Saturday, January 23, 2010

Alahai adukataruna ...Perkara dunia yang boleh mencelakakannya, mung tersedar...

Penghinaan atas Al Marhum Sultan Johor, mung boleh tarik artikel dan boleh memohon maaf pada warga johor dan rakyat malaysia. Bagus tu, tindakan yang bagus. Tindakan terpuji, walaupun selepas EGO kamu kalah dengan PDRM. Bagus kerana mung bertindak sedemikian, sebab hendak menjaga 'badan' kamu. Perkara dunia yang boleh mencelakakan kamu, kamu sedar akan kesilapan kamu, tetapi pada perkara akhirat yang boleh merosakkan aqidah kamu, mung ambik jalan terus mencelakakan diri kamu... Bagusnya! Khaaaikk!! PppttuuuiihH!!

Tetapi sayang, artikel mung yang menghina isteri rasulullah saw, mung masih bersikap kecelakaan mempertahankan pendirian mung yang merosakkan aqidah mung sendiri. Tak pernah nak memohon maaf. Mung masih sayangkan sikap celaka kamu jika dibandingkan dengan kualiti aqidah kamu. Walaupun ambe telah beri pendapat ambe dan peringatan pada mung , bahawa artikel mung bertajuk "Aishah R.A bangang dalam tajuk." sudah boleh merosakkan aqidah mung, mung masih berlagak dengan mengatakan

"Ingat janji Allah. kebenaran tidak dapat ditumbangkan dengan hujah. Kalau tak dapat tumbang hujah gua, apa maksudnya?",

sebagaimana komen mung pada bawah artikel ambe disini. "berbicara tentang politik sehingga lupa menjaga aqidah" .

Segala isu yang berkaitan dengan islam, apa jua bentuk penghinaan, cercaan dan sewaktu dengannya , jika membawa faedah pada pihak pada parti masing-masing, maka, mereka akan berlumba untuk menjadi juara. Jika isu penghinaan atau cercaan yang tidak membawa faedah pada pihak masing-masing, maka, masing-masing buat bodoh ajer.

Perkara dunia yang mencelakakan pada diri dan parti, mereka sedar dan teramat sedar. Perkara akhirat yang merosakkan aqidah pada diri dan keluarga, mereka rela dan 'redha' membiarkan aqidah membengkak berkudis bernanah.

9 comments:

  1. Aku rasa aku antara yang awal kot baca post dia tu, sebab masa aku baca tu, baru 30 minit post tu dipublishkan. TErkejut jugak si genius melakukan kesilapan seperti itu. Membuat musuh dengan orang2 Bodoh.
    Tak sangka jadi macam gitu sekarang.

    Tapi itu pengajaran kepada semua..

    Kalau kita benci pada ulama.. walau atas dasar kebijaksanaan politik sekalipun.. Usah direndahkan martabat atau dihina mereka. lagi2 mereka belum terbukti kecacatan dalam perjuangan mereka dari segi akhlak dan Aqidah.

    Musuh2 kita memang suka mengambil kesempatan bila kita melakukan kesalahan..

    Dan dalam pembawaan Hujah dlm melakukan reformasi, aku suka cara bro walaupun tak setuju.

    But I have to accept you had your Idea.
    Tetapi perselisihan bukan dengan cara provokasi yang melampau dan di luar batas moral umum.

    Macam yang bro articlekan kat atas..
    Itu baru bersalah dgn Manusia zaman sekarang..

    Bagaimana pula dengan Saidatina Aisyah dan Sahabat??
    Kalau Manusia yang mengikut manusia marah..
    Bagaimana dengan Kerabat Nabi dan sahabat Nabi yang mungkin disayangi Oleh Malaikat2??

    Kita tiada berhak menghina mereka di zaman kebangkitan ISLAM walaupun kita berkeras kita hanya mengungkit soal dasar dan Hujah..

    ermm... aku pun kecut perut bila si AT ni melakukan kesilapan ..

    ALLAH bisa menguji kita dengan membiarkan kita ego..
    Tetapi Jika ditakdirkan bala menimpa..
    baru kita tahu.. buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..

    ReplyDelete
  2. Ambe ngaji agama tak tinggi. Stakat skolah rendah je. Sebelum belajar agama, ustaz dah pesan, buang persepsi negatif terhadap isteri dan sahabat nabi. Kita belajar untuk tau sahaja dan bukan mempertikai. Timbul persoalan dalam hati, kenapa Aisyah memerangi Ali sedangkan Ali sepupu, menantu dan sahabat baik nabi? Kenapa Aisyah mencetuskan peperangan yang mengorbankan banyak nyawa? Sudah terjejaskah iman ambe?

    ReplyDelete
  3. Setiap persoalan Cglyn sudah dijawab alim Ulama mengikut bidang2 masing..
    ada dalam fiqh, ada dlm sejarah dan setiap cerita tentang sahabat perlu kepada riwayat yang shahih..

    Persoallanya.. perlukah kita pertikai dlm keadaan kita belum tahu dan fahami sepenuhnya.

    Kejadian sejarah ada Hikmahnya.. kenapa berlaku, lihatlah kesan dan musababnya.. nanti akan terjumpa hikmahynya..

