Wednesday, September 29, 2010

Busuk belaka...

Berbalas posting kat shoutbox, kemeriahan tu kurang. Jadi, ambe bukak lah thread ini. ( sengih manis ) 

Ini kata katilempuk yang ada sesunggut. ( sengih mesra ) SK aka SB. Ada sesunggut. ( Sengih nyeyeh )

katilempuk: sp4n4r, penyu boleh jauh hati TKO? heheh buleh muntah dengar... merajuk gapo nyooo... kah..kah..kah
 


Ambe adalah insan biasa. Mesti ada sikit rasa terkilan. Sebabnya....

Ini peraturan TKO :
 Sila rujuk Etika ( http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=129 )

cuba tengok Bab 3.

3. ADAB DAN TINGKAHLAKU

3.1 Bertimbang Rasa Terhadap Forumer Lain  
Forumer mestilah bertimbang rasa terhadap lain tidak mengira pangkat. Jangan sesekali merendahkan newbie (laskar muda)

3.2 Menghormati Pandangan Orang Lain  
Hormati pandangan orang lain walaupun mungkin pandangan mereka tidak sama dengan anda. Tidak perlu sama sekali untuk menyelesaikan masalah dengan menghina.

3.3 Pergaduhan Peribadi  
Forum tko bukan tempat menyelesaikan pertelingkahan peribadi, kutuk-mengutuk, serangan peribadi, atau untuk mencari populariti. Diharap anda dapat menghormati antara atau sama lain dan menyelesaikan pertelingkahan peribadi secara peribadi atau di luar forum.

3.4 Kritikan/Komen Membina  
Jadikan forum TKO sebagai tempat menasihati dan memberi kritikan membina bukannya provokasi. Jika anda dikritik hebat, jangan jadikannya sesuatu yang peribadi. Pertimbangkannya sekiranya anda boleh menerimanya. Kalau tidak, lupakan sahaja. Kalau anda mengkritik, lakukan hanya sekiranya anda berasakan bahawa kritikan anda dapat memberi kebaikan/menyumbang terhadap sesuatu topik.

3.5 Bermaaf-Maafan.  
Jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah, bermaafan adalah satu sifat dan jalan yang tepat. Jika masing-masing ada pendapat yang bercanggah dan dua-dua adalah betul dari segi pertimbangan tertentu, maka lapangkanlah dada. Teruskan dengan pendapat anda, dan mereka dengan pendapat mereka. Tidak ada paksaan. Dan kalau orang dah minta maaf, janganlah ego dan keras hati. Menerima maaf tu satu sifat yang sukar dimiliki oleh ramai orang. Ia satu sifat mulia

3.6 Mengadu Domba Atau “Trolling”  
Forumer jenis ini dikenali sebagai pengadu domba atau batu api. Mereka membangkitkan kemarahan orang tetapi kemudiannya memerhatikan sahaja orang lain berlumba-lumba datang untuk bertelingkah. Biasanya mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian umum. Jika anda melihat topik seumpamanya,janganlah memberi respon – topik itu mungkin akan dipadamkan atau dikunci akhirnya  


Cantik kan. ( ambe tersengih manis ) 

Persoalan nya, adakah semua forumer ( tanpa pengecualian moderator ) perlu mematuhi etika diatas ?

Jawapan mudah, Perlu. :mrgreen::mrgreen:

perkara 3.1 :
Jangan sesekali merendahkan newbie. Baik UMNO, baik PAS, baik berkecuali, sama aja. Merendahkan newbie. Termasuk ambe merendahkan newbie. :mrgreen: Newbie datang buat perangai, jadi, diperendah rendahkan lah. Ngan Label Hingusan. :mrgreen:
Doh tuh, bila dah jadi orang lama, boleh diperendah rendah kan ke ? Mesti lah boleh. Forumer merendahkan ambe pun ada. MOd TKO merendahkan ambe juga ada. :mrgreen: Macam ambe kena. :mrgreen: Rasa nya, penyu juga diperendah rendahkan. :mrgreen:

