Friday, April 9, 2010

Apa itu asas politik dan bagaimana memahaminya ?

Persoalan ini timbul dibenak ambe, selepas seorang forumer yang bernama penyu memerhatikan dan menyatakan bahawa ramai forumer tidak faham asas-asas politik.

Sebab tu aku cakap korang tak faham asas politik.


Hasil dari persoalan itu, ambe membuka satu thread di Tranungkite untuk dibincangkan.

selepas 5 mukasurat berlalu pada thread itu, persoalan masih belum terungkai. Takrifan politik yang dilontarkan oleh forumer lain, dianggap sebagai asas oleh forumer penyu.

Adakah takrifan dan asas itu sama ?

Jawapan yang menarik daripada forumer tibai telah memberi sedikit pembayang "apa itu asas-asas" politik. Contoh yang diberikan berkaitan dengan bangunan, sepatutnya membuka ruang minda setiap forumer menilai dan mencari apa itu asas-asas politik.

Sebagai contoh :

Apa itu bangunan ?
Pelbagai takrifan. Salah satunya, bangunan adalah Sebuah binaan yang tinggi atau menara , yang bertingkat-tingkat, mencakar langit, direkabentuk sebagai tempat penempatan manusia dsbnya.

apa itu asas bangunan ?
Asas bangunan terdiri dari, pasir, simen,batu-batuan,besi,kaca,kayu dan sebagainya.

Siapa faham ? Gabungan daripada takrifan dan bahan asas-asas bangunan akan memberi kefahaman apa itu bangunan. Orang yang faham akan dapat menceritakan secara khusus, apa itu bangunan dan asas-asasnya.

Berbalik pada politik.

Apa itu politik ?
Pelbagai takrifan politik. Takrifan dari seorang forumer afda, politik adalah seni (muslihat?) untuk mempengaruhi orang lain untuk menyokong seseorang atau sesuatu.

Beberapa Takrifan politik dari barat adalah

1. Politik adalah perbalahan demi merebut kekuatan dan kuasa.
2. Politik adalah kekuasaan dan penguasaan yang menentukan; Siapa menguasai apa? Bila? Dan bagaimana?
3. Sesungguhnya ilmu siasah berteras kepada pengajian terhadap kekuasaan ke atas masyarakat, pengajian asas – asasnya, amalan praktiknya, tujuan dan natijahnya.

Semua takrifan politik mengfokuskan kepada kuasa. Takrifan dari forumer afda juga bersifat ingin menguasai kerana perkataan "mempengaruhi" mengambarkan ingin menakluk pemikiran manusia.

Apa itu asas-asas politik ?

Ambe sebenarnya telah menjawab persoalan ini. Sila rujuk posting ke 5 dari ambe pada thread tersebut.

Ambe katakan, asas-asas politik terdiri daripada fakta, maklumat dan mencipta maklumat**. Ambe berpandangan sedemikian, kerana, tanpa fakta, tanpa maklumat dan mencipta maklumat, bagaimana kita hendak menguasai pemikiran manusia. Fakta, maklumat dan ciptaan maklumat perlu disampaikan kepada manusia untuk ditanamkan pada pemikiran mereka.

Tanpa maklumat, fakta dan mencipta maklumat, bagaimana kita hendak melakukan tipu-daya atau muslihat memanipulasikan keadaan untuk mempengaruhi masyarakat.

Renung balik sepanjang berjalanan politik dan berbincangan politik. Laman sesawang forum dipenuhi fakta, maklumat, ciptaan maklumat**.

Tanpa itu semua, bolehkah kita berpolitik ?
Tanpa batu-batuan, simen, besi, kayu, boleh kita membina bangunan ?

kerana asas-asas seperti maklumat,fakta, ciptaan maklumat, maka , dengan itu, kita terus berpolitik.

Bagaimana hendak faham politik ?

Jawapan itu juga telah ambe nyatakan pada posting ke 5, dari thread "Apa itu asas-asas Politik ? Siapa faham ? Bincangkan.."

Faham politik
sapa dapat meneruskan hujah/pandangan, dia faham politik, sapa terkial kial untuk meneruskan hujah/pandangan, dia tarak faham politik...


Bagi menguasai pemikiran manusia, dengan bantuan fakta, maklumat dan maklumat ciptaan, mereka yang faham politik, akan mengunakan fakta,maklumat dan maklumat ciptaan untuk menyakinkan pemikiran manusia lain dengan memanipulasikan fakta, maklumat dan maklumat ciptaan. Maka, terjadilah pertembungan pandangan/hujah dalam menguasai pemikiran antara satu sama lain. Tanpa maklumat, fakta, ciptaan maklumat, bolehkah pendebat melontarkan pandangan/hujah untuk menyakinkan manusia lain ?

Jadi, sapa yang mampu meneruskan hujah/pandangan, dia faham rentak poltik. Dan sebaliknya.

Mampukah pro UMNO menyakinkan pro PAS ? Mampukan pro PAS menyakinkan pro UMNO ? Kemampuan untuk menyakinkan pihak lawan masing-masing,mengambarkan kefahaman berpolitik masing-masing.

Bagaimana istilah "matlamat menghalalkan cara" ? Bagi ambe, istilah ini hanya untuk manusia yang punya ciri ciri munafik.

Kepada mereka yang tidak setuju dengan pandangna ambe, jangan segan untuk melontarkan pandangan.

Dengan jawapan ini, adakah sp4n4r telah melonggarkan atau mengetatkan Nuts ? Adakah ini falsafah sp4n4r ?
jelir

note : ** istilah maklumat ciptaan atau mencipta maklumat, lebih kepada maklumat yang bersifat andaian untuk melahirkan persepsi.

No comments:

Post a Comment