Tuesday, November 13, 2012

Permasalahan Rogol, Takzir dan Jalan penyelesaiannya.


Rogol merupakan satu jenayah yang paling keji, hina dan berdosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang oleh semua agama, semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang berhati suci menolaknya sekeras-kerasnya.


Rogol didefinisikan sebagai satu perlakuan persetubuhan antara lelaki dan perempuan melalui kemaluan yang dilakukan secara dipaksa dengan kekerasan, diancam dengan perakra yang memberi bahaya pada nyawa atau anggota badan  ke atas mangsa terutama seorang perempuan tanpa ikatan nikah yang sah disisi perundangan.

Manakala zina pula didefinisikan satu perlakuan persetubuhan secara sukarela/suka sama suka antara lelaki dan perempuan melalui kemaluan tanpa ikatan perkahwinan yang sah disisi perundangan.

Apakah hukuman yang selayaknya ke atas perogol ?

Ulama mazhab memberi pendapat hukuman bagi kesalahan merogol  sama seperti kesalahan hukuman ke atas rompakan iaitu perogol perlu dihukum hudud/mandatori/seksaan/had kerana kedua-dua jenayah itu mempunyai unsur yang sama, iaitu dipaksa dengan kekerasan, diancam dengan perkara yang membahayakan pada nyawa atau anggota badan.


Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 (En.4/02) didalam seksyen 23 menyatakan bentuk hukuman Merompak/Hirabah.

Sesiapa yang melakukan hirabah hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut: (a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;

Dimana hendak dirujuk kesalahan rogol itu, di seksyen berapa didalam enakmen mana didalam perundangan malaysia ( Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah atau Akta dalam Perlembagaan Malaysia )? Wujudkah Enakmen kesalahan merogol didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 (En.4/02) ?

Presiden PAS pernah menyatakan bahawa kesalahan merogol ini dibawah kesalahan takzir.


Apabila dirujuk kedalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)Terengganu 2001 (En.7/01), tidak wujud seksyen bagi kesalahan merogol. Presiden PAS tak baca Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah(Takzir) Terengganu pun. Main cakap ajer. Presiden Hadi Awang kan berotak dam aji.

Bagi kesalahan merogol, didalam akta 574 Kanun Keseksaan, seksyen 375 dan 376  telah menyebut akan hal ini.

Berikut adalah kesalahan merogol dibawah akta 574 seksyen 375 menyebut bahawa "Seorang lelaki adalah dikata melakukan "rogol" jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualiakan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk dibawah mana-mana daripada perihal-perihal berikut:-
  •  (a). bertentangan dengan kemahuan perempuan itu; 
  •  (b). dengan tiada kerelaan perempuan itu; 
  •  (c). dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bhawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut 
  •  (d) sehingga (g) [ rujuk kanun keseksaan ]

pada seksyen 376 Seksaan bagi rogol menyatakan bahawa
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2),(3) dan (4) , barang siapa melakukan rogol, hendaklah diseksa dengan penjara selam atempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat. 

(2) Barang siapa melakukan rogol ke atas seseorang perempuan dibawah mana-mana keadaan berikut; 
  • (a) pada masa, atau segera sebelum atau selepas melakukan kesalahan itu, meneybabkan kecederaan kepada perempuan itu atau kepada mana-mana orang lain; 
  • (b) pada masa, atau segara sebelum atau selepas melakukkan kesalah itu, meletakkannya dalam ketakutan kematian atau kecerderaan kepada perempuan itu atau mana-mana orang lain; 
  •  (c) - (g) ( rujuk kanun keseksaan )

Hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tida kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
    ( 3 ) dan
    ( 4 ) [Rujuk kanun keseksaan]  ......

Pada seksyen 376  subseksyen ( 4 ) menyatakan perkara yang menyebabkan kematian mangsa rogol hendaklah dihukum mati atau dipenjara atau disebat tidak kurang dari sepuluh sebatan. Dihukum mati kerana tertakluk pada seksyen 302 Kesalahan kerana membunuh. Akan tetapi, jika tiada berlaku pembunuhan, hukuman ke atas perogol belum setimpal atas jenayah yang dilakukan.

Oleh kerana perbuatan merogol ni perbuatan yang kejam, hina dan terkutuk, maka, sepatutnya hukuman bagi kesalahan merogol adalah hukuman mandatori, iaitu hukuman mati.

Maka, perlu diubah keseluruhan Seksyen 376 supaya hukuman lebih berat ke atas perogol tanpa perlu dipenjarakan atau didenda jika disabitkan kesalahan.

Perlukah kesalahan merogol ini diletakkan dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir ) ? .

Penyelesaian yang elok, kesalahan merogol ini perlu dikekalkan didalam Kanun Jenayah akta 574 dan tak perlu diletakkan dibawah dimana-mana Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir ) kerana ianya tidak terikat dengan Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Perkara penting adalah meminda seksyen 376 Akta 574 kepada hukuman yang lebih berat atau hukuman mandatori bagi kesalahan  merogol.  Selepas PRU13, PAS akan usul perkara ini untuk dipinda ?  Apakah bentuk pindaan yang akan dipinda ?


Nota : Ambe ingin rakamkan pandangan ambe untuk melihat dimasa hadapan, sama ada pandangan ambe ini menyimpang atau memberi sesuatu berguna pada sesiapa jua

1 comment: