Thursday, November 5, 2009

Pendirian politik dilebihkan dari tuntutan iman

Politik ni tak ubah seperti kudis. Selagi tidak diubati, kudis itu merebak, dan untuk mencegahnya, perlulah yang berkudis itu merawat dari mereka yang tahu dan telah mengubatinya, dek kerana malu membuka pekung sendiri, maka, masing-masing mendakwa diri mereka sahaja yang betul, dan pihak lain adalah salah.

Penyokong UMNO kata mereka betul, Penyokong PAS juga kata mereka betul. Apa yang betulnya pada mereka ? Dasar ? Dasar yang bagaimana ? Alquran dan Sunnah. Dan apa tuntutan dari alquran dan sunnah ? Hanya hudud semata-mata kah ? Bagaimana mana dengan tuntutan yang lain ? Kedua-dua belah pihak gagal, baik PAS mahupun UMNO. Gagal mempersembahkan tuntutan dari keimanan. Buang duri ditengah jalan, satu kebajikan akan dicatat. Untuk apa ? Untuk apa lagi, untuk Iman lah.

Walaupun kedua-dua belah pihak gagal, kegagalan lebih besar datang dari UMNO jika dibandingkan dari PAS. PAS sempurna kah ? Tidak! PAS jugak gagal walaupun kecil kegagalannya. JIka kegagalan PAS itu kecil, perlukah disapu dibawah karpet ? Perlu atau tidak, jawapan pada diri sendiri menyatakannya, apabila pendirian politik dilebihkan dari tuntutan iman.

Thursday, October 29, 2009

Siapakah Matang Dalam Rentak Politik ?

Matangkah Blogger ?
Matangkah pro PAS ?
Matangkah pro UMNO ?
Matangkah pengundi atas pagar ?
semua Matangkah yang mengikuti perkembangan parti-parti politik ?

Segala maklumat berhubung cerita politik di dunia maya, dari blog, forum, yahoogroups, usrah online dan sebagainya, sepatutnya dapat mematangkan diri tanpa dikuasai unsur-unsur kepartian. Bagaimana hendak dikatakan matang, jika pendirian masih dikuasai oleh unsur-unsur pada parti ? Unsur kepartian. Apa unsur-unsur itu ? JIka disebut, mungkin berlaku penafian dari semua pihak tidak kira mereka itu blogger, pro pas atau pun pro umno atau pengundi atas pagar. JIka salah, katakan salah, usah dijelmakan sebagai betul. JIka betul, katakan betul, susah dijelmakan sebagai salah. Bagaimana hendak ditentukan itu salah, itu betul ? Bagaimana hendak diukur ? Bagaimana hendak diukur kematangan itu yang bersifat subjektif ? Jika kematangan itu bersifat subjektif dari sudut politik, jadi, tak perlu memaksa pemikiran orang lain ikuti rentak pemikiran si tukang paksa... selagi pemikiran orang lain tidak bercanggah dengan alquran dan hadis....

dan bagaimana hendak memaksa pemikiran mereka yang bercanggah dengan alquran dan hadis ? ilmu lawan ilmu lah...

Wednesday, October 28, 2009

Mursyidul Am yang tidak Mursyid.

Apa itu mursyid ? Perkataan mursyid berasal dari bahasa arab, dari perkataan irsyada yang membawa maksud 'memberi tunjuk-ajar'. Jadi, Mursyid memberi erti, seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk-ajar. Itu secara umumnya.

Jika dibaca pada tajuk, seperti hendak "menjentik" Tok Guru Nik Abdul Aziz ( TGNA ). Tidak sama sekali pada tujuannya. Persoalan bermain diminda, jika TGNA dilantik sebagai Mursyidul Am, tetapi kepakaran nya dalam memberi tunjuk-ajar dalam politik tidak diendahkan, semacam seperti satu retorik sahaja.

Mengiktiraf sebagai Mursyidul Am, tetapi tunjuk ajar dari Mursyidul Am "dipandang bersahaja", seperti memperkecilkan peranan jawatan Mursyidul Am.

