Friday, July 17, 2015

Setakat mana RUU dapat bergerak jauh dalam Perlembagaan Malaysia ?

Selepas PAS memutuskan keputusan muktamad tiada lagi tahaluf siyasi dengan DAP, pasti ramai ingin tahu perkembangan hudud dan RUU seterusnya. Perkembangan terbaru itu akan menjanakan pelbagai persoalan.  RUU yang hendak dibentangkan di parlimen baru-baru ini menemui kegagalan.

Punca kegagalan, semua pihak sedia maklum dan tahu sebab-sebabnya. Apabila diulas panjang lebar sebab-sebabnya, belum tentu dapat menyedarkan mereka yang sudah terlajak dalam percaturan politik. Namun, PAS masih optimis pada usahanya untuk membentangkan RUU di parlimen. Bila ? Persoalan nya bila ? Satu persoalan sudah timbul. Tiada tarikh muktamad setakat ini.

Dulu, DAP dianggap sebagai batu penghalang yang menyekat agenda PAS melaksanakan hudud di peringkat negeri Kelantan. Sekarang, DAP bukan lagi batu penghalang yang menghalang niat PAS untuk membentangkan RUU di parlimen. PAS boleh teruskan usaha nya membentang RUU di parlimen. Persoalan, setakat mana RUU itu akan dapat mengatasi Perkara 4(1), Perkara 8(1), Perkara 75 dan Jadual 9 dalam Senarai ii (1) ? Persoalannya lagi, jika RUU dapat mengatasi salah satu daripadanya, bagaimana dengan yang selebihnya  ? Tidakkah ini akan menimbulkan konflik perundangan pada undang-undang yang telah berada dalam Perlembagan Persekutuan ? Setakat ini, RUU yang dipinda tidak dapat mengelak Konflik perundangan.

Apabila direnungi, DAP bukan lah batu penghalang utama yang menghalang agenda PAS, tetapi Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang menjadi penghalang utama agenda PAS. Bukan setakat perlembagaan Persekutuan sahaja yang menjadi halangan, undi 2/3 dari Ahli Parlimen turut menjadi faktor penentu kejayaan RUU untuk bergerak lebih jauh dalam perlembagaan Malaysia yang membolehkan EJSHQ Kelantan dan Terengganu boleh dikuatkuasakan. Persoalannya, bersediakah Ahli Parlimen dari BN terutama UMNO memberi undi menyokong kepada RUU yang dibentangkan oleh PAS kelak ? Setakat ini, sokongan UMNO setakat dimulut sahaja.

Persoalan awal yag dicetuskan pada perenggan pertama akan saling berkait dengan persoalan-persoalan pada perenggan berikutnya. Satu persatu bakal  ditempuh.

1. Bilakah RUU akan dibentangkan semula di parlimen ?
2. Setakat manakah RUU dapat mengatasi Perkara-perkara  yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan ?
3. Bagaimanakah RUU mengatasi konflik perundangan , sekira ianya terjadi?
4. Apakah RUU akan mendapat 2/3 undi menyokong pindaan bagi membolehkan pelaksanaan nya ?
5. Apakah Ahli Parlimen BN terutama UMNO bersedia memberi undi menyokong pada pindaa yang ada pada RUU ?

Di kumpulkan persoalan-persoalan semoga ianya dijawab oleh pihak yang berkenaan supaya jawapan professional yang diberi agar dapat mengembirakan perasaan mereka yang mahu EJSHQ Kelantan dan Terengganu dapat dikuatkuasakan dan laksanakan."

Wednesday, June 3, 2015

Ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengharamkan perkahwinan antara seorang lelaki dan anak zinanya

ANAK LUAR NIKAH BERNIKAH DENGAN AYAHNYA SENDIRI

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Soalan : Minta pandangan, bolehkah anak luar nikah bernikah dgn ayahnya sendiri?

Jawapan :


Di kalangan ulamak terdapat khilaf dalam masalah tersebut;

Pandangan pertama; ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie berpendapat harus kerana nasab di antara dia dan anak zinanya tidak diakui Syariat (yakni seolah-olah tiada hubungan nasab). Perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita diharamkan apabila ada halangan Syarak antaranya;
1. Ada hubungan nasab
2. Ada kaitan susuan
3. Berbeza agama
Maka jika tiada mana-mana halangan seperti di atas, ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.

Pandangan kedua; iaitu pandangan jumhur ulamak (terdiri dari ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali); diharamkan perkahwinan antara seorang lelaki dan anak zinanya kerana walaupun nasab antara mereka berdua tidak diiktiraf Syarak namun dari segi hakikat kejadian anak itu tetap anaknya kerana ia datang dari benihnya. Maka anak zina dari segi hokum perkahwinan tetap tertakluk dengan ayat

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu dan anak-anak perempuan kamu....." (Surah an-Nisa', ayat 23).

