Friday, June 26, 2009

Jumud Sebahagian Daripada Sikap

Cara kita bertindak, cara kita berfikir, cara kita memberi respon, cara kita menerima respon, cara kita berhadapan dengan kritikan, cara kita dalam memberi kritikan, dan pelbagai cara, jika tersalah letak, tersalah adunan, tersalah penyampaian, kita akan berhadapan dengan JUMUD. Sebab jumud itu sendiri sebahagian daripada sikap. Jika bukan sebahagian daripada sikap, apa sebenarnya ?

JIka jumud bersifat objektif, senang memberi pilihan. Dek kerana jumud bersifat subjektif, pelbagai versi tafsiran jumud pada individu, walhal jumud tu sudah jelas tafsiran dan mengertiannya. Dek kerana pelbagai versi tafsiran jumud, maka, perkataan Jumud digunakan sewenang-wenang nya bagi menepati citarasa perjuangan yang ada pada dalam diri, sebagaimana satu contoh ayat oleh forumer TKO, "Jumud kepada perjuangan islam". Lain-lain pun terus ambil sebagai input berguna. :).

Kita tahu, Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, dan disambung oleh para sahabat nya dan seterusnya, mereka berjuang dengan istiqamah, ikhlas, rasa tanggungjawab dan amanah, dan pelbagai rintangan serta pergorbanan, dan mereka tidak berjuang dengan kejumudan. Mereka berjuang dan menyebarkan islam, bukan kerana sikap, tetapi kerana keimanan. Semua tahu kisah, seorang buta Yahudi yang mengutuk rasulullah saw walaupun rasulullah saw menyuap nasi pada yahudi buta itu. SIkap apakah yang ditonjol oleh Rasulullah saw ketika itu ? Sebab itu wa katakan tadi, jumud ini sebahagian daripada sikap. SIkap kita akan menjadi penentu untuk dilihat boleh membawa kebaikan atau sebaliknya. Dan berbalik kisah Rasulullah saw itu, bagaimana Rasulullah saw bertindak, berfikir, memberi respon, menerima respon, berhadapan dengan kritikan, memberi kritikan ? Semua ini ada pada diri kita yang selalu mengembar gemburkan mencuba untuk menteladani Pekerti Rasulullah saw ? Sambil mendabik dada.. aku lah pejuang islam ?

Jika bawa kisah sebegini, mesti ada yagn tidak puas hati lalu membandingkan sikap tegas saidina umar ra. :). Kalian semua tahu, setegas tegas saidina umar ra, sahabat ini dikritik oleh rakyatnya sendiri sebagaimana kisah yang berlaku dimana seorang ibu membohongi anaknya yang kelaparan lalu anak itu tertidur, dan saidina umar menerima kritikan dan celaan setelah bertanyakan kepada ibu tersebut kenapa si ibu itu berbohong pada anaknya yagn kelaparan. Dan kita tanya pada kita, ikhtibar yang kita boleh serap kedalam diri kita tentang sikap saidina umar ra ketika itu , Bagaimana sikap saidina umar ra ketika itu dalam berfikir, menerima respon, berhadapan dengan kritikan dan seterusnya bertindak ? Sekali lagi wa kata. jumud adalah sebahagian daripada sikap. Dan kita bandingkan diri kita sepanjang berada di TKO, jumud atau sebaliknya ?

Pantang dikritik, pantang menerima respon negatif, pantang kontra fikiran, mula bertindak yang menzahirkan sikap jumud dan apabila dikatakan jumud, terus bertindak lagi memberi respon negatif tanpa menilai dek kerana taksub yang menjumudkan.

No comments:

Post a Comment