bukak satu topik di TKO, bertajuk "Elok PAS ni jadi Parti Induk...". Walaupun ada pro dan kontra dari segi pandangan, PAS mesti berbuat sesuatu untuk memulakan Jom Gempak. PKR tak mungkin boleh dijadikan parti dibawah naungan PAS. Jika sedemikian, abaikan. Tetapi PAS telah ada Kelab Penyokong PAS terdiri dari non muslim kan. Elok kelab penyokong PAS dinaiktaraf, dijadikan satu parti politik dibawah naungan PAS. Jom Gempak dak jika pemimpin PAS buat pengumuman begitu ? Satu Jom Gempak punya lah.

JIka ini menjadi kenyataan, PAS boleh capai 2/3 didalam parlimen jika mahu, tak perlu bantuan dari parti lain dah. Ya dak ? Ada bantuan dari parti lain, boleh berkedudukan selesa beb! kenapa ? impossbile ka ?

JIka dikorek kat otak, dikumpulkan otak-otak, mesti dapat banyak idea lah. Idea untuk Jom Gempak. PAS takde pemikir strategi politik ke ? Mesti ada suara-suara mengatakan ada. Jika memang benar ada, dah lama dah Jom Gempak berlaku dengan pelbagai idea.

Bila nak buat langkah 'check' ni ? Teringin gak nak dengar, gerak "pawn" ke, "bishop" ke, dll, setapak ke depan, terdengar bunyi check. Check! check! Check! Mengempakkan pihak lawan... Jangan diri ter'check-mate' udah ler. Reti percaturan, mesti takde ter"check-mate" diri sendirinya.

Doh mananya diperkatakan memperkasakan PR dengan buat-buat Jom Gempak ? Memperkasakan PR terjadi, bila ada sebuah parti mengetuai batalion mengempur musuh, gertak dan terus gertak dengan gempak. Tak perkasa ke begitu ? Tanpa ketua, boleh jalan ke aktiviti mengempur ? Sendiri fikir lah.

Nak gempur dan merempuh musuh, perlu tegas. Jika main nak tak nak, nak gempur ke idak.. nak gempur ke idak dalam kepala, takde ketegasan, pigi mampus lah hok ambe boleh katanya..

p/s : JIka tulisan ambe yang bodoh ini sekadar dibaca, memang ambe bodoh membawa cerita sebegini hanya untuk dibaca oleh orang bodoh sahaja.

Akulah yang benar. Sounds egoistic

Renung-renungkanlah...

Akulah yang benar. Sounds egoistic. Di alam maya kita berjumpa laman pro-tajdid, salafi and all the gest. I am just wondering pendekatan juziah dan fenomena yang cuba memenangkan fikrah dan menidakkan fikrah orang lain yang tidak sealiran. Daripada Maghribi sehinggalah ke Sulawesi dunia Islam yang telah lama difaraidkan semakin menjadi asing dan menjadi JIGSAW PUZZLE.

From: Abu Syahidah


dulu saya berada dipihak yg "disanggah" oleh puak salafi... saya juga
cakap :"ALAH.... MACAM LAH DIA SORANG YG BETUL"....

tapi satu hari saya sedar sendiri : yg benar itu datang nya dari nas Al Quran dan sunnah..

tak kira siapa yg menucapkannya atau menyampaikan. .. kita pandang HUJJAHNYA bukan nama pertubuhannya. ..

misalnya dlm bab KENDURI ARWAH... saya juga dulu mempertahankan tradisi itu secara membuta tuli mengikut warisan nenek moyang melayu atau jawa kita ! tapi apabila kita sedar banyak QAUL dari IMAM SYAFIE dan imam2 lain yg bermadzhab syafie melarang kenduri arwah... maka akhirnya saya sendiri meninggalkan amalan itu ! Ianya adalah MAKRUH YG AMAT TERCELA atau BIDAAH

kalau satu2 pertubuhan berimej islam itu melakukan sesuatu yg bertentangan dgn sunnah .. maka dia tetap salah dari sudut sunnah !... KHALAS !

From: "shagwell@doramail. com"

Friday, March 5, 2010

Surat Terbuka untuk Pengundi Atas Pagar.

BN perlu ditumbangkan pada PRU13.

Posting kali ini, ambe tujukan khas buat pengundi-pengundi atas pagar.

Walaupun PRU13 masih jauh lagi walaupun hampir dekat, tetapi, peringatan demi peringatan mesti disampaikan walaupun sekadar peringatan kecil. BN, satu parti yang begitu lama memerintah malaysia. Kerana terlalu lama memerintah, mereka bukan lagi memerintah, tetapi lebih kepada menketadarah.

