Thursday, October 28, 2010

Ciri-ciri Dan Adab-adab Seorang Ulama

"Penulis : Ustaz Buluh
Assalamualaikum Warahmatullah.

MAKSUD PERKATAAN ULAMA

Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami.



Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.

Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)
.


CIRI-CIRI RINGKAS ULAMA

Jikalau hendak disenaraikan ciri-ciri ulama satu persatu, sudah tentulah tidak terhitung banyaknya. Jadi saya nyatakan secara ringkasnya sahaja ciri-ciri seorang ulama sepertimana berikut:

- Sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

- Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam berkenaan agama Islam di dalam segenap sudut.

- Beramal dengan segala ilmu yang dimilikinya.

- Berakhlak mulia.

- Tidak gentar untuk menegur dan berkata benar kepada sesiapa sahaja.

- Mempunyai sifat-sifat terpuji seperti: Zuhud, warak, sabar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi.

- Meninggalkan perkara-perkara mazmumah seperti: Riyak, takabur, sombong, angkuh dan sebagainya lagi.

- Sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan dan menyeru manusia kepada Islam.

- Dan banyak lagi.



ADAB-ADAB SEORANG ULAMA ATAU GURU

Seperti yang saya telah sebutkan di atas, jika hendak disenaraikan satu persatu ciri-ciri ulama, sudah tentulah akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, di sini saya nyatakan pula adab-adab bagi seorang ulama atau alim serta guru sepertimana yang telah diperkatakan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah:

- Mampu menanggung kesusahan.

- Bersabar dengan kesulitan.

- Duduk dengan rasa hormat serta berkelakuan tenang ketika bersama manusia.

- Meninggalkan takbur di atas sekalian hambaNya kecuali terhadap orang yang zalim.

- Mencegah daripada kezaliman.

- Memilih tawaduk pada perhimpunan dan pada majlis orang ramai.

- Meninggalkan gurau-senda dan bermain-main.

- Melayan dengan baik pelajar yang kurang pandai.

- Membimbing pelajar yang angkuh.

- Memperbaiki pelajar yang bodoh dengan tunjuk ajar yang baik.

- Tidak marah kepada pelajar yang bodoh.

- Tidak malu daripada berkata ‘aku tidak tahu’.

- Memberikan perhatian kepada pertanyaan.

- Memahami soalannya.

- Menerima hujjah.

- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika bersalah.

- Melarang pelajar daripada setiap ilmu merbahaya.

- Melarang pelajar daripada menghendaki dengan ilmu selain dari Allah Taala.

- Melarang pelajar daripada sibuk menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum selesai menuntut ilmu fardhu ain. Ilmu fardhu ain ialah berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan takwa.

- Memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dengan takwa, supaya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya.

CIRI-CIRI ULAMA DUNIA

Berikut saya nyatakan juga ciri-ciri ulama dunia. Saya senaraikan di sini berdasarkan kitab Ulama al-Suq Ulama al-Dunya karangan al-Amin al-Haj Muhammad Ahmad sepertimana berikut:

- Menyembunyikan ilmu dan kebenaran.

- Cintakan dunia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

- Mengikut hawa nafsu.

- Berkeinginan untuk mendampingi dan mendekati pemerintah.

- Berpura-pura di dalam masyarakat.

- Menjanjikan akhirat dengan dunia mereka dan di dalam kehidupan mereka melebihkan perkara-perkara dunia serta lainnya.

- Mengkaji dan menyelidik dengan kesalahan dan kekurangan.

- Fatwa dengan mengikut syahwat.

- Dengki dan benci serta tidak insaf.

- Berbeza amalannya dan kata-katanya.

- Berdolak-dalih dan berhelah.

- Menjawab sesuatu dengan akal dan mengingkari serta bongkak untuk menerima kebenaran.


PERANAN DAN KEPENTINGAN ULAMA

Semenjak kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang daripada segolongan pihak yang cuba merendah-rendahkan keilmuan dan kemuliaan para ulama. Mereka ini berkata bahawa para ulama bukanlah maksum seperti Rasulullah S.A.W. Oleh itu, mereka menyarankan agar tidak perlu mengikut tunjuk ajar daripada ulama untuk memahami urusan agama Islam ini. Mereka berkata lagi bahawa boleh sahaja untuk mengambil terus daripada dalil-dalil al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan kefahaman sendiri. Adakah tindakan ini bertepatan dengan Islam?

