Tuesday, November 19, 2013

Otak Mandul - Istilah yang salah, maksud yang benar

Otak mandul - sering kita mendengar istilah ini di dalam perbalahan.

Benarkah otak boleh menjadi mandul?

Maksud 'Otak Mandul'

Maksud di Indonesia:
Orang Indonesia menggunakan istilah otak mandul merujuk kepada keadaan pelupa. Contohnya, satu kajian menunjukkan tabiat mengunyah chewing gum yang sudah tawar dengan lama boleh menyebabkan otak menjadi mandul, atau pelupa.

Maksud di Malaysia:
Khasnya dalam TKO, saya kira istilah 'otak mandul' bermaksud seseorang yang hanya mampu berhujah dengan satu dimensi tanpa menggunakan potensi akal yang sebenar.

Kita tinggalkan istilah Indon, kita tumpukan kepada istilah 'otak mandul' yang sering dihamburkan di dalam TKO.

Sindrom Otak Mandul di TKO

Apabila seseorang itu merasa bersalah atau berdosa untuk menggunakan akal yang waras di dalam sesuatu hujah, hanya kerana takut atau bimbang tidak sehaluan dengan pendapat guru yang dibai'ah atau kitab yang dibacanya atau aliran yang disertainya.

Apabila pengembangan minda disekat dengan sesuatu ideologi atau doktrin atau aliran, maka mereka tidak mahu lagi menggunakan logik akal untuk berhujah. Hujah menjadi hambar dan tawar dek kerana ketandusan idea. Sesiapa yang mencabar mereka dengan kekuatan minda dan akal, maka akan dituduh sesat.

Di dalam perbalahan isu agama, golongan otak mandul sering melabel lawannya yang menggunakan hujah akal sebagai wahabi. Benarkah begitu?

Sindrom Otak Mandul di Zaman Rasulullah

Hujah Abu Bakar dan Islamnya Abu Thalhah

Saya petik sebuah kisah di dalam kitab Lubabunnuqul fi Asbabinnuzul 172-173 (As-Suyuti, Jalaludin Abdurahman, 1980, Beirut, Darul Kutub Al-Alamiyah) dalam menerangkan perihal sebab turunnya surah Az-Zukhruf 43: ayat 36, 40.


Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim, dari Muhammad bin Utsman Al Makhzumi, bahawa orang-orang Quraisy berkata, "Sudutkan oleh kalian setiap orang dari sahabat Muhammad dengan seorang di antara kita."

Maka dipertemukan Abu Bakar dengan Thalhah.

Abu Bakar dipanggil dan berkata, "Untuk urusan apakah kalian memanggilku?"

Abu Thalhah menjawab, "Aku hendak mengajakmu menyembah Latta dan 'Uzza."

Abu Bakar bertanya kembali, "Siapakah Latta dan 'Uzza?"

Abu Thalhah menjawab, "Latta adalah tuhan dan 'Uzza adalah putrinya."


Kemudian Abu Bakar bertanya kembali, "Siapakah ibunya?"

Lalu Thalhah terdiam, tidak menjawab. Kemudian ia berdiri dan berkata kepada teman-temannya, "Jawablah pertanyaan orang ini."

Orang-orang pun terdiam.

Kemudian, Thalhah berkata, "Berdiri wahai Abu Bakar, aku bersaksi Laa ilaa ha illallahu, Muhammadurrasulullah."

Maka dari itu, turunlah ayat ini, ayat yang berkaitan dengan Islamnya Abu Thalhah.


Cuba kita bandingkan diri kita dengan Abu Bakar dan Thalhah. Abu Bakar berhujah dengan Abu Thalhah dengan hanya menggunakan logik akal, sehingga mendiamkan orang-orang Quraisy.

Dari mana Abu Bakar belajar menggunakan logik akal dalam berhujah? Tentunya beliau mendapat ilham dari Allah dan inspirasi Rasulullah s.a.w. Jadi mana mungkin tidak boleh menggunakan hujah akal dalam soal agama?

