Saturday, June 14, 2014

Kanun Keseksaan vs Enakmen Jenayah Syariah Hudud Qisas

Untuk membaca pandangan ini lebih lanjut, terlebih dahulu, pembaca hendaklah membaca artikel ini terlebih dahulu.

Dalam Kanun Keseksaan mempunyai jenis kesalahan-kesalahan hudud dimana hukuman adalah hukuman takzir. Dalam  kanun ini juga mempunyai jenis kesalahan-kesalahan takzir dimana hukumannya masih hukuman takzir.

Dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas mempunyai jenis kesalahan-kesalahan hudud dimana hukumannya adalah hukuman hudud. Dalam enakmen ini hukuman takzir adalah hukuman yang terakhir bagi kesalahan berulang.

Ambe berpandangan bahawa sesuatu undang-undang itu harus mempunyai hukuman takzir dan juga hukuman hudud secara serentak didalam satu jenis kesalahan takzir atau hudud. Ambe juga berpandangan bahawa pada sesuatu undang-undang (samada kesalahan takzir atau kesalahan hudud ) itu harus disusun dan didahulukan dengan hukuman takzir kemudian diikuti hukuman hudud. Ambe pernah berpandangan bahwa kesalahan hudud boleh ditakzirkan (hukuman takzir) jika wujud keraguan munasabah, walaupun hukuman asalnya adalah hukuman hudud. Manakala, bagi kesalahan takzir boleh dihududkan jika diqiaskan dengan kesalahan hudud dan hukumannya, walaupun hukuman asalnya adalah hukuman takzir.

Mungkin ada yang tidak faham, tidak nampak gambaran dan maksud yang Ambe cuba sampaikan. Jadi, Ambe membawa berberapa contoh untuk memberi gambaran dan maksud yang ingin disampaikan.

Kisah  pertama :
 
Masih ingat kisah perbicaraan yang berlaku di Indonesia ? Masih ingat bagaimana kebijaksanaan hakim bernama Marzuki menjatuhkan hukuman ? Kisah seorang nenek yang mencuri ubi kerana untuk mengisi perut ahli keluarganya dengan menyatakan sebab-sebab kenapa nenek itu berbuat sedemikian. Berikut adalah keputusan penghakiman.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Kata Hakim Marzuki.

Penjelasan :

Keputusan yang dibuat oleh hakim berpandukan kepada undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya. Hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman diluar peruntukkan undang-undang yang diwartakan atau tidak jelas akan isi kandungannya. Mungkin peruntukan undang-undang itu memperuntukan, apabila didapati bersalah, hendaklah membayar ganti rugi atau dipenjara atau kedua-duanya.

Penerangan diatas untuk memberi gambaran, sifat perundangan dan bidang kuasa hakim yang terikat dengan peruntukkan undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya..

Kisah kedua :

Masih ingat kisah seorang lelaki yang dijatuhi hukuman kerana mencuri susu tepung ? Berikut adalah keputusan penghakiman  
ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki berusia 28 tahun mencuri satu tin susu tepung berharga RM64.90, mengundang padah setelah dia dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar, semalam.  link

Penjelasan  :

Sifat undang-undang adalah sama tidak kira dimana undang-undang itu dikuatkuasakan. Hakim hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya.


Kisah pertama dan kedua mempunyai persamaan dari sudut menjatuhkan hukuman, iaitu Keputusan hakim berpandukan kepada undang-undang yang diwartakan secara jelas pada isi kandungannya, walaupun, kisah antara keduanya dari dua buah negara yang berbeza. Pada Kedua-dua kisah itu, kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan hudud dan boleh dijatuhi hukuman hudud jika terbukti bersalah dan tidak wujud keraguan munasabah untuk mengenepikan pertuduhan bersalah. Akan tetapi, walaupun kesalahan yagn dilakukan kesalahan hudud, hukuman yang dikenakan keatas mereka adalah hukuman takzir mengikut peruntukan undang-undang yagn diwartakan. Sebab itu, Ambe boleh mengatakan bahawa kesalahan hudud boleh ditakzirkan dan ianya tidak bersalahan dengan pandangan syarak dalam masalah jenayah mencuri.

Untuk mendapat gambar lebih lanjut, kita akan rujuk kisah kedua.

