Monday, June 29, 2009

Antara PAS dan Presiden, Mana Lebih diutamakan ?

JIka wa tanya soalan ini kepada pro hadi awang, antara Parti pas dan Presiden PAS, yang mana lebih diutamakan ? Jawapan, pro hadi awang, sudah tentu mengutamakan kedua duanya. tetapi, mereka lupa untuk melebihkan keutamaan pada satu perkara sahaja.

Jawapan yang mampu kalian berikan, mengambarkan mentaliti kalian, rela mengadaikan parti demi seorang manusia. JIka tidak, apa rasionalnya ?

Sekiranya PAS berkubur, maka akan hilanglah identiti. Maka hilanglah perjuangan.. maka hilanglah harapan....Maka hilanglah Kemuliaan dan kesyumulan Islam yang diperjuangkan selama ini..... JIka Presiden PAS berundur, PAS tetap disitu, identiti masih disitu, perjuang tetapi diteruskan, harapan tidak pernah pudar, malah presiden PAS akan berganti. Tetapi tidak dengan PAS. Ya atau tidak ? Sila jawab jika kalian benar-benar pejuang islam sejati yang boleh jawab punya...

PAS...tidak pandai penipu, pas tidak pandai berbohong, PAS tidak pandai ujub, PAS tidak pandai taksub, PAS tidak pandai jumud, PAS tidak pandai bermuka-muka, PAS tidak pandai memintak itu ini dari musuhnya, pas tidak pandai dalam apa jua bentuk yang bersifat negatif merosakkan manusia didalamnya. PAS hanya ikut, dan faham, dan mengerti DASAR DASAR yang diletakkan pada nya. PAS hanya mengerti, perjuang yang akan diteruskan...sehingga dasar dasar didalam nya dapat dicapai...

Tetapi, manusia, yang berada didalam PAS, bergelar sebagai pemimpin, bergelar pengikut, berpeluang menjadi penipu, berpeluang bercakap bohong, berpeluang menjadi ujub, berpeluang menjadi taksub, berpeluang menjadi jumud, berpeluang untuk bermuka muka, pandai memint aitu ini dari musuhnya dan berpeluang untuk membuat pelbagai perkara yang bersifat negatif yang merosakkan Parti.

Sekiranya, jika itu yang tergambar dan terfikir dibenak-benak kalian dan mengakuinya, sanggupkan kalian menrobek-robekkan PAS demi maruah seorang presiden ?

Menjawablah dengan akal yang rasional... bukan menjawab dengan perasaan yang meronta-ronta...

Tepuk dada tanya iman.

2 comments:

  1. bubuh shoutbox laaa,bro..
    leh mjerit2 skit..hehe
    -uma-

    ReplyDelete
  2. ISLAM itu tinggi, tiada yang tinggi darinya,
    Maka siapa yang perjuangkan ISLAM dengan setinggi-tingginya, Nescaya ALLAH angkat mengangkatnya tanpa diminta..
    Antara PAS dan TGHH, apa perlu dipilih??
    apa yang between the line?..

    Hendak membuang TGHH boleh aja?
    Tapi apakah yang perlu dilakukan,
    Fahamkah kita kedudukan sekarang?

    Tak suka TGHH kerana kurang karisma kepimpinan? Tapi bagaimana pandangan yang lain,
    Bagaimana natijah kepada pergerakan ISLAM.
    Cakap mudah, nak buat susah..
    Kadang2, cakap nak berdoa tapi tak berdoa pun.

    ReplyDelete