Undang-undang Islam hanya untuk orang islam sahaja. Itu pegangan puak khawarij moden yang terlibat dengan politik. Untuk menguatkan hujah mereka, mereka berdalilkan surah al kafirun. Bagimu ugama kamu, bagi ku ugama ku.
Jomfikir wrote : Hukum Islam adalah untuk umat Islam.... Itulah fungsinya Surah Al-Kafiruun.
Betapa sempitnya kefahaman puak khawarij moden ini. Betapa puak khawarij moden ini sanggup menjual alquran demi habuan dunia semata-mata tidak mahu hilang undi dari orang-orang kafir. Puak khawarij moden ini cukup sayang dengan kafirun sehingga tidak sanggup menghukum orang kafir yang melakukan jenayah terhadap orang islam. Puak khawarij ini tidak tahu membezakan dari sudut aqidah, ibadah dan perundangan.
Surah al kafirun mengandungi 6 ayat yang jelas menyatakan bahawa tidak ada tolak ansur dari sudut aqidah dan ibadah dengan orang-orang kafir. Surah ini dituju kepada kaum musyrikin dan orang kafir yang cuba 'bertahaluf' dari sudut aqidah, ibadah. Orang kafir musyrikin cuba bekerjasama dari sudut aqidah dan ibadat sebagaimana diriwayatkan didalam hadis dibawah.
Telah diriwayatkan bahwa Walid bin Mugirah, 'As bin Wail As Sahmi, Aswad bin Abdul Muttalib dan Umaiyah bin Khalaf bersama rombongan pembesar-pembesar Quraisy datang menemui Nabi SAW. menyatakan, "Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama kami dan kami mengikuti agamamu dan engkau bersama kami dalam semua masalah yang kami hadapi, engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu setahun.
Jika agama yang engkau bawa itu benar, maka kami berada bersamamu dan mendapat bagian darinya, dan jika ajaran yang ada pada kami itu benar, maka engkau telah bersekutu pula bersama-sama kami dan engkau akan mendapat bagian pula daripadanya".
Baginda S.A.W. menjawab, "Aku berlindung kepada Allah dari mempersekutukan-Nya".
Lihat didalam hadis ini, bagaimana orang kafir musyrikin cuba bertahaluf , cuba mencari kerjasama dalam beraqidah dan beribadah.
Dari peristiwa ini, lalu diturunkan surah al kafirun sebagai jawapan terhadap pelawaan kafirun untuk bertahaluf ( kerajasama ) dari sudut aqidah dan ibadah.
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١)لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (٢)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٣)وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (٤)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٥)لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (٦)
1. Katakanlah: “Hai orang-orang kafir!”.2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.
(Surah al-Kafirun ayat 1 hingga 6)
Dalam ayat 1 hingga 6 itu, Allah memerintahkan Rasulullah saw menyatakan kepada orang kafir musyrikin, bahawa 'tuhan' yang disembah oleh orang kafir musyrikin bukanlah 'tuhan' yang disembah oleh Rasulullah saw dan orang-orang beriman, kerana 'tuhan' orang kafir musyrikin itu memerlukan pembantu dan mempunyai anak atau ia menjelma dalam seuatu bentuk atau dalam suatu rupa atau bentuk-bentuk lain yang kafir musyrikin dakwakan.
Sedangkan Rasulullah saw dan orang-orang beriman menyembah tuhan yang tiada tandinganNya dan tidak ada sekutu bagiNya, tidak mempunyai anak, tidak diperanakkan dan tidak memperanakkan atau tidak menjelma dalam sesuatu tubuh ( rujuk Surah Al Ikhlas ).
Sudah jelas dan terang mesej yang hendak disampaikan dari surah Al Kafirun. Tiada kompromi dari sudut aqidah dan ibadah. Surah al kafirun bukan nya alat atau alasan untuk tidak mahu berpegang bahawa undang-undang juga dikenakan ke atas orang kafir.
- 1. Aqidah adalah kepercayaan atau kenyakinan teguh ke atas individu beriman.
- 2. Ibadah adalah amalan-amalan diwajibkan ke atas individu muslim.
- 3. Perundangan adalah peraturan-peraturan untuk menghukum mereka yang melakukan jenayah terhadap individu muslim atau kafir.
terlalu bodohkah atau terlalu tololkah puak khawarij moden untuk memahami 3 perkara yang disebutkan diatas ?
Berbalik pada surah al kafirun, apakah mesej didalamnya ?
Jawapannya berkaitan dengan aqidah dan amal ibadah. Bukan mesej bahawa orang kafir tak boleh dikenakan hukuman bila melakukan kesalahan jenayah.
No comments:
Post a Comment