Wednesday, November 19, 2014

Literal ( secara zahir ) versus Metafora ( secara kiasan )

Permainan bahasa untuk menguji kecerdasan akal. Kurang cerdas, pening ler jawab nya. Jika dibaca secara literal, melibatkan manusia sesama manusia, tiada perlu penjelasan panjang. Jika dibaca secara metafora melibatkan manusia sesama manusia, penjelasan panjang diperlukan untuk mereka yang kurang cerdas akalnya supaya menjadi orang berakal, kerana kecerdasan akal manusia berbeza antara satu sama lain.

Jika sesuatu ayat atau perkataan itu disampaikan dengan membawa maksud secara literal, melibatkan manusia dan Pencipta, maka, yang salah perlu diperbetulkan. Yang betul perlu diperelokkan lagi. JIka sesuatu ayat atau perkataan itu  disampaikan dengan membawa maksud secara metafora melibatkan manusia dengan Pencipta, maka, mereka(manusia) yang memahami secara salah perlu diperbetulkan. Jika mereka itu telah memahami sebagaimana yang dimaksudkan pada ayat atau perkataan itu, maka, perlu dipelbagaikan penjelasan supaya golongan yang kurang faham dapat mencari kefahaman dari pelbagai sumber penjelasan. Supaya dapat menghindarkan diri dari kesesatan, melainkan jika mereka pilih jalan kesesatan dengan mentakwil sesuatu ayat atau perkataan ke arah kesesatan.

Literal versus Metafora telah diperkatakan didalam alquran. Muhkamat versus Mutassyabihat. Rujuk surah Al Imran ayat 7.




bermaksud "Dialah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur´an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta´wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta´wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal"

Peringatan : Apabila melibatkan hubungan Manusia dengan Penciptanya, maka, sesuatu ayat literal pada awalnya akan dan boleh  bertukar menjadi sesuatu ayat metafora.


Pada ayat 10 dalam surah Al Fath yang bermaksud "Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar."


Jika difahami secara literal pada ayat 'tangan Allah', maka, memang Allah mempunyai tangan. Jika kefahaman itu menyamakan sifat tangan  yang ada pada manusia, maka, fahaman itu salah dan hendaklah dibetulkan kerana Allah Taala telah memperingatkan kita bahawa DiriNya tidak menyerupai sesuatu pun.

Rujuk Surah As Shura Ayat 11 [ Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.] dan Surah Al Ikhlas ayat 4 [ “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya ]. Oleh kerana 'tangan Allah' itu satu kiasan atau metafora, maka, ia memerlukan penjelasan yang lanjut, kerana itu ayat 11 dari As Shura dan ayat 4 dari Surah Al Ikhlas perlu diulang-ulang sentiasa supaya manusia memahami dan dapat membezakan antara literal dan metafora.


Jika difahami pula secara literal pada ayat 'tangan mereka', maka, memang mereka itu mempunyai tangan. Kerana 'mereka' disitu dirujuk kepada manusia. Semua faham tak perlu dipanjangkan. Mereka yang kurang cerdik pun boleh faham. Jika struktur ayat nya lain yang boleh dianggap sebagai metafora atau kiasan seperti 'nyawa mu ditangan aku', maka, kita perlu faham, bahawa mereka guna tangan mereka untuk membunuh.

Itu serba sedikit penjelasan setakat yang ambe faham.

Menyentuh isu sensitif yang melibatkan Sisten In Islam pada tulisan sekeping kad yang ditulis "We are all Allah's Children" , secara literalnya, ungkapan itu telah mengundang kemarahan banyak pihak memandangkan orang yang memegang sekeping kad itu adalah Zainah Anwar dimana, namanya seperti nama orang Islam dan berada dalam pertubuhan NGO yang menggunakan perkataan Islam.

Dalam hal ini, kita atau pihak yang boleh bersemuka dengan zainah,  perlu tanya pada Zainah sendiri apa maksud ungkapan pada kad tersebut. Sepatutnya Zainah sendiri yang menjelaskan maksudnya jika ungkapan itu bersifat metafora atau kiasan. Jika zainah berpendirian bahawa ungkapan itu begitu pada keadaannya secara literal, memang patut zainah itu dibambu supaya faham antara batas keimanan dan kesyirikan. Maka, tak perlu lah Khalid Samad anggap ungkapan itu satu metafora lalu khalid Samad menjadi jurucakap kepada Zainah ldan bersunguh-sungguh menjelaskan maksud disebalik ungkapan ""We are all Allah's Children". Melainkan Khalid Samad telah bersemuka dengan zainah untuk mengetahui maksud sebenar zainah menulis ungkapan sedemikian. Walupun begitu, Zainah sendiri yang perlu jelaskan jika ianya kiasan atau metafora.

Walau bagaimana pun, penjelasan Khalid Samad TETAP betul pada ilmu dan kefahamannya, yang bersifat ilmiah ,  kerana penjelasan sedemikian juga diperjelaskan oleh Dr Zakir Naik seperti di dalam link ini : https://www.youtube.com/watch?v=BKE60ZuWGJY




Penjelasan dari Khalid Samad sekadar satu penulisan kosong sahaja pada  orang yang bodoh lagi kurang memahami secara ilmiah.

Saturday, June 21, 2014

Penyokong PAS terlalu bebal untuk dicerdikkan.

Ambe mengikuti perbincangan mengenai hukuman hudud ke atas jenayah mencuri di satu thread yang bertajuk "keputusanku::-tangan dia mesti potong." 

Pembuka thread sungguh berhajat mahu menghukum pencuri dengan mengambil keputusan sendiri untuk menghukum pencuri itu. Malah pembuka thread memanjatkan hajatnya berdoa kepada Rabbul Jalil supaya pencuri itu terputus tangannya. Berikut screen capture hajat pembuka thread.



Hajat pembuka thread disanggah oleh beberapa forumer supaya pencuri itu dihukum dibawah bidang kuasa Pemerintah yang melaksanakan undang-undang Hudud. 

Kebebalan penyokong PAS semakin menyerlah, apabila mempertikaikan pandangan seorang forumer (nama_takde) yang memberi pandangan bahawa pencuri boleh terlepas dari dikenakan hudud sekiranya penguambela tertuduh dapat membuktikan bahawa pemilik harta dan barang itu gagal meletakkan harta ditempat yang lebih sesuai. Kemudian disanggah oleh pembuka thread. Sanggahan dari pembuka thread itu dibalas balik oleh forumer itu (nama_takde) dengan sedikit penjelasan. Berikut adalah screen capture forumer tersebut.


