Ambe ada bukak satu tajuk kat TKO, akhirnya di lock dengan alasan, ambe memporak perandakan TKO. Jawapan mod itu menunjukkan betapa bodohnya dia. Tak berani nak bubuh signature plak tuh.
Punca dianggap porak peranda kerana kebodohan penyokong PAS sendiri apabila berbicara mengenai undang-undang syariah. Tindakan MOD itu seperti orang munafik kerana menghalang ilmu dikongsi bersama. Hanya yang cerdik sahaja akan faham, manakala yang bodoh akan terus dengan kebodohannya. Mungkin, Moderator TKO dapat berbangga jika forumer TKO dari penyokong PAS terus bodoh.
Kesalahan hudud boleh ditakzirkan. Adakah ayat ini akan memporak perandakan TKO ? Hanya yang bebal lagi bodoh sahaja tidak memahami ayat itu, sedangkan ada ilmu telah disampaikan. Malah banyak lagi ianya diulang-ulang.
Kesalahan hudud memang boleh ditakzirkan jika syarat-syarat dikenakan hudud tidak memenuhi syarat dan wujud keraguan munasabah.
sebagai contoh, mencuri adalah kesalahan hudud yang boleh dikenakan hudud jika didapati bersalah tanpa ada keraguan. Masih ingatkan kisah Saidina umar tidak mengenakan hudud ke atas pencuri akibat lapar dan miskin ? Tidakkah kisah itu sendiri memberi gambaran, bahawa kesalahan hudud boleh ditakzirkan ?
Malah hadis ada menyebut bahawa ditolak Hudud jika ada keraguan munasabah. Maka, keputusan membebaskan pencuri kerana wujud keraguan munasabah seperti kelaparan dan miskin lagi papa menunjukkan ianya hukuman takzir.
kesimpulan : kesalahan hudud boleh ditakzirkan.
Bagaimana pula kesalahan takzir boleh dihududkan ? Adakah ayat ini akan memporak perandakan TKO ?
Jenayah rogol atau pemerkosaan adalah satu jenayah ini lebih keji dan jahat dari berzina. Rogol adalah kesalahan takzir. JIka perogol disabitkan kesalahan dengan bukti dan keterangan yang mencukupi tanpa keraguan munasabah, hukuman yang dijatuhkan ke atas perogol sama seperti hukuman bagi kesalahan zina iaitu sebat atau rejam. Oleh kerana jenayah rogol ini lebih jahat dari zina, maka, sepatutnya perogol itu dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu direjam sampai mati.
Tidakkah merejam sampai mati itu hukuman hudud ? Jika "Ya" , maka, bagi mereka yang berakal cerdik, berilmu dan tidak bodoh, sudah tentu akan menyatakan hukuman rejam itu hukuman hudud.
Oleh kerana jenayah rogol adalah kesalahan takzir, maka, ianya sememangnya boleh dikenakan hukuman hudud.
kesimpulan : kesalahah takzir boleh dihududkan.
JIka perogol tidak dikenakan hukuman yang lebih berat, itu petanda PAS sayang perogol.
No comments:
Post a Comment