Sunday, May 11, 2014

BN perlu diganti untuk mewujudkan persekitaran kondusif

"Pandangan Maza yang menyentuh soal Kondisuf ditempelak oleh mereka yang begitu bersemangat untuk melihat hudud dapat dilaksanakan. Golongan yang seiring pemikiran dengan Maza telah dilabel sebagai Peragu-peragu Hudud. Semangat mereka untuk melihat hudud dilaksanakan, telah mengecilkan kotak pemikiran sehingga tidak berupaya untuk melihat lebih jauh kehadapan. Mereka ini melihat pada satu sudut tanpa melihat dari sudut lain. Mereka ini melihat dalam ruang lingkup yang sempit dan tidak melihat dari ruang lingkup yang luas.

Banyak faktor untuk memwujudkan persekitaran yang kondusif. Sistem Ekonomi, Sistem Kehakiman dan Sistem Pentadbiran. Ketiga perkara ini berkait rapat untuk membentuk sebuah persekitaran yang kondusif. ketiga-tiga perkara yang disebutkan ini juga berkait rapat dengan keyakinan pelbagai pihak dan masyarakat pada sesebuah kerajaan. Perkara ini tidak akan dapat dinafikan oleh mereka yang punya pemikiran berkotak saiz kecil, apabila ia dipanjangkan penerangan dan penjelasan.

Sistem pentadbiran hari ini dikuasai oleh parti pemerintah yang penuh dengan kerja-kerja korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Semua pihak tahu akan perkara ini. Semua pihak tidak dapat menafikan akan hal ini. Disebabkan mereka begitu bersemangat untuk melaksanakan hudud, mereka terlupa pada perbuatan penyalahgunaan kuasa dan korupsi yagn dilakukan oleh parti pemerintah. Perkara ini juga telah mempengaruhi sistem ekonomi seperti mana kita lihat dan baca laporan berkaitan dengan ekonomi dari pelbagai sumber. Parti pemerintah sering menipu rakyat menyatakan bahawa ekonomi malaysia sedang berkembang sedangkan terdapat laporan lain yang menyatakan sebaliknya. Percayakah anda bahawa Ekonomi Malaysia berkembang?

Sistem kehakiman juga dipengaruhi oleh Sistem pentadbiran yang korup dan penyalahgunaan kuasa. Terlalu banyak Kes Mahkamah yang dibicarakankan, dimana, rakyat menilai, tiada wujud keadilan berlaku dalam Sistem tersebut. Banyak berlaku ketidakadilan dalam keputusan Mahkamah apabila dilihat dan dinilai secara logik akal dari kacamata orang awam. Kes Rahim Tambhy Chik, kes Anwar I dan 11, kes Khir Toyo, Kes Shahrizat dengan lembunya, kes Perwaja, kes skandal PKFZ menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sepanjang perbicaraan. Kes Khir Toyo  apabila dibandingkan dengan kes mencuri petai, kes curi susu Nestle Omega Plus Acticol memberi gambaran ketidakadilan berlaku dalam keputusan penghakiman.

Ketiga-tiga Sistem ini perlu diperbaiki dan diperkemaskan dengan menyahkan 'penyumbangleweng' yang berada didalam ketiga-tiga sistem yang disebutkan itu. Untuk mengantikannya, BN yang diketuai oleh UMNO perlu digantikan dengan PR dimasa akan datang. Pengantian ini MESTI dilakukan pada PRU14  bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Sistem Kehakiman, Sistem Pentadbiran dan Sistem Ekonomi. Apabila berjaya mengantikannnya, usaha-usaha kearah membentuk persekitaran kondusif dapat dilaksanakan secara peringkat-peringkat. Dengan ini, ianya akan membuka jalan yang lebih luas kepada proses melaksanakan hukuman hudud.

Kenalpastikan penyumbangleweng yang berada dalam kerajaan BN terlebih dahulu. Nyahkan mereka itu untuk membentuk persekitran kondusif."

No comments:

Post a Comment