Adapun hukum berkenaan perwarisan, pewalian, nafkah, penyusuan dan sebagainya -yang selain dari perkahwinan, maka ia tertakluk dengan hukum nasab. Oleh kerana nasab mereka berdua tidak diakui Syarak, maka tiada hak-hak tersebut bagi si anak. Adapun bagi masalah perkahwinan, ia tidak tertakluk kepada hukum nasab dalam masalah ini tetapi tertakluk kepada hukum kejadian.

Pandangan yang ditarjih oleh para ulamak terkemudian ialah pandangan kedua iaitu pandangan jumhur. Malah semua institusi fatwa yang menjadi sandaran di dunia hari ini (Mesir, alAzhar, Saudi) berpegang dengan pandangan mengharamkannya.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.

Monday, March 16, 2015

Pertanyaan Adalah Kunci Ilmu

Bila kita tidak diuji dengan soalan, kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Bila kita diuji dengan soalan, kita tahu apa yang kita tidak tahu kerana soalan atau pertanyaan adalah kunci ilmu

Apabila seorang guru bertanya kepada muridnya, bukan bermakna guru itu tidak tahu, Pertanyaan guru kepada muridnya untuk mengetahui sejauh mana muridnya memahami ilmu yang telah disampaikan oleh nya.

Apabila seorang murid bertanya soalan kepada gurunya, bukan bermakna seorang murid itu hendak menguji ilmu gurunya. Pertanyaan seorang murid untuk memantapkan kefahaman yang difahaminya samada fahamnya menepati persoalan yang diajukan atau jawapan yang diperolehi dari gurunya berlainan dengan jawapan yang difahaminya atau jawapan dari gurunya akan memberi nilai tambah kepada kefahaman yang difahaminya.

Namun begitu, budaya bertanya dengan soalan-soalan yang mempunyai sifat mencabar pada ilmu masing-masing, sering disalah anggap. Budaya bertanya soalan-soalan, seboleh-bolehnya, sipenanya akan  dinasihati supaya tidak bertanya berlebih-lebihan, seolah-olah seperti mahu menghalang dan menyekat budaya bertanya soalan-soalan. Budaya ini cuba dihalang oleh pihak yang berkepentingan dimana mereka tidak mahu dilihat tidak bijak atau masih kekurangan ilmu, secara tidak langsungnya, mereka ini cuba menjaga kredibiliti mereka sebagai orang yang LEBIH berilmu dari orang lain atau yang lebih muda dalam dunia keilmuan.

"Malu bertanya, sesat jalan". Itu pepatah melayu yang diajar diperingkat bawahan seperti mengalakkan budaya bertanya. Pada peringkat yang lebih tinggi, budaya bertanya ini dianggap sebagai satu budaya cabar mencabar pada ilmu yang ada pada diri masing-masing.

Pertanyaan dari seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, berpotensi mendidik diri sendiri mengenali diri, samada diri sendiri adalah seorang yang Sombong dan Angkuh atau sebaliknya. Jika diri sendiri merasa tercabar dengan mempunyai perasaan marah akibat soalan yang diajukan oleh seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, maka, itu menandakan seseorang itu seorang yang bodoh sombong. Jika diri sendiri merasa tercabar dan merasa ada lagi ilmu yang perlu diketahui hasil dari soalan yang diajukan oleh seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, maka, itu menandakan seseorang itu memahami ungkapan "soalan atau pertanyaan itu adalah kunci ilmu."

Dalam dunia perdebatan berkaitan dengan politik, pertanyaan yang diajukan dalam bentuk sinis. Pertanyaan sinis telah menyebabkan sesetengah pihak merasa tercabar dan tersinggung akan perasaan mereka yang boleh mengundang perbahasan panjang lebar tidak berkesudahan bukan kerana soalan sinis, tetapi kerana mereka tidak berfikiran terbuka, jumud, retard pada jawapan yang telah ada dalam diri mereka dan sekeliling. Mungkin sesetengah orang,  langsung tidak mempunyai jawapan dalam diri mereka, kerana kekurangan ilmu atau terlalu berpegang teguh pada ilmu lama yang tidak di perbaharui. Jika soalan berkaitan dengan politik kepartian, menyentuh hal dasar kepartian yang disulami hal-hal keagamaan, persoalan sinis akan mengundang perbuatan sesetengah individu mempertikaikan aqidah dan keimanan individu yang lain.

