ANAK LUAR NIKAH BERNIKAH DENGAN AYAHNYA SENDIRI
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Soalan : Minta pandangan, bolehkah anak luar nikah bernikah dgn ayahnya sendiri?
Jawapan :
Di kalangan ulamak terdapat khilaf dalam masalah tersebut;
Pandangan pertama; ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie berpendapat harus
kerana nasab di antara dia dan anak zinanya tidak diakui Syariat (yakni
seolah-olah tiada hubungan nasab). Perkahwinan antara seorang lelaki dan
wanita diharamkan apabila ada halangan Syarak antaranya;
1. Ada hubungan nasab
2. Ada kaitan susuan
3. Berbeza agama
Maka jika tiada mana-mana halangan seperti di atas, ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.
Pandangan kedua; iaitu pandangan jumhur ulamak (terdiri dari ulamak
mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali); diharamkan perkahwinan antara
seorang lelaki dan anak zinanya kerana walaupun nasab antara mereka
berdua tidak diiktiraf Syarak namun dari segi hakikat kejadian anak itu
tetap anaknya kerana ia datang dari benihnya. Maka anak zina dari segi
hokum perkahwinan tetap tertakluk dengan ayat
"Diharamkan ke atas kamu
mengahwini ibu-ibu kamu dan anak-anak perempuan kamu....." (Surah
an-Nisa', ayat 23).
Adapun hukum berkenaan perwarisan, pewalian, nafkah,
penyusuan dan sebagainya -yang selain dari perkahwinan, maka ia
tertakluk dengan hukum nasab. Oleh kerana nasab mereka berdua tidak
diakui Syarak, maka tiada hak-hak tersebut bagi si anak. Adapun bagi
masalah perkahwinan, ia tidak tertakluk kepada hukum nasab dalam masalah
ini tetapi tertakluk kepada hukum kejadian.
Pandangan yang ditarjih oleh para ulamak terkemudian ialah pandangan
kedua iaitu pandangan jumhur. Malah semua institusi fatwa yang menjadi
sandaran di dunia hari ini (Mesir, alAzhar, Saudi) berpegang dengan
pandangan mengharamkannya.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.
Wednesday, June 3, 2015
Monday, March 16, 2015
Pertanyaan Adalah Kunci Ilmu
Bila kita tidak diuji dengan soalan, kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Bila kita diuji dengan soalan, kita tahu apa yang kita tidak tahu kerana soalan atau pertanyaan adalah kunci ilmu
Apabila seorang guru bertanya kepada muridnya, bukan bermakna guru itu tidak tahu, Pertanyaan guru kepada muridnya untuk mengetahui sejauh mana muridnya memahami ilmu yang telah disampaikan oleh nya.
Apabila seorang murid bertanya soalan kepada gurunya, bukan bermakna seorang murid itu hendak menguji ilmu gurunya. Pertanyaan seorang murid untuk memantapkan kefahaman yang difahaminya samada fahamnya menepati persoalan yang diajukan atau jawapan yang diperolehi dari gurunya berlainan dengan jawapan yang difahaminya atau jawapan dari gurunya akan memberi nilai tambah kepada kefahaman yang difahaminya.
Namun begitu, budaya bertanya dengan soalan-soalan yang mempunyai sifat mencabar pada ilmu masing-masing, sering disalah anggap. Budaya bertanya soalan-soalan, seboleh-bolehnya, sipenanya akan dinasihati supaya tidak bertanya berlebih-lebihan, seolah-olah seperti mahu menghalang dan menyekat budaya bertanya soalan-soalan. Budaya ini cuba dihalang oleh pihak yang berkepentingan dimana mereka tidak mahu dilihat tidak bijak atau masih kekurangan ilmu, secara tidak langsungnya, mereka ini cuba menjaga kredibiliti mereka sebagai orang yang LEBIH berilmu dari orang lain atau yang lebih muda dalam dunia keilmuan.
"Malu bertanya, sesat jalan". Itu pepatah melayu yang diajar diperingkat bawahan seperti mengalakkan budaya bertanya. Pada peringkat yang lebih tinggi, budaya bertanya ini dianggap sebagai satu budaya cabar mencabar pada ilmu yang ada pada diri masing-masing.
Pertanyaan dari seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, berpotensi mendidik diri sendiri mengenali diri, samada diri sendiri adalah seorang yang Sombong dan Angkuh atau sebaliknya. Jika diri sendiri merasa tercabar dengan mempunyai perasaan marah akibat soalan yang diajukan oleh seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, maka, itu menandakan seseorang itu seorang yang bodoh sombong. Jika diri sendiri merasa tercabar dan merasa ada lagi ilmu yang perlu diketahui hasil dari soalan yang diajukan oleh seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, maka, itu menandakan seseorang itu memahami ungkapan "soalan atau pertanyaan itu adalah kunci ilmu."
Dalam dunia perdebatan berkaitan dengan politik, pertanyaan yang diajukan dalam bentuk sinis. Pertanyaan sinis telah menyebabkan sesetengah pihak merasa tercabar dan tersinggung akan perasaan mereka yang boleh mengundang perbahasan panjang lebar tidak berkesudahan bukan kerana soalan sinis, tetapi kerana mereka tidak berfikiran terbuka, jumud, retard pada jawapan yang telah ada dalam diri mereka dan sekeliling. Mungkin sesetengah orang, langsung tidak mempunyai jawapan dalam diri mereka, kerana kekurangan ilmu atau terlalu berpegang teguh pada ilmu lama yang tidak di perbaharui. Jika soalan berkaitan dengan politik kepartian, menyentuh hal dasar kepartian yang disulami hal-hal keagamaan, persoalan sinis akan mengundang perbuatan sesetengah individu mempertikaikan aqidah dan keimanan individu yang lain.
Persoalan sinis begini dilontarkan kepada penyokong PAS,
Pertanyaan sebegini dianggap bangang oleh penyokong tegar PAS. Dianggap sedemikian kerana mereka tidak mempunyai jawapan atau mereka tidak tahu hendak memberi jawapan kerana kekurangan ilmu.
Walaubagaimana pun, terdapat segelintir penyokong tegar PAS cuba menjawab pertanyaan itu dengan pelbagai jawapan. Satu usaha untuk mencari kunci ilmu.
Akibat persoalan sinis sebegitu yang menyentuh hal kepartian dan keagamaan, maka, ianya telah mengundang perbuatan mempertikaikan aqidah , malah begitu lancar membudayakan budaya takfir.
Berikut adalah contoh-contoh budaya takfir yang sering diamalkan oleh penyokong PAS tegar akibat tidak menjawab persoalan sinis.
Dari dulu sehingga sekarang, budaya takfir sebati dalam diri penyokong PAS tegar apabila pertanyaan demi pertanyaan diajukan tidak dapat dijawab oleh mereka dengan sebaik mungkin, sehingga lupa untuk mencari kunci Ilmu pada persoalan yang diajukan.
Setiap pertanyaan samada secara direct atau berbentuk sinis menyentuh hal keagamaan, pertanyaan itu dianggap sebagai perbuatan untuk mempertikaikan dan menentang Islam sehingga penyokong PAS tegar lupa, Islam juga tertegak dengan hujah. Dari mana datangnya Hujah ? Sudah tentu datang dari pertanyaan dan soalan-soalan. Menangkan Islam dengan hujah, bukan dengan perkataan bodoh yang mentakfirkan pihak lain sehingga menyebabkan kekafiran itu kembali kepada yang mentakfir apabila mengabaikan peringatan dari satu hadis yang menegah mengkafirkan sesama muslim.
Jangan takut pada pertanyaan atau persoalan. Takutlah pada kejahilan diri sendiri yang tidak berminat untuk mencari kunci-kunci ilmu untuk membuka gedung ilmu. Jika takut pada persoalan atau pertanyaan berkaitan dengan keagamaan, lebih baik duduk dalam gua jauh dari manusia.
Terlalu bodohkah untuk mengenali soalan atau pertanyaan yang boleh membuka gendung ilmu atau sebaliknya ?
Disebabkan sifat jumud dan retard sebahagian besar penyokong PAS tegar, menjadikan PAS kelihatan bodoh dan lemah daya fikiran. Disebabkan kebodohan itu, mereka juga bodoh untuk memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti pemimpin.
Pertanyaan : Hanya yang bodoh memilih pemimpin bodoh ?
Pertanyaan itu adalah kunci ilmu untuk menentukan pemimpin yang bakal dipilih.
Wednesday, February 25, 2015
Kalau nak digelar "ulama", masuklah politik...
Saya merasakan istilah "ulama" digunakan begitu
mudah dan meluas di kalangan ahli politik. Ada gelaran "ulama Pas" dan
ada juga "ulama Umno". Dalam lembaran sejarah dan tamadun Islam,
khususnya zaman awal Islam, pemakaian istilah "ulama" ini jarang, malah
mungkin tidak digunakan pun. Yang ada ialah "al-Sahabah", "al-Tabi'",
"al-Tabi'in" dan sebagainya.
Apa kayu pengukur atau scale yang melayakkan seseorang itu digelar sebagai "ulama"? Mengapakah para pensyarah universiti yang mempunyai kelulusan pengajian Islam sehingga Ph.D tidak dipanggil "ulama"? Kenapa dengan mudah kita melabelkan mereka yang mempunyai sejarah pendidikan lampau dalam bidang agama, samada secara rasmi (di universiti, pondok atau madrasah) terus mendapat jolokan "ulama"? Manakala yang bukan sealirannya tidak dipanggil sedemikian?
Rasanya budaya Melayu sangat sinonim dengan pelbagai gelaran, seperti memanggil gelaran "haji" atau "hajah" bagi yang balik dari menunaikan fardu haji di Mekah sebagai menandakan orang itu sudah menunaikan haji tersebut. Sedangkan bagi yang menunaikan puasa, tidak pula dipanggil sebagai Puasa Hassan atau Puasa Jusoh di depan pangkal namanya.
Tidakkah pemakaian gelaran atau label ini (ulama dan bukan ulama) lebih kepada mendatangkan keburukan, seperti riak, sombong, memandang rendah kepada kelompok yang bukan sealiran ataupun mungkin boleh mencetuskan bibit-bibit perpecahan.
nukilan : sumbatgol.

Wednesday, November 19, 2014
Literal ( secara zahir ) versus Metafora ( secara kiasan )
Permainan bahasa untuk menguji kecerdasan akal. Kurang cerdas, pening ler jawab nya. Jika dibaca secara literal, melibatkan manusia sesama manusia, tiada perlu penjelasan panjang. Jika dibaca secara metafora melibatkan manusia sesama manusia, penjelasan panjang diperlukan untuk mereka yang kurang cerdas akalnya supaya menjadi orang berakal, kerana kecerdasan akal manusia berbeza antara satu sama lain.
Jika sesuatu ayat atau perkataan itu disampaikan dengan membawa maksud secara literal, melibatkan manusia dan Pencipta, maka, yang salah perlu diperbetulkan. Yang betul perlu diperelokkan lagi. JIka sesuatu ayat atau perkataan itu disampaikan dengan membawa maksud secara metafora melibatkan manusia dengan Pencipta, maka, mereka(manusia) yang memahami secara salah perlu diperbetulkan. Jika mereka itu telah memahami sebagaimana yang dimaksudkan pada ayat atau perkataan itu, maka, perlu dipelbagaikan penjelasan supaya golongan yang kurang faham dapat mencari kefahaman dari pelbagai sumber penjelasan. Supaya dapat menghindarkan diri dari kesesatan, melainkan jika mereka pilih jalan kesesatan dengan mentakwil sesuatu ayat atau perkataan ke arah kesesatan.
Literal versus Metafora telah diperkatakan didalam alquran. Muhkamat versus Mutassyabihat. Rujuk surah Al Imran ayat 7.
Peringatan : Apabila melibatkan hubungan Manusia dengan Penciptanya, maka, sesuatu ayat literal pada awalnya akan dan boleh bertukar menjadi sesuatu ayat metafora.
Jika difahami secara literal pada ayat 'tangan Allah', maka, memang Allah mempunyai tangan. Jika kefahaman itu menyamakan sifat tangan yang ada pada manusia, maka, fahaman itu salah dan hendaklah dibetulkan kerana Allah Taala telah memperingatkan kita bahawa DiriNya tidak menyerupai sesuatu pun.
Rujuk Surah As Shura Ayat 11 [ Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.] dan Surah Al Ikhlas ayat 4 [ “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya ]. Oleh kerana 'tangan Allah' itu satu kiasan atau metafora, maka, ia memerlukan penjelasan yang lanjut, kerana itu ayat 11 dari As Shura dan ayat 4 dari Surah Al Ikhlas perlu diulang-ulang sentiasa supaya manusia memahami dan dapat membezakan antara literal dan metafora.
Jika difahami pula secara literal pada ayat 'tangan mereka', maka, memang mereka itu mempunyai tangan. Kerana 'mereka' disitu dirujuk kepada manusia. Semua faham tak perlu dipanjangkan. Mereka yang kurang cerdik pun boleh faham. Jika struktur ayat nya lain yang boleh dianggap sebagai metafora atau kiasan seperti 'nyawa mu ditangan aku', maka, kita perlu faham, bahawa mereka guna tangan mereka untuk membunuh.
Itu serba sedikit penjelasan setakat yang ambe faham.
Menyentuh isu sensitif yang melibatkan Sisten In Islam pada tulisan sekeping kad yang ditulis "We are all Allah's Children" , secara literalnya, ungkapan itu telah mengundang kemarahan banyak pihak memandangkan orang yang memegang sekeping kad itu adalah Zainah Anwar dimana, namanya seperti nama orang Islam dan berada dalam pertubuhan NGO yang menggunakan perkataan Islam.
Dalam hal ini, kita atau pihak yang boleh bersemuka dengan zainah, perlu tanya pada Zainah sendiri apa maksud ungkapan pada kad tersebut. Sepatutnya Zainah sendiri yang menjelaskan maksudnya jika ungkapan itu bersifat metafora atau kiasan. Jika zainah berpendirian bahawa ungkapan itu begitu pada keadaannya secara literal, memang patut zainah itu dibambu supaya faham antara batas keimanan dan kesyirikan. Maka, tak perlu lah Khalid Samad anggap ungkapan itu satu metafora lalu khalid Samad menjadi jurucakap kepada Zainah ldan bersunguh-sungguh menjelaskan maksud disebalik ungkapan ""We are all Allah's Children". Melainkan Khalid Samad telah bersemuka dengan zainah untuk mengetahui maksud sebenar zainah menulis ungkapan sedemikian. Walupun begitu, Zainah sendiri yang perlu jelaskan jika ianya kiasan atau metafora.
Walau bagaimana pun, penjelasan Khalid Samad TETAP betul pada ilmu dan kefahamannya, yang bersifat ilmiah , kerana penjelasan sedemikian juga diperjelaskan oleh Dr Zakir Naik seperti di dalam link ini : https://www.youtube.com/watch?v=BKE60ZuWGJY
Penjelasan dari Khalid Samad sekadar satu penulisan kosong sahaja pada orang yang bodoh lagi kurang memahami secara ilmiah.

bermaksud "Dialah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur´an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta´wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta´wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal"
Peringatan : Apabila melibatkan hubungan Manusia dengan Penciptanya, maka, sesuatu ayat literal pada awalnya akan dan boleh bertukar menjadi sesuatu ayat metafora.
Pada ayat 10 dalam surah Al Fath yang bermaksud "Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar."
Jika difahami secara literal pada ayat 'tangan Allah', maka, memang Allah mempunyai tangan. Jika kefahaman itu menyamakan sifat tangan yang ada pada manusia, maka, fahaman itu salah dan hendaklah dibetulkan kerana Allah Taala telah memperingatkan kita bahawa DiriNya tidak menyerupai sesuatu pun.
Rujuk Surah As Shura Ayat 11 [ Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.] dan Surah Al Ikhlas ayat 4 [ “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya ]. Oleh kerana 'tangan Allah' itu satu kiasan atau metafora, maka, ia memerlukan penjelasan yang lanjut, kerana itu ayat 11 dari As Shura dan ayat 4 dari Surah Al Ikhlas perlu diulang-ulang sentiasa supaya manusia memahami dan dapat membezakan antara literal dan metafora.
Jika difahami pula secara literal pada ayat 'tangan mereka', maka, memang mereka itu mempunyai tangan. Kerana 'mereka' disitu dirujuk kepada manusia. Semua faham tak perlu dipanjangkan. Mereka yang kurang cerdik pun boleh faham. Jika struktur ayat nya lain yang boleh dianggap sebagai metafora atau kiasan seperti 'nyawa mu ditangan aku', maka, kita perlu faham, bahawa mereka guna tangan mereka untuk membunuh.
