Thursday, February 16, 2012

Adakah Politik dan Siasah itu Sama ?

Ambe perolehi pandangan ini dari Facebook. Nukilan dari Al Mahdi. Satu pandangan yang amat menarik yang mana, ambe setuju dengan pandangan Al Mahdi. Selamat membongkar pengertian politik.

APA ITU POLITIK ???? KENAPA ISTILAH POLITIK TIDAK ADA DALAM ISLAM DAN BERTENTANGAN DGN ISLAM ????

Aslmkm ! saudara2 Islam ku !

Politik adalah berasal dari bahasa Greek.

Maknanya dlm bahasa Melayu ialah " Berbuat sesuatu kerna utk MENDAPATKAN sesuatu"

Maknanya dlm bahasa Inggeris " Do something to GAIN something".

Mari kita lihat perbezaanya dari sudut pandangan sebagai seorang ISLAM;

BUKANKAH kita diperintahkan berbuat sesuatu kerna ALLAH sematamata ?

BUKANKAH kita diperintahkan berbuat sesuatu diatas dasar KEIKHLASAN ?

Ibadah tanpa keikhlasan adalah tertolak.

Adalah satu PEMBOHONGAN dan FITNAH yg TERAMAT BESAR keatas Baginda NABI MUHAMMAD S.A.W yg mengatakan Rasulullah pun berpolitik.....Subhanallah. Bila Rasulullah berpolitik ??? BILA ??? Rasulullah hanya berdakwah mengajak manusia kpd KEBENARAN dan manusia yg mahu beriman mengikutinya kerna kebenaran yg dibawa oleh Baginda ,selepas itu terbentuklah jemaah dan seterusnya kerajaan...dan syariat ditegakkan.

BEZANYA dgn berpolitik yg hanya merupakan satu kaedah,satu perrcaturan yg melibatkan MUSLIHAT yg x mengira halal atau haram hanya utk mendapatkan kuasa pemerintahan.POLITIK adalah kaedah dan cara org2 kafir, kerna mereka BERPOLITK( " DO SOMETHING TO GAIN SOMETHING") perbuatan mereka semuanya ada kepentingan, BERBEZA dgn org2 Islam yg DIPERINTAHKAN utk berbuat apa saja KERANA ALLAH SEMATAMATA. Lihat lah ulama2 parti, mereka BERKEMPEN bukanya BERDAKWAH.Mereka menggunakan ayat AlQuran dan Hadis utk APA ??? Untuk mendapatkan undi dan menang dlm p/raya dan jawatan dlm pemerintahan. Bagaimana org2 ini sanggup menyatakan perlakuan mereka SAMA saperti Rasulullah yg mereka katakan berpolitik....Subhanallahh..Rasulullah telah DIFITNAH sebegitu rupa gara2 mahu merebut pemerintahan...! Rasulullah telah bersabda "Barangsiapa yg menyatakan sesuatu yg BUKAN dariku maka dia telah menempah tempatnya di neraka". Maka berhati hatilah bila berbicara.

Dalam sistem monarki pun ada politik.Contohnya, Ada raja yg sanggup membunuh abangnya sendiri kerna nak mengambil kuasa pemerintahan dan mcm2 lg.kaedah politik yg langsung tidak menyamai dgn kaedah Islam.

Ramai org telah tersalah tafsiran tentang POLITIK ISLAMI yg disamakan dgn SASIYAH ISLAMI sedangkan makna sasiyah ialah pentadbiran/pengurusan bukanya politik(do something to gain something). (Tafsiran politik islami disediakan oleh Wikileaks yg kafir dan diikuti oleh org2 Islam).

Memang betul dalam Islam ada sasiyah Islami iaitu pengurusan/pentadbiran cara Islam bukanya politik yg merupakancara atau kaedah utk mendapatkan kuasa DAN lepas tu barulah boleh mentadbir/mengurus.

Kaedah Islam itu mudah, ikutlah perintah Allah dlm firmanya"Ikutlah org2 yg berilmu YG TIDAK MEMINTA APA2 BALASAN dari kamu..." bukanya dok ikut ulama parti yg meminta undi terlebih dahulu dr sdr ataupun ulama kerajaan yg hanya bersuara mengikut kepimpinan yg bukan dr ulama.Tugas ulama ialah utk MEMBERI dan bukan untuk MEMINTA .

Kerna Rasulullah telah bersabda " Barangsiapa yg suka meminta2 utk menjadi PEMIMPIN maka mereka TIDAK LAYAK untuk memimpin" Ulama2 parti pergi merata2 tempat berkempen minta diundi utk dirinya atau pun puak2 mereka.camne tu ?

Kita ikutlah perintah Allah dahulu (ulama yg bebas) maka ianya akan membentuk jemaah dan akhirnya akan terbentuk kerajaan...dan seterusnya. Jgn lah kita mempersoalkan bagaimana Islam nk bangkit kerna itu urusan Allah....IKUT sj PERINTAHNYA dgn penuh yakin. Umpamanya mcm kita beribadat, bolehkah kita bertanya dimana syurga yg Allah janjikan tu??? Kita hanya mengerjakan ibadat berdasarkan KEYAKINAN kita saja kan ? Itulah AQIDAH.!

KENAPA dgn begitu mudah ramai org begitu YAKIN dgn cara demokrasi utk memilih pemimpin SEDANGKAN semua org tahu bahawa ianya adalah sistem tinggalan PENJAJAH KAFIR ???

Malah ada yg marah pabila diajak kembali pada Al Quran dan Sunnah Rasul.Sampai ada yg mengatakan ,itu zaman dulu boleh le...Sedangkan mereka juga tahu AlQuran dan Al Hadith adalah utk sepanjang zaman.

Ada pula yg menyindir, tak usah le guna internet,kereta.fon dan sebagainya kerna itu dari kafir! Itu bukan sistem,itu teknologi yg x bersangkut dgn agama,nak pakai pun boleh,x pakai pun x berdosa.Sistem kafir yg dimaksudkan ialah cara2 org kafir menjalani kehidupan conthnya sistem perbankan yg berteraskan riba ,sistem demokrasi yg memecahbelahkan ummah dan sistem pendidikan yg menjadikan matapelajaran Agama sebagai salah satu subjek matapelajaran yg ditinggalkan utk kita.

Ada pula yg mengatakan ,kita menang dulu,lepas tu kita buat le Islam ! Ingat penjajah tu bodoh sangat ke,atau pun kita yg kurang cerdik ?? Semua keputusan besar wajib melalui parlimen dan perlukan 2/3 utk meluluskan undang2. BOLEH KE ?? Fikir2kan lah...

Kalau kita mengatakan nk menjalankan syariat Islam saperti diatas bererti kita mengatakan dlm ertikata lain " Kita hendak lah menggunakan sistem kafir dahulu barulah Islam dpt ditegakkan" BOLEH KER KITA PAKAI AYAT YG MCM TU...??

Macamana dgn sabda Rasullulah yg bererti,kalau kita tidak berpegang kpd Al Quran dan sunnah maka kita akan SESAT.

Adakah demokrasi,monarki dll itu dari AlQuran dan Sunnah ?? Fikir..2kanlah.

Rasulullah telah bersabda;

1. "Barangsiapa yg berpecahbelah maka kamu bukan dr GOLONGANKU".Tidak berpecahbelah kah kita gara2 demokrasi ??

umno dgn umno tiapkali mesyuarat agong mesti nyanyi lagu; Bersatu kita bersatu.......lepas nyanyi je, berpecah balik kerna berebut jawatan,lepas tu pula kalau nk menang mesti kena rasuah,kalau tak,sory le nk menang.

Yg pas pula mengecam umno kerna menegakkan sistem taghut lah, menegakkan perlembagaan kuffarlah,sekular lah lah...bla..bla..memang benar ape yg mereka katakan.,tetapi pas juga mengamalkan sekular kerna memilih pemimpin ikut cara demokrasi kuffar,lepas tu nk buat syariat Islam.??Yang mereka sendiri pun ikut menegakan dan mendukong perlembagaan kuffar tu , PASAL APE ?.Sepatutnya ulama2 ni mengajak rakyat supaya mengikut sunnah Rasul bukan mengajak rakyat mengikut sunnah umno yg dok mengikut sunnah penjajah!!.Kenapa ulama2 ni membiarkan pengikut2 mereka memakihamun sesama org2 Islam ? Islam kah begitu ??

Dah tu dlm parti pas,perlembagaanya SAHAJA yg menyatakan mengikut AlQuran dan hadith.Soalanya; Ayat mana yg mengatakan kita kena berebut dan bertanding dalam pilihanraya atau ayat yg membolehkan kita menggunakan kaedah kafir utk memilih pemimpin ?? Dalam pas juga ada sistem syura, tapi hanya digunakan diperingkat bawah,diperingkat atas pemimpin mereka kena bertanding juga.Jadi kaedah yg digunakan sekerat islam sekerat kafir...BOLEH KE ???

Mereka pun berpecahbelah juga, ada macam2 puak dlm pas ni...perkara ni semua org tahu.

Jadi sabda Rasulullah yg diatas terkena kepada SIAPA ???

Saya memohon ampun dan maaf ,saya tidak berniat utk menghujat sesiapa tapi inilah KEBENARAN...!!! FIKIR2LAH...!

WALLAHUAKLAM !

nukilan Al Mahdi

No comments:

Post a Comment