    NAMUN jika hanya mempertikai sejarah dlm keadaan kita nampak waktu sekarang.. adilkah kita???

    sekarang ada telefon. dulu ada telefon ke??

    kenapa perlu pertikai?? mahu cari hikmah atau lemah??

    ReplyDelete
  4. SFC harus mempermudahkan penerangan supaya golongan mcm ambe lebih faham. Kita tidak boleh membendung sifat ingin tahu manusia. Hikmah yang ambe boleh ambil dari kisah Aisyah, bahawa isteri dan sahabat Nabi juga melakukan kesalahan sebab mereka bukan maksum. Begitu juga ulama pewaris nabi pasti melakukan kesalahan juga. Menegur bukan kerana membenci atau menghina jauh sekali memperlekehkan. Menegur supaya yang ditegur boleh memperbetulkan mana2 yang silap dan memikirkan sesuatu untuk penambahbaikan. Semoga Allah memelihara akidah ambe.

    ReplyDelete
  5. apa hikmah sebenarnya ? Bukan dalam soal itu sahaja, hal-hal lain pun begitu gak. Ambe duk tercari-cari gak, sehingga kini, ambe belum jumpa satu hikah yang konkrit untuk disandarkan, melainkan ambe nampak, perkataan "hikmah" itu digunakan hanya untuk memujuk diri semata-mata...

    ReplyDelete
  6. Aiyak.. kena tafsir HIKMAH plak ke?? wakaka..
    lu memang suke pusing laaa.. huhuhu

    aku bahasa arab kurang skeng.. tapi try mana yang boleh..

    hikmah-- asal perkataan hikmu.. makna. aku tak pasti.. kena cari kamus.. tapi seingat aku ini kata asal juga utk hakim dan hukama.. so, harap dpt bayangan.

    Hikmah dalam istilah.. pengajaran dari peristiwa yang berlaku, sama ada kesilapan atau kebaikan utk diambil pengajaran.

    contoh
    untuk kes saidatina Aisyah vs saidina Ali..
    ape hikmahnya..
    antaranya.
    1. siapa yang bawa kisah bohong utk riwayat ini
    2. Bagaimana kaedah digunapakai utk menegakkan kebenaran
    3. Bagaimana Quran/Hadis jadi pendoman??

    itu antaranya.. sama macam kes2 lain..

    kalu setakat guna hikmah buat pujuk diri.. itu just persepsi..

    sama macam berlaku Tanah runtuh..
    Hikmah dia ape??
    1. mungkin kita muhasabah diri kalu selalu ingat ALLAH.
    2. Mungkin kita dapat tahu punca runtuh mungkin sebab korup..
    3. byk lagi..

    sebab itu Allah ada turunkan surah Al-Luqman.. ada hikmahnya..

    ALLAH juga suruh kita berfikir utk mencari Hikmah di sebalik kejadian yang ALLAH lakukan..

    Bagaimana Hujan turun??
    bagaimana pokok tumbuh??
    Hikmah ALLAH suh berfikir..?? takkan part ni.. aku nak memujuk diri gak dlm berhujah.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. SFC?? hahahaha...sunderland futbol Club.. wakaka

    cglyn..
    kita mengambil pengajaran daripada sejarah..
    bukan mempersoalkan tindakan sejarah..

    kenapa bodohnya orang itu lakukan itu ini dan sebagainya..

    kenapa ada 4 mazhab?? tak bleh ke ikut satu mazhab??

    so.. camana nak jawab?? hikmahnya mana?? wakaka..

    kenapa ada 4 mazhab??
    --nak tanya plak.. kenapa u perempuan, I laki??
    -- kenapa Manusia ada macam2 kaum dan warna??

    - manusia duduk setempat je ke??

    setiap persoalan ada jawapan munasabah..

    tetapi ALLAH juga terangkan dlm quran ada ayat sukar dan ada ayat senang..

    ada yang ambil kesempatan utk mentyesatkan..

    so.. di sinilah kita mencari hikmah dgn lebih mendalam..
    bukan mempersoalkan kenapa itu terjadi?? sebab benda dah pun terjadi!!!

    ada konpius ka??

    ReplyDelete
  8. Sori le SFH, teringat kat team bola lak. Apa yg tersirat dalam lubuk hati penulis, kena tanya lah kat si penulis tu. Lagipun kita bukan Yang Maha Mengetahui. Ambe rasa ambe dah jelaskan maksud hati ambe dan harap awak mengerti.

    ReplyDelete
  9. erm..
    penulis menulis utk disampaikan..
    penulis bertanggungjawab utk tidak mengelirukan.

    dan harus Ingat..
    Audien pembaca bukan yang Maha Mengetahui..
    bukan semua yang bleh nampak tersirat..
    lagi2 kalau yang tersurat dihiasai kata2 kesat..

    kalau bukan soal ISLAM dan sejarah ISLAM, tiada kesalahan besar..
    tapi jika statement kita tentang sejarah ISLAM mengelirukan pembaca..
    Takkan nak salah kefahaman pembaca???

    kalau tak takkan brader SP4N4R marah posting pasal Saidatina Aisyah dan Ali..

    jgn marah puan yee..
    saya hanya mahu membuka persoalan dan idea lain utk difikir bersama..

    fikir2..

    saya pun fikir2 gak ni..
    aku poyo ke... hahahahaha..jgn dicili sudah.. wakaka

    ReplyDelete