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.


(Surah al-Nahl: Ayat 43).
.


Oleh itu, saya ingin mengajak para pembaca termasuklah diri saya sendiri bermuhasabah terlebih dahulu sebelum hendak mengatakan sesuatu kepada para ulama. Sila baca dan jawab dengan ikhlas soalan-soalan berikut:

Berapa banyak ayat al-Quran al-Karim yang kita faham dan hafal?

Berapa banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang kita faham dan hafal?

Berapa banyak kitab-kitab dari ulama muktabar yang kita faham dan hafal?

Berapa banyak ilmu agama yang kita dalami dan fahami?

Berapa banyak ulama dan guru yang sentiasa kita lazimi untuk mendalami ilmu agama secara bersanad dan bertalaqi?

Dan pelbagai soalan lagi.

Jadi apakah jawapan kita terhadap soalan-soalan di atas? Mampukah kita duduk sama taraf dengan para ulama? Sedangkan mereka jauh lebih alim dan mengetahui daripada kita berkenaan agama Islam. Mereka memiliki segala ilmu yang cukup bagi membolehkan mereka mengeluarkan hukum-hakam agama untuk keperluan manusia. Mereka jugalah adalah dari kalangan hamba yang amat takutkan Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah Taala di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.


(Surah Faathir: Ayat 28).
.


PERINGATAN PENTING

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila sudah tiada para ulama, manusia akan melantik pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang jahil lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.


(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi).
.




Kita mesti mengakui bahawa para ulama bukannya maksum dan mereka tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Namun jika hendak dibandingkan dengan kita, sudah tentulah mereka lebih layak untuk mengeluarkan hukum-hakam kerana mereka telah memahami ilmu agama dengan mendalam. Oleh itu, kita sebagai masyarakat awam ini, tidak perlulah kita merasa diri terlalu hebat daripada para ulama yang sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah Taala. Hormatilah para ulama dengan sebaiknya. Berakhlaklah kita kepada mereka jikalaupun mereka telah tersalah di dalam mengeluarkan pandangan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyanyangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.


(Riwayat Ahmad).
.


Kadang-kala kerana terlalu ghairah segolongan puak ini melaungkan kata-kata ‘tidak perlukan para ulama’, mungkin mereka terlupa bahawa para ulama ini turut disebutkan di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. Tidakkah tindakan mereka ini sebagai menolak ayat-ayat al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. juga? Oleh itu, saya sarankan agar serahkan urusan agama Islam ini kepada para ulama untuk menjelaskannya. Ingatlah peringatan dari Allah Taala ini:

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah Taala sesuatu yang kamu tidak ketahui.

(Surah al-Aaraf: Ayat 33).
.



PENUTUP

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:


Ulama itu ada tiga jenis. (Pertama) orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. (Kedua) orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). (Ketiga) orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dari ilmunya.


(Riwayat ad-Dailami).
.




Saya berharap kita semua dapat menghormati ulama sebagai pewaris para nabi. Beradablah dengan mereka terutamanya ketika kita hendak memberikan pendapat yang berbeza dengan mereka dan bawakan sekali pendapat ulama lain untuk menyokong pendapat kita. Bagi sesiapa yang merasa diri terlalu hebat ataupun malas untuk menuntut ilmu, di sini saya ingin sarankan sebuah kitab bertajuk Safahat Min Sabr al-Ulama karangan Syeikh Abdul Fatah Abu Udah. Setelah membaca kitab kita, saya katakan bahawa betapa lemahnya dan kerdilnya kita berbanding para ulama yang sentiasa dibimbing oleh Allah Taala. Semoga aku boleh menjejak langkah mereka ini! Aminnn.