Keputusan Mesyuarat Khas Malam tadi, dari pejabat PAS Pusat telah membuat satu keputusan sebagaimana dilaporkan. Dan keputusannya tidaklah mengemparkan. Dan keputusan itu diputuskan tanpa kehadiran TGNA sebabnya TGNA terlebih dahulu meninggalkan Mesyuarat Khas sebagaimana dinyatakan. Kenapa TGNA meninggal mesyuarat terlalu awal ? Mungkin ramai yang beranggapan TGNA keletihan. Mungkin.... Dan persoalan itu terus bermain diminda... malah semasa TGNA meninggalkan mesyuarat..tidak digambarkan raut wajah TGNA, sama ceriakah... bersahaja kah atau sebaliknya...

Thursday, October 22, 2009

Wala' disalahpakai menyebabkan mentaliti terkongkong.

EGM PAS, perlu atau tidak ?

1. Perlu, kerana ianya melibatkan persepsi rakyat. Lagipun, EGM adalan saranan dari Mursyidul Am PAS. Adakah saranan dari Mursyidul Am PAS ini ditong sampahkan ? Persoalan ini akan menunjukkan corak pemimpin-pemimpin PAS.

2. Tidak perlu, persepsi rakyat akan menyebabkan pas terhukum jika tersilap langkah lagi. Jangan pandang remeh kerana ia mengiyakan persoalan diatas.....

Bagaimana keputusan EGM kelak jika diadakan ? Mengekalkan hadi awang, bermakna, membiarkan rakyat dihidangkan dengan persepsi, masih ada pro umno didalam PAS. Dan tentu UMNO tersenyum gembira.

Meminta Hadi Awang berundur (jika dia mahu undur), sedikit sebanyak mengubah persepsi rakyat terhadap PAS. Mungkin selepas itu UMNO senyum tidak, masam pun tidak, mungkin kelat.

Menarik, apakah komen dari penyokong UMNO dan Big Bos UMNO yang selama ini bersifat menyebelahi pro UMNO didalam PAS ? Bergetarkah komen-komen mereka sehingga pemimpin PAS tertentu melenting? atau komen-komen mereka seperti seketul ais ? Letak dibawah mentari, cair dan mengewap hilang entah kemana..

Paling menarik, adakah keputusan EGM dipengaruhi oleh sentimen wala' ? Kekal Hadi awang, confirm sentimen wala' menjadi tunjang keputusan perwakilan. Jadi, wala' adalah nadi dan akal kepada pemikiran pemimpin-pemimpin Pas tertentu, dan amat sesuailah jika dikatakan PAS menghasilkan pemimpin-pemimpin yang punya mentaliti terkongkong disebabkan hanya satu perkataan iaitu wala' , penentu keputusan.

Selamat Ber EGM, sekiranya diadakan....

Saturday, October 3, 2009

Berbicara tentang politik sehingga lupa menjaga aqidah.

Berikut adalah pesanan SMS yang ambe terima, dimana penghantarnya lebih nampak pegangan bicara politik adukataruna, sehingga terlupa memandang bicara aqidah adukataruna.
Kalau kita dah punya pegangan pada sesuatu perkara, untuk mengambil pegangan lain agak sukar melainkan keyakinan kita pada pegangan yang kita ambil dilunturkan dengan hujah atau pandangan yang lebih menyakinkan diri kita, baru lah pegangan kita akan berubah. Begitu gak dengan situasi adukataruna nih, setakat maki dia, tak leh melunturkan pegangan dia.


Adakah itu pegangan adukataruna sehingga dia layak membuat penghinaan terhadap Isteri Rasulullah saw ? Adakah Syaidatina Aishah r.a tidak mulia disisi pada pegangan adukataruna hanya kerana bertembungan antara muslimin didalam perang siffin dan jamal ?

Siapa Syaidatina Siti Aishah r.a sebelum menjadi isteri Rasulullah saw ? JIka dia adalah nothing pada pandangan mung wahai adukataruna, mung silap teramat silap pegangan yang kamu pegang itu. Kenapa ?!