Bagi kisah kedua itu, suspek itu telah dibicarakan dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan dibawah Seksyen 380 iaitu Mencuri dalam rumah kediaman,dsb. Dibawah seksyen ini menyebut 

'Barang siapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahuan, iaitu bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI SEPULUH TAHUN, DAN BOLEH JUGA DIKENAKAN DENDA, DAN BAGI KESALAHAN KALI KEDUA ATAU YANG KEMUDIAN HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA DAN BOLEHLAH JUGA DIKENAKAN DENDA ATAU SEBAT.'

Mencuri adalah kesalahan hudud sepertimana yang diketahui. Manakakala, hukuman  atau seksaan pada Seksyen 380 Akta 574 adalah hukuman takzir iaitu penjara dan denda. Kesalahan berulang kali keduanya, masih lagi seksaan atau hukuman adalah hukumann takzir iaitu  penjara atau denda dan diberatkan lagi hukuman dengan sebatan1.

Jika diandaikan, kisah pertama atau kedua diatas, dibicarakan dibawah Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas dibawah Seksyen 20 Hukuman Kerana Melakukan Sariqah yang menyebut bahawa  " Sesiapa yang melakukan sariqah, melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 20, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
    (a) BAGI KESALAHAN PERTAMA DENGAN DIPOTONGKAN TANGAN KANANNYA ;

    (b) BAGI KESALAHAN YANG KEDUA DENGAN DIPOTONGKANKAKI KIRINYA; dan

    (c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang munasabah di atas pertimbangan dan budi bicara Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan menyesal."

Mencuri adalah kesalahan hudud sepertimana yagn diketahui. Dan hukumannya atau seksaan pada Seksyen 20 Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas adalah hukuman hudud iaitu potong anggota tangan bagi kesalahan pertama dan dipotong kaki bagi kesalahan berikut seterusnya dipenjarakan dimana hukuman penjara adalah hukuman takzir.

Setiap kesalahan hendaklah dibuktikan sebagai satu kesalahan. Setiap pengakuan bersalah kerana melakukan jenayah hendaklah dinyatakan sebagai satu kesalahan.

Jika kedua-dua kisah diatas, telah dibuktikan telah melakukan satu kesalahan, maka, tertuduh akan dikenakan denda atau penjara apabila didakwa dibawah Seksyen 380 Akta Kanun Keseksaan.

JIka kedua-dua kisah diatas, telah dibuktikan telah melakukan satu kesalah, maka, tertuduh akan dikenakan potong tangan apabila didakwa dibawah Seksyen 20 Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas.

Oleh kerana, wujud keraguan munsabah, dimana kesalahan mencuri itu dilakukan kerana sebab-sebab keperluan asasi bagi tertuduh, maka, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, tertuduh tidak dikenakan hudud atas sebab seperti yang terkandung didalam Seksyen 21 iaitu salah satu nya "(a) Apabila nilai harta yang dicuri itu kurang daripada nisab2;"

Persoalannya:
Apakah bentuk seksaan atau hukuman bagi tertuduh itu apabila tidak dikenakan hudud ?.

Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas tidak menyatakan secara jelas hukuman takzirnya akibat wujud keraguan munasabah walaupun kesalahan yang dilakukan itu jelas sebagai satu kesalahan. Ini merupakan satu kelemahan yang wujud dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, dimana ianya yang perlu diperkemaskan.

Melainkan;
Adakah Seksyen 21 memberi maksud tertuduh itu perlu dibebaskan ?

Jika seksyen 21 memberi maskud, tertuduh perlu dibebaskan,itu menunjukkan tertuduh itu tidak melakukan kesalahan. Akibatnya,  ianya telah melanggar prinsip undang-undang iaitu, "Setiap kesalahan hendaklah dibuktikan sebagai satu kesalahan. Setiap pengakuan bersalah kerana melakukan jenayah hendaklah dinyatakan sebagai satu kesalahan."

Sebab itu, dalam perbicaraan Nenek mencuri ubi, Hakim tetap menjatuhi hukuman keatas nenek itu, kerana nenek itu jelas mengaku mencuri ubi dengan menyatakan sebab dan mengapa ia nya mencuri. Satu kesalahan hendaklah dianggap sebagai satu kesalahan untuk mengelak konflik perundangan di masa akan datang. JIka nenek itu dibebaskan walaupun telah membuat pengakuan mencuri, maka, kes ini akan dijadikan rujukan dimasa akan datang, bahawa mencuri ubi atau mencuri apa-apa barangan setara nilai ubi, ianya bukan lagi satu kesalahan disisi undang-undang.

