Bila ambe buat homework pasal perkataan AZALI nih... ambe dapati, pengunaan perkataan azali atas perkara yang tidak disebut didalam alquran, sebenarnya mengundang kekufuran yang tidak disedari. Nauzubillahi min zalik. Peringatan buat diri ambe sendiri.
Terima kasih buat thread starter atas tajuk itu sebagai peringatan semua.
kenapa ambe begitu ? Apabila kita mempermainkan perkataan AZALI atas perkara yang kita tidak tahu secara jelas dan muktamad sebagai ayat menyokong percakapan, sebenarnya kekafiran percuma.
sebagai contoh perkataan dari boloqaroq. Walaupun sekadar fitnah, tetapi perbuatannya jatuh kepada kekufuran yang tidak sedari.
boloqaroq said : Kententuan Allah jugalah sekiranya mung memang dok cerdik dari azali lagi..
adakah kita tahu sejak nya azalinya begitu begini ?
Sedangkan setiap perkara yang tercatat di Luh Mahfuz itu adalah Rahsia ALlah swt sahaja yang Maha Tahu. Melainkan, segala catatan di Luh Mahfuz telah dikhabarkan melalui ayat-ayat Alquran dan hadis Rasulullah saw seperti solat, puasa, zakat, hudud, qisas, roh, malaikat, syurga neraka, titian sirat dsbgnya.
contoh ayat yang mengundang kekufuran.
1. mung ni bodoh sejak azali lagi.
2. Awang tu jodoh Semek sejak azali lagi.
3. Sejak azali lagi , aku tau mung ni otak dam aji.
4. aku ni cerdik sejak azali lagi tau.
5. Sejak azali lagi, BN menang pada pru13lah.... dsbgnya.
jika guna perkataan 'memang' untuk menunjukkan penegasan atas maksud yang ingin disampaikan, kafir percuma lah jawab nya jika tidak bertaubat.
bagaimana pula dengan persoalan sebegini ?
sp4n4r said : Adakah hadi awang seMemangnya berotak dam aji sejak azali ?
pihak yang bertanya itu sekadar mengundang fitnah sebenarnya. Fitnah untuk melihat jawapan pihak yang bakal menjawab.
Adakah persoalan itu membawa kepada kekufuran percuma kerana juga menggunakan perkataan "Azali" dalam pertanyaannya ?
Sudah tentu tidak, kerana ayat itu ayat persoalan dan bukan ayat pernyataan yang menyatakan sifat yang dimaksudkan disitu.
Sekiranya pihak yang menjawab dengan memberi penegasan, sememangnya tidak sebegitu, yang menyatakan sifat yang dimaksudkan, juga mendapat kekufuran percuma tanpa disedari.
Bagaimana jawapan yang sepatutnya untuk mengelak mendapat kekafiran percuma ?
Seandainya, tukang jawab itu orang yang berilmu dan cerdik dalam tuturbicara, sudah tentu menjawab "ALlah sahaja yang Maha Tahu".
Adakah boloqaroq itu cerdik sejak azali ?
Jawapan sepatutnya "Allah Maha Tahu". Jika dijawab, Boloqaroq sememang nya cerdik sejak azali, maka, jawapan ini mengundang kekufuran percuma.
Adakah boloqaroq itu cerdik ?
Soalan gini, takde hal jika nak jawab, Boloqaroq tu cerdik. Jangan dibubuh ayat menyokong seterusnya seperti "sejak azali". Cerdik ke boloqaroq ?
Setakat komen bodoh, cerdik ke gitu ? [ iklan sahaja . Jangan kecik hati :D :D :D ]
Jika sp4n4r ini menggunakan ayat mengatakan "presiden PAS berotak dam aji sejak azali", maka, ianya mengundang kekufuran percuma. Nauzubillahi min zalik. Sejak perkataan "otak dam aji" dipopularkan oleh ambe, insyaAllah, setakat ini, takde perkataan 'sejak azali' disusuli selepas ayat 'berotak dam aji'. ngeee :)
Bagaimana pula dengan ayat sebegini ? Adakah ianya mengundang kekufuran percuma jika tidak bertaubat ?
"Sejak azali lagi, aku tau mung akan mampus".
Maka, dengan sesungguhnya, ayat itu tidak mengundang kekufuran, sebab kematian itu, telah dikhabarkan didalam alquran, bahawa setiap makhluk bernyawa lagi baharu akan mati. Sejak azali lagi, muktamad, Ketetapan Allah di Luh Mahfuz, setiap makhluk yang bernyawa akan mati.
Jadi, berhati-hati lah menggunakan perkataan azali (eternity/kekal).
Apa kaitan azali dengan qadha' dan qadar plak ?
Masa SPM dulu, kita belajar, Qadha' itu ketentuan manakala Qadar itu ketetapan. Ambe nak panjang lebarkan lagi, dengan memberi pendapat, bahawa Qadha' itu Ketentuan ALlah swt atas usaha dan ikthiar makhlukNya, manakala, Qadar itu ketetapan ALlah swt atas ilmu, iradat dan qudrat ALlah swt yang Maha Tahu lagi Maha Rahsia.
Sejak Azali lagi, tercatat di Luh Mafhuz, ALlah swt telah menetapkan kematian, solat, malaikat, barzakh dsbnya.
Solat itu ketetapan atau Qadar Allah swt yang diwajibkan atas manusia dan jin, manakala jumlah waktu solat itu, adalah Qadha' atau ketentuan ALlah swt atas usaha manusia itu sendiri. Kita lihat dalam peristiwa Isra' Mikraj, Rasulullah saw seorang manusia merangkap hamba merangkap Rasul telah berusaha dan berikhtiar memohon kepada ALlah swt dikurang jumlah waktu solat yang akhirnya menjadi 5 waktu sahaja yang wajib.
Mati itu ketetapan atau Qadar Allah swt ke atas setiap makhluk yang bernyawa, manakala, bagaimana cara kematian seseorang itu (samada mati kerana sakit jantung, kemalangan, lemas atau sebagainya yang membawa kematian ), merupakan Qadha' atau ketentuan Allah swt atas usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.
Hudud itu ketetapan atau Qadar Allah swt yang dikenakan keatas pesalah yang melakukan kesalahan yang dinyatakan, bagaimana mereka dihukum atas kesalahan tersebut. Kesalahan yang dilakukan adalah Qadha' atau ketentuan Allah swt atas usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri. Si pencuri yang mencuri kerana lapar, mengikut Qadar atau ketetapan Allah swt, seharusnya dipotong tangan. Oleh kerana wujudnya ikthiar dan usaha atas sebab yang munasabah ( mencuri kerana lapar), maka, si pencuri itu tidak dikenakan hukuman potong tangan yang mana, keadaan tersebut adalah Qadha' atau ketentuan Allah swt mengikut usaha dan ikthiar manusia yang terlibat dalam permasalahan tersebut ( pencuri dan hakim ). Ikhtiar dan usaha hakim melihat sebab musabab kenapa si pencuri itu mencuri. Melainkan hakim tu jenis bodoh, tak reti fikir ( tak ikthiar dan usaha menyelesaikan masalah ) ngeeee :mrgreen::mrgreen: Faham dak ? ngeee :)
No comments:
Post a Comment