Thursday, November 18, 2010

Atas Pagar Berpolitik vs Atas Pagar Beragama.

Ambe tertarik untuk baca artikel bertajuk "pengundi atas pagar... hubaya.. .hubaya... hubaya" di link  ini 

Dari situ, mereka menyamakan "atas pagar berpolitik" dan "atas pagar beragama". Dari artikel yang ditulis itu, lebih menjuruskan kepada beragama, bukan kepada berpolitik.

Kenapa ? Kerana, hal hal berkaitan dengan agama, tiada atas pagar. Tiada istilah "atas pagar". Kerana dalam beragama, hanya dua keadaan, iaitu beriman atau kufur. Sedangkan hal-hal yang berkaitan dengan politik, ada kebebasan untuk memilih sama ada menyokong atau tidak atau melihat dan menilai yang terbaik.

Kenapa ambe berkata sedemikian ? Kamu menyokong atau tidak, parti itu parti ini, bukan penentu iman kamu. Bila ada kelompok yang tidak berparti, tidak bermakna mereka itu kufur. BIla ada kelompok yang berparti, tidak bermakna mereka itu beriman.


Politik melibatkan pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Tindakan penulis artikel itu seolah olah ingin menjadikan politik itu sebagai agama. Jika ada pihak yang cuba menjadikan politik sebagai agama, maka, bukan islam yang berpolitik, termasuk dalam golongan yang beragama kah ?

Adakah politik itu suku, agama suku ? Ambe harap, pandangan ambe bukan bermaksud menyatakan bahawa agama itu suku, politik suku. Pandangan ambe diatas, ingin mengatakan, Agama mengajar kamu cara berpolitik, bukan politik mengajar cara kamu beragama.

Perlu ingat, kemenangan parti terletak ditangan golongan atas pagar yang menilai dan melihat yang terbaik. Usah memusuhi mereka kerana fikrah politik mereka sedemikian.

Kekalahan PR di Batu Sapi dan Galas, maka, disalahkan golongan atas pagar, sedangkan, BN yang pernah kalah di PRK , tidak kedengaran menyalahkan golongan atas pagar.

1 comment:

  1. berdosalah jadi pengundi agas pagar sebab pas itu islam, dan umno itu kafir.

    ReplyDelete