Sila rujuk link berikut untuk penjelasan tambahan:

http://buluh.iluvislam.com/?p=52

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

Sumber : Http://Buluh.IluvIslam.Com"

Tuesday, October 26, 2010

Bila ada yang menegur..

wrote mr_zaxx

salam saudara adie79

tujuan saya buka thread ini adalah utk memperlihatkan bagaimana hukuman hudud rejam di jalankan.. sesuatu yg jarang2 dapat dilihat dr dekat.. bukan nak pertikaikan atau mempersoalkan..

cuma saya yg dangkal dan cetek pengetahuan nie nak tanya.. begitu ke dilaksanakan.. atau tanam separas pinggang ke.. jarak dan siapa yg boleh ambil bahagian.. tu je niat saya..

yang lain2 bertanya tu saya anggap (berbaik sangka) yg mereka tidaklah MENENTANG perlaksanaanya SERTA sedar akang KEWAJIPAN dalam melaksanakannya.. cuma saya anggap mereka khuatir dengan persepsi pandangan masyarakat luar yg telah melabelkan ISLAM nie BARBARIC (tolong faham betul2 apa yg saya tulis..)

Ada jawapan2 dari sahabat spt KAKIPARAP, Biji Getah dan beberapa yg lain memberikan input yg baik.. tak ketinggalan juga dr anda..Seharusnya kita membantu dan sama2 berusaha memberikan KEFAHAMAN dan MAKLUMAT TEPAT mengenai hudud ini..

Apa pun saya memandang anda seorang pemuda (tahun 79) yang mempunyai keazaman, ilthizam, keberanian dan kesungguhan yg TINGGI demi memartabatkan ISLAM di tempat yang sewajarnya..

Ntah mengapa melihat dr penulisan anda, berdiskusi secara terbuka dan santai dgn anda mungkin adalah suatu keadaan yg sangat sukar.. Utk menelefon anda pun saya tak punya keinginan kerana saya rasa perbincangan secara terbuka dan tenang tak mungkin tercapai..

Mungkin anda bagus dan efisen..sebagai pengajar tetapi utk mengajak org2 awam level kefahaman agama yg sgt sederhana.. anda mungkin akan kurang berjaya.. WALHAL.. golongan inilah yg paling banyak terdapat pada masyarakat kita pada hari ini dan perlukan bimbingan..

Jangan salah anggap.. jangan hakimi saya tidak gemar dengan cara anda.. cuma pendekatan anda bukanlah pilihan saya.. NAmun pendekatan anda itu tidaklah salah.. Dakwah memerlukan pelbagai cara dan teknik.. Dan mungkin kebolehan anda dalam dakwah jenis keras dan tegas.. wallahualam..

wassalam..


link

Thursday, October 21, 2010

Perlu cerdik dgn jawapan, bukan cerdik dgn makian.

Sudah lama berforum dengan memberi pelbagai pandangan dan jawapan. Tetapi rata-rata forumer masih tidak memanfaat ruang yang ada dengan memberi jawapan yang cerdik kepada pihak lawan. Jawapan cerdik, insyaAllah, mampu mempengaruhi pembaca untuk menilai balik jawapan-jawapan yang telah diberikan. JIka jawapan itu bertepatan dalam menangkis persoalan pihak lawan, sudah tentu memberi imbuhan pada diri sendiri dan juga parti. Dengan cara ini, dapat menyakinkan pembaca mengenali mudharat kecil dan mudharat besar.

Sekiranya forumer memberi jawapan yang hanya cerdik pada makian, cacian dan sebagainya, bagi menjawab persoalan pihak yang dimusuhi, jadi, tidak perlu dipanjangkan penjelasan, kerana kita sendiri sudah tahu menilai pada perbuatan diri kita sendiri.

Saturday, October 16, 2010

Golongan yang buta

Di Mykmu, terlalu ramai golongan yang buta. Buta kepada keberanan. Amat malang lagi, di TKO juga ramai golongan yang buta walaupun mereae ini bersemangat bercakap tentang islam. Pandangan dibawah ini adalah gambaran yang berlaku di TKO.

Serol wrote :

Budaya memaki/ mencaci ini dah lama berakar umbi dalam TKO. Tapi masa aku join TKO di zaman V7 kurang skit masalah ini.... Tapi keadaan sekarang makin di luar kawalan. Kenapa????

Apa yang aku nampak. Antara lain nya adalah kurang pemantauan. Zaman V7 banyak perkataan yang di sensored. Zaman tu taip laaa perkataan seperti Bodoh/ Babi/ Sial dsb... biler submit posting, secara otomatik akan di ubah. Tapi sebabkan warga TKO nih ramai yg suka sangat mencaci/ memaki, maka mereka pulak berfikiran kreatif dan wujudlah ejaan baru seperti b0d0h, b.a.b.i, BO_DOH dsb. Mana yg PWM/ Mod perasan perkataan baru tu akan di sensored jugak. Persoalan nyer, ke mana hilang nya pemantauan pihak berwajib dalam TKO??? Aku tak pasti sejak bila aktiviti memaki ini di halalkan di TKO, sebab V8/V9/V10 aku x masuk sini... penghujung V10 baru aku masuk... tu pun sebab aku ternampak ader sorang forumer yg begitu kurang ajar menganakharamkan forumer lain!!! Kalau bukan sebab dier, aku sekadar masuk untuk membaca artikel saja di sini. Kalau layan thread pun aku layan thread santai jer....

Kenapa selama V8-V9 aku sekadar membaca artikel??? Tak pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri, kemana menghilangnyer forumer yg hebat seperti Mamatkepok, Uma, Keadilan, Joe Wings, Ladybird, Raktamritika, BatuBata, Tn Asoy, Bayumurni, Silversky to name a few, yg begitu giat berforum di zaman V7??? Dari input yang aku dapat, rata2 otai2 lama ni menyampah dengan sikap forumer yg bermulut celupar di sini. Ramai yg sekadar singgah membaca dan ramai jugak yg mencari platform lain. SYABAS PEMAKI TEGAR!!!

Saban hari ada saja forumer baru di sini... bila join, mereka akan melihat perangai abang2 mereka terlebih dahulu..... Sebabkan ramai abang2 yg hebat memaki, adik2 pun tanpa segan silu mula memaki.... There you go on and on and on... sampai satu peringkat, TKO ni sarat ngan GOLONGAN PEMAKI TEGAR seperti yg apa yg anda saksikan di sini. Baru ni, dalam thread ni, aku terima title munafik oleh JON LINE. Budak ni aku kategori kan sebagai forumer hingusan.... join mid 2010, posting pun x seberapa tapi dah berani nak memunafik kan org lain. Ni lah akibat dari kesinambungan budaya caci maki yg di rintis oleh abang2... adik2 yg baru masuk pun dah pandai kurang ajar.... mana tak nyer... abang2 sumer memang TAK CUKUP AJAR!!!

Tambah mengejutkan MOD sekarang seolah membenarkan makian bercambah di sini. Kenapa??? SEBAB SALING BERKENALAN???? Adakah sebab kenal maka kita benarkan perbuatan sahabat kita itu??? Mungkin sebab itu aku peratikan beberapa forumer yg dah berumur bebas memaki orang sesuka hati??? Kalau forumer tersebut jelas menentang PR, laju saja MOD kasi lampu amaran, tapi pada geng sendiri MOD buat tak nampak??? Huhh!! Budaya kronisme. Walaupun jelas forumer telah menganakharamkan forumer lain, langsung x der amaran yang di beri hingga ke hari ini... Mengapa??? Sebab member???? Ramai juga di kalangan forumers menggunakan multiple nick semata2 utk memaki..... Kalau berani, tak perlu gunakan polong, tampilkan diri anda yang sebenar. Kenapa guna polong??? Sebab khuatir reputasi anda terjejas??? BACUL & HIPOKRIT!!!!

Aku berkata sebegini sebab aku sedih melihatkan perangai warga TKO yg kuat memaki hamun. Kadang2 aku tertanya ke mana hala tuju TKO sekarang ni??? Aku bukan x kenal korang. Ramai antara forumer kat sini yg aku dah jumper. Ader yg pernah ngeteh bersama, ader yg pernah makan bersama, ader yg pernah solat bersama, ader juga yang pernah tido bersama. Tiada beza nya perjuangan antara kita. Sama2 nak lihat hukum Islam tertegak di bumi Malaysia. Cuma aku harap, PLEASE DO SOMETHING ABOUT IT!!! Budaya memaki bukan budaya kita. TKO is much better than that.