Ambe dulu pun newbie gak. Takde ambe masuk terus jadi orang lama. :mrgreen: Usik sikit ajer, bekas mod Zul_mz merendah-rendahkan ambe dek kerana meroyan dengna usikan ambe. Ni contoh lah ambe nak bagi tau. Ambe juga direndah-rendahkan semasa masih baru di TKO. Dan kini, masih berlaku proses merendah rendahkan ambe. Biasa lah. Tak komersial katakan. ( ambe gelak manja )

Ambe dah lama kat TKO, dan ramai lagi forumer seusia, yang maintain ngan nick asal, berbeza pandangan, diperendah-rendahkan. Jadi, ambe ikut rentak lah. Ke guaner ?  ( ambe sengih )

perkara 3.2
Bila ambe lontar pandangan (berbeza ), jawapan yang biasa ambe terima, "sp4n4r merepek", "tulisan macam budak sekolah", "pandngan c n p", "takde nilai komersial " , "maharaja" dan macam macam lagi lah. ( ambe sengih ) Bukan sekali dua, banyak kali, forumer tidak menghormati pandangan orang lain. Jadi, ambe pun ikut rentak jugak lah. Ternyata, bagi ambe, forumer puak assobiyah hijau nih, boleh dikecundangkan. Bukan ambe nak berlagak dengan kata kata ini. Ambe sekdar nak bagi tau ajer. Mereka ni jenis tak rasional atas seuatu isu. Terlalu emosional. Tahu nak marah ajer. ( ambe sengih ) Perangai MOD pun, ada gak yang jenis begitu. Jentik sikit ajer, punya telinga merah padam, kenipisan. ( ambe sengih )

Pekara 3.3
Pertelingkahan peribadi disusuli kutuk mengutuk lepas tu buat serangan peribadi. Ohh... itu standard forumer TKO, termasuk mod, wa cakap lu. ( ambe sengih lagi ) AMbe pernah dikutuk lepas tu dibuat nya serangan peribadi. Ambe pun, ikut rentak jugak lah.  ( banyak nya ambe sengih )  Guaner ? Boleh buat kirra tak ? ( sengih sinis ) 

Pekara 3.4
Kritikan/komen membina ? Komen jenis macam mana pun, tetap dianggap sebagai kritikan yang merosakkan. Jika dak, takde forumer menjadi emosional lalu mengutuk dan membuat serangan peribadi. Ya dak ? ( sengih sinis ) Lepas tu mula mencabar nak berdebat. Bila suruh bukak thread, tak mahunya. Paling bijak, berhujah dengan ambe menggunakan ID lain, macam yang pernah dibuat oleh orang besar TKO. Pengakuan orang besar TKO tuh. AMbe tak reka. ( ambe senyum mesra ) Apa motif ? nak test skill atau nak test "fikrah" ambe ? ermm tidak lah ambe ketahui, melainkan empunya diri yang lebih mengetahui. Opsss.. salah faham, dianggap ambe berlagak plak. ermmm.. masalah masalah....

Perkara 3.5
Bermaaf-maafan ? erm. Diminta berlapang dada ?. Pekara 3.5 wat seddak ajer. Orang gannung kata lah wat seddak. Bahasa baku, buat sedap ajer. Dari segi praktikalnya, tak ler setera mana pun. Jangan Ego an keras hati ? baik forumer mahupun mod, 2 x 5. ( sengih sinis ) Termasuk ambe lah tuh. (ambe senyum malu tersipu) Eh.. memang ler termasuk ambe, sebab ambe ikut rentak. Doraang Ego, ambe ego jugak lah. Dorang keras hati, ambe keras hati gak lah.

Perkara 3.6.
Batu api, pengadu domba ? Jika fokus satu benda, memang nampak batu-api/pengadu domba. JIka dilebarkan fokusknya, maka, sepatutnya dilihat sebagai perkara 3.4. Kritikan membina. Sebab pada perkara 3.4, ambe kata, komen jenis macam mana pun, dianggap bersifat negetif. Jika ada yang nak buat pencerahan pada perkara 3.6 ni..dipersilakan ... Kita bleh tengok.. reaksi... ( aik..! macam batu api ajer ning ). Wa cakap lu. ( lenguh ler ambe nak sengih ) (ambe gelak ) 

Itu peraturan dan etika yang dicanangkan. Peraturan atau etika yang tidak disebut, sapu masuk karpet.( sengih sinis ) 

Yooooo... adakah thread ini thread batu api atau pengadu domba ? ( senyum kelat ) 

adakah akan dipadamkan atau didelete ? Yoooo...tunggu dan lihat jika berlaku pemanasan TKO ( bukan pemanasan global tau ).