Sesungguhnya orang yang takut menggunakan akal yang waras dalam hujah agama tidak mungkin mengikuti jalan sunnah yang sebenarnya.

Saya terfikir, jika seseorang yang berotak mandul dan keras kepala berhujah dengan Abu Bakar, pasti Abu Bakar akan digelar dengan kesesatan kerana berhujah dengan logik akal. Tapi Abu Thalhah tidak berotak mandul, beliau cepat respon dan segera kembali kepada kebenaran.

Jika tidak mampu berhujah dengan akal, janganlah pula menuduh pihak lawan sebagai sesat atau wahabi.

Renung-renungkan.. Wallahu a'lam.

Nukilan : Restoren (  Forumer TKO )

Saturday, November 16, 2013

Kesalahan takzir juga boleh dihududkan..

Ambe ada bukak satu tajuk kat TKO, akhirnya di lock dengan alasan, ambe memporak perandakan TKO. Jawapan mod itu menunjukkan betapa bodohnya dia. Tak berani nak bubuh signature plak tuh.


Punca dianggap porak peranda kerana kebodohan penyokong PAS sendiri apabila berbicara mengenai undang-undang syariah. Tindakan MOD itu seperti orang munafik kerana menghalang ilmu dikongsi bersama. Hanya yang cerdik sahaja akan faham, manakala yang bodoh akan terus dengan kebodohannya. Mungkin, Moderator TKO dapat berbangga jika forumer TKO dari penyokong PAS terus bodoh.

Kesalahan hudud boleh ditakzirkan. Adakah ayat ini akan memporak perandakan TKO ? Hanya yang bebal lagi bodoh sahaja tidak memahami ayat itu, sedangkan ada ilmu telah disampaikan. Malah banyak lagi ianya diulang-ulang.

Kesalahan hudud memang boleh ditakzirkan jika syarat-syarat dikenakan hudud tidak memenuhi syarat dan wujud keraguan munasabah.

sebagai contoh,  mencuri adalah kesalahan hudud yang boleh dikenakan hudud jika didapati bersalah tanpa ada keraguan. Masih ingatkan kisah Saidina umar tidak mengenakan hudud ke atas pencuri akibat lapar dan miskin ? Tidakkah kisah itu sendiri memberi gambaran, bahawa kesalahan hudud boleh ditakzirkan ?

Malah hadis ada menyebut bahawa ditolak Hudud jika ada keraguan munasabah. Maka, keputusan membebaskan pencuri kerana wujud keraguan munasabah seperti kelaparan dan miskin lagi papa menunjukkan ianya hukuman takzir.

kesimpulan : kesalahan hudud boleh ditakzirkan.

Bagaimana pula kesalahan takzir boleh dihududkan ? Adakah ayat ini akan memporak perandakan TKO ?

Jenayah  rogol atau pemerkosaan adalah satu  jenayah ini lebih keji dan jahat dari berzina. Rogol adalah kesalahan takzir.  JIka perogol disabitkan kesalahan dengan bukti dan keterangan yang mencukupi tanpa keraguan munasabah, hukuman yang dijatuhkan ke atas perogol sama seperti hukuman bagi kesalahan zina iaitu sebat atau rejam. Oleh kerana jenayah rogol ini lebih jahat dari zina, maka, sepatutnya perogol itu dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu direjam sampai mati.

Tidakkah merejam sampai mati itu  hukuman hudud ? Jika "Ya" , maka, bagi mereka yang berakal cerdik, berilmu dan tidak bodoh, sudah tentu akan menyatakan hukuman rejam itu hukuman hudud.

Oleh kerana jenayah rogol adalah kesalahan takzir, maka, ianya sememangnya boleh dikenakan hukuman hudud.

kesimpulan : kesalahah takzir boleh dihududkan.  

JIka perogol tidak dikenakan hukuman yang lebih berat, itu petanda PAS sayang perogol. 

