Friday, July 23, 2010

Antara Assobiyah dan Ukhuwah.

Pada artikel yang ambe lontarkan iaitu "Percubaan mempositifkan Assobiyah", ambe mendapati, percubaan untuk mempositifkan assobiyah ini bukan disebabkan kerana fikrah keilmuan tetapi kerana fikrah kepartian. Itu ketegasan ambe pada pemerhatian ambe apabila berada di Laman Forum Tranungkite

kenapa ambe berpendapat sedemikian ?

Allah mencipta manusia berbangsa, bersuku-suku dan berpuak, bukan untuk mempraktikkan semangat kesukuan, semangat kepuakkan, tetapi untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Benarkah sedemikian ?

Allah telah memberi peringatan didalam kitabNya, bahawa sifat perkauman, kesukuan, semangat kepuakkan, bukanlah sesuatu yang dipandang oleh Allah swt, tetapi, Allah swt memandang taqwa. Benarkah sedemikian ?

Antara assobiyah dan ukhuwah, pada 2 perkataan itu, apakah yang terkandung didalam dua perkataan itu ?

Kedua-duanya mengandungi ikatan. Benarkah kedua-duanya mempunyai dan mengandungi ikatan ?

Dan sekarang, kita ingin bercakap kerana fikrah keilmuan atau kerana fikrah kepartian ? Tepuk dada, tanya ilmu, bukan ditanya pada semangat kepartian.

Assobiyah menunjukkan sifat dan sikap perkauman, kesukuan dan semangat kepuakkan. Sifat dan sikap assobiyah itu diikatkan atas dasar perkauman, kesukuan dan kepuakkan. Benarkah ada ikatan ?

Tanpa ikatan, terjadikah hubungan perkauman, kesukuan dan kepuakkan ?

Ukhuwah menunjukkan sifat dan sikap persaudaraan kerana iman, tanpa melibatkan sifat dan sikap perkauman, kesukuan dan semangat kepuakkan. Sifat dan sikap ukhuwah itu diikat atas dasar persaudaraan Islam. Benarkah ada ikatan ?

Tanpa ikatan, terjadikah hubungan persaudaraan Islam ?

Daripada kedua-dua perbandingan, secara jujurnya, mana satu yang sesuai untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap islam ? Asssobiyah atau Ukhuwah ?

pilihlah antara keduanya.
Persoalan-persoalan yang sengaja ditimbulkan untuk memangkin atau menjana pemikiran supaya bertindakbalas dengan ilmu, untuk menghasilkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan pada diri sendiri dan juga orang lain, apabila dilontarkan kelak.

Jadi, jawapan yang ada di dalam minda masing-masing dapat menentukan pilihan dibawah ini.

Islam dulu, baru assobiyah ?

atau

Islam dulu, baru Ukhuwah ? ( tidak mungkin sedemikian, kerana islam dan ukhuwah ini beriringan, jadi tiada islam dulu, baru ukhuwah ).

sepatutnya

Islam diiringi ukhuwah.

Dan jawapan yang ada pada benak kalian sekarang, dan mungkin bakal dipersembahkan, menunjukkan kefahaman atas ucapan yang dilontarkan, hasil tindakbalas ilmu dan akal yang dijanakan atau dimangkinkan dari persoalan-persoalan yang ambe kemukakan, dalam memilih assobiyah atau ukhuwah.

Sudah ada ukhuwah, untuk apa mempositifkan assobiyah bagi menunjukkan semangat kecintaan islam ?

No comments:

Post a Comment