Jika seksyen 21 memberi maksud, tertuduh perlu dibebaskan, maka, setiap pernyataan seperti yagn terkandung didalam seksyen 21 itu, ianya boleh  dijadikan 'senjata' bagi pihak tertuduh untuk membebaskan diri.

Malah, pada seksyen 21 itu juga, terdapat sub seksyen seperti mengelakkan seseorang itu mencuri dari seseorang yang ada hutang denganya iaitu "(h) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang ke atas harta orang yang berhutang yang enggan membayar hutang itu;".

Pandangan ambe diatas telah menunjukkan bahawa Seskyen 20 didalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dan diteliti.

Bagaimana pula keadaan dengan Seksyen 380 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan ?

Apabila membaca petikan artikel dibawah ini yang dipetik dari Tranungkite,
"Ternyata luahan seorang pegawai penjara kepada saya sebelum ini bahawa sistem penjara Malaysia sekarang ini menyebabkan ada banduan sampai 20 kali masuk penjara, purata banduan masuk penjara 5 ke 6 kali adalah benar.

Tidak seperti masa dia mula kerja penjara dulu, penjenayah berulang masuk hampir tiada. Banduan sekarang mewah makan, tidak boleh dijentik pun dengan slogan PENJARA SEJAHTERA. Tak tahulah apa Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat bahaskan di Parlimen, mereka semua tak kisah perkara ini atau terlalu sibuk berpolitik agaknya."

Kita akan dapati, Seksyen 380 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan, juga mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki. Dari Artikel di atas, kisah banduan yang berulang kali masuk penjara, menunjukkan, Seksyen  380 tidak mempunyai hukuman yang dapat menghalang atau mencegah seseorang itu dari mengulangi jenayah yang sama.

Untuk mencegah atau menghalang, maka, pada undang-undang itu perlu seksaan yang ada hukuman maksimum atau mandatori atau had, jika seseorang itu masih mengulangi jenayah yang sama. Perkataan "mencegah" atau "menghalang" itu telah membawa maksud kepada definasi Hudud. Hudud adalah perkataan jamak bagi Had-had.

Disebabkan indeks jenayah yang tidak berubah, malah semakin meningkat, PAS begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukuman maksimum atau mandatori atau Hudud. Walaupun PAS begitu bodoh dalam percaturan politik, sehingga boleh dijerat oleh permainan UMNO, PAS tetap konsisten dengan cerita hududnya. Apabila PAS membaca cerita hudud, seperti PAS begitu arif dan bijaksana dalam cerita hudud, namun, hasilnya, PAS tetap kelihatan bodoh dalam cerita hudud. Pelbagai kritikan terhadap PAS, tidak membawa apa-apa perubahan positif dalam cerita hudud mahupun dalam percaturan politik. Sesuai dengan satu posting dari forumer yang berbunyi "PAS terlalu bodoh untuk dikritik".

Berbalik pada penerangan 2 jenis Perundangan, kelemahan yang ada boleh diperbaiki apabila kedua-duanya digabungkan.
Dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas memerlukan hukuman takzir, manakala dalam Akta 574 Kanun Keseksaan memerlukan hukuman hudud.

Untuk memudahkan pindaan pada perundangan didalam Perlembagaan Malaysia, tanpa lagi dihalangi oleh perkara 4 dan Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah atau lain-lain perkara yang berkaitan, pihak berkenaan hendaklah meminda Seksyen-seksyen (kesalahan menyerupai dan sama dengan kesalahan Hudud seperti kesalahan mencuri ) di dalam Akta 574 Kanun Keseksaan. Pindaan yang dibuat itu hendaklah memasukkan hukuman HUDUD kedalam Seksyen-seksyen yang berkenaan. Dengan itu, kedua-dua Undang-undang telah digabungkan, dimana , pada undang-undang itu ada peruntukkan hukuman takzir dan juga hukuman hudud.

Bagaimana bentuk gabungan yang dimaksudkan itu ?

Seskyen 378 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan menjelaskan apa itu yang dikatakan jenayah mencuri. Jenayah mencuri adalah jenayah hudud dimana seksaan atau hukuman bagi jenayah tersebut adalan potong tangan, tetapi didalam Seksyen 379 didalam Akta 574 , Seksaan atau Hukuman bagi kesalahan mencuri yang sebutkan didalamnya hanyalah hukuman takzir iaitu penjara atau denda atau sebat* atau kedua-duanya.