Friday, September 13, 2013

Qadha Qadar dan Azali. Berhati-hati membicarakannya kerana ia mengundang kekufuran percuma.

Bila ambe buat homework pasal perkataan AZALI nih... ambe dapati, pengunaan perkataan azali atas perkara yang tidak disebut didalam alquran, sebenarnya mengundang kekufuran yang tidak disedari. Nauzubillahi min zalik. Peringatan buat diri ambe sendiri. 

Terima kasih buat thread starter atas tajuk itu sebagai peringatan semua. kenapa ambe begitu ? Apabila kita mempermainkan perkataan AZALI atas perkara yang kita tidak tahu secara jelas dan muktamad sebagai ayat menyokong percakapan, sebenarnya kekafiran percuma. sebagai contoh perkataan dari boloqaroq. Walaupun sekadar fitnah, tetapi perbuatannya jatuh kepada kekufuran yang tidak sedari.
boloqaroq said : Kententuan Allah jugalah sekiranya mung memang dok cerdik dari azali lagi..
adakah kita tahu sejak nya azalinya begitu begini ? 
Sedangkan setiap perkara yang tercatat di Luh Mahfuz itu adalah Rahsia ALlah swt sahaja yang Maha Tahu. Melainkan, segala catatan di Luh Mahfuz telah dikhabarkan melalui ayat-ayat Alquran dan hadis Rasulullah saw seperti solat, puasa, zakat, hudud, qisas, roh, malaikat, syurga neraka, titian sirat dsbgnya. 

 contoh ayat yang mengundang kekufuran. 
1. mung ni bodoh sejak azali lagi. 
2. Awang tu jodoh Semek sejak azali lagi. 
3. Sejak azali lagi , aku tau mung ni otak dam aji. 
4. aku ni cerdik sejak azali lagi tau. 
5. Sejak azali lagi, BN menang pada pru13lah.... dsbgnya. 

jika guna perkataan 'memang' untuk menunjukkan penegasan atas maksud yang ingin disampaikan, kafir percuma lah jawab nya jika tidak bertaubat. bagaimana pula dengan persoalan sebegini ?
sp4n4r said : Adakah hadi awang seMemangnya berotak dam aji sejak azali ?
pihak yang bertanya itu sekadar mengundang fitnah sebenarnya. Fitnah untuk melihat jawapan pihak yang bakal menjawab. 

Adakah persoalan itu membawa kepada kekufuran percuma kerana juga menggunakan perkataan "Azali" dalam pertanyaannya ? 

Sudah tentu tidak, kerana ayat itu ayat persoalan dan bukan ayat pernyataan yang menyatakan sifat yang dimaksudkan disitu.  Sekiranya pihak yang menjawab dengan memberi penegasan, sememangnya tidak sebegitu, yang menyatakan sifat yang dimaksudkan, juga mendapat kekufuran percuma tanpa disedari. 

Bagaimana jawapan yang sepatutnya untuk mengelak mendapat kekafiran percuma ? 

Seandainya, tukang jawab itu orang yang berilmu dan cerdik dalam tuturbicara, sudah tentu menjawab "ALlah sahaja yang Maha Tahu". 

Adakah boloqaroq itu cerdik sejak azali ? 

Jawapan sepatutnya "Allah Maha Tahu". Jika dijawab, Boloqaroq sememang nya cerdik sejak azali, maka, jawapan ini mengundang kekufuran percuma. 

Adakah boloqaroq itu cerdik ? 