Uishhh.. panjang nya... ( senyum malu ) 

Alahai TKO..... Alahai Orang Besar TKO.... Disaster 22 Sept.

Lama tak update blog. Takde idea. Sekadar berkongsi cerita.

Nick sp4n4r, nickname yang tidak digemari oleh kebanyakan forumer di Tranungkite, Detikdaily, Utaraonline dan Mindarakyat. Selatanonline, ambe ada ke ? Sifat ambe yang suka menongkah arus menyebabkan ambe tidak disukai. Menongkah pada perkara yang diyakini betul, lawan arus lah, takkan nak jadi seperti lembu, dicucuk idung, ikut kemana ditarik.

TKO adalah tempat ambe sering melontarkan pandangan dan pendapat. Disebabkan tongkahan ambe ni jenis nganjing, perli, reverse psikologi, dan sebagainya, maka, ramai yang menjadi jelek dan sakit hati dengan cara ambe melontarkan pandangan.

Semakin hari,semakin ketara rasa tidak suka sesetengah pihak terhadap nick sp4n4r, terutama melibatkan moderator Tranungkite online. Cerita bakal diceritakan, mungkin satu andaian, mungkin satu tuduhan, dan mungkin satu persoalan.

pada 20 Ogos, ID sp4n4r mendapat status Guest. Punca bertukar status kepada Guest disebabkan ambe membalas posting melibatkan 2 orang moderator. waktu itu juga, posting ambe pada thread itu, dipadamkan. Ambe hantar lagi. Dipadam. Lepas tu ambe tak boleh nak hantar, status ID sudah bertukar menjadi Guest. Maka, ambe suspect, salah sorang mod terlibat.

Disebabkan ambe dah tak log in kat TKO, maka, ambe mohon bantuan dari pihak yang ambe yakini , mereka ini jujur dan rasional. Selepas berbalas dengan pihak terlibat, ID sp4n4r dapat digunakan balik. Semua bermula dari kosong. Hilang senioriti kat TKo. :) Dulu tarikh pendaftaran dec 2005, dah jadi pendaftaran baru Aug 2010. Terasa Junior. :)

Dari situ, ambe hantar private message kepada kedua-dua moderator yang ambe suspect. Alhamdulillah, salah sorang diantara mod membalas dan memperjelaskan. Alhamudulillah. Jika tidak bersalah, takde benda yang hendak disembunyikan, dan sudah tentu ada jawapan yang boleh disediakan. Tetapi malang, salah sorang mod yang bertaraf administrator, langsung tidak membalas private message dari sp4n4r. Maka, ambe mohon penjelasan dari pihak yang lebih tinggi pangkatnya. Dan jawapan yang diberi adalah disebabkan technical glitch. Ok lah. Apa nak buat, jika jawapan itu satu alasan semata-mata, telan ajer lah.

Pada bulan berikutnya, sekali lagi ID sp4n4r menghadapi masalah. Tak boleh login. Bubuh password betul doh, tak bleh gak. Macam mana ? Antara lagi emial mintak bantuan. Takde reply. Ok. Baru terfikir cara untuk dapatkan password balik. Ambe pun request lah seperti yang dikehendaki. Confirmation code dan seterusnya. Maka dapatlah ID ambe balik.

Berforumlah seperti biasa. Dan cerita terbaru, mengenai mod putrajaya dari pertanyaan ABGJAY, membongkar lagi satu misteri.