Penjelasan dari forumer itu (nama_takde) akhirnya disanggah pula oleh forumer lain (PUTIQ) dengan jawapan hingusan dan menuduh forumer nama_takde sebagai jahil. Berikut adalah screen capture tuduhan liar forumer PUTIQ.



Akhirnya disanggah lagi oleh forumer nama_takde dengan pandangan logik akal yang mana ambe lihat, pandangannya itu bersandarkan kepada Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas pada Seksyen 21. Akhirnya tidak dapat dibalas dengan hujah logik akal oleh forumer PUTIQ.  Berikut adalah screen capture pandangan logik akal forumer nama_takde.








Dari perbincangan itu, jelas dan ketara, betapa penyokong PAS terlalu bebal untuk dicerdikkan. Malah, mereka  mempertikaikan isi kandungan yang terdapat didalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas tanpa mereka sedari.




Saturday, June 14, 2014

Kanun Keseksaan vs Enakmen Jenayah Syariah Hudud Qisas

Untuk membaca pandangan ini lebih lanjut, terlebih dahulu, pembaca hendaklah membaca artikel ini terlebih dahulu.

Dalam Kanun Keseksaan mempunyai jenis kesalahan-kesalahan hudud dimana hukuman adalah hukuman takzir. Dalam  kanun ini juga mempunyai jenis kesalahan-kesalahan takzir dimana hukumannya masih hukuman takzir.

Dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas mempunyai jenis kesalahan-kesalahan hudud dimana hukumannya adalah hukuman hudud. Dalam enakmen ini hukuman takzir adalah hukuman yang terakhir bagi kesalahan berulang.

Ambe berpandangan bahawa sesuatu undang-undang itu harus mempunyai hukuman takzir dan juga hukuman hudud secara serentak didalam satu jenis kesalahan takzir atau hudud. Ambe juga berpandangan bahawa pada sesuatu undang-undang (samada kesalahan takzir atau kesalahan hudud ) itu harus disusun dan didahulukan dengan hukuman takzir kemudian diikuti hukuman hudud. Ambe pernah berpandangan bahwa kesalahan hudud boleh ditakzirkan (hukuman takzir) jika wujud keraguan munasabah, walaupun hukuman asalnya adalah hukuman hudud. Manakala, bagi kesalahan takzir boleh dihududkan jika diqiaskan dengan kesalahan hudud dan hukumannya, walaupun hukuman asalnya adalah hukuman takzir.

Mungkin ada yang tidak faham, tidak nampak gambaran dan maksud yang Ambe cuba sampaikan. Jadi, Ambe membawa berberapa contoh untuk memberi gambaran dan maksud yang ingin disampaikan.

Kisah  pertama :
 
Masih ingat kisah perbicaraan yang berlaku di Indonesia ? Masih ingat bagaimana kebijaksanaan hakim bernama Marzuki menjatuhkan hukuman ? Kisah seorang nenek yang mencuri ubi kerana untuk mengisi perut ahli keluarganya dengan menyatakan sebab-sebab kenapa nenek itu berbuat sedemikian. Berikut adalah keputusan penghakiman.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Kata Hakim Marzuki.

Penjelasan :

Keputusan yang dibuat oleh hakim berpandukan kepada undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya. Hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman diluar peruntukkan undang-undang yang diwartakan atau tidak jelas akan isi kandungannya. Mungkin peruntukan undang-undang itu memperuntukan, apabila didapati bersalah, hendaklah membayar ganti rugi atau dipenjara atau kedua-duanya.

Penerangan diatas untuk memberi gambaran, sifat perundangan dan bidang kuasa hakim yang terikat dengan peruntukkan undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya..

Kisah kedua :

Masih ingat kisah seorang lelaki yang dijatuhi hukuman kerana mencuri susu tepung ? Berikut adalah keputusan penghakiman  
ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki berusia 28 tahun mencuri satu tin susu tepung berharga RM64.90, mengundang padah setelah dia dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar, semalam.  link

Penjelasan  :

Sifat undang-undang adalah sama tidak kira dimana undang-undang itu dikuatkuasakan. Hakim hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang diwartakan secara jelas akan isi kandungannya.


Kisah pertama dan kedua mempunyai persamaan dari sudut menjatuhkan hukuman, iaitu Keputusan hakim berpandukan kepada undang-undang yang diwartakan secara jelas pada isi kandungannya, walaupun, kisah antara keduanya dari dua buah negara yang berbeza. Pada Kedua-dua kisah itu, kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan hudud dan boleh dijatuhi hukuman hudud jika terbukti bersalah dan tidak wujud keraguan munasabah untuk mengenepikan pertuduhan bersalah. Akan tetapi, walaupun kesalahan yagn dilakukan kesalahan hudud, hukuman yang dikenakan keatas mereka adalah hukuman takzir mengikut peruntukan undang-undang yagn diwartakan. Sebab itu, Ambe boleh mengatakan bahawa kesalahan hudud boleh ditakzirkan dan ianya tidak bersalahan dengan pandangan syarak dalam masalah jenayah mencuri.

Untuk mendapat gambar lebih lanjut, kita akan rujuk kisah kedua.

Bagi kisah kedua itu, suspek itu telah dibicarakan dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan dibawah Seksyen 380 iaitu Mencuri dalam rumah kediaman,dsb. Dibawah seksyen ini menyebut 

'Barang siapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahuan, iaitu bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI SEPULUH TAHUN, DAN BOLEH JUGA DIKENAKAN DENDA, DAN BAGI KESALAHAN KALI KEDUA ATAU YANG KEMUDIAN HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA DAN BOLEHLAH JUGA DIKENAKAN DENDA ATAU SEBAT.'

Mencuri adalah kesalahan hudud sepertimana yang diketahui. Manakakala, hukuman  atau seksaan pada Seksyen 380 Akta 574 adalah hukuman takzir iaitu penjara dan denda. Kesalahan berulang kali keduanya, masih lagi seksaan atau hukuman adalah hukumann takzir iaitu  penjara atau denda dan diberatkan lagi hukuman dengan sebatan1.