Soalan gini, takde hal jika nak jawab, Boloqaroq tu cerdik. Jangan dibubuh ayat menyokong seterusnya seperti "sejak azali". Cerdik ke boloqaroq ? Setakat komen bodoh, cerdik ke gitu ? [ iklan sahaja . Jangan kecik hati :D :D :D ] 

 Jika sp4n4r ini menggunakan ayat mengatakan "presiden PAS berotak dam aji sejak azali", maka, ianya mengundang kekufuran percuma. Nauzubillahi min zalik. Sejak perkataan "otak dam aji" dipopularkan oleh ambe, insyaAllah, setakat ini, takde perkataan 'sejak azali' disusuli selepas ayat 'berotak dam aji'. ngeee :) Bagaimana pula dengan ayat sebegini ? Adakah ianya mengundang kekufuran percuma jika tidak bertaubat ? "Sejak azali lagi, aku tau mung akan mampus". Maka, dengan sesungguhnya, ayat itu tidak mengundang kekufuran, sebab kematian itu, telah dikhabarkan didalam alquran, bahawa setiap makhluk bernyawa lagi baharu akan mati. Sejak azali lagi, muktamad, Ketetapan Allah di Luh Mahfuz, setiap makhluk yang bernyawa akan mati. 

Jadi, berhati-hati lah menggunakan perkataan azali (eternity/kekal). 

Apa kaitan azali dengan qadha' dan qadar plak ? 
 Masa SPM dulu, kita belajar, Qadha' itu ketentuan manakala Qadar itu ketetapan. Ambe nak panjang lebarkan lagi, dengan memberi pendapat, bahawa Qadha' itu Ketentuan ALlah swt atas usaha dan ikthiar makhlukNya, manakala, Qadar itu ketetapan ALlah swt atas ilmu, iradat dan qudrat ALlah swt yang Maha Tahu lagi Maha Rahsia. Sejak Azali lagi, tercatat di Luh Mafhuz, ALlah swt telah menetapkan kematian, solat, malaikat, barzakh dsbnya. 

Solat itu ketetapan atau Qadar Allah swt yang diwajibkan atas manusia dan jin, manakala jumlah waktu solat itu, adalah Qadha' atau ketentuan ALlah swt atas usaha manusia itu sendiri. Kita lihat dalam peristiwa Isra' Mikraj, Rasulullah saw seorang manusia merangkap hamba merangkap Rasul telah berusaha dan berikhtiar memohon kepada ALlah swt dikurang jumlah waktu solat yang akhirnya menjadi 5 waktu sahaja yang wajib. 

Mati itu ketetapan atau Qadar Allah swt ke atas setiap makhluk yang bernyawa, manakala, bagaimana cara kematian seseorang itu (samada mati kerana sakit jantung, kemalangan, lemas atau sebagainya yang membawa kematian ), merupakan Qadha' atau ketentuan Allah swt atas usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri. 

Hudud itu ketetapan atau Qadar Allah swt yang dikenakan keatas pesalah yang melakukan kesalahan yang dinyatakan, bagaimana mereka dihukum atas kesalahan tersebut. Kesalahan yang dilakukan adalah Qadha' atau ketentuan Allah swt atas usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri. Si pencuri yang mencuri kerana lapar, mengikut Qadar atau ketetapan Allah swt, seharusnya dipotong tangan. Oleh kerana wujudnya ikthiar dan usaha atas sebab yang munasabah ( mencuri kerana lapar), maka, si pencuri itu tidak dikenakan hukuman potong tangan yang mana, keadaan tersebut adalah Qadha' atau ketentuan Allah swt mengikut usaha dan ikthiar manusia yang terlibat dalam permasalahan tersebut ( pencuri dan hakim ). Ikhtiar dan usaha hakim melihat sebab musabab kenapa si pencuri itu mencuri. Melainkan hakim tu jenis bodoh, tak reti fikir ( tak ikthiar dan usaha menyelesaikan masalah ) ngeeee :mrgreen::mrgreen: Faham dak ? ngeee :)

Tuesday, September 3, 2013

Belum lagi bersemuka dengan Dajjal sebenar, tapi sudah gagal bersemuka dengan Dajjal Jadian.