Itu serba sedikit penjelasan setakat yang ambe faham.
Menyentuh isu sensitif yang melibatkan Sisten In Islam pada tulisan sekeping kad yang ditulis "We are all Allah's Children" , secara literalnya, ungkapan itu telah mengundang kemarahan banyak pihak memandangkan orang yang memegang sekeping kad itu adalah Zainah Anwar dimana, namanya seperti nama orang Islam dan berada dalam pertubuhan NGO yang menggunakan perkataan Islam.
Dalam hal ini, kita atau pihak yang boleh bersemuka dengan zainah, perlu tanya pada Zainah sendiri apa maksud ungkapan pada kad tersebut. Sepatutnya Zainah sendiri yang menjelaskan maksudnya jika ungkapan itu bersifat metafora atau kiasan. Jika zainah berpendirian bahawa ungkapan itu begitu pada keadaannya secara literal, memang patut zainah itu dibambu supaya faham antara batas keimanan dan kesyirikan. Maka, tak perlu lah Khalid Samad anggap ungkapan itu satu metafora lalu khalid Samad menjadi jurucakap kepada Zainah ldan bersunguh-sungguh menjelaskan maksud disebalik ungkapan ""We are all Allah's Children". Melainkan Khalid Samad telah bersemuka dengan zainah untuk mengetahui maksud sebenar zainah menulis ungkapan sedemikian. Walupun begitu, Zainah sendiri yang perlu jelaskan jika ianya kiasan atau metafora.
Walau bagaimana pun, penjelasan Khalid Samad TETAP betul pada ilmu dan kefahamannya, yang bersifat ilmiah , kerana penjelasan sedemikian juga diperjelaskan oleh Dr Zakir Naik seperti di dalam link ini : https://www.youtube.com/watch?v=BKE60ZuWGJY
Penjelasan dari Khalid Samad sekadar satu penulisan kosong sahaja pada orang yang bodoh lagi kurang memahami secara ilmiah.
Saturday, June 21, 2014
Penyokong PAS terlalu bebal untuk dicerdikkan.
Ambe mengikuti perbincangan mengenai hukuman hudud ke atas jenayah mencuri di satu thread yang bertajuk "keputusanku::-tangan dia mesti potong."
Pembuka thread sungguh berhajat mahu menghukum pencuri dengan mengambil keputusan sendiri untuk menghukum pencuri itu. Malah pembuka thread memanjatkan hajatnya berdoa kepada Rabbul Jalil supaya pencuri itu terputus tangannya. Berikut screen capture hajat pembuka thread.
Hajat pembuka thread disanggah oleh beberapa forumer supaya pencuri itu dihukum dibawah bidang kuasa Pemerintah yang melaksanakan undang-undang Hudud.
Kebebalan penyokong PAS semakin menyerlah, apabila mempertikaikan pandangan seorang forumer (nama_takde) yang memberi pandangan bahawa pencuri boleh terlepas dari dikenakan hudud sekiranya penguambela tertuduh dapat membuktikan bahawa pemilik harta dan barang itu gagal meletakkan harta ditempat yang lebih sesuai. Kemudian disanggah oleh pembuka thread. Sanggahan dari pembuka thread itu dibalas balik oleh forumer itu (nama_takde) dengan sedikit penjelasan. Berikut adalah screen capture forumer tersebut.
Penjelasan dari forumer itu (nama_takde) akhirnya disanggah pula oleh
forumer lain (PUTIQ) dengan jawapan hingusan dan menuduh forumer
nama_takde sebagai jahil. Berikut adalah screen capture tuduhan liar
forumer PUTIQ.
Akhirnya disanggah lagi oleh forumer nama_takde dengan pandangan logik akal yang mana ambe lihat, pandangannya itu bersandarkan kepada Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas pada Seksyen 21. Akhirnya tidak dapat dibalas dengan hujah logik akal oleh forumer PUTIQ. Berikut adalah screen capture pandangan logik akal forumer nama_takde.
Dari perbincangan itu, jelas dan ketara, betapa penyokong PAS terlalu bebal untuk dicerdikkan. Malah, mereka mempertikaikan isi kandungan yang terdapat didalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas tanpa mereka sedari.
Saturday, June 14, 2014
Kanun Keseksaan vs Enakmen Jenayah Syariah Hudud Qisas
Untuk membaca pandangan ini lebih lanjut, terlebih dahulu, pembaca hendaklah membaca artikel ini terlebih dahulu.
Dalam Kanun Keseksaan mempunyai jenis kesalahan-kesalahan hudud dimana hukuman adalah hukuman takzir. Dalam kanun ini juga mempunyai jenis kesalahan-kesalahan takzir dimana hukumannya masih hukuman takzir.
Dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas mempunyai jenis kesalahan-kesalahan hudud dimana hukumannya adalah hukuman hudud. Dalam enakmen ini hukuman takzir adalah hukuman yang terakhir bagi kesalahan berulang.
Ambe berpandangan bahawa sesuatu undang-undang itu harus mempunyai hukuman takzir dan juga hukuman hudud secara serentak didalam satu jenis kesalahan takzir atau hudud. Ambe juga berpandangan bahawa pada sesuatu undang-undang (samada kesalahan takzir atau kesalahan hudud ) itu harus disusun dan didahulukan dengan hukuman takzir kemudian diikuti hukuman hudud. Ambe pernah berpandangan bahwa kesalahan hudud boleh ditakzirkan (hukuman takzir) jika wujud keraguan munasabah, walaupun hukuman asalnya adalah hukuman hudud. Manakala, bagi kesalahan takzir boleh dihududkan jika diqiaskan dengan kesalahan hudud dan hukumannya, walaupun hukuman asalnya adalah hukuman takzir.