Berikut adalah bentuk undang-undang yang terkandung didalam Seksyen 379.
"Barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selaam tempoh boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian bolehlah dipenjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.".

dimana Had-had nya untuk mencegah dan menghalang penjenayah ? Cukup kah sekadar sebatan* ? Jika selepas sebatan* itu , penjenayah masih mengulangi jenayah selepas menjalani hukuman, apakah bentuk hukuman seterusnya ?

Persoalan ini menjadi sebab musabab untuk pihak berkenaan seperti PAS mahu melaksanakan hukuman hudud iaitu potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Maka, ambe berpandangan, gabungan antara dua perundangan, dapat melenyapkan segala bentuk polemik atau persoalan-persoalan sinis yang mahu mengagalkan usaha pelaksanaan hudud. Malah, gabungan antara keduanya dapat memberi kefahaman kepada semua masyarakat termasuk non muslim.

Bagaimana bentuk gabungan yang ambe maksudkan itu ?

Pada Seksyen 379 Seksaan Kesalahan Mencuri, hanya perlu memasukkan 'hukuman hudud' selepas 'hukuman takzir'nya. Seperti dibawah
"Barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara** selama tempoh boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda**, atau dengan kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian bolehlah dipenjara dan bolehlah juga dikenakan denda2 atau sebat atau potong tangan***."

Potong Tangan itu menunjukkan Hukuman Hudud bagi kesalahan mencuri.
Maka, dalam Seksyen 379 telah mengabungkan hukuman takzir dan hudud.

Bagaimana penceritaannya apabila melibatkan jenayah curi kerana lapar atau miskin ?
Apabila seseorang yang ditangkap mencuri buat kali pertama, dan motifnya kerana lapar atau miskin, kesalahan tetap sebagai satu kesalahan, dan apabila didakwa, jika didapati bersalah dengan ada keraguan munsabah itu, maka, tertuduh itu akan dihukum dengan hukuman penjara atau denda iaitu hukuman takzir. Sila Rujuk Kisah Pertama diatas.

Jika diulangi kesalahan itu, atas alasan sama, maka, hukuman tetap sama dikenakan dan hakim boleh memberi amaran kepada tertuduh. Jika masih mengulangi kesalahan dengan alasan sama pada kali ke 3 atau 4, hukuman tetap sama dikenakan, dan hakim boleh memberi amaran terakhir dan perlu dipersetujui oleh tertuduh sebagai janji tidak mengulangi jenayah itu. Jika mengulangi kembali kesalahan sama di masa akan datang, tertuduh perlu bersetuju dan bersedia untuk mejalani hukuman hudud iaitu potong tangan jika memungkiri janji. 

Maka, dalam cerita itu, sedikit sebanyak memberi gambaran, bagaimana undang-undang memberi peluang kepada tertuduh untuk bertaubat. Amaran yang diberikan kepada tertuduh sebagai satu bentuk pendidikan, sebab dan akibat hasil dari perbuatan diri sendiri akan menanggung akibatnya. Begini cara Islam mendidik kan. Iaitu memberi peluang kepada manusia untuk merubah dan bertaubat.

Begitulan serba sedikit pandangan yang daif ini. Jika ada kesilapan dalam penjelasan dan penerangan, teguran dari pihak yang lebih arif amat dialu-alukan. Sebarang teguran atas kesilapan yang berlaku, bolehlah di emailkan kepada sp4n4r@gmail.com.

Pandangan ini MUNGKIN tidak sesuai untuk pembaca yang datang dari background perundangan apabila dapat mengesan kesilapan. 

 footnote:
*. Sebatan Konvesional dikenakan pada punggong boleh dianggap sebagai hukuman takzir. Sebatan Hudud sebatan sebagaimana yang dikehendai syarak.
**. Bentuk hukuman takzir
***. Hukuman Hudud



3 comments:

  1. persamaan qisas dengan kanun keseksaan pulak mcm mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Rujuk bahagian XVI - Kesalahan-kesalahan mengenai tubuh manusia.
      Rujuk sekysen 299 sehingga 338 dalam akta 574 Kanun Keseksaan

      Delete