Jika diandaikan, kisah pertama atau kedua diatas, dibicarakan dibawah Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas dibawah Seksyen 20 Hukuman Kerana Melakukan Sariqah yang menyebut bahawa  " Sesiapa yang melakukan sariqah, melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 20, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
    (a) BAGI KESALAHAN PERTAMA DENGAN DIPOTONGKAN TANGAN KANANNYA ;

    (b) BAGI KESALAHAN YANG KEDUA DENGAN DIPOTONGKANKAKI KIRINYA; dan

    (c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang munasabah di atas pertimbangan dan budi bicara Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan menyesal."

Mencuri adalah kesalahan hudud sepertimana yagn diketahui. Dan hukumannya atau seksaan pada Seksyen 20 Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas adalah hukuman hudud iaitu potong anggota tangan bagi kesalahan pertama dan dipotong kaki bagi kesalahan berikut seterusnya dipenjarakan dimana hukuman penjara adalah hukuman takzir.

Setiap kesalahan hendaklah dibuktikan sebagai satu kesalahan. Setiap pengakuan bersalah kerana melakukan jenayah hendaklah dinyatakan sebagai satu kesalahan.

Jika kedua-dua kisah diatas, telah dibuktikan telah melakukan satu kesalahan, maka, tertuduh akan dikenakan denda atau penjara apabila didakwa dibawah Seksyen 380 Akta Kanun Keseksaan.

JIka kedua-dua kisah diatas, telah dibuktikan telah melakukan satu kesalah, maka, tertuduh akan dikenakan potong tangan apabila didakwa dibawah Seksyen 20 Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas.

Oleh kerana, wujud keraguan munsabah, dimana kesalahan mencuri itu dilakukan kerana sebab-sebab keperluan asasi bagi tertuduh, maka, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, tertuduh tidak dikenakan hudud atas sebab seperti yang terkandung didalam Seksyen 21 iaitu salah satu nya "(a) Apabila nilai harta yang dicuri itu kurang daripada nisab2;"

Persoalannya:
Apakah bentuk seksaan atau hukuman bagi tertuduh itu apabila tidak dikenakan hudud ?.

Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas tidak menyatakan secara jelas hukuman takzirnya akibat wujud keraguan munasabah walaupun kesalahan yang dilakukan itu jelas sebagai satu kesalahan. Ini merupakan satu kelemahan yang wujud dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, dimana ianya yang perlu diperkemaskan.

Melainkan;
Adakah Seksyen 21 memberi maksud tertuduh itu perlu dibebaskan ?

Jika seksyen 21 memberi maskud, tertuduh perlu dibebaskan,itu menunjukkan tertuduh itu tidak melakukan kesalahan. Akibatnya,  ianya telah melanggar prinsip undang-undang iaitu, "Setiap kesalahan hendaklah dibuktikan sebagai satu kesalahan. Setiap pengakuan bersalah kerana melakukan jenayah hendaklah dinyatakan sebagai satu kesalahan."

Sebab itu, dalam perbicaraan Nenek mencuri ubi, Hakim tetap menjatuhi hukuman keatas nenek itu, kerana nenek itu jelas mengaku mencuri ubi dengan menyatakan sebab dan mengapa ia nya mencuri. Satu kesalahan hendaklah dianggap sebagai satu kesalahan untuk mengelak konflik perundangan di masa akan datang. JIka nenek itu dibebaskan walaupun telah membuat pengakuan mencuri, maka, kes ini akan dijadikan rujukan dimasa akan datang, bahawa mencuri ubi atau mencuri apa-apa barangan setara nilai ubi, ianya bukan lagi satu kesalahan disisi undang-undang.

Jika seksyen 21 memberi maksud, tertuduh perlu dibebaskan, maka, setiap pernyataan seperti yagn terkandung didalam seksyen 21 itu, ianya boleh  dijadikan 'senjata' bagi pihak tertuduh untuk membebaskan diri.

Malah, pada seksyen 21 itu juga, terdapat sub seksyen seperti mengelakkan seseorang itu mencuri dari seseorang yang ada hutang denganya iaitu "(h) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang ke atas harta orang yang berhutang yang enggan membayar hutang itu;".

Pandangan ambe diatas telah menunjukkan bahawa Seskyen 20 didalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dan diteliti.

Bagaimana pula keadaan dengan Seksyen 380 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan ?

Apabila membaca petikan artikel dibawah ini yang dipetik dari Tranungkite,
"Ternyata luahan seorang pegawai penjara kepada saya sebelum ini bahawa sistem penjara Malaysia sekarang ini menyebabkan ada banduan sampai 20 kali masuk penjara, purata banduan masuk penjara 5 ke 6 kali adalah benar.

Tidak seperti masa dia mula kerja penjara dulu, penjenayah berulang masuk hampir tiada. Banduan sekarang mewah makan, tidak boleh dijentik pun dengan slogan PENJARA SEJAHTERA. Tak tahulah apa Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat bahaskan di Parlimen, mereka semua tak kisah perkara ini atau terlalu sibuk berpolitik agaknya."

Kita akan dapati, Seksyen 380 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan, juga mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki. Dari Artikel di atas, kisah banduan yang berulang kali masuk penjara, menunjukkan, Seksyen  380 tidak mempunyai hukuman yang dapat menghalang atau mencegah seseorang itu dari mengulangi jenayah yang sama.

Untuk mencegah atau menghalang, maka, pada undang-undang itu perlu seksaan yang ada hukuman maksimum atau mandatori atau had, jika seseorang itu masih mengulangi jenayah yang sama. Perkataan "mencegah" atau "menghalang" itu telah membawa maksud kepada definasi Hudud. Hudud adalah perkataan jamak bagi Had-had.

Disebabkan indeks jenayah yang tidak berubah, malah semakin meningkat, PAS begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukuman maksimum atau mandatori atau Hudud. Walaupun PAS begitu bodoh dalam percaturan politik, sehingga boleh dijerat oleh permainan UMNO, PAS tetap konsisten dengan cerita hududnya. Apabila PAS membaca cerita hudud, seperti PAS begitu arif dan bijaksana dalam cerita hudud, namun, hasilnya, PAS tetap kelihatan bodoh dalam cerita hudud. Pelbagai kritikan terhadap PAS, tidak membawa apa-apa perubahan positif dalam cerita hudud mahupun dalam percaturan politik. Sesuai dengan satu posting dari forumer yang berbunyi "PAS terlalu bodoh untuk dikritik".

