Friday, April 22, 2011

Hukum berpolitik adalah harus pada asasnya.

GrinPower bertanya :
Persoalan Saudara Archery dah dijawab.... Giliran Saudara pula menyatakan Pendirian saudara....

Tak adil kita dengar sebelah pihak. Sekarang Giliran Saudara... Kami Tunggu......


Saudara Sder kata hukum berpolitik tidak wajib.
Saudara OoYa kata hukum berpolitik fardhu ain, iaitu wajib.

Pada pendapat ambe plak, hukum berpolitik ini asasnya adalah harus. Ianya boleh menjadi haram dan boleh menjadi wajib.

Ambe berpandangan sedemikian kerana berpolitik ini satu keperluan. Kita perlu berpolitik bila masa kita rasa perlu. Kita tidak perlu berpolitik bila masa kita rasa tidak perlu.

Ambe meletakkan sebagai harus pada asasnya untuk mengelak "kesan sampingan" pada umum.

Jika dikatakan wajib, maka, setiap muslim yang mukallaf tidak kira peringkat umur, apabila sudah baligh, bermakna perlu berpolitik. JIka tidak berpolitik, jatuh berdosa pada setiap muslim yang sudah baligh. Remaja belasan tahun mesti tahu berpolitik, sedangkan bukan semua orang faham tentang politik, apatahlagi berpolitik. Itu kesan sampingan bila diatakan wajib.

Jika dikatakan tidak wajib, maka, tidak berdosa jika tidak berpolitik. Jika tidak berdosa, maka, apabila ada orang islam mengatakan agama suku politik suku, tidak boleh dikatakan mereka sekular. Itu juga satu kesan sampingan kepada masyarakat apabila berlaku pemisahan agama dan politik sedangkan politik ini satu keperluan.

Sebagai contoh untuk mudah difahmi, ambe nisbah atau andaikanan dengan pekerjaan. Untuk mengelak "kesan sampingan" kepada umum. Pekerjaan itu harus pada hukum asasnya. Pekerjaan itu menjadi wajib apabila ada tanggungjawab dan amanah. Bila diletakkan pekerjaan itu tidak wajib, berkemungkinan akan berlaku pengabaian dalam menunaikan tanggungjawab jika ada tanggungan.

Jika diletakkan pekerjaan itu wajib, maka, setiap muslim yang baligh dan mukallaf wajib bekerja. Tidak bekerja, maka berdosa. Itu kesan sampingan bila diletakkan wajib.

Jika diletakkan pekerjaan itu tidak wajib, maka, akan ada setiap muslim yang baligh dan mukallaf malas untuk bekerja sedangkan mereka ada tanggungan yang perlu dipertanggungjawabkan.

Pekerjaan juga menjadi wajib apabila ada tanggunggan atau tanggungjang. Dan pekerjaan itu juga menjadi haram, apabila terlibat dengan sesuatu yang haram, seperti menjual arak.

Berbalik pada berpolitik, ambe berpandangan, berpolitik menjadi haram, apabila masyarakat berpecah, pulau memulau, bermusuhan antara satu sama lain dalam menegakkan doktrin parti masing-masing dan sebagainya gejala yang negatif kepada masyarakat.

Ambe kata, berpolitik boleh menjadi wajib, iaitu fardhu kifayah, sekiranya tiada orang islam terlibat dalam politik untuk mencapai sesuatu hajat bagi kemaslahatan ummah. Jika tiada langsung orang islam berpolitik, berlaku pengabaian terhadap kemaslahatan ummah, maka tiap-tiap orang islam berdosa kerana pengabaian tersebut.

Apabila sebut mengenai politik, dan orang politik, seolah-olah fardhu kifayah tidak wujud, kerana, memang akan ada orang islam yang berpolitik. Apabila ada orang islam yang lain berpolitik, maka, orang islam lain daripada itu tidak suka pada berpolitik, dan tidak reti untuk berpolitik, maka, mereka tidak berdosa apabila tidak berpolitik.

No comments:

Post a Comment