Persoalan sinis begini dilontarkan kepada penyokong PAS,


Pertanyaan sebegini dianggap bangang oleh penyokong tegar PAS. Dianggap sedemikian kerana mereka tidak mempunyai jawapan atau mereka tidak tahu hendak memberi jawapan kerana kekurangan ilmu.

Walaubagaimana pun, terdapat segelintir penyokong tegar PAS cuba menjawab pertanyaan itu dengan pelbagai jawapan. Satu usaha untuk mencari kunci ilmu.

Akibat persoalan sinis sebegitu yang menyentuh hal kepartian dan keagamaan, maka, ianya telah mengundang perbuatan mempertikaikan aqidah , malah begitu lancar membudayakan budaya takfir.

Berikut adalah contoh-contoh budaya takfir yang sering diamalkan oleh penyokong PAS tegar akibat tidak menjawab persoalan sinis.




Dari dulu sehingga sekarang, budaya takfir sebati dalam diri penyokong PAS tegar apabila pertanyaan demi pertanyaan diajukan  tidak dapat dijawab oleh mereka dengan sebaik mungkin, sehingga lupa untuk mencari kunci Ilmu pada persoalan yang diajukan. 

Setiap pertanyaan samada secara direct atau berbentuk sinis menyentuh hal keagamaan, pertanyaan itu dianggap sebagai perbuatan untuk mempertikaikan dan menentang Islam sehingga penyokong PAS tegar lupa, Islam juga tertegak dengan hujah. Dari mana datangnya Hujah ? Sudah tentu datang dari pertanyaan dan soalan-soalan. Menangkan Islam dengan hujah, bukan dengan perkataan bodoh yang mentakfirkan pihak lain sehingga menyebabkan kekafiran itu kembali kepada yang mentakfir apabila mengabaikan peringatan dari satu hadis yang menegah mengkafirkan sesama muslim.

Jangan takut pada pertanyaan atau persoalan. Takutlah pada kejahilan diri sendiri yang tidak berminat untuk mencari kunci-kunci ilmu untuk membuka gedung ilmu. Jika takut pada persoalan atau pertanyaan berkaitan dengan keagamaan,  lebih baik duduk dalam gua jauh dari manusia.

Terlalu bodohkah untuk mengenali soalan atau pertanyaan yang boleh membuka gendung ilmu atau sebaliknya ?

Disebabkan sifat jumud dan retard sebahagian besar penyokong PAS tegar, menjadikan PAS kelihatan bodoh dan lemah daya fikiran. Disebabkan kebodohan itu, mereka juga bodoh untuk memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti pemimpin. 

Pertanyaan : Hanya yang bodoh memilih pemimpin bodoh ?

Pertanyaan itu adalah kunci ilmu untuk menentukan pemimpin yang bakal dipilih.







Wednesday, February 25, 2015

Kalau nak digelar "ulama", masuklah politik...

Saya merasakan istilah "ulama" digunakan begitu mudah dan meluas di kalangan ahli politik. Ada gelaran "ulama Pas" dan ada juga "ulama Umno". Dalam lembaran sejarah dan tamadun Islam, khususnya zaman awal Islam, pemakaian istilah "ulama" ini jarang, malah mungkin tidak digunakan pun. Yang ada ialah "al-Sahabah", "al-Tabi'", "al-Tabi'in" dan sebagainya.

Apa kayu pengukur atau scale yang melayakkan seseorang itu digelar sebagai "ulama"? Mengapakah para pensyarah universiti yang mempunyai kelulusan pengajian Islam sehingga Ph.D tidak dipanggil "ulama"? Kenapa dengan mudah kita melabelkan mereka yang mempunyai sejarah pendidikan lampau dalam bidang agama, samada secara rasmi (di universiti, pondok atau madrasah) terus mendapat jolokan "ulama"? Manakala yang bukan sealirannya tidak dipanggil sedemikian?

Rasanya budaya Melayu sangat sinonim dengan pelbagai gelaran, seperti memanggil gelaran "haji" atau "hajah" bagi yang balik dari menunaikan fardu haji di Mekah sebagai menandakan orang itu sudah menunaikan haji tersebut. Sedangkan bagi yang menunaikan puasa, tidak pula dipanggil sebagai Puasa Hassan atau Puasa Jusoh di depan pangkal namanya.

Tidakkah pemakaian gelaran atau label ini (ulama dan bukan ulama) lebih kepada mendatangkan keburukan, seperti riak, sombong, memandang rendah kepada kelompok yang bukan sealiran ataupun mungkin boleh mencetuskan bibit-bibit perpecahan.


nukilan : sumbatgol.