Jawapan dari orang besar TKO menyatakan ambe masih boleh antar posting di shoutbox, mengambarkan seolah olah ni main-main. Mencipta satu cerita khayalan. Dari situ menyebabkan ambe mencari kesilapan ambe. BIla ambe dapat buktikan, bahawa pada tarikh itu, tiada pun posting sp4n4r pada shoutbox, dan tarikh yang sama pada hari ambe request confirmation code untuk dapatkan password.

maka, ambe papar kan dua link ini :
1.http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Shout_Box&page=15
2.http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Shout_Box&page=14


Posting ambe dishoutbox. Takde posting pada tarikh 22 Sept 2010.
TKO,Songkokputih,bohong


Ambe kepilkan e-mail ambe plak, hok ambe request confirmation code.
email


dari kedua-dua pembuktian diatas, jadi, memang betul lah, ambe tak boleh nak post kan kat shoutbox, tetapi dikatakan ambe, hantar posting kat shoutbox. Orang besar kata tuh. Maka, bermulalah satu alasan yang baru.

Orang besar TKO kata

"just normal..kadang kala browser yang diguna pening!! terumatamnya Crome. Jadi jika minta password sistem akan hantar password baru. Sdr kena faham konsep web dan database. Maklumat peribadi ada pada databse bukan pada sistem phpnuke. Mod hanya boleh akses web."    



Masuk konsep web dan database lah plak. Termenung ambe duk fikir. Biar lah.... dorang punya cerita....Dari kisah itu, Thread ini , sedikit sebanyak mencalarkan imej diri sendiri.

Begitulah kisahnya.

Wednesday, September 8, 2010

Moderator Web Forum adalah Pembesar Temasik.

Demi ketuanan parti masing-masing, moderator web forum bertindak sebagai Pembesar Temasik. Mencantas suara suara forumer yang berpandangan berani menegur dan memberi idea kepada parti Politik. Mencantas Hang Nadim. Disebabkan bimbang akan muncul pelbagai tanggapan dan pandangan yang merosakkan imej ketuanan mereka, hasil dari tulisan "Hang Nadim", maka, Moderator webforum bertindak menyekat pandangan dari terus diperkembangkan.

Mesti ada yang tak puas hati lah... :)

Friday, September 3, 2010

Talqin yang sebenar...

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud
“Ajarilah orang-orang yang hendak meninggal dunia di antara kalian ucapan laa ilah illallah”
diriwayatkan oleh Muslim dan diriwayatkan Nasai, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah dalam kitab hadis yang empat.


apa itu talqin ?

talqin adalah perbuatan mengajar seseorang.



jadi, nak ambik hadis ini sebagai penguat kepada perbuatan talqin ke ?

Pernah dengar satu riwayat, setelah selesai peperangan Nabi S.A.W menyuruh para sahabat menghimpun mayat tentera musuh.

Setelah dihimpun satu tempat, baginda bertanya kepada mayat.

"Adakah kalian mendapat apa yang dijanjikan kepada kalian?"

(Begitu bunyinya lebih kurang aku dah lupa kena buka kitab dok nampak malam gelap ni. Dialog tu ada lagi sambungannya panjang skit lagi)



Setelah selesai para sahabat bertanya, Adakah mayat yang telah mati itu mendengar kata-katanya, Nabi S.A.W menjawab " BAHKAN".


Lu fikir sendiri....

Talqin yang dilakukan diatas kuburan si mati, hari ini, bukanlah talqin sebagaimana talqin yang diajar oleh rasulullah saw.



talqin nih untuk orang yang masih hidup yang bakal menemui ajal.... ... bukan untuk orang yang dah mati... dan bukan untuk orang sedang segor megor...

hadis yang dibawah oleh seorang forumer itu bukanlan hadis yang menyokong perbuatan talqin untuk yang dah mati. Pada hadis yang dibawa oleh forumer itu adalah mengambarkan Rasulullah saw menempelak orang kafir yang sudah mati.

khilafiyah isu talqin tidak berkesudahan kerana kita sendiri tidak faham "mesej" yang disampaikan didalam sesuatu hadis.


Perbuatan talqin hari ini, ambe berani kata, itu adalah bida'ah, kerana rasulullah saw menyuruh mengajar (talqin) orang yang hendak mati dengan khalimah syahadah, bukan orang yang telah mati.


rasa rasa dah selesai ? rasa rasa dah nampak apa yang sepatutnya nampak ?



ermmm