PRU13 telah memberi kemenangan kepada BN dengan menggunakan pelbagai tipu helah. Sekali lagi BN 'ter'mandat untuk menerajui kerajaan Malaysia. Selepas PRU13, beberapa jenis barangan keperluan naik.  Hasilnya kini lagi terbukti,  rakyat malaysia sekali lagi ditipu dengan kenaikan bahan api sebanyak 20 sen. Banyak lagi kenaikan yang bakal menyusul. Begitu hebatnya tipu helah dari BN.

Adakah BN dan UMNO itu Dajjal Jadian ? Adakah penyokong BN dan UMNO itu tentera-tentera dajjal atau golong-golongan yang disesatkan oleh dajjal ?


Mari kita kenal dulu Dajjal sebenar.

Dajjal Al Masih membawa fitnah kepada iman manusia. Dajjal Al Masih mampu memusingkan kepercayaan/iman manusia. Dajjal mampu mengubah pendirian seseorang. Malah Dajjal mengaku dirinya Tuhan menurut hadis riwayat At-Thabrani.

Bagaimana Dajjal Al Masih membawa fitnah kepada iman manusia ?

Didalam hadis riwayat muslim menceritakan bahawa "Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ia berkata, “Suatu hari Rasulullah  bercerita panjang lebar mengenai  Dajjal. Diantaranya, Baginda s.a.w ceritakan kepada kami adalah : Ia(Dajjal) akan datang tetapi ia diharamkan memasuki jalan-jalan madinah, kemudian ia(Dajjal) tiba ditanah lapang tandus yang berada di dekat Madinah. Lalu pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang terbaik diantara manusia atau termasuk manusia terbaik menemuinya dan berkata: Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah kepada kami. Dajjal berkata: Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini lalu menghidupkannya lagi, apakah kamu masih meragukan perihal mengenai ku(Dajjal) ?. Mereka berkata: Tidak! Maka Dajjal membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Ketika telah dihidupkan, lelaki itu berkata: Demi Allah, aku sekarang lebih yakin tentang dirimu(Dajjal) dari sebelumnya. Maka Dajjal itu membunuhnya kembali , namun ia tidak kuasa melakukannya.” [ Hadis Riwayat Muslim ]"

Didalam Hadis lain, Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya berangkat dengan Abu Mas'ud al-Anshari ke tempat Hudzaifah al-Yaman radhiallahu 'anhum, lalu Abu Mas'ud berkata kepadanya: "Beritahukanlah kepadaku apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w. perihal Dajjal."

Dari Hudzaifah lalu berkata:
"Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya berserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, kerana sesungguhnya ini adalah air tawar dan nyaman sekali." Setelah itu Abu Mas'ud berkata: "Sayapun benar-benar pernah mendengar yang seperti itu." [ Riwayat Bukhari & Muslim ]

2 hadis ini memberi gambaran fitnah yang dibawa oleh Dajjal.

Bagi mereka yang berilmu, mengenali Dajjal, akan memohon perlindungan dari Allah swt untuk menghindari fitnah dari Dajjal Al Masih. Bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu, imannya mudah terpaut dengan kehebatan Dajjal, lalu menjadi kufur dan mempercayai Dajjal itu tuhan. Golongan yang tewas dengan fitnah Dajjal Al Masih.  Lalu golongan yagn tewas ini menganggap air yang dibawa oleh dajjal itu nikmat. Itu lah fitnah sbenar-benar fitnah yagn dibawa oleh Dajjal Al Masih. Dajjal sebenar yang mampu mengubah iman seseorang lantaran ketiadaan ilmu dan pertolongan dari Allah swt.

Bagaimana mengenali Dajjal Jadian ?

Asal perkataan Dajjal : Ad Dajjal pada asalnya dari ungkapan perkataan Dajjala al-ba'eer yang membawa maksud pada dasarnya bercampur. Perkataan Dajala digunakan untuk membawa maksud perkara yang mengelirukan atau mengaburi atau samar-samar. Oleh kerana Dajjal adalah nama pada makhluk yang boleh berkata-kata, maka ia membawa erti kepada pembohong, penipu dan pendusta.

Berikut adalah ciri-ciri untuk mengenali Dajjal Jadian.

Didalam hadis ada menyebut, Anas bin Malik berkata, “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.” [Hadis Riwayat Ahmad, 3/220].

banyak lagi hadis menceritakan ciri-ciri dan sifat Dajjal Jadian.

Bagaimana BN dan UMNO itu dikatakan Dajjal Jadian ?

Kita lihat hari ini, pemimpin BN UMNO melakukan banyak pendustaan malah, pendustaannya amat terang-terangan yang tidak dapat lagi disembunyikan. Banyak pendustaan , penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Dajjal Jadian itu. Kita lihat hari ini BN/UMNO banyak melakukan penentangan tersembunyi dan terang-terangan terhadap kitab Allah dan RasulNya.

Bagaimana pula penyokong BN dan UMNO itu tentera-tentera dajjal atau golong-golongan yang disesatkan oleh dajjal ?


Semasa PRU13 yang lalu, masyarakat kampung terutama golongan tua, golongan yang menerima bantuan, pada diri mereka ini, kekurangan ilmu mengenai masalah yang melanda dalam negara menyebabkan mereka mudah disesat oleh Dajjal Jadian. Ada dikalangan mereka itu, tahu masalah yang melanda dalam negara, tetapi takut untuk melakukan perubahan kerana diugut akan disekat pelbagai bantuan yang telah disalurkan. Terdapat penyokong BN UMNO begitu gembira apabila memperolehi habuan segara dari BN UMNO. Tidakkah sikap itu sama seperti hadis yagn disebutkan diatas, dimana terdapat golongan yang menganggap air itu nikmat sedangkan ianya sebaliknya. Sikap pemimpin BN UMNO yang suka mengugut pengundi tidak ubah seperti sifat Dajjal sebenar yang membawa fitnah kepada iman. Terdapat juga sikap pemimpin BN UMNO berkata, seolah-olah mereka tuhan, mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap rakyat yang tidak menyokong mereka.

Malah didalam ruang maya ini, terutama didalam facebook, terdapat penyokong UMNO / BN sendiri mengangkat martabat pemimpin mereka melebihi taraf kenabian seperti mendakwa Pemimpin BN seperti Najib lebih bijak dari Rasulullah saw. Itulah tentera Dajjal Jadian.

Penyokong UMNO dan BN adalah golongan yang telah ditewaskan oleh Dajjal Jadian yang mana belum lagi bersemuka dengan Dajjal Sebenar. JIka bersemuka dengan Dajjal Sebenar, dimana kedudukan mereka diakhirat kelak ? Nauzubillahimin zalik. Mintak dijauhi fitnah Dajjal Tulen dan Dajjal Jadian.

Saturday, August 31, 2013

Jika Seorang yang Jahil telah bertanya soalan kepada Anda;
“Jika kamu mengatakan bahawa Tuhan-mu Allah Yg Maha Besar.. yang menciptakan segala sesuatu.. Tuhan-mu menciptakan alam ini.. dan mampu menciptakan sesuatu apa pun.. adakah Tuhan-mu mampu menciptakan seketul batu yang lebih besar & berat dari diri-Nya yg boleh menghempap-Nya??”

Inilah jawaban terbaik


Yang pertama dan paling penting - Orang yang bertanya itu selama ini ada tersalah faham tentang zat Allah. "Allah Maha Besar" itu bukannya bermaksud zat/diri Allah itu BESAR sebagaimana besarnya bukit, besarnya laut, besarnya langit dan sebagainya. Besarnya bukit, laut, langit dan lain-lain itu melibatkan saiz dan ukuran, tetapi "MAHA BESAR" pada Allah itu bukannya saiz atau ukuran. Zat Allah tidak terpengaruh dengan saiz dan ukuran sebagaimana saiz dan ukuran zat makhluk.
Zat Allah tidak dipengaruhi oleh jisim, tempat, ruang, masa, batasan, tepi, posisi, arah, langit, bumi dan sebagainya sedangkan BESAR yang dimaksudkan oleh penanya tadi ialah BESAR yang terlibat dengan saiz, ukuran, jisim, tempat, ruang dan sebagainya.