Berbalik pada penerangan 2 jenis Perundangan, kelemahan yang ada boleh diperbaiki apabila kedua-duanya digabungkan.
Dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas memerlukan hukuman takzir, manakala dalam Akta 574 Kanun Keseksaan memerlukan hukuman hudud.

Untuk memudahkan pindaan pada perundangan didalam Perlembagaan Malaysia, tanpa lagi dihalangi oleh perkara 4 dan Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah atau lain-lain perkara yang berkaitan, pihak berkenaan hendaklah meminda Seksyen-seksyen (kesalahan menyerupai dan sama dengan kesalahan Hudud seperti kesalahan mencuri ) di dalam Akta 574 Kanun Keseksaan. Pindaan yang dibuat itu hendaklah memasukkan hukuman HUDUD kedalam Seksyen-seksyen yang berkenaan. Dengan itu, kedua-dua Undang-undang telah digabungkan, dimana , pada undang-undang itu ada peruntukkan hukuman takzir dan juga hukuman hudud.

Bagaimana bentuk gabungan yang dimaksudkan itu ?

Seskyen 378 didalam Akta 574 Kanun Keseksaan menjelaskan apa itu yang dikatakan jenayah mencuri. Jenayah mencuri adalah jenayah hudud dimana seksaan atau hukuman bagi jenayah tersebut adalan potong tangan, tetapi didalam Seksyen 379 didalam Akta 574 , Seksaan atau Hukuman bagi kesalahan mencuri yang sebutkan didalamnya hanyalah hukuman takzir iaitu penjara atau denda atau sebat* atau kedua-duanya.

Berikut adalah bentuk undang-undang yang terkandung didalam Seksyen 379.
"Barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selaam tempoh boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian bolehlah dipenjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.".

dimana Had-had nya untuk mencegah dan menghalang penjenayah ? Cukup kah sekadar sebatan* ? Jika selepas sebatan* itu , penjenayah masih mengulangi jenayah selepas menjalani hukuman, apakah bentuk hukuman seterusnya ?

Persoalan ini menjadi sebab musabab untuk pihak berkenaan seperti PAS mahu melaksanakan hukuman hudud iaitu potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Maka, ambe berpandangan, gabungan antara dua perundangan, dapat melenyapkan segala bentuk polemik atau persoalan-persoalan sinis yang mahu mengagalkan usaha pelaksanaan hudud. Malah, gabungan antara keduanya dapat memberi kefahaman kepada semua masyarakat termasuk non muslim.

Bagaimana bentuk gabungan yang ambe maksudkan itu ?

Pada Seksyen 379 Seksaan Kesalahan Mencuri, hanya perlu memasukkan 'hukuman hudud' selepas 'hukuman takzir'nya. Seperti dibawah
"Barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara** selama tempoh boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda**, atau dengan kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian bolehlah dipenjara dan bolehlah juga dikenakan denda2 atau sebat atau potong tangan***."

Potong Tangan itu menunjukkan Hukuman Hudud bagi kesalahan mencuri.
Maka, dalam Seksyen 379 telah mengabungkan hukuman takzir dan hudud.

Bagaimana penceritaannya apabila melibatkan jenayah curi kerana lapar atau miskin ?
Apabila seseorang yang ditangkap mencuri buat kali pertama, dan motifnya kerana lapar atau miskin, kesalahan tetap sebagai satu kesalahan, dan apabila didakwa, jika didapati bersalah dengan ada keraguan munsabah itu, maka, tertuduh itu akan dihukum dengan hukuman penjara atau denda iaitu hukuman takzir. Sila Rujuk Kisah Pertama diatas.

Jika diulangi kesalahan itu, atas alasan sama, maka, hukuman tetap sama dikenakan dan hakim boleh memberi amaran kepada tertuduh. Jika masih mengulangi kesalahan dengan alasan sama pada kali ke 3 atau 4, hukuman tetap sama dikenakan, dan hakim boleh memberi amaran terakhir dan perlu dipersetujui oleh tertuduh sebagai janji tidak mengulangi jenayah itu. Jika mengulangi kembali kesalahan sama di masa akan datang, tertuduh perlu bersetuju dan bersedia untuk mejalani hukuman hudud iaitu potong tangan jika memungkiri janji. 

Maka, dalam cerita itu, sedikit sebanyak memberi gambaran, bagaimana undang-undang memberi peluang kepada tertuduh untuk bertaubat. Amaran yang diberikan kepada tertuduh sebagai satu bentuk pendidikan, sebab dan akibat hasil dari perbuatan diri sendiri akan menanggung akibatnya. Begini cara Islam mendidik kan. Iaitu memberi peluang kepada manusia untuk merubah dan bertaubat.

Begitulan serba sedikit pandangan yang daif ini. Jika ada kesilapan dalam penjelasan dan penerangan, teguran dari pihak yang lebih arif amat dialu-alukan. Sebarang teguran atas kesilapan yang berlaku, bolehlah di emailkan kepada sp4n4r@gmail.com.

Pandangan ini MUNGKIN tidak sesuai untuk pembaca yang datang dari background perundangan apabila dapat mengesan kesilapan. 

 footnote:
*. Sebatan Konvesional dikenakan pada punggong boleh dianggap sebagai hukuman takzir. Sebatan Hudud sebatan sebagaimana yang dikehendai syarak.
**. Bentuk hukuman takzir
***. Hukuman Hudud



Thursday, May 22, 2014

Perbandingan di antara perundangan melibatkan jenayah.

         Selepas malaysia merdeka dari penjajah british, malaysia telah mempunyai 2 jenis perundangan jenayah, iaitu perundangan jenayah Islam dan Perundangan jenayah sivil atau dikenali sebagai Perundangan konvesional yang di copy paste sebahagiannya dari perundangan Britain. Jika dibandingkan antara perundangan jenayah Islam dengan perundangan konvensional, takde beza dari segi jenis kesalahan jenayah. Didalam perundangan jenayah Islam, ada disebutkan kesalahan mencuri. Begitu juga dengan perundangan konvesional, juga ada menyebut kesalahan mencuri. Jika dalam perundangan jenayah islam, ada disebut kesalahan sumbang mahram. Begitu juga dengan perundangan konvesional, juga ada menyebut kesalahan sumbang mahram. Dan banyak lagi jenis kesalahan yang sama diantara perundangan Jenayah islam dan Perundangan Jenayah sivil/konvensional.  Didalam perundangan Jenayah Islam, ada kesalahan melacur, manakala dalam perundangan konvesional, hampir sama tajuknya kesalahan tersebut.