Bolehkah kamu adukataruna menyelongkar Loh Mahfuz ? Boleh ?! Jika ambe tak boleh, sudah tentu mung juga tidak boleh, jika sedemikian, adakah dakwaan mung itu benar iaitu siti Aishah adalah nothing sebelum menjadi rasulullah saw ?

JIka Siti Aishah r.a adalah nothing sebelum berkahwin dengan Rasulullah saw pada pegangan kamu, tetapi dia adalah Insan terpilih disisi ALlah swt pada Lof MahfuzNya. Ya atau tidak ? Jika Siti Aishah bukan insan terpilih di Lof MahfuzNya, sebagai teman kepada Kekasih ALlah swt, insyaAllah, mung takde sebab untuk berkata dia adalah nothing. Malah 'adalah nothing' pada pegangan mung , pada otak bodoh dan tolol kamu, tidak wujud dalam minda mung berbicara.

Perkahwinan Rasulullah saw dengan Siti Aishah adalah satu takdir disisi Allah swt. Takdir yang telah terjadi lebih dari 1400 tahun. Dan takdir yang terjadi itu, datang dari Loh MahfuzNya, dimana Siti Aishah r.a adalah something special buat Rasulullah saw sebelum menjadi isteri Rasulullah saw. Nothing pada kamu, tetapi something disisi Allah swt atas ilmu. Dan Nothing pada kamu, cukup hebatkah ilmu kamu dari Ilmu Nya ?

Apa takrifan menghina ? Menghina adalah perlakuan, merendahkan kedudukan, Memandang rendah taraf seseorang. Memandang keji martabat seseorang.

Dan perbuatan kamu adukataruna, adalah perbuatan yang jelas menghina kedudukan, taraf, kemuliaan Siti Aishah R.A dengan mengatakan dia adalah nothing sebelum berkahwin dengan rasulullah saw. Pada ilmu Allah swt, Siti Aishah R.A adalah something pada tilikan IlmuNya, walaupun Siti Aishah r.a belum menjadi isteri Rasulullah saw. Taraf dan kedudukan Siti Aishah R.A , disisi Allah swt, adalah insan mulia, kerana itu lah Siti Aishah R.A adalah jodoh kepada Rasulullah saw sebagaimana termaktub di Loh MahfuzNya menurut IlmuNya. Kamu, adukataruna, dia adalah nothing sebelum menjadi isteri rasulullah saw, mung ada Loh Mahfuz mung tersendiri yang lebih hebat dari Loh Mahfuz Allah swt ke ???!!!

Pertembungan Antara Siti Aishah r.a dan Muawiyah serta Ali, layakkah kamu membuat andaian "berkalau" mengatakan Aishah r.a dan Muawiyah r.a mengatakan Ali r.a adalah seorang yang lembab, pemalas perbut boroi dan sbagainya ? Kamu ada butiran Hadis menyokong dakwaan berkalau mung itu ? Ada ? Jika tiada, buat apa "berkalau-kalau" ?

Rasulullah saw adalah contoh teladan terbaik. Adakah Isteri, sepupu dan sahabat yang terdekat dengan rasulullah saw mempunyai perangai buruk yang menghina sesama mereka ? Demi Allah yang punya Loh Mahfuz, dengan yakin ambe berkata, Isteri Rasulullah Saw, Sepupu Rasulullah saw, dan para sahabat yang terdekat dengan Rasulullah saw, adalah insan yang punya akhlak yang terpuji selepas rasulululah saw hasil dari asuhan Rasulullah saw , tempias keberkatan pada diri Rasulullah terkena pada mereka-mereka, Aura kenabian yang menyinar terpancar pada diri Rasulullah saw seumpama radioaktif yang menyinar terkena pada isteri dan sahabat Rasulullah saw. Sila nafikan wahai adukataruna akan pegangan ambe yagn sebegitu, jika diri mung punya Loh Mahfuz tersendiri... dipersilakan...