Mungkin ada yang tidak faham, tidak nampak gambaran dan maksud yang Ambe cuba sampaikan. Jadi, Ambe membawa berberapa contoh untuk memberi gambaran dan maksud yang ingin disampaikan.
Kisah pertama :

Masih ingat kisah perbicaraan yang berlaku di Indonesia ? Masih ingat bagaimana kebijaksanaan hakim bernama Marzuki menjatuhkan hukuman ? Kisah seorang nenek yang mencuri ubi kerana untuk mengisi perut ahli keluarganya dengan menyatakan sebab-sebab kenapa nenek itu berbuat sedemikian. Berikut adalah keputusan penghakiman.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Kata Hakim Marzuki.
Penjelasan :
Keputusan yang dibuat oleh hakim berpandukan kepada undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya. Hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman diluar peruntukkan undang-undang yang diwartakan atau tidak jelas akan isi kandungannya. Mungkin peruntukan undang-undang itu memperuntukan, apabila didapati bersalah, hendaklah membayar ganti rugi atau dipenjara atau kedua-duanya.
Penerangan diatas untuk memberi gambaran, sifat perundangan dan bidang kuasa hakim yang terikat dengan peruntukkan undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya..
Kisah kedua :
Masih ingat kisah seorang lelaki yang dijatuhi hukuman kerana mencuri susu tepung ? Berikut adalah keputusan penghakiman
ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki berusia 28 tahun mencuri satu tin susu tepung berharga RM64.90, mengundang padah setelah dia dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar, semalam. link
Penjelasan :
Sifat undang-undang adalah sama tidak kira dimana undang-undang itu dikuatkuasakan. Hakim hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya.
Kisah pertama dan kedua mempunyai persamaan dari sudut menjatuhkan hukuman, iaitu Keputusan hakim berpandukan kepada undang-undang yang diwartakan secara jelas pada isi kandungannya, walaupun, kisah antara keduanya dari dua buah negara yang berbeza. Pada Kedua-dua kisah itu, kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan hudud dan boleh dijatuhi hukuman hudud jika terbukti bersalah dan tidak wujud keraguan munasabah untuk mengenepikan pertuduhan bersalah. Akan tetapi, walaupun kesalahan yagn dilakukan kesalahan hudud, hukuman yang dikenakan keatas mereka adalah hukuman takzir mengikut peruntukan undang-undang yagn diwartakan. Sebab itu, Ambe boleh mengatakan bahawa kesalahan hudud boleh ditakzirkan dan ianya tidak bersalahan dengan pandangan syarak dalam masalah jenayah mencuri.
Untuk mendapat gambar lebih lanjut, kita akan rujuk kisah kedua.
Bagi kisah kedua itu, suspek itu telah dibicarakan dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan dibawah Seksyen 380 iaitu Mencuri dalam rumah kediaman,dsb. Dibawah seksyen ini menyebut
'Barang siapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahuan, iaitu bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI SEPULUH TAHUN, DAN BOLEH JUGA DIKENAKAN DENDA, DAN BAGI KESALAHAN KALI KEDUA ATAU YANG KEMUDIAN HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA DAN BOLEHLAH JUGA DIKENAKAN DENDA ATAU SEBAT.'
Mencuri adalah kesalahan hudud sepertimana yang diketahui. Manakakala, hukuman atau seksaan pada Seksyen 380 Akta 574 adalah hukuman takzir iaitu penjara dan denda. Kesalahan berulang kali keduanya, masih lagi seksaan atau hukuman adalah hukumann takzir iaitu penjara atau denda dan diberatkan lagi hukuman dengan sebatan1.
Jika diandaikan, kisah pertama atau kedua diatas, dibicarakan dibawah Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas dibawah Seksyen 20 Hukuman Kerana Melakukan Sariqah yang menyebut bahawa " Sesiapa yang melakukan sariqah, melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 20, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
(a) BAGI KESALAHAN PERTAMA DENGAN DIPOTONGKAN TANGAN KANANNYA ;
(b) BAGI KESALAHAN YANG KEDUA DENGAN DIPOTONGKANKAKI KIRINYA; dan
(c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang munasabah di atas pertimbangan dan budi bicara Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan menyesal."
Mencuri adalah kesalahan hudud sepertimana yagn diketahui. Dan hukumannya atau seksaan pada Seksyen 20 Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas adalah hukuman hudud iaitu potong anggota tangan bagi kesalahan pertama dan dipotong kaki bagi kesalahan berikut seterusnya dipenjarakan dimana hukuman penjara adalah hukuman takzir.
Setiap kesalahan hendaklah dibuktikan sebagai satu kesalahan. Setiap pengakuan bersalah kerana melakukan jenayah hendaklah dinyatakan sebagai satu kesalahan.
Jika kedua-dua kisah diatas, telah dibuktikan telah melakukan satu kesalahan, maka, tertuduh akan dikenakan denda atau penjara apabila didakwa dibawah Seksyen 380 Akta Kanun Keseksaan.
JIka kedua-dua kisah diatas, telah dibuktikan telah melakukan satu kesalah, maka, tertuduh akan dikenakan potong tangan apabila didakwa dibawah Seksyen 20 Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas.
Oleh kerana, wujud keraguan munsabah, dimana kesalahan mencuri itu dilakukan kerana sebab-sebab keperluan asasi bagi tertuduh, maka, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, tertuduh tidak dikenakan hudud atas sebab seperti yang terkandung didalam Seksyen 21 iaitu salah satu nya "(a) Apabila nilai harta yang dicuri itu kurang daripada nisab2;"
Persoalannya:
Apakah bentuk seksaan atau hukuman bagi tertuduh itu apabila tidak dikenakan hudud ?.
Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas tidak menyatakan secara jelas hukuman takzirnya akibat wujud keraguan munasabah walaupun kesalahan yang dilakukan itu jelas sebagai satu kesalahan. Ini merupakan satu kelemahan yang wujud dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, dimana ianya yang perlu diperkemaskan.
Melainkan;
Adakah Seksyen 21 memberi maksud tertuduh itu perlu dibebaskan ?
Jika seksyen 21 memberi maskud, tertuduh perlu dibebaskan,itu menunjukkan tertuduh itu tidak melakukan kesalahan. Akibatnya, ianya telah melanggar prinsip undang-undang iaitu, "Setiap kesalahan hendaklah dibuktikan sebagai satu kesalahan. Setiap pengakuan bersalah kerana melakukan jenayah hendaklah dinyatakan sebagai satu kesalahan."
Sebab itu, dalam perbicaraan Nenek mencuri ubi, Hakim tetap menjatuhi hukuman keatas nenek itu, kerana nenek itu jelas mengaku mencuri ubi dengan menyatakan sebab dan mengapa ia nya mencuri. Satu kesalahan hendaklah dianggap sebagai satu kesalahan untuk mengelak konflik perundangan di masa akan datang. JIka nenek itu dibebaskan walaupun telah membuat pengakuan mencuri, maka, kes ini akan dijadikan rujukan dimasa akan datang, bahawa mencuri ubi atau mencuri apa-apa barangan setara nilai ubi, ianya bukan lagi satu kesalahan disisi undang-undang.
Jika seksyen 21 memberi maksud, tertuduh perlu dibebaskan, maka, setiap pernyataan seperti yagn terkandung didalam seksyen 21 itu, ianya boleh dijadikan 'senjata' bagi pihak tertuduh untuk membebaskan diri.
Malah, pada seksyen 21 itu juga, terdapat sub seksyen seperti mengelakkan seseorang itu mencuri dari seseorang yang ada hutang denganya iaitu "(h) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang ke atas harta orang yang berhutang yang enggan membayar hutang itu;".
Pandangan ambe diatas telah menunjukkan bahawa Seskyen 20 didalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dan diteliti.
Bagaimana pula keadaan dengan Seksyen 380 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan ?
Apabila membaca petikan artikel dibawah ini yang dipetik dari Tranungkite,
"Ternyata luahan seorang pegawai penjara kepada saya sebelum ini bahawa sistem penjara Malaysia sekarang ini menyebabkan ada banduan sampai 20 kali masuk penjara, purata banduan masuk penjara 5 ke 6 kali adalah benar.
Tidak seperti masa dia mula kerja penjara dulu, penjenayah berulang masuk hampir tiada. Banduan sekarang mewah makan, tidak boleh dijentik pun dengan slogan PENJARA SEJAHTERA. Tak tahulah apa Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat bahaskan di Parlimen, mereka semua tak kisah perkara ini atau terlalu sibuk berpolitik agaknya."
Kita akan dapati, Seksyen 380 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan, juga mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki. Dari Artikel di atas, kisah banduan yang berulang kali masuk penjara, menunjukkan, Seksyen 380 tidak mempunyai hukuman yang dapat menghalang atau mencegah seseorang itu dari mengulangi jenayah yang sama.
Untuk mencegah atau menghalang, maka, pada undang-undang itu perlu seksaan yang ada hukuman maksimum atau mandatori atau had, jika seseorang itu masih mengulangi jenayah yang sama. Perkataan "mencegah" atau "menghalang" itu telah membawa maksud kepada definasi Hudud. Hudud adalah perkataan jamak bagi Had-had.
Disebabkan indeks jenayah yang tidak berubah, malah semakin meningkat, PAS begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukuman maksimum atau mandatori atau Hudud. Walaupun PAS begitu bodoh dalam percaturan politik, sehingga boleh dijerat oleh permainan UMNO, PAS tetap konsisten dengan cerita hududnya. Apabila PAS membaca cerita hudud, seperti PAS begitu arif dan bijaksana dalam cerita hudud, namun, hasilnya, PAS tetap kelihatan bodoh dalam cerita hudud. Pelbagai kritikan terhadap PAS, tidak membawa apa-apa perubahan positif dalam cerita hudud mahupun dalam percaturan politik. Sesuai dengan satu posting dari forumer yang berbunyi "PAS terlalu bodoh untuk dikritik".
Berbalik pada penerangan 2 jenis Perundangan, kelemahan yang ada boleh diperbaiki apabila kedua-duanya digabungkan.
Dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas memerlukan hukuman takzir, manakala dalam Akta 574 Kanun Keseksaan memerlukan hukuman hudud.
Untuk memudahkan pindaan pada perundangan didalam Perlembagaan Malaysia, tanpa lagi dihalangi oleh perkara 4 dan Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah atau lain-lain perkara yang berkaitan, pihak berkenaan hendaklah meminda Seksyen-seksyen (kesalahan menyerupai dan sama dengan kesalahan Hudud seperti kesalahan mencuri ) di dalam Akta 574 Kanun Keseksaan. Pindaan yang dibuat itu hendaklah memasukkan hukuman HUDUD kedalam Seksyen-seksyen yang berkenaan. Dengan itu, kedua-dua Undang-undang telah digabungkan, dimana , pada undang-undang itu ada peruntukkan hukuman takzir dan juga hukuman hudud.
Bagaimana bentuk gabungan yang dimaksudkan itu ?
Seskyen 378 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan menjelaskan apa itu yang dikatakan jenayah mencuri. Jenayah mencuri adalah jenayah hudud dimana seksaan atau hukuman bagi jenayah tersebut adalan potong tangan, tetapi didalam Seksyen 379 didalam Akta 574 , Seksaan atau Hukuman bagi kesalahan mencuri yang sebutkan didalamnya hanyalah hukuman takzir iaitu penjara atau denda atau sebat* atau kedua-duanya.
Berikut adalah bentuk undang-undang yang terkandung didalam Seksyen 379.
"Barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selaam tempoh boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian bolehlah dipenjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.".
dimana Had-had nya untuk mencegah dan menghalang penjenayah ? Cukup kah sekadar sebatan* ? Jika selepas sebatan* itu , penjenayah masih mengulangi jenayah selepas menjalani hukuman, apakah bentuk hukuman seterusnya ?
Persoalan ini menjadi sebab musabab untuk pihak berkenaan seperti PAS mahu melaksanakan hukuman hudud iaitu potong tangan bagi kesalahan mencuri.
Maka, ambe berpandangan, gabungan antara dua perundangan, dapat melenyapkan segala bentuk polemik atau persoalan-persoalan sinis yang mahu mengagalkan usaha pelaksanaan hudud. Malah, gabungan antara keduanya dapat memberi kefahaman kepada semua masyarakat termasuk non muslim.
Bagaimana bentuk gabungan yang ambe maksudkan itu ?
Pada Seksyen 379 Seksaan Kesalahan Mencuri, hanya perlu memasukkan 'hukuman hudud' selepas 'hukuman takzir'nya. Seperti dibawah
"Barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara** selama tempoh boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda**, atau dengan kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian bolehlah dipenjara dan bolehlah juga dikenakan denda2 atau sebat atau potong tangan***."
Potong Tangan itu menunjukkan Hukuman Hudud bagi kesalahan mencuri.
Maka, dalam Seksyen 379 telah mengabungkan hukuman takzir dan hudud.
Bagaimana penceritaannya apabila melibatkan jenayah curi kerana lapar atau miskin ?
Apabila seseorang yang ditangkap mencuri buat kali pertama, dan motifnya kerana lapar atau miskin, kesalahan tetap sebagai satu kesalahan, dan apabila didakwa, jika didapati bersalah dengan ada keraguan munsabah itu, maka, tertuduh itu akan dihukum dengan hukuman penjara atau denda iaitu hukuman takzir. Sila Rujuk Kisah Pertama diatas.
Jika diulangi kesalahan itu, atas alasan sama, maka, hukuman tetap sama dikenakan dan hakim boleh memberi amaran kepada tertuduh. Jika masih mengulangi kesalahan dengan alasan sama pada kali ke 3 atau 4, hukuman tetap sama dikenakan, dan hakim boleh memberi amaran terakhir dan perlu dipersetujui oleh tertuduh sebagai janji tidak mengulangi jenayah itu. Jika mengulangi kembali kesalahan sama di masa akan datang, tertuduh perlu bersetuju dan bersedia untuk mejalani hukuman hudud iaitu potong tangan jika memungkiri janji.
Maka, dalam cerita itu, sedikit sebanyak memberi gambaran, bagaimana undang-undang memberi peluang kepada tertuduh untuk bertaubat. Amaran yang diberikan kepada tertuduh sebagai satu bentuk pendidikan, sebab dan akibat hasil dari perbuatan diri sendiri akan menanggung akibatnya. Begini cara Islam mendidik kan. Iaitu memberi peluang kepada manusia untuk merubah dan bertaubat.
Begitulan serba sedikit pandangan yang daif ini. Jika ada kesilapan dalam penjelasan dan penerangan, teguran dari pihak yang lebih arif amat dialu-alukan. Sebarang teguran atas kesilapan yang berlaku, bolehlah di emailkan kepada sp4n4r@gmail.com.
Pandangan ini MUNGKIN tidak sesuai untuk pembaca yang datang dari background perundangan apabila dapat mengesan kesilapan.
footnote:
*. Sebatan Konvesional dikenakan pada punggong boleh dianggap sebagai hukuman takzir. Sebatan Hudud sebatan sebagaimana yang dikehendai syarak.
**. Bentuk hukuman takzir
***. Hukuman Hudud
Thursday, May 22, 2014
Perbandingan di antara perundangan melibatkan jenayah.
Selepas malaysia merdeka dari penjajah british, malaysia telah mempunyai 2 jenis perundangan jenayah, iaitu perundangan jenayah Islam dan Perundangan jenayah sivil atau dikenali sebagai Perundangan konvesional yang di copy paste sebahagiannya dari perundangan Britain. Jika dibandingkan antara perundangan jenayah Islam dengan perundangan konvensional, takde beza dari segi jenis kesalahan jenayah. Didalam perundangan jenayah Islam, ada disebutkan kesalahan mencuri. Begitu juga dengan perundangan konvesional, juga ada menyebut kesalahan mencuri. Jika dalam perundangan jenayah islam, ada disebut kesalahan sumbang mahram. Begitu juga dengan perundangan konvesional, juga ada menyebut kesalahan sumbang mahram. Dan banyak lagi jenis kesalahan yang sama diantara perundangan Jenayah islam dan Perundangan Jenayah sivil/konvensional. Didalam perundangan Jenayah Islam, ada kesalahan melacur, manakala dalam perundangan konvesional, hampir sama tajuknya kesalahan tersebut.
