Saturday, November 3, 2012

Permasalahan Zina, Hudud dan Jalan Penyelesaiannya.


Permasalahan Hudud dapat diselesaikan jika beberapa perkara berkaitan diubah dan menerima pakai cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Pendapat yang menyatakan bahawa hukuman hudud hanya akan dikenakan ke atas orang islam sahaja. Pendapat ini menimbulkan permasalahan berkaitan dengan undang-undang yang mana PAS sendiri tidak dapat memberi jawapan dan jalan penyelesaian.

Berikut adalah permasalahan yang mengundang masalah pada undang-undang.

Masalah 1 :
Lelaki bukan muslim berzina dengan wanita muslim.

Sekiranya mengunakan pendapat seperti diatas, bermakna Lelaki non muslim bebas dari dikenakan hukuman hudud apabila didapati turut bersalah. Apabila tidak dikenakan hukuman hudud ke atas lelaki bukan muslim, bermakna wanita muslim itu rendah maruahnya pada mata kasar bukan islam. Ini membolehkan lelaki non muslim tidak takut, segan untuk memperdayakan wanita muslim untuk dijadikan santapan nafsunya. Sekiranya wanita muslim itu melahirkan anak, maka anak orang islam itu dari benih orang kafir. Ini kan menimbulkan konflik hubungan kekeluargaan , dimana anak itu boleh disisihkan dari keluarga wanita islam. Mungkin suatu hari nanti, umat islam ( terutama PAS ) boleh berbangga mempunyai anak luar nikah dari benih orang kafir.

penyelesaiannya :

Pendapat diatas perlu diubah dan ditukar bahawa hukuman hudud juga dikenakan keatas semua orang tidak kira agama, bangsa dan keturunan.

Sekiranya penyelesaian pendapat ini dipakai, Lelaki bukan islam itu juga akan dikenakan hukuman  hudud kerana berzina dengan wanita muslim. Dengan cara ini, dapat memulihkan maruah wanita islam pada mata kasar orang kafir. Secara tidak langsungnya memberi peringatan kepada lelaki bukan islam. bahawa wanita islam bukan wanita murahan yang boleh diperdaya sewenang-wenangnya untuk dijadikan habuan nafsu.

Apabila mengunakan pendapat bahawa hukuman hudud juga dikenakan keatas semua orang, maka timbul permasalahan melibatkan wanita bukan islam berzina dengan lelaki Islam. Untuk menyelesaikan permasalahan ini, jalan keluarnya menggunakan Istilah "PENGECUALIAN" ke atas wanita bukan islam. Lelaki islam yang berzina dengan wanita bukan islam, Lelaki islam itu tetap dijatuhi hukuman sekiranya segala keterangan dan bukti tanpa keraguan munasabah mendapati ianya bersalah.

Bila mana hukuman hudud benar-benar tidak dikenakan keatas orang kafir ?

Hukuman hudud tidak dikenakan ke atas orang kafir apabila ianya melibatkan perlakuan zina diantara lelaki bukan islam dan wanita bukan islam .

Tetapi, sekiranya terdapat orang agama ( paderi atau sami dll selain islam ) dari agama lain, ingin mendakwa pasangan agama mereka yang berzina, mereka boleh menggunakan perundangan islam untuk mendakwa pasangan tersebut, kerana dalam undang-undang jenayah syariah sahaja yang terdapat enakmen dibawah seksyen memperuntukan kesalahan zina. Pendakwaan boleh dibuat bila wujud Seksyen didalam enakmen Jenayah Syariah. Kalau Umat Islam sendiri mendakwa bahawa hukuman hudud hanya untuk orang islam, maka, bukan islam tidak boleh mengunakannya.

Sekiranya orang agama dari agama lain ingin mendakwa dibawah undang-undang malaysia dibawah akta tertentu, mungkin tidak dapat dilakukan, kerana tiada peruntukan undang-undang kesalahan zina.


Berikut adalah Enakmen Kesalahan Jenayah syariah ( Terengganu ) bagi kesalahan zina.

Seksyen 13 : Hukuman Zina.
  • (1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati. 
  • (2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.

Apabila menggunakan pendapat bahawa hukuman hudud dikenakan ke atas semua orang , maka, ada pengecualiannya tertentu sebagaimana diterangkan diatas.

Berikut adalah contoh cadangan pinda bagi hukuman Zina.

( Cadangan ) Seksyen 13  : Hukuman Zina.
  • (1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati  
  • (2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.
  Kecuali :-
  (a). pesalah itu wanita bukan islam .
  (b). pesalah itu wanita bukan islam yang berzina dengan pesalah lelaki bukan islam.
  


Semua pandangan diatas adalah pendapat peribadi ambe berdasarkan pada bahan bacaan. Ambe berpendapat itu lah cara dan jalan penyelesian untuk menutup polemik hudud. Dengan cara ini, secara tidak langsungnya dapat memperkemaskan perundangan Islam.

Bagaimana hendak mendakwa Pasangan yang berzina terdiri lelaki bukan islam dengan wanita Islam atau Lelaki Islam dengan Wanita bukan Islam ?

Pendakwaan boleh dibuat apabila memakai pendapat hukuman hudud dikenakan ke atas semua, dimana pasangan tersebut boleh didakwa dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Terengganu ) dibawah (cadangan ) Seksyen 13, tanpa menimbulkan konflik perundangan kerana wujud pengecualian terhadap pesalah tertentu.  

Satu halangan lagi yang perlu dipinda adalah akta 335 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang mana perlu mendapat persetujuan 2/3 parlimen.

Nota : Ambe ingin rakamkan pandangan ambe untuk melihat dimasa hadapan, sama ada pandangan ambe ini menyimpang atau memberi sesuatu berguna pada sesiapa jua


1 comment:

  1. yups...pendapat kau agak sharp...betul gak kan...Hukuman Islam patut untuk semua tak kira agama (kecuali atas kes-kes yang cam aku cakap la kan)

    tp...kenapa kita tak nengok track record negara-negara Islam lain yang jalankan hudud bro? dan agak janggal gak la...bila hudud hanya untuk org Islam gak

    ReplyDelete