Perbandingan antara perundangan jenayah yang disebutkan secara umum ini hendaklah dirujuk kepada Akta 559 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 dan Akta 574 KANUN KESEKSAAN. Didalam Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan mempunyai persamaan dengan Enakmen Jenayah Syariah Negeri. Susunan Akta 599, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri hampir menyerupai antara satu sama lain. Pembahagiaan jenis-jenis kesalahan dilihat disusun secara teratur dan sistematik.

Sebelum melangkah jauh membicarakan perbandingan antara perundangan, terlebih dahulu, hendaklah pembaca memahami terlebih dahulu istilah, maksud dan pengertian HUDUD dan TAKZIR.

Secara ringkasnya, Hudud adalah jenis-jenis kesalahan dan jenis hukuman-hukuman yang ada dinyatakan secara jelas didalam alquran dan hadis. Manakala Takzir adalah jenis-jenis kesalahan dan jenis-jenis hukuman yang tidak disebut dan dinyatakan secara jelas didalam alquran dan  hadis. Untuk penjelasan lanjut perbezaan antara hudud dan takzir, boleh dirujuk artikel yang bertajuk  "FAQ HUDUD" . Dari artikel tersebut, diringkaskan, hudud dikenali sebagai Hukuman Mandatory ( The Mandatory Punisment ) dan Takzir sebagai Hukuman yang lain daripada Hukuman Hudud dan Qisas (any other was not covered by Hudud and Qisas ). Dengan lain maksud, takzir juga adalah jenis kesalahan jenayah yagn disepakati oleh penguasa atau pemerintah sebagai satu jenayah.

Kesalahan hudud yang jelas disebutkan didalam alquran dan hadis adalah seperti, mencuri, merompak, berzina,qazaf, murtad dan minum arak. Mana-mana kesalahan yang tidak dsebut didalam alquran dan hadis adalah termasuk dalam kategori kesalahan takzir seperti melacur, menculik, memperdagangkan manusia, rogol, sumbang mahram, liwat, pemerasan ugut, rasuah dan sebagainya.

Penerangan ringkas diatas perlu difahami terlebih dahulu untuk melihat perbezaan diantara 2 perundangan.

Selepas Pas merangka Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas dan mewartakannya, secara umumnya, Malaysia mempunyai 3 jenis perundangan Jenayah yang berbeza, iaitu Akta 559 ( termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ), Akta 574 Kanun Keseksaan ( Persekutuan ) dan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terenganu dan Kelantan  sahaja - secara khusus ). Walaupun begitu, ada beberapa jenis kesalahan yang mempunyai persamaan. Perbezaan paling ketara antara 3 jenis perundangan tersebut adalah jenis hukuman-hukuman. Hukuman didalam Akta 559, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri merupakan hukuman takzir sahaja dan tidak mempunyai hukuman hudud, walaupun, terdapat jenis kesalahan Hudud didalam  Akta 559, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri merupakan kesalahan hudud. Sebagai contoh, didalam Akta 574, kesalahan mencuri merupakan kesalahan hudud, tetapi hukumannya adalah hukuman takzir. Manakala didalam Akta 559, kesalahan Persetubuhan Luar Nikah ( berzina ) merupakan kesalahan hudud tetapi hukumannya adalah takzir dan ianya terikat dengan formula atau hukuman 356, terikat dibawah Akta 355 akta Mahkamah Syariah 1965.

Di perenggan kedua ada menyebut bahawa Pembahagian jenis-jenis kesalahan didalam Akta 559 ( termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ), Akta 574 Kanun Keseksaan ( Persekutuan ), dilihat lebih tersusun dan teratur serta sistematik. Secara peribadinya, ambe berpandangan, Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu dan Kelantan ), pembahagian jenis-jenis kesalahan didalamnya tidak tersusun dan tidak teratur dan mengelirukan serta tidak khusus. Didalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, pada bahagian zina sebagai tajuknya, dibawah nya diletakkan kesalahan-kesalahan seperti zina, liwat dan zina mahram. Sedangkan tajuk ZINA itu, adalah tajuk khusus yang mengambarkan perhubungan kelamin antara lelaki dah perempuan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan. Sedangkan jenayah liwat pula melibatkan dan mengambarkan hubungan kelamin antara pasangan sama jenis tetapi diletak dibawah tajuk ZINA.

Jika dilihat didalam Akta 559 atau Enakmen Jenayah Syariah Negeri, pembahagian tajuknya, mengunakan tajuk yang bersifat umum, seperti tajuk "KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN", kemudian baru lah dikhususkan jenis kesalahan dibawah tajuk tersebut.

JIka dilihat didalam Akta 574 Kanun Keseksaan, pembahagian tajuknya, juga menggunakan tajuk yang bersifat umum, seperti tajuk "KESALAHAN-KESALAHAN MENGENAI TUBUH MANUSIA", kemudian disenaraikan secara khusus jenis kesalahan dibawah tajuk tersebut seperti kesalahan melacur, liwat, sumbang mahram dan lain-lain.

Hal yang disebutkan diatas telah memberi sedikit gambaran perbandingan antara perundangan-perundangan yang ada di Malaysia. Akta 559 Termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ( kecuali Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ) mempunyai susunan yang teratur dan sistematik. Begitu juga dengan Akta 574 Kanun Keseksaan. tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas.

Untuk melihat gambaran yang jelas, perbandingan diantara perundangan, sila rujuk lampiran gambar dibawah.

1. Akta 559 


2. Akta 574

 3. Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu )

4. Enakmen Jenayah Syariah Takzir ( Terengganu )

Akta 574 Kanun Keseksaan, Akta 559 Enakmen Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan ), Enakmen Jenayah Syariah Takzir ( Terengganu ) lebih sistematik jika dibandingkan dengan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu ).