Jadi, sebagai rakyat, sudah tiba masa, rakyat memberi peringatan kepada pemerintah, bahawa rakyat lebih besar dari mereka. Sudah tiba masanya rakyat memerintah pemerintah, bukan pemerintah memerintah rakyat. Tumbangkan BN. Itu adalah amaran muktamad dan tegas kepada parti politik, tidak kira siapa yang memerintah, supaya mereka ini tahu, bahawa rakyat penentu masa depan mereka. Bukan mereka yang menentukan masa depan rakyat.

Oleh itu, kemenangan parti tidak kira ianya UMNO, PAS, PKR, DAP , MIC, Gerakan dll, kemenangan mereka bukan lah kerana undi ahli parti masing-masing, tetapi, kemenangan mereka ditentukan oleh pengundi Atas pagar. Ambe menyeru pengundi atas pagar agar berfikiran waras dan adil dalam menilai pemerintah yang dipilih. Pengundi atas pagar tidak perlu lagi memikirkan dan berhutang budi atas pembangunan yang telah dilaksana dan bakal dijanjikan kepada rakyat, tetapi harus berfikir akan nasib rakyat terutama golongan yang tidak berada dan pelbagai sudut.

Terdapat rakyat yang miskin dari segi harta benda, merasa perit dengan segala sifat haloba pemimpin parti yang lebih menketadarah kemewahan untuk perut masing-masing. Terdapat rakyat yang miskin dari segi ilmu agama, nilai-nilai murni sebagai manusia, hasil dari sifat pentingkan diri sendiri pemimpin parti yang lebih mengutamakan kemodenan.

PR tidak sempurna 100%, BN hampir sempurna 100% kezalimannya terhadap rakyat, itu harus kalian ingat, tetapi membiarkan BN terus berkuasa selepas PRU13, hanya akan menguntungkan pemerintah, dan sekali lagi, rakyat yang diperintah. Jadi, tunjuklah kepada pemerintah, bahawa rakyat yang memerintah, bukan lagi pemimpin parti yang memerintah. Jadi, PRU13, sebagai detik permulaan, menceritakan atau mengambarkan bahawa rakyat malaysia kali ini, terutama golongan atas pagar, adalah golongan yang paling cerdik dalam berpolitik. Sudah tiba sama, rakyat sekelian, menggunakan orang politik, untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat, bukan kebaikkan untuk perut-perut mereka.

Jika ada sesuatu yang diperlukan untuk keperluan rakyat, kampung, daerah, ini lah masanya, rakyat meminta dari mereka. Inilah masa nya rakyat memerintah mereka menyediakan keperluan untuk rakyat. Sebagai contoh, Jika ada sekolah, yang perlukan bantuan kewangan, sebagai pengundi atas pagar, bantulah pihak sekolah.

Bagaimana cara ?

Ini adalah cerita benar. Begini kisahnya. Dikampung kawan ambe, lampu depan masjid , hampir setahun tidak menyala. AJK masjid semuanya bodoh, kerana tidak menggunakan orang politik untuk kebaikan semua pihak. Jadi, kawan ambe emialkan permohonan kepada ahli politik, semoga lampu itu dapat dinyalakan semula , dan kemudian kawan ambe Cc kan pada pihak ketiga yang boleh membaiki kerosakan Lampu. Alhamdulillah, tidak sampai 10 Jam, lampu sudah dibaiki oleh TNB. Betapa cekapnya mereka bertindak, bila kawan ambe menggunakan orang politik. (sila lihat imej dibawah ) Walaupun nampak kecil benda yang kawan ambe mintak itu diperbaiki, tetapi, itulah langkah permulaan kawan ambe menggunakan orang politik, iaitu "rakyat memerintah pemerintah, bukan pemerintah memerintah rakyat".

Jadi, tinjaulah sekeliling anda, dan fikirkan apakah keperluan yang diperlukan untuk kawasan kampung kalian. Pemperbaiki jalan ? Mengadakan Kemudahan Jejantas ? Atau apa jua jenis kemudahan, tempat tunggu BAS untuk sekolah atau orang awam dsbgnya.

Jadi, Tunjukkanlah, bahawa rakyat hari ini cerdik, dan nasib parti politik dan ahli politik, berada ditangan rakyat. Menumbangkan BN pada pru13 adalah dimestikan supaya mereka (samada mereka ini PR atau BN ) tidak memandang rendah akan keupayaan tangan kita yang memberi undi....walaupun 5 tahun sekali, sudah cukup membuatkan ahli parti politik berdebar dan mungkin gementar menjelang PRU.

p/s: Jika ramai yang meminta dari ahli politik, tidak mustahil, email-email pemimpin tertentu akan di'disable'kan,. :)

contoh maklumbalas dari pihak yang berkenaan



sekiranya emial anda tidak dapat maklumbalas dari pihak yang berkenaan, tidak ada progress, capture dan paparkan di tempat yang sepatutnya, seperti diblog, laman web forum, dan sewaktu dengannya...