Jika begitu peribadian para sahabat, layakkah kamu untuk meletakkan pertembungan antara siti aisyah r.a dan Ali r.a , membolehkan mereka dipersalahkan atas kejadian yang berlaku ? Kamu punya iblis kah yang berbisik memberitahu sejarah lampau yang terjadi antara mereka, sehingga tergamak dan berani mung mengatakan mereka ini kedua dua nya bersalah ? kedua dua nya bangang ? Sejarah yang kamu terima, adalah sejarah yang disampaikan dari orang lain. Pertembungan antara Siti Aisyah Muawiyah dan Ali, kamu ketahui nya dari sejarah, dan kamu hanya membaca dan mencedok cerita itu untuk dijadikan bahan menghina terhadap Siti Aishah R.A dan Muawiyah. Mung sudah "face to face" dengan Ali R.a kah ? Mung sudah "face to face" dengan Siti Aishah r.a kah ? Mung "face to face" dengan Muawiah r.a kah ?

Jika mung memang 'face to face' dengan mereka, bertanya dengan mereka, menilai mereka dari tindak-tanduk mereka, bercakap dengan mereka dari hati ke hati, ketiga tiga pihak kamu tahu perjalanan ceritanya, dan kamu punya akal yang tajam seumpama hakim yang amat bijaksana, maka, memang layak lah mung kata Muawiyah dan Aishah bersalah yang menyebabkan pertumpahan darah melibat ratus ribu jiwa didalam peperangan jamal. Memang layaklah kamu kata mereka itu bangang. Dan, ambe harap, mung dapat memberi jawapan yang mengatakan bahawa, memang mung ada jumpa mereka, "face to face" lagi. Boleh ?

Jika demikian, ambe hanya mampu 'salute'.

Jika sebaliknya, dengan rendah hati, mung mohon maaf kepada semua, mohon ampun kepada semua, bertaubat kepada Nya, dan menarik balik artikel mung dari blog kamu. Jika kamu berkeras, masih berpegangan yang sedemikian, masih ingin menyalahkan Siti Aishah dan Muawiyah, dan mengatakan mereka dikalangan manusia bangang disebabkan peperangan saudara terjadi, maka, mung dikalangan manusia yang teramat rugi. InsyaAllah.

Pertembungan antara Siti Aishah/muawiyah dengan Ali r.a., mung adukataruna, jangan lupa ada pihak yang ketiga punya penyebab. Golongan ini lah patut dipersalahkan. Adakah ambe hendak mengkambinghitam golongan ketiga ini ? Adakah salah bila mengkambinghitam pihak ketiga ? Siapa itu pihak ketiga ? Siapa ? Ibliskah ? Syaitan Kah ? Nafsu kamu kah ? Manusia manusia yang telah dikuasai Syaitan kah ? Jadi, salahkah bila mengkambinghitamkan jenis-jenis kambinghitam itu ?

Kenapa mesti kaitkan Qabil yang membunuh satu jiwa ? Adakah kesalahan Siti Aishah r.a dan Muawiyah serta ali, akan keserupaan dengan kesalahan Qabil ?

Qabil memang salah. Dan bersalahnya dia disebabkan nafsunya dan pujukan iblis/syaitan yang menunggang nafsunya.

Dan Bagaimana Siti Aishah r.a dan Muawiyah bersalah dalam hal ini ? Sebelumnya menyalahkan mereka berdua, sudah kah kamu kenal pasti penyebabnya ? Nafsu pada Aishah r.a/muawiyah kah ? Pujukan Iblis kah ? Pengadu domba kah ?

Kesalahan qabil, ALlah telah jelaskan didalam alquran, penyebab Qabil sebagai orang bersalah. SIla rujuk al maidah ayat 30 ini
[30]
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
nafsu Qabil punya angkara, kerana Qabil gagal mendidik nafsunya.

Dan sekarang hendak meletakkan kesalahan Siti Aishah R.A dan Muawiyah, adakah dinyatakan dengan jelas didalam alquran ? Ada dinyatakan jelas didalam hadis ? Penyebab yang membolehkan mereka ini bersalah dalam hal yang berlaku ?

Apa yang kamu ingin pertahankan selepas ini ? Ego kamu kah ?