Sunday, May 11, 2014

BN perlu diganti untuk mewujudkan persekitaran kondusif

"Pandangan Maza yang menyentuh soal Kondisuf ditempelak oleh mereka yang begitu bersemangat untuk melihat hudud dapat dilaksanakan. Golongan yang seiring pemikiran dengan Maza telah dilabel sebagai Peragu-peragu Hudud. Semangat mereka untuk melihat hudud dilaksanakan, telah mengecilkan kotak pemikiran sehingga tidak berupaya untuk melihat lebih jauh kehadapan. Mereka ini melihat pada satu sudut tanpa melihat dari sudut lain. Mereka ini melihat dalam ruang lingkup yang sempit dan tidak melihat dari ruang lingkup yang luas.

Banyak faktor untuk memwujudkan persekitaran yang kondusif. Sistem Ekonomi, Sistem Kehakiman dan Sistem Pentadbiran. Ketiga perkara ini berkait rapat untuk membentuk sebuah persekitaran yang kondusif. ketiga-tiga perkara yang disebutkan ini juga berkait rapat dengan keyakinan pelbagai pihak dan masyarakat pada sesebuah kerajaan. Perkara ini tidak akan dapat dinafikan oleh mereka yang punya pemikiran berkotak saiz kecil, apabila ia dipanjangkan penerangan dan penjelasan.

Sistem pentadbiran hari ini dikuasai oleh parti pemerintah yang penuh dengan kerja-kerja korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Semua pihak tahu akan perkara ini. Semua pihak tidak dapat menafikan akan hal ini. Disebabkan mereka begitu bersemangat untuk melaksanakan hudud, mereka terlupa pada perbuatan penyalahgunaan kuasa dan korupsi yagn dilakukan oleh parti pemerintah. Perkara ini juga telah mempengaruhi sistem ekonomi seperti mana kita lihat dan baca laporan berkaitan dengan ekonomi dari pelbagai sumber. Parti pemerintah sering menipu rakyat menyatakan bahawa ekonomi malaysia sedang berkembang sedangkan terdapat laporan lain yang menyatakan sebaliknya. Percayakah anda bahawa Ekonomi Malaysia berkembang?

Sistem kehakiman juga dipengaruhi oleh Sistem pentadbiran yang korup dan penyalahgunaan kuasa. Terlalu banyak Kes Mahkamah yang dibicarakankan, dimana, rakyat menilai, tiada wujud keadilan berlaku dalam Sistem tersebut. Banyak berlaku ketidakadilan dalam keputusan Mahkamah apabila dilihat dan dinilai secara logik akal dari kacamata orang awam. Kes Rahim Tambhy Chik, kes Anwar I dan 11, kes Khir Toyo, Kes Shahrizat dengan lembunya, kes Perwaja, kes skandal PKFZ menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sepanjang perbicaraan. Kes Khir Toyo  apabila dibandingkan dengan kes mencuri petai, kes curi susu Nestle Omega Plus Acticol memberi gambaran ketidakadilan berlaku dalam keputusan penghakiman.

Ketiga-tiga Sistem ini perlu diperbaiki dan diperkemaskan dengan menyahkan 'penyumbangleweng' yang berada didalam ketiga-tiga sistem yang disebutkan itu. Untuk mengantikannya, BN yang diketuai oleh UMNO perlu digantikan dengan PR dimasa akan datang. Pengantian ini MESTI dilakukan pada PRU14  bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Sistem Kehakiman, Sistem Pentadbiran dan Sistem Ekonomi. Apabila berjaya mengantikannnya, usaha-usaha kearah membentuk persekitaran kondusif dapat dilaksanakan secara peringkat-peringkat. Dengan ini, ianya akan membuka jalan yang lebih luas kepada proses melaksanakan hukuman hudud.

Kenalpastikan penyumbangleweng yang berada dalam kerajaan BN terlebih dahulu. Nyahkan mereka itu untuk membentuk persekitran kondusif."

Sunday, April 6, 2014

Terjemahkanlah Hudud kepada Mandatori atau Maksimum.

Hukum Hudud sering digambarkan sebagai undang-undang syariah. Gambaran ini tidak tepat, kerana  hukum hudud  adalah kod hukuman mandatori ( the mandatory punishment ). Manakala hukum Qisas adalah Kod Hukuman Balas ( the reciprocate punishment ). Manakala Hukum Takzir pula adalah kod Hukuman Kesepakatan ( diputuskan oleh pemerintah berdasarkan kemaslahatan umum pada suatu tempat dan masa ).

Apabila diterjemahkan Hudud kepada Mandatori atau Maksimum atau Seksaan, ianya akan memudahkan urusan meminda undang-undang sedia ada mengikut keperluan dan menepati kehendak Syara'.

Hukuman Hudud perlu diterjemahkan kepada Hukuman Mandatori atau Hukuman Maksimum atau Seksaan Maksimum, dengan tujuan untuk menyesuaikan fikrah orang-orang kafir yang tidak memahami maksud dan pergertian Hudud. Apabila ditukar terjemahan tersebut, mudah-mudah ianya dapat difahami dengan mudah. Apabila timbul persoalan-persoalan, penggunaan hukuman mandatori/maksimum dapat memudahkan lagi penjelasan dan penerangan.

Pada awal April 2014, Kerajaan Kelantan ingin membawa satu Rang undang-undang persendirian ( private bill ) bagi meminda Akta 355, ( Akta Mahkamah Syariah 1965 ) dengan tujuan untuk membolehkan bidang kuasa yang lebih luas kepada Enakmen Jenayah Syariah 2 ( Hudud dan Qisas ). Perkara ini cuba dibawa ke Parlimen oleh salah seorang Ahli Parlimen dari PAS , menggunakan peruntukan Perkara 76A(1) dalam Perlembagaan Persekutuan dengan harapan mendapat persetujuan dari parti politik yang menguasai Parlimen.

Belum lagi perkara itu dibawa ke Parlimen dalam masa yang terdekat, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah bersuara tidak menyokong usaha tersebut ( http://www.malaysiakini.com/news/259013 ). Apabila DAP rakan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak menyokong usaha tersebut, sudah tentu, BN yang diketuai UMNO juga tidak akan menyokong usaha meminda Akta 355 ( Akta Mahkamah Syariah 1965).

Usaha ini juga akan berhadapan dengan halangan-halangan dari Perlembagaan Persekutuan yang akan menambahkan lagi usaha meminda akta tersebut.

