Tuesday, September 3, 2013

Belum lagi bersemuka dengan Dajjal sebenar, tapi sudah gagal bersemuka dengan Dajjal Jadian.

PRU13 telah memberi kemenangan kepada BN dengan menggunakan pelbagai tipu helah. Sekali lagi BN 'ter'mandat untuk menerajui kerajaan Malaysia. Selepas PRU13, beberapa jenis barangan keperluan naik.  Hasilnya kini lagi terbukti,  rakyat malaysia sekali lagi ditipu dengan kenaikan bahan api sebanyak 20 sen. Banyak lagi kenaikan yang bakal menyusul. Begitu hebatnya tipu helah dari BN.

Adakah BN dan UMNO itu Dajjal Jadian ? Adakah penyokong BN dan UMNO itu tentera-tentera dajjal atau golong-golongan yang disesatkan oleh dajjal ?


Mari kita kenal dulu Dajjal sebenar.

Dajjal Al Masih membawa fitnah kepada iman manusia. Dajjal Al Masih mampu memusingkan kepercayaan/iman manusia. Dajjal mampu mengubah pendirian seseorang. Malah Dajjal mengaku dirinya Tuhan menurut hadis riwayat At-Thabrani.

Bagaimana Dajjal Al Masih membawa fitnah kepada iman manusia ?

Didalam hadis riwayat muslim menceritakan bahawa "Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ia berkata, “Suatu hari Rasulullah  bercerita panjang lebar mengenai  Dajjal. Diantaranya, Baginda s.a.w ceritakan kepada kami adalah : Ia(Dajjal) akan datang tetapi ia diharamkan memasuki jalan-jalan madinah, kemudian ia(Dajjal) tiba ditanah lapang tandus yang berada di dekat Madinah. Lalu pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang terbaik diantara manusia atau termasuk manusia terbaik menemuinya dan berkata: Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah kepada kami. Dajjal berkata: Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini lalu menghidupkannya lagi, apakah kamu masih meragukan perihal mengenai ku(Dajjal) ?. Mereka berkata: Tidak! Maka Dajjal membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Ketika telah dihidupkan, lelaki itu berkata: Demi Allah, aku sekarang lebih yakin tentang dirimu(Dajjal) dari sebelumnya. Maka Dajjal itu membunuhnya kembali , namun ia tidak kuasa melakukannya.” [ Hadis Riwayat Muslim ]"

Didalam Hadis lain, Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya berangkat dengan Abu Mas'ud al-Anshari ke tempat Hudzaifah al-Yaman radhiallahu 'anhum, lalu Abu Mas'ud berkata kepadanya: "Beritahukanlah kepadaku apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w. perihal Dajjal."

Dari Hudzaifah lalu berkata:
"Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya berserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, kerana sesungguhnya ini adalah air tawar dan nyaman sekali." Setelah itu Abu Mas'ud berkata: "Sayapun benar-benar pernah mendengar yang seperti itu." [ Riwayat Bukhari & Muslim ]

2 hadis ini memberi gambaran fitnah yang dibawa oleh Dajjal.

Bagi mereka yang berilmu, mengenali Dajjal, akan memohon perlindungan dari Allah swt untuk menghindari fitnah dari Dajjal Al Masih. Bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu, imannya mudah terpaut dengan kehebatan Dajjal, lalu menjadi kufur dan mempercayai Dajjal itu tuhan. Golongan yang tewas dengan fitnah Dajjal Al Masih.  Lalu golongan yagn tewas ini menganggap air yang dibawa oleh dajjal itu nikmat. Itu lah fitnah sbenar-benar fitnah yagn dibawa oleh Dajjal Al Masih. Dajjal sebenar yang mampu mengubah iman seseorang lantaran ketiadaan ilmu dan pertolongan dari Allah swt.

Bagaimana mengenali Dajjal Jadian ?

Asal perkataan Dajjal : Ad Dajjal pada asalnya dari ungkapan perkataan Dajjala al-ba'eer yang membawa maksud pada dasarnya bercampur. Perkataan Dajala digunakan untuk membawa maksud perkara yang mengelirukan atau mengaburi atau samar-samar. Oleh kerana Dajjal adalah nama pada makhluk yang boleh berkata-kata, maka ia membawa erti kepada pembohong, penipu dan pendusta.

Berikut adalah ciri-ciri untuk mengenali Dajjal Jadian.

Didalam hadis ada menyebut, Anas bin Malik berkata, “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.” [Hadis Riwayat Ahmad, 3/220].

banyak lagi hadis menceritakan ciri-ciri dan sifat Dajjal Jadian.

Bagaimana BN dan UMNO itu dikatakan Dajjal Jadian ?

Kita lihat hari ini, pemimpin BN UMNO melakukan banyak pendustaan malah, pendustaannya amat terang-terangan yang tidak dapat lagi disembunyikan. Banyak pendustaan , penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Dajjal Jadian itu. Kita lihat hari ini BN/UMNO banyak melakukan penentangan tersembunyi dan terang-terangan terhadap kitab Allah dan RasulNya.

Bagaimana pula penyokong BN dan UMNO itu tentera-tentera dajjal atau golong-golongan yang disesatkan oleh dajjal ?


Semasa PRU13 yang lalu, masyarakat kampung terutama golongan tua, golongan yang menerima bantuan, pada diri mereka ini, kekurangan ilmu mengenai masalah yang melanda dalam negara menyebabkan mereka mudah disesat oleh Dajjal Jadian. Ada dikalangan mereka itu, tahu masalah yang melanda dalam negara, tetapi takut untuk melakukan perubahan kerana diugut akan disekat pelbagai bantuan yang telah disalurkan. Terdapat penyokong BN UMNO begitu gembira apabila memperolehi habuan segara dari BN UMNO. Tidakkah sikap itu sama seperti hadis yagn disebutkan diatas, dimana terdapat golongan yang menganggap air itu nikmat sedangkan ianya sebaliknya. Sikap pemimpin BN UMNO yang suka mengugut pengundi tidak ubah seperti sifat Dajjal sebenar yang membawa fitnah kepada iman. Terdapat juga sikap pemimpin BN UMNO berkata, seolah-olah mereka tuhan, mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap rakyat yang tidak menyokong mereka.

Malah didalam ruang maya ini, terutama didalam facebook, terdapat penyokong UMNO / BN sendiri mengangkat martabat pemimpin mereka melebihi taraf kenabian seperti mendakwa Pemimpin BN seperti Najib lebih bijak dari Rasulullah saw. Itulah tentera Dajjal Jadian.

Penyokong UMNO dan BN adalah golongan yang telah ditewaskan oleh Dajjal Jadian yang mana belum lagi bersemuka dengan Dajjal Sebenar. JIka bersemuka dengan Dajjal Sebenar, dimana kedudukan mereka diakhirat kelak ? Nauzubillahimin zalik. Mintak dijauhi fitnah Dajjal Tulen dan Dajjal Jadian.

No comments:

Post a Comment