Tuesday, September 29, 2009

Wala' digunakan untuk menutup kelemahan.

Wala' perkara baik, tetapi disalahgunakan. Disalahgunakan untuk menutup kelemahan. Wala' tidak digunakan dalam konteks begini

Wala’ dalam konteks sebuah gerakan Islam adalah bererti wala’ kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan jemaah secara jam’ie dan bukannya wala’ kepada individu yang memimpin ataupun wala’ kepada keputusan pimpinan yang dibuat di luar mesyuarat.Sumber
Sebelum konteks itu diikuti, terlebih dahulu, satu keputusan secara jam'ie mesti dibuat hasil dari keputusan pemimpin. Terjadi kini, keputusan dibuat diluar mesyuarat terlebih dahulu, dan apabila kecoh, baru dibawa ke mesyuarat untuk mendapatkan keputusan dari mesyuarat. Apa ke hal nya ?

Buat keputusan secara individu atau kumpulan kecil ( contoh : perjumpaan gelap dalam isu muzakarah ), lepas tu kecoh, bila tak dak arah dah hendak dipertahankan, maka, dipalunya gendang wala'.

Saturday, September 26, 2009

Tidak mengatakan 'agama suku, politik suku', adakah itu syarat utama BERAQIDAH ?

Tidak mengatakan 'agama suku, politik suku', adakah itu syarat utama BERAQIDAH ? Jika ya, apa penjelasan? Jika tidak, kenapa kelompok tertentu begitu beriya-iya melabelkan kelompok yang lain dengan pelbagai jenis label, melabelkannya sebagai kufur, kafir, fasik dan terbarunya bersyaitan ? ( Kutuk itu ini, kelompok tertentu dalam puak ni lah jugak beriya riya buat berjumpaan gelap )

Jika kelompok tertentu mengatakan 'agama suku, politik suku', adakah aqidahnya cacat atau tidak beraqidah ? Jika aqidahnya cacat, maka, mereka ini masih beraqidah tentunya. Kenapa hendak dikatakan mereka ini tidak beraqidah ? Tidak beraqidah sudah sudah membawa maksud kufur dan kafir. Ya atau tidak ? Berumpamaan, jIka insan yang dilahirkan cacat, adakah insan itu bukan manusia ? Apa jua jenis kecacatan, dia masih seorang manusia. Dan kecacatan yang terjadi pada insan bukan kata putus untuk mengatakan bahawa insan itu bukan manusia. Dan, sekiranya berlainan fahaman politik, perlukah kita sewenang-wenangnya mengatakan mereka ini kufur dan kafir, iaitu tidak beraqidah ?

Jika tidak sempurna wudhu’, amalan solat tidak diterima. Memang benar, kerana syarat utama untuk bersolat adalah mesti mengambil wudhu' yang sempurna. Tanpa wudhu', solatnya tidak sah. Mengenai aqidah, ambe ulangi, adakah dengan tidak mengatakan 'agama suku, politik suku', merupakan syarat utama untuk BERAQIDAH nya insan ? Adakah status atau syarat BERAQIDAH hanya berpaksi pada ucapan yang tidak mengatakan mengatakan 'agama suku, politik suku' ?

Dari segi istilah 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan pada perkara apa ? Sudah tentu, akan dikatakan pada perkara mengEsakan Allah swt. Mengakui kewujudan-Nya. Sudah tentu beri'tiqad bahawa Allah swt bersifat Maha Esa, Maha Pecipta dan Tuhan sekelian serta sebagainya, dan memenuhi konsep tauhid Rububiyyah.

Di ikuti pula dengan konsep tauhid Uluhiyyah iaitu melakukan ibadat sepertimana dituntut, dalam mentauhidkan ALlah swt.

JIka 2 konsep tauhid ini, difahami dan diamalkan oleh setiap insan, muslimkah mereka atau kafirkah mereka ? Beraqidahkah mereka atau kufurkah mereka ?

Hanya pesanan dan peringatan dari hadis ...