Pada Perkara 76A(1) menyatakan bahawa "Dengan ini ditegaskan bahasa kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai sesuatu perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan termasuklah kuasa untuk membenarkan Badan-Badan Perundangan Negeri-Negeri atau mana-mana daripdanya, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan ( jika ada ) yang dikenakan oleh Parlimen, untuk membuat undang-undang mengenai kesemua atau mana-mana bahagian perkara itu."

Perkara 76A(1) seperti memberi dan harapan peluang untuk meminda Akta 355 ( Akta Mahkamah Syariah 1965 ) seandainya disokong sepenuhnya oleh Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak.  Tetapi, apabila membaca ungkapan "tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan ( jika ada )", seperti ada halangan lain yang membantut usaha tersebut.

Mungkin sekatan-sekatan itu boleh dirujuk kepada Perkara 4(1) dan 75. Jika sedemikian, pada pendapat ambe, usaha pertama PAS untuk meminda akta 355 AKta Mahkamah Syariah 1965 menemui jalan buntu.

Oleh itu, sesuai dengan tajuk artikel ini, ambe berpandangan, adalah lebih elok diterjemahkan Hudud kepada  Mandatori atau Maksimum, untuk memudahkan PAS melancarkan satu lagi usaha dan mencari ruang untuk melaksanakan Hukum Mandatori (hukum hudud ). Usaha-usaha berikutnya, langsung tidak akan dihalangi atau tersekat oleh Perkara 4(1) dan Perkara 75. Usaha-usaha yang dimaksudkan itu adalah meminda Seksyen-seksyen tertentu didalam Akta 574 ( Kanun Keseksaan ).

Dalam akta 574 Kanun Keseksaan, terdapat kesalahan-kesalahan yang menyerupai dan hampir sama dengan kesalahan-kesalahan Syariah, seperti mencuri dan merompak. Apabila meminda Seksyen-seksyen didalam Akta 574 Kanun keseksaan dengan memasukkan Hukuman mandatori ( Hukum hudud) bagi mengantikan hukuman lama, menjadikan ianya seperti melaksanakan undang-undang syariah.

Dibawah Seksyen 379 Seksaan bagi kesalahan mencuri menyebut bahawa "Barang siapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat".

Seksaan diatas masih belum cukup mandatori atau maksimum sebagaimana yang dituntut oleh Syara'. Bagi kesalahan mencuri, syara' menetapkan bahawa pencuri hendaklah dikenakan hukuman potong tangan sebagai hukuman maksimum. Dengan ini, penetapan syara' dapat dimasukkan kedalam seksyen 379. Secara tidak langsungnya, hukman hudud dapat dilaksanakan.

Apabila menterjemahkan hukumam Hudud kepada hukuman Maksimum atau Mandatori, elemen hudud itu dapat dimasukkan kedalam Sekyen yang berkenaan tanpa ada pertikaian lidah antara pemimpin parti politik. Jika wujud juga pertikaian lidah, penjelasan dan penerangan dapat disampaikan dengan mudah.

Dibawah Seksyen 392 Seksaan bagi rompak menyebut bahawa " Barang siapa melakukan rompak hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat".

Seksaan diatas juga masih belum cukup mandatori atau maksimum sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'. Hukuman bagi kesalahan merompak, apabila dirujuk pada penetapan-penetapan oleh syara', hukumannya adalah hukuman bunuh.

Jika diteliti keseluruhan Akta 574 Kanun Keseksaan, banyak perkara dapat dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian dalam usaha memasukkan hukuman hudud kedalam Akta 574 tersebut.

Hasil dari penelitian dan perbincangan, PAS boleh membukukan hasil perbincangan dan penelitian sebagai agenda PAS dalam menempuh PRU14 akan datang. Apabila dibukukan Agenda-agenda pindaan Seksyen-Sekyen dibawah Akta 574 Kanun keseksaan,  ianya akan menjadi bahan perbincangan orang ramai dan pemimpin politik untuk melihat pro dan kontra pindaan-pindaan tersebut. Ambe yakin, banyak persoalan dapat dijawab dengan mudah tanpa lagi bercanggah pendapat antara pemimpin PAS , PKR dan DAP.

Masyarakat hari ini cukup marah dan geram apabila mendengar  dan membaca laporan kejadian rogol. Jika di kajiselidik dari kaca mata orang awam, majoritinya mahu perogol dihukum dengan hukuman bunuh. Ini kerana perbuatan merogol itu satu perbuatan terkutuk dan lebih keji dari perbuatan zina.

Didalam Seksyen 376, Seksaan bagi Rogol menyebut bahawa  " (1) Tertakluk kepada subseksyen(2),(3) dan (4), barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Apabila dilihat seksaan bagi perogol, masih belum Maksimum atau mandatori. Maka, bolehlah sekiranya, seksaan bagi rogol itu dipinda kepada hukuman maksimum atau mandatori iaitu membawa kepada hukuman bunuh. Jika dibincang dari sudut fekah, menetapkan hukum bunuh ke atas perogol, masih menepati kehendak syara', kerana ada ulama mazhab menyebut, kesalahan rogol boleh dikenakan hukuman yang lebih berat dari hukuman maksimum/mandatori.

Banyak lagi seksyen-seksyen boleh dibincangkan dan diteliti. Jadikan ianya sebagai agenda dan bukukan sebagai satu bahan untuk menerangkan langkah-langkah yang bakal diambil oleh PAS untuk mengurangkan kadar jenayah yang berlaku dimalaysia.

Persoalannya.... bersediakah PAS memperbaharui cara penyampaian pelaksanaan hudud ?

Sunday, March 23, 2014

Tak perlu kondemn sangatlah Perlembagaan Persekutuan.

Tak perlu kondemn sangatlah Perlembagaan Persekutuan.

ubaih wrote : Yang menyentuh hati saya ialah bahawa
dalam perlembagaan,
agama lain boleh diamalkan dengan bebas.
agama Islam tidak disebut.
Islam agama asal tanah Melayu,
tetapi tidak boleh diamalkan dengan bebas.
saya sangat bersimpati kpd umat Islam kerana tidak dapat menggunapakaikan Islam yang sangat indah itu dengan sempurna 

 Dalam bab kondemn, PAS memang hebat. Jadi, kehebatan  meng'condemn', ambe tiru dari pas seperti mana sekarang, dimana ambe kondemn balik PAS. :mrgreen:

Pemimpin PAS bercakap main sedap mulut ajer, tapi, tak meneliti isi dalam perlembagaan Malaysia. Memang PAS tak akan teliti punya, sebab itu lord reid punya. :mrgreen:

dalam perlembagaan malaysia jelas menyebut...

Agama bagi Persekutuan

3 (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana Bahagian Persekutuan

PERSEKUTUAN itu merujuk kepada MALAYSIA.

1(1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris

Dalam perkara 3(1) jelas menunjukkan, Islam juga boleh diamalkan dengan bebas. Malah Islam itu agama asal Tanah Melayu(Malaysia). Takkan susah sangat nak faham bahasa malaysia yang ditulis dalam code tuh...

Punca umat islam tidak dapat mengunapakai islam dengan sempurna disebabkan oleh manusia sebab manusia ni terdiri pelbagai jenis perangai dan tingkah laku mereka dan sebagainya. Manusia dari mereka yang berfikrah UMNO itu lah yang menyebabkan Islam tidak dilihat dan diamalkan dengan sempurna oleh manusia dari mereka yang berfikrah PAS. PAS plak perlu berhadapan dengan manusia dari mereka yang berfikrah PKR dan DAP dan lain-lain lagi. Bolehkah PAS berhadapan dengan mereka tanpa menimbulkan konflik ? Boleh ? Yang perlu dimusuhi ialah UMNO, bukan perlembagaan Malaysia.

Masih nak salahkan perlembagaan Persekutuan ?
OK. Jika nak salahkan SANGAT perlembangaan Persekutuan, cuba PAS bentangkan draff perlembagaan persekutuan yang baru. Draff hudud pun tak lepas, apatah lagi draff pelembagaan persekutuan dengan bermacam-macam akta lagi. :mrgreen::mrgreen: Jika DAP setuju, ok. JIka DAP tak setuju, sengih macam kerang busuk lah PAS. :mrgreen:

Timbul permasalahan undang-undang, PAS kelam kabut nak menjawab. Alasan yang popular, masalah teknikal. :mrgreen::mrgreen:

Tak perlu nak kondemn sangat lah, jika takde altenatif. :mrgreen:

ubaih wrote : Kebetulan hari itu, Dr. Fadhli ada mengajar.
Berkenaan hudud.
Memberitahu halangan-halangan yang menghalangkan perlaksanaan hudud .

Jika hudud itu disampaikan dengan penuh teratur dan tersusun, insyaAllah, ambe yakin, takde halangan pun dalam melaksanakannya. Bila teratur dan tersusun, insyaAllah, mudah dapat persetujuan 2/3 parlimen. DAP pun akan setuju. InsyaAllah, ada pandangan ambe yang dapat merempuh halangan-halangan perlaksanaan hudud. Tapi sayang, ramai tak setuju. Ok. Tak per tak setuju. Bukan boleh paksa pun. Dalam keadaan tak setuju, sebutir habuk pun tarak ada pandangan atau cadangan dari penyokong PAS dan PAS sendiri yang membolehkan halangan-halangan pelaksanaan hudud diruntuh dan dimusnahkan.

Kondemn tanpa disusuli cadangan dan pandangan, membuang masa ajer. Bank Idea sekadar nama ajer. Sehingga kini, takde khabar berita guaner ruper cadangan dan pandangan yang masuk dalam kotak Bank Idea. Dijeruk jadi pekasam.

ubaih wrote : sebelum merdeka mereka dijajah oleh penjajah.
lepas merdeka mereka bawahtempungkan dengan pemikiran mahathir dan pemikiran penjajah dan dipenjarakan dengan undang-undang warisan.
saya bersimpati dengan ahli Pas kerana hak asasi mereka beragama dikongkong


Hak asasi mereka beragama dikongkong ? Apa dia ?
ahli PAS tak boleh solat ? tak boleh puasa, zakat, haji ? Tak boleh mengucap 2 kalimah syahadah ?

Takkan perundangan Islam dianggap hak asasi ahli PAS plak ?

ahli PAS buat salah ke sehingga diri mereka boleh dihududkan ? Itu hak asasi ahli pas nak amalkan ? :mrgreen::mrgreen: Ramai sangat ke ahli PAS ni kaki zina, kaki judi, kaki arak, kaki pencuri ?

tak jelas lah apa itu hak asasi PAS. Boleh ubaih panjang lebarkan.

Menatang UMNO dah prepare, dan buat persiapan bermacam-macam agenda untuk menghadapi pru14. PAS sibuk berpolemik. PAS sibuk berfalsafah yang sampah. Pemimpin PAS seperti lembu kenyang selepas PRU13. PRK ajer muncul. Lepas tu senyap bila takde PKR, dan tak tau nak bawak isu yang boleh diketengahkan demi rakyat. Sibuk dengan isu saman menyaman.

Duk berforum di TKO nih, pencacai PAS tau kondemn ajer. Lepas tu marah kat ambe, duk kata ambe tau kondemn PAS ajer. Kondemn UMNO jauh sekali.

Bawak isu aper pun kat TKO nih, sekadar isi masa kosong dan tambah point untuk kejar pangkat, tetapi jauh sekali dapat menyelesaikan isu-isu. Bila kena provoke, semua macam babi yang nak menyondol. Tak provoke pun, lebih kurang sama gak. Sebab sp4n4r tu, dah dianggap untuk disondol. Jadi, pencacai PAS tetap akan menyondol. Lebih suka menjawab provokasi dari menjawab persoalan-persoalan untuk membaiki diri dalam memperkemaskan posisi PAS sendiri.

Guna senjata yang sama untuk menghadapi musuh. UMNO sekat agenda PAS menggunakan perlembagaan, PAS sepatutnya guna balik perlembagaan buat serangan balas terhadap UMNO.Serampang dua mata. PAS hanya perlu kemukakan pandangan dan cadangan dengan meminda beberapa perkara dalam perlembagaan, akta-akta, supaya orang ramai segenap lapisan, nampak jalan penyelesaian yang diusahakan oleh PAS. Apa guna bank IDEA jika sampai hari ini sepi seribu bahasa. Cadangan dari orang ramai yang disalurkan kedalam BANK IDEA tak boleh pakai langsung ke ?

membawa cadangan atau pandangan, boleh mencetuskan persepsi. Persepsi akan melahirkan perspektif. Erk. Betul ke ?

Tulisan ini pernah dipadamkan di TKO, kerana mengusik jiwa sanubari penyokong PAS.