Lagi satu worth to take note. Budaya samseng yg makin kuat menyerap dalam TKO. Tak dapat berhujah, di ajak nya orang tu bertumbuk!! kalau x silap aku, dulu hampir terjadi aksi bertumbuk di Penang. Tapi forumer yg di cabar x hadir. BETUL TAK??? Sekarang, ader pulak yg ajak jumpa tepi hiway PLUS. X cukup ngan tu. Taktik intimidation di gunakan dengan Thread Lutut terbang laaa.... Siku terbang laaa... Dulu kalau x puas hati sekadar berbalas pm... aku dulu pun pernah gak sekali dua terima pm ajak gaduh... TAPI SEKARANG DAH BOLEH BUKAK THREAD NAK AJAK BERGADUH. Samseng betul org kat TKO sekarang ni... Nak ganti 3 LINE ker???? DENGAN FRU XNAK PULAK KO BERLAWAN!!!

Kembalikan kegemilangan TKO di zaman V7. Time tu forumer berposting ngan hujah2 yg amat baik. Hujah di balas hujah, bukan hujah di balas makian/ cacian. Forumer saling hormat menghormati biar pun berlainan idealogi. Time V7, cuma SaripV6 jer yg posting nya kureng skit. Asyik2 "hhhmmmmmmmm...". jer kerja nyer...
Yg lain tu bila berhujah, cukup indah kalau di baca, penuh berisi bukan seperti sekarang, penuh emosi, penuh maki, penuh caci. Zaman V7, kalau x der modal org pun segan nak berposting. Kalau x cukup ilmu, jawab nyer kompom kena ayam... Sekarang nih??? Tak tau nak jawab, jalan paling mudah, MAKI SAJA... setel problem. Xyah pening kepala.... X pun KAPIRKAN/ MUNAFIK KAN SAJA lawan tu....kena amaran??? Aper susah MOD member aku... ~period~

Tuesday, October 12, 2010

Assobiyah, racis atau perkauman dari sudut asas formula matematik.

Apabila membaca petikan dari higgs_boson bertajuk "Asabiah, Perkauman & Rasis Yang DiBolehkan ?" , ambe anggap ini adalah satu percubaan untuk mempositifkan "assobiyah, racis atau perkauman". Jika angka negatifnya lebih besar dari angka positifnya, hasilnya tetap bernilai negatif. Formula matematik cukup mudah. Jika angka negatifnya lebih besar nilai daripada angka positif, apabila dicampur, ditolak, atau didarab,dibahagi, hasilnya tetap bernilai negatif. Jika angka negatif sama dengan angka positif, apabila dicampurkan kedua duanya, hasilnya KOSONG. Bermaknakah nilai "KOSONG" ? Untuk menghasilkan nilai positif, maka, angka positif hendaklah lebih besar daripada angka negatif dan, hanya sah pada kaedah campur sahaja.

Jadi, untuk mempositifkan assobiyah, racis atau perkauman, maka,PAS dan UMNO perlu bercampur. Dengan lain perkataan "bersatu". Menjadi satu.

Semua mahu ? Sudah tentu tidak pada sebahagian penyokong PAS. JIka nilai positif yang ada pada PAS, lebih kecil berbandingkan nilai negatif yang ada pada UMNO, apa jua jenis kaedah, sama nak darab , nak campur, nak bahagi, hasilnya tetap negatif. Jadi, tolak. Maka, tak perlu mempositifkan assobiyah, racis atau perkauman.

Melainkan Nilai positif yang ada pada PAS itu lebih besar daripada nilai yang ada pada UMNO, maka, boleh dipositifkan assobiyah, racis atau perkauman. Jadi, bolehlah PAS dan UMNO bercampur menjadi satu. Lain perkataan bersatu.

Persoalan: Adakah PAS itu lebih besar angkanya dibandingkan dengan UMNO ?
Jawapannya : TIDAK!
Sebabnya ? Sebab PAS tidak dominan. Dalam PR, PAS tidak dominan. JIka bersama UMNO sekalipun, PAS jugak tidak dominan. Dominan mengambarkan majoriti. JIka tidak dominan, maka,angka nya kecik, positif kecik. Jika dicampur, didarab, ditolak, atau dibahagi dengan angka besar, negatif besar, hasilnya dari pada perkiraan matematik, adalah Negatif.

