Tuesday, November 19, 2013

Otak Mandul - Istilah yang salah, maksud yang benar

Otak mandul - sering kita mendengar istilah ini di dalam perbalahan.

Benarkah otak boleh menjadi mandul?

Maksud 'Otak Mandul'

Maksud di Indonesia:
Orang Indonesia menggunakan istilah otak mandul merujuk kepada keadaan pelupa. Contohnya, satu kajian menunjukkan tabiat mengunyah chewing gum yang sudah tawar dengan lama boleh menyebabkan otak menjadi mandul, atau pelupa.

Maksud di Malaysia:
Khasnya dalam TKO, saya kira istilah 'otak mandul' bermaksud seseorang yang hanya mampu berhujah dengan satu dimensi tanpa menggunakan potensi akal yang sebenar.

Kita tinggalkan istilah Indon, kita tumpukan kepada istilah 'otak mandul' yang sering dihamburkan di dalam TKO.

Sindrom Otak Mandul di TKO

Apabila seseorang itu merasa bersalah atau berdosa untuk menggunakan akal yang waras di dalam sesuatu hujah, hanya kerana takut atau bimbang tidak sehaluan dengan pendapat guru yang dibai'ah atau kitab yang dibacanya atau aliran yang disertainya.

Apabila pengembangan minda disekat dengan sesuatu ideologi atau doktrin atau aliran, maka mereka tidak mahu lagi menggunakan logik akal untuk berhujah. Hujah menjadi hambar dan tawar dek kerana ketandusan idea. Sesiapa yang mencabar mereka dengan kekuatan minda dan akal, maka akan dituduh sesat.

Di dalam perbalahan isu agama, golongan otak mandul sering melabel lawannya yang menggunakan hujah akal sebagai wahabi. Benarkah begitu?

Sindrom Otak Mandul di Zaman Rasulullah

Hujah Abu Bakar dan Islamnya Abu Thalhah

Saya petik sebuah kisah di dalam kitab Lubabunnuqul fi Asbabinnuzul 172-173 (As-Suyuti, Jalaludin Abdurahman, 1980, Beirut, Darul Kutub Al-Alamiyah) dalam menerangkan perihal sebab turunnya surah Az-Zukhruf 43: ayat 36, 40.


Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim, dari Muhammad bin Utsman Al Makhzumi, bahawa orang-orang Quraisy berkata, "Sudutkan oleh kalian setiap orang dari sahabat Muhammad dengan seorang di antara kita."

Maka dipertemukan Abu Bakar dengan Thalhah.

Abu Bakar dipanggil dan berkata, "Untuk urusan apakah kalian memanggilku?"

Abu Thalhah menjawab, "Aku hendak mengajakmu menyembah Latta dan 'Uzza."

Abu Bakar bertanya kembali, "Siapakah Latta dan 'Uzza?"

Abu Thalhah menjawab, "Latta adalah tuhan dan 'Uzza adalah putrinya."


Kemudian Abu Bakar bertanya kembali, "Siapakah ibunya?"

Lalu Thalhah terdiam, tidak menjawab. Kemudian ia berdiri dan berkata kepada teman-temannya, "Jawablah pertanyaan orang ini."

Orang-orang pun terdiam.

Kemudian, Thalhah berkata, "Berdiri wahai Abu Bakar, aku bersaksi Laa ilaa ha illallahu, Muhammadurrasulullah."

Maka dari itu, turunlah ayat ini, ayat yang berkaitan dengan Islamnya Abu Thalhah.


Cuba kita bandingkan diri kita dengan Abu Bakar dan Thalhah. Abu Bakar berhujah dengan Abu Thalhah dengan hanya menggunakan logik akal, sehingga mendiamkan orang-orang Quraisy.

Dari mana Abu Bakar belajar menggunakan logik akal dalam berhujah? Tentunya beliau mendapat ilham dari Allah dan inspirasi Rasulullah s.a.w. Jadi mana mungkin tidak boleh menggunakan hujah akal dalam soal agama?

Sesungguhnya orang yang takut menggunakan akal yang waras dalam hujah agama tidak mungkin mengikuti jalan sunnah yang sebenarnya.

Saya terfikir, jika seseorang yang berotak mandul dan keras kepala berhujah dengan Abu Bakar, pasti Abu Bakar akan digelar dengan kesesatan kerana berhujah dengan logik akal. Tapi Abu Thalhah tidak berotak mandul, beliau cepat respon dan segera kembali kepada kebenaran.

Jika tidak mampu berhujah dengan akal, janganlah pula menuduh pihak lawan sebagai sesat atau wahabi.

Renung-renungkan.. Wallahu a'lam.

Nukilan : Restoren (  Forumer TKO )

No comments:

Post a Comment