Umar R.A berkata: Rasulullah saw bersabda:-
"Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu kena untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan." (Sahih Bukhari)

Abu Dzar R.A juga meriwayatkan sabda Rasulullah saw :
"Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya." ( Sahih Muslim )

Monday, June 29, 2009

Antara PAS dan Presiden, Mana Lebih diutamakan ?

JIka wa tanya soalan ini kepada pro hadi awang, antara Parti pas dan Presiden PAS, yang mana lebih diutamakan ? Jawapan, pro hadi awang, sudah tentu mengutamakan kedua duanya. tetapi, mereka lupa untuk melebihkan keutamaan pada satu perkara sahaja.

Jawapan yang mampu kalian berikan, mengambarkan mentaliti kalian, rela mengadaikan parti demi seorang manusia. JIka tidak, apa rasionalnya ?

Sekiranya PAS berkubur, maka akan hilanglah identiti. Maka hilanglah perjuangan.. maka hilanglah harapan....Maka hilanglah Kemuliaan dan kesyumulan Islam yang diperjuangkan selama ini..... JIka Presiden PAS berundur, PAS tetap disitu, identiti masih disitu, perjuang tetapi diteruskan, harapan tidak pernah pudar, malah presiden PAS akan berganti. Tetapi tidak dengan PAS. Ya atau tidak ? Sila jawab jika kalian benar-benar pejuang islam sejati yang boleh jawab punya...

PAS...tidak pandai penipu, pas tidak pandai berbohong, PAS tidak pandai ujub, PAS tidak pandai taksub, PAS tidak pandai jumud, PAS tidak pandai bermuka-muka, PAS tidak pandai memintak itu ini dari musuhnya, pas tidak pandai dalam apa jua bentuk yang bersifat negatif merosakkan manusia didalamnya. PAS hanya ikut, dan faham, dan mengerti DASAR DASAR yang diletakkan pada nya. PAS hanya mengerti, perjuang yang akan diteruskan...sehingga dasar dasar didalam nya dapat dicapai...

Tetapi, manusia, yang berada didalam PAS, bergelar sebagai pemimpin, bergelar pengikut, berpeluang menjadi penipu, berpeluang bercakap bohong, berpeluang menjadi ujub, berpeluang menjadi taksub, berpeluang menjadi jumud, berpeluang untuk bermuka muka, pandai memint aitu ini dari musuhnya dan berpeluang untuk membuat pelbagai perkara yang bersifat negatif yang merosakkan Parti.

Sekiranya, jika itu yang tergambar dan terfikir dibenak-benak kalian dan mengakuinya, sanggupkan kalian menrobek-robekkan PAS demi maruah seorang presiden ?

Menjawablah dengan akal yang rasional... bukan menjawab dengan perasaan yang meronta-ronta...

Tepuk dada tanya iman.

Friday, June 26, 2009

Jumud Sebahagian Daripada Sikap

Cara kita bertindak, cara kita berfikir, cara kita memberi respon, cara kita menerima respon, cara kita berhadapan dengan kritikan, cara kita dalam memberi kritikan, dan pelbagai cara, jika tersalah letak, tersalah adunan, tersalah penyampaian, kita akan berhadapan dengan JUMUD. Sebab jumud itu sendiri sebahagian daripada sikap. Jika bukan sebahagian daripada sikap, apa sebenarnya ?

JIka jumud bersifat objektif, senang memberi pilihan. Dek kerana jumud bersifat subjektif, pelbagai versi tafsiran jumud pada individu, walhal jumud tu sudah jelas tafsiran dan mengertiannya. Dek kerana pelbagai versi tafsiran jumud, maka, perkataan Jumud digunakan sewenang-wenang nya bagi menepati citarasa perjuangan yang ada pada dalam diri, sebagaimana satu contoh ayat oleh forumer TKO, "Jumud kepada perjuangan islam". Lain-lain pun terus ambil sebagai input berguna. :).