BESAR Allah tidak mengambil ruang dan tempat, sedangkan besar langit, alam dan seluruh isinya mengambil ruang dan tempat. Oleh itu, kita tak boleh samakan atau bandingkan MAHA BESAR Allah dengan BESARNYA makhluk, kerana kedua-duanya hal yang berbeza.

Mustahil Allah dapat menciptakan sesuatu yang lebih besar saiz dan ukurannya daripada diriNya, kerana diriNya bukanlah terlibat dengan saiz dan ukuran.

Contoh (sekadar untuk menghampirkan kepada faham) : Bolehkah kita buat sesuatu yang lebih besar daripada basikal? Ya, kita boleh buat kereta api. Hal ini mampu berlaku kerana kedua-dua basikal dan kereta api adalah berjisim, ada saiz, ada ukuran. Memanglah boleh dibandingkan mana yang lebih besar.

Tapi bolehkah kita buat sesuatu yang lebih besar daripada bahagia? Takkan kita nak buat bangunan 1,000 tingkat lalu kita katakan yang bangunan itu lebih besar daripada bahagia? Mana mungkin, kerana bahagia bukan ada saiz atau ukuran sepertimana saiz dan ukuran bangunan.

Yang kedua - Kita sarankan kepada orang yang bertanya agar dia berusaha belajar :
1. Sifat-sifat atau perkara-perkara yang layak bagi Allah.
2. sifat-sifat atau perkara-perkara yang tidak layak (mustahil) bagi Allah.

Perkara yang dibangkitkan oleh penanya berkait dengan sifat-sifat atau perkara-perkara yang tidak layak bagi Allah.

Contohnya :
1. Tidak layak (mustahil) bagi Allah untuk wujud kemudian daripada mana-mana makhluk. Ketidakmampuan Allah untuk wujud kemudian daripada makhluk bukanlah bererti Dia lemah, malah itulah bukti Dia Maha Awal.

2. Mustahil bagi Allah untuk membuang mana-mana makhluk keluar daripada pemerintahan-Nya/kerajaan-Nya. Ketidakmampuan Allah untuk membuang mana-mana makhluk keluar daripada kerajaan-Nya bukanlah bermaksud Dia lemah, bahkan itulah bukti Dia Maha Kuat.

3. Tidak layak bagi Allah untuk terlupa. Ketidakmampuan Allah untuk lupa bukanlah bukti Dia lemah, tapi itulah bukti Dia Maha Mengetahui.

4. Mustahil untuk Allah menciptakan satu Tuhan yang lebih berkuasa daripada diriNya. Ketidakmampuan Allah untuk menciptakan satu Tuhan yang lain bukanlah bermaksud Dia lemah, bahkan itulah bukti hanya Dialah yang Maha Berkuasa.

5. Begitu jugalah...mustahil untuk Allah menciptakan sesuatu yang lebih hebat daripada diriNya, kerana Dialah yang terhebat, Maha Hebat bahkan satu-satunya yang hebat. Hebat mana-mana makhluk pun adalah atas kurniaan/anugerah/pemberian-Nya.

Maka, mustahil untuk Allah menciptakan sesuatu yang lebih MAHA BESAR daripada diri-Nya. Ketidakmampuan Allah mengadakan sesuatu yang lebih MAHA BESAR daripada-Nya bukanlah hujah mengatakan Dia lemah, bahkan itulah bukti bahawa Dialah Yang Maha Besar.

Semoga dengan jawapan ini diharapkan dapat membantu pemahaman si penanya. Wallahualam.

Abu Zulfiqar
25 Julai 2013

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2013/08/sesuatu-yang-lebih-besar-daripada-allah.html