Perbandingan antara perundangan jenayah yang disebutkan secara umum ini hendaklah dirujuk kepada Akta 559 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 dan Akta 574 KANUN KESEKSAAN. Didalam Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan mempunyai persamaan dengan Enakmen Jenayah Syariah Negeri. Susunan Akta 599, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri hampir menyerupai antara satu sama lain. Pembahagiaan jenis-jenis kesalahan dilihat disusun secara teratur dan sistematik.
Sebelum melangkah jauh membicarakan perbandingan antara perundangan, terlebih dahulu, hendaklah pembaca memahami terlebih dahulu istilah, maksud dan pengertian HUDUD dan TAKZIR.
Secara ringkasnya, Hudud adalah jenis-jenis kesalahan dan jenis hukuman-hukuman yang ada dinyatakan secara jelas didalam alquran dan hadis. Manakala Takzir adalah jenis-jenis kesalahan dan jenis-jenis hukuman yang tidak disebut dan dinyatakan secara jelas didalam alquran dan hadis. Untuk penjelasan lanjut perbezaan antara hudud dan takzir, boleh dirujuk artikel yang bertajuk "FAQ HUDUD" . Dari artikel tersebut, diringkaskan, hudud dikenali sebagai Hukuman Mandatory ( The Mandatory Punisment ) dan Takzir sebagai Hukuman yang lain daripada Hukuman Hudud dan Qisas (any other was not covered by Hudud and Qisas ). Dengan lain maksud, takzir juga adalah jenis kesalahan jenayah yagn disepakati oleh penguasa atau pemerintah sebagai satu jenayah.
Kesalahan hudud yang jelas disebutkan didalam alquran dan hadis adalah seperti, mencuri, merompak, berzina,qazaf, murtad dan minum arak. Mana-mana kesalahan yang tidak dsebut didalam alquran dan hadis adalah termasuk dalam kategori kesalahan takzir seperti melacur, menculik, memperdagangkan manusia, rogol, sumbang mahram, liwat, pemerasan ugut, rasuah dan sebagainya.
Penerangan ringkas diatas perlu difahami terlebih dahulu untuk melihat perbezaan diantara 2 perundangan.
Selepas Pas merangka Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas dan mewartakannya, secara umumnya, Malaysia mempunyai 3 jenis perundangan Jenayah yang berbeza, iaitu Akta 559 ( termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ), Akta 574 Kanun Keseksaan ( Persekutuan ) dan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terenganu dan Kelantan sahaja - secara khusus ). Walaupun begitu, ada beberapa jenis kesalahan yang mempunyai persamaan. Perbezaan paling ketara antara 3 jenis perundangan tersebut adalah jenis hukuman-hukuman. Hukuman didalam Akta 559, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri merupakan hukuman takzir sahaja dan tidak mempunyai hukuman hudud, walaupun, terdapat jenis kesalahan Hudud didalam Akta 559, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri merupakan kesalahan hudud. Sebagai contoh, didalam Akta 574, kesalahan mencuri merupakan kesalahan hudud, tetapi hukumannya adalah hukuman takzir. Manakala didalam Akta 559, kesalahan Persetubuhan Luar Nikah ( berzina ) merupakan kesalahan hudud tetapi hukumannya adalah takzir dan ianya terikat dengan formula atau hukuman 356, terikat dibawah Akta 355 akta Mahkamah Syariah 1965.
Di perenggan kedua ada menyebut bahawa Pembahagian jenis-jenis kesalahan didalam Akta 559 ( termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ), Akta 574 Kanun Keseksaan ( Persekutuan ), dilihat lebih tersusun dan teratur serta sistematik. Secara peribadinya, ambe berpandangan, Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu dan Kelantan ), pembahagian jenis-jenis kesalahan didalamnya tidak tersusun dan tidak teratur dan mengelirukan serta tidak khusus. Didalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, pada bahagian zina sebagai tajuknya, dibawah nya diletakkan kesalahan-kesalahan seperti zina, liwat dan zina mahram. Sedangkan tajuk ZINA itu, adalah tajuk khusus yang mengambarkan perhubungan kelamin antara lelaki dah perempuan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan. Sedangkan jenayah liwat pula melibatkan dan mengambarkan hubungan kelamin antara pasangan sama jenis tetapi diletak dibawah tajuk ZINA.
Jika dilihat didalam Akta 559 atau Enakmen Jenayah Syariah Negeri, pembahagian tajuknya, mengunakan tajuk yang bersifat umum, seperti tajuk "KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN", kemudian baru lah dikhususkan jenis kesalahan dibawah tajuk tersebut.
JIka dilihat didalam Akta 574 Kanun Keseksaan, pembahagian tajuknya, juga menggunakan tajuk yang bersifat umum, seperti tajuk "KESALAHAN-KESALAHAN MENGENAI TUBUH MANUSIA", kemudian disenaraikan secara khusus jenis kesalahan dibawah tajuk tersebut seperti kesalahan melacur, liwat, sumbang mahram dan lain-lain.

Hal yang disebutkan diatas telah memberi sedikit gambaran perbandingan antara perundangan-perundangan yang ada di Malaysia. Akta 559 Termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ( kecuali Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ) mempunyai susunan yang teratur dan sistematik. Begitu juga dengan Akta 574 Kanun Keseksaan. tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas.
Untuk melihat gambaran yang jelas, perbandingan diantara perundangan, sila rujuk lampiran gambar dibawah.
1. Akta 559
2. Akta 574
3. Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu )
4. Enakmen Jenayah Syariah Takzir ( Terengganu )
Akta 574 Kanun Keseksaan, Akta 559 Enakmen Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan ), Enakmen Jenayah Syariah Takzir ( Terengganu ) lebih sistematik jika dibandingkan dengan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu ).
Subscribe to:
Posts (Atom)