Kita tahu, Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, dan disambung oleh para sahabat nya dan seterusnya, mereka berjuang dengan istiqamah, ikhlas, rasa tanggungjawab dan amanah, dan pelbagai rintangan serta pergorbanan, dan mereka tidak berjuang dengan kejumudan. Mereka berjuang dan menyebarkan islam, bukan kerana sikap, tetapi kerana keimanan. Semua tahu kisah, seorang buta Yahudi yang mengutuk rasulullah saw walaupun rasulullah saw menyuap nasi pada yahudi buta itu. SIkap apakah yang ditonjol oleh Rasulullah saw ketika itu ? Sebab itu wa katakan tadi, jumud ini sebahagian daripada sikap. SIkap kita akan menjadi penentu untuk dilihat boleh membawa kebaikan atau sebaliknya. Dan berbalik kisah Rasulullah saw itu, bagaimana Rasulullah saw bertindak, berfikir, memberi respon, menerima respon, berhadapan dengan kritikan, memberi kritikan ? Semua ini ada pada diri kita yang selalu mengembar gemburkan mencuba untuk menteladani Pekerti Rasulullah saw ? Sambil mendabik dada.. aku lah pejuang islam ?

Jika bawa kisah sebegini, mesti ada yagn tidak puas hati lalu membandingkan sikap tegas saidina umar ra. :). Kalian semua tahu, setegas tegas saidina umar ra, sahabat ini dikritik oleh rakyatnya sendiri sebagaimana kisah yang berlaku dimana seorang ibu membohongi anaknya yang kelaparan lalu anak itu tertidur, dan saidina umar menerima kritikan dan celaan setelah bertanyakan kepada ibu tersebut kenapa si ibu itu berbohong pada anaknya yagn kelaparan. Dan kita tanya pada kita, ikhtibar yang kita boleh serap kedalam diri kita tentang sikap saidina umar ra ketika itu , Bagaimana sikap saidina umar ra ketika itu dalam berfikir, menerima respon, berhadapan dengan kritikan dan seterusnya bertindak ? Sekali lagi wa kata. jumud adalah sebahagian daripada sikap. Dan kita bandingkan diri kita sepanjang berada di TKO, jumud atau sebaliknya ?

Pantang dikritik, pantang menerima respon negatif, pantang kontra fikiran, mula bertindak yang menzahirkan sikap jumud dan apabila dikatakan jumud, terus bertindak lagi memberi respon negatif tanpa menilai dek kerana taksub yang menjumudkan.

Ayat Alquran bukan untuk berdakwah..tetapi lebih kepada mempertahankan taksub masing masing

HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Hujuraat: 11)

Hmmmm... demi mempertahankan diri, mempertahankan kelompok mereka ( pas atau umno ), sewenang wenangnya mempergunakan ayat alquran tanpa diselidik punca ayat alquran itu diturunkan. Jika penggunaan ayat alquran sebagai peringatan antara satu sama lain, tak lah plak akan nampak ayat al quran itu dipergunakan untuk kepentingan peribadi/kelompok. '

Pas mencemuh UMNO, UMNO mencemuh PAS.Benda yang tidak berkesudahan.

Tiada upaya Pro UMNO mempertahankan diri, digunakan ayat alquran surah al Hujurat ayat 11. Ayat sebelum dan selepas ayat 11 tak plak dibawa bersama.

Begitu juga perangai PRO PAS. Tiada upaya mempertahankan diri, digunakan ayat alquran untuk memperkemaskan hujah/pandangan masing masing.

Kesudahannya ayat ayat alquran semacam disepak terajang kesana kemari untuk misi kemenangan, bukan misi dakwah atau peringatan sesama muslim.

Dari Minda sp4n4r

Ambe ni tak reti menulis. Minda ambe ni tak synchronize dengan jari jejamari ambe dalam mengetuk keyboard. Lain ambe fikirkan, lain ambe tuliskan. Setiap perkara yang ambe tulis, ambe tulis aja, dan susun atur bahasa ambe, adakala mudah, adakala sebaliknya. Mungkin ada yang berbunga.

Tujuan ambe menulis adalah mengisi ruang kosong yang diabaikan oleh mereka, kerana pada mereka ruang kosong itu tidak membawa apa-apa perubahan.

Mutiara kata
"Jika kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.

Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Jika kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".