Jika faham kaedah matematik, maka, dalam politik, juga berhadapan dengan asas formula matematik.

Jadi, ambe ulangi, usah lah mempostifkan assobiyah, racis atau perkauman. Dan usah lah menggunakan ayat 13 surah al hujurat untuk memgambarkan bahawa assobiyah itu dibolehkan oleh syariat.

Masih ada yang bertegas hendak mempositifkan assobiyah, racis atau perkauman ? Masih tak boleh nak pakai asas formula matematik, campur, tolak, darab dan bahagi ? Masih hendak berkata dibolehkan oleh syariat ?

AMbe nak ajak semua berfikir dan terus berfikir, nak tengok boleh ke idaknya dari sudut syariat.

Ambe anggapkan assobiyah, racis atau perkauman ini seumpama arak. Arak nih semua tahu, boleh memabukkan, maka, akan menghilang kewarasan bila dah mabuk. Ya kan. Mereka yang mabuk pada assobiyah, racis atau perkauman, sudah tentu akan hilang kewarasan. Ya atau tidak ? SUdah tentu lah ya. Apa lagi.

Hanya taqwa sebagai "pengawal" pada diri manusia dari terjurus dalam kemabukkan. Tak dak takwa, akan mabuk lah. Ada taqwa, awal awal bertindak sebagai "pengawal" mengelak diri dari kemabukkan. Taqwa tu benteng.

Oleh kerana ambe umpamakan assobiyah, racis atau perkauman sebagai arak, maka, ambe nak guna kaedah fomula asas matematik.

Arak 1 baldi, dicampur air 1 cawan kedalam satu bekas, hasilnya tetap haram kan dan najis. Ya tak ? Jika arak 1 cawan, dicampurkan kedalam 1 baldi air, hukum masih haram dan najis.

Nampak hubungan angka positif dan angka negatif ? Tak nampak ? b0doh lah tuh. Jenis payah nak faham. Sebab itu, pada awal artikel ini, ambe menyebut, jika angka negatif lebih besar dari angka positif, hasilnya tetap negatif.

1 cawan arak dituang kedalam satu kolah air (berukuran 70x70 cm ), adakah air kolah itu boleh digunakan untuk berwudhu ? JIka syarat dipenuhi iaitu tiada rasa, bau dan warna nya selepas percampuran kedua bahan tersebut, maka, air kolah itu masih boleh digunakan untuk berwudhu. Betul kah ? Tak betul, sila kemukakan pendapat. Lagi bagus jika ada pendapat lain.

Dari segi fekah ( kira syariat lah ) , 1 kolah air ( berukuran 70x70 cm ), yang tidak berubah sifat, bau, rasa dan warnanya setelah dicampurkan bahan najis seperti arak, maka, memang boleh digunakan untuk berwudhu.

Perbuatan yang sengaja, mencampurkan 1 cawan arak kedalam 1 kolah air mutlaq, satu perbuatan yang kurang cerdik (kata tololkan, apa plak amrah ). Duk gi tebbeng sesaja nak nak campurkan 1 cawan arak kedalam 1 kolah air ( berukuran 70x70 cm) tu apa hal dan kejadahnya . Kan kan.

Begitu juga dengan assobiyah, racis atau perkauman. Bila ada cubaan mempositifkan perkara sedemikian, tidak ubah seperti perbuatan yang disengajakan dan boleh menjadi susah pada diri sendiri.

Saturday, October 2, 2010

Andai kata Ku Li ditawarkan ,,

Andaikata,

1. TGNA menawarkan kerusi Dun kepada Ku Li, adakah Ku Li akan menerima nya ?
2. Sanggupkah Ku Li menerima tawaran itu dan bertanding diatas Tiket PAS ?
2. Reaksi Penyokong PAS bagaimana sekiranya Ku Li menerima tawaran itu ?
3. Perjuangan Ku Li untuk siapakah sebenarnya selepas itu ? Untuk Rakyat atau diri sendiri ?
4. PAS dan UMNO menawarkan Ku Li sebagai calon. Yang mana pilihan Ku Li ?

itu persoalan yang bermain difikiran ambe sekiranya Ku Li ditawarkan sebagai calon untuk PRK Galas.