Saturday, May 14, 2011

Akan muncul bakal ulama yang bodoh.

Apabila tajuk tulisan dari Nasruddin Hassan didalam blognya yang bertajuk "Negara Islam Solusi Perpaduan Kaum", dan seterusnya membaca huraiannya, didapati, tidak dinyatakan cara dan bagaimana Negara Islam memberi penyelesaian pada masalah perpaduan Kaum.

Negara Islam hanyalah satu jenama yang memerlukan resepi Negara Islam. Tanpa resepi negara Islam, penjenamaan negara islam sekadar pada Nama sahaja.

JIka ditanya, mana lebih penting antara "Jenama" Negara Islam dan "Resepi" Negara Islam ? Sudah tentu, mesti ada pro dan kontra. Mereka yang melihbat "resepi" negara islam itu lebih penting, menunjukkan mereka mempunyai pertimbangan akal yang waras, manakala mereka yang melihat "Jenama" negara islam lebih penting, itu tanda, mereka dilanda kebodohan kerana gagal melihat keseluruhan.

kenapa ambe berkata sedemikian ? Jika ditanya menggunakan pendekatan logik akal, perkataan "negara islam" ditukarkan kepada perkataan "kek atau kuih". Pasti akan ada yang lebih nampak, 'resepi' berperanan penting untuk memberi rasa kepada semua orang.

Resepi yagn diadun akan menentukan kesedapan kek untuk ianya akan dihidangkan kepada orang ramai. Dari persoalan "Jenama kek" atau "resepi kek", mana satu lebih penting, maka, dijawabkan "rasa" lebih penting, dan kedua-duanya tidak penting. Jawapan sebegini juga jawapan yang tidak cerdik, kerana resepi akan menentukan rasa. Jenama langsung tidak akan memberi rasa. Kenapa ? Berbezakah resepi Nasi Ayam dengan Resepi Nasi Beriani ? Sudah resepinya berbeza untuk memberi rasa yang berbeza.

Renungkanlah kembali persoalan ini . Adakah jenama lebih penting sehingga langsung tidak nampak resepi ?

Berbalik pada cerita nasruddin, dalam al quran dan hadis telah meletakkan, taqwa adalah solusi perpaduan kaum. Taqwa berperanan penting dalam menjaga hubungan sesama manusia. Dari surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud

Firman Allah (maksudnya):
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."


semua tahu ayat ini, pakai sokmo, tetapi macam takde apa dimata mereka yang selalu menyebutnya. Didalam ayat itu, ada ditunjukkan cara untuk menyelesaikan perpaduan kaum. Didalam ayat itu tidak dikatakan "negara islam" sebagai satu penyelesaian keapda permasalahan perkauman. Cuba cari didalam memana ayat alquran yang menyuruh kita membentuk negara islam untuk menyelesaikan masalah perkauman.

Hadis rasulullah saw juga menyebut tentang taqwa dan menyentuh tentang keturunan dan bangsa.

Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan”
Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani.

Bila ambe sebut resepi, sudah tentu ianya merujuk pada senarai bahan-bahan untuk memasak.
Gamaknya, apakah bahan-bahan atau ramuan pada resepi negara Islam ? Bukak lah alquran dan hadis, banyak ramuan didalamnya. Bila dah boleh disenaraikan ramuan-ramuan, jadi, kesimpulan, resepi didahulukan, baru fikir pasal jenama.

salah satu ramuan dari resepi negara islam.

Firman Allah (maksudnya):
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil'.
Surah al-Nisa’ Ayat 58.

Promotelah ramuan-ramuan resepi negara Islam, bukan jenama negara Islam.

2 comments: