Monday, March 16, 2015

Pertanyaan Adalah Kunci Ilmu

Bila kita tidak diuji dengan soalan, kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Bila kita diuji dengan soalan, kita tahu apa yang kita tidak tahu kerana soalan atau pertanyaan adalah kunci ilmu

Apabila seorang guru bertanya kepada muridnya, bukan bermakna guru itu tidak tahu, Pertanyaan guru kepada muridnya untuk mengetahui sejauh mana muridnya memahami ilmu yang telah disampaikan oleh nya.

Apabila seorang murid bertanya soalan kepada gurunya, bukan bermakna seorang murid itu hendak menguji ilmu gurunya. Pertanyaan seorang murid untuk memantapkan kefahaman yang difahaminya samada fahamnya menepati persoalan yang diajukan atau jawapan yang diperolehi dari gurunya berlainan dengan jawapan yang difahaminya atau jawapan dari gurunya akan memberi nilai tambah kepada kefahaman yang difahaminya.

Namun begitu, budaya bertanya dengan soalan-soalan yang mempunyai sifat mencabar pada ilmu masing-masing, sering disalah anggap. Budaya bertanya soalan-soalan, seboleh-bolehnya, sipenanya akan  dinasihati supaya tidak bertanya berlebih-lebihan, seolah-olah seperti mahu menghalang dan menyekat budaya bertanya soalan-soalan. Budaya ini cuba dihalang oleh pihak yang berkepentingan dimana mereka tidak mahu dilihat tidak bijak atau masih kekurangan ilmu, secara tidak langsungnya, mereka ini cuba menjaga kredibiliti mereka sebagai orang yang LEBIH berilmu dari orang lain atau yang lebih muda dalam dunia keilmuan.

"Malu bertanya, sesat jalan". Itu pepatah melayu yang diajar diperingkat bawahan seperti mengalakkan budaya bertanya. Pada peringkat yang lebih tinggi, budaya bertanya ini dianggap sebagai satu budaya cabar mencabar pada ilmu yang ada pada diri masing-masing.

Pertanyaan dari seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, berpotensi mendidik diri sendiri mengenali diri, samada diri sendiri adalah seorang yang Sombong dan Angkuh atau sebaliknya. Jika diri sendiri merasa tercabar dengan mempunyai perasaan marah akibat soalan yang diajukan oleh seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, maka, itu menandakan seseorang itu seorang yang bodoh sombong. Jika diri sendiri merasa tercabar dan merasa ada lagi ilmu yang perlu diketahui hasil dari soalan yang diajukan oleh seseorang yang lebih muda dalam dunia keilmuan, maka, itu menandakan seseorang itu memahami ungkapan "soalan atau pertanyaan itu adalah kunci ilmu."

Dalam dunia perdebatan berkaitan dengan politik, pertanyaan yang diajukan dalam bentuk sinis. Pertanyaan sinis telah menyebabkan sesetengah pihak merasa tercabar dan tersinggung akan perasaan mereka yang boleh mengundang perbahasan panjang lebar tidak berkesudahan bukan kerana soalan sinis, tetapi kerana mereka tidak berfikiran terbuka, jumud, retard pada jawapan yang telah ada dalam diri mereka dan sekeliling. Mungkin sesetengah orang,  langsung tidak mempunyai jawapan dalam diri mereka, kerana kekurangan ilmu atau terlalu berpegang teguh pada ilmu lama yang tidak di perbaharui. Jika soalan berkaitan dengan politik kepartian, menyentuh hal dasar kepartian yang disulami hal-hal keagamaan, persoalan sinis akan mengundang perbuatan sesetengah individu mempertikaikan aqidah dan keimanan individu yang lain.

Persoalan sinis begini dilontarkan kepada penyokong PAS,


Pertanyaan sebegini dianggap bangang oleh penyokong tegar PAS. Dianggap sedemikian kerana mereka tidak mempunyai jawapan atau mereka tidak tahu hendak memberi jawapan kerana kekurangan ilmu.

Walaubagaimana pun, terdapat segelintir penyokong tegar PAS cuba menjawab pertanyaan itu dengan pelbagai jawapan. Satu usaha untuk mencari kunci ilmu.

Akibat persoalan sinis sebegitu yang menyentuh hal kepartian dan keagamaan, maka, ianya telah mengundang perbuatan mempertikaikan aqidah , malah begitu lancar membudayakan budaya takfir.

Berikut adalah contoh-contoh budaya takfir yang sering diamalkan oleh penyokong PAS tegar akibat tidak menjawab persoalan sinis.




Dari dulu sehingga sekarang, budaya takfir sebati dalam diri penyokong PAS tegar apabila pertanyaan demi pertanyaan diajukan  tidak dapat dijawab oleh mereka dengan sebaik mungkin, sehingga lupa untuk mencari kunci Ilmu pada persoalan yang diajukan. 

Setiap pertanyaan samada secara direct atau berbentuk sinis menyentuh hal keagamaan, pertanyaan itu dianggap sebagai perbuatan untuk mempertikaikan dan menentang Islam sehingga penyokong PAS tegar lupa, Islam juga tertegak dengan hujah. Dari mana datangnya Hujah ? Sudah tentu datang dari pertanyaan dan soalan-soalan. Menangkan Islam dengan hujah, bukan dengan perkataan bodoh yang mentakfirkan pihak lain sehingga menyebabkan kekafiran itu kembali kepada yang mentakfir apabila mengabaikan peringatan dari satu hadis yang menegah mengkafirkan sesama muslim.

Jangan takut pada pertanyaan atau persoalan. Takutlah pada kejahilan diri sendiri yang tidak berminat untuk mencari kunci-kunci ilmu untuk membuka gedung ilmu. Jika takut pada persoalan atau pertanyaan berkaitan dengan keagamaan,  lebih baik duduk dalam gua jauh dari manusia.

Terlalu bodohkah untuk mengenali soalan atau pertanyaan yang boleh membuka gendung ilmu atau sebaliknya ?

Disebabkan sifat jumud dan retard sebahagian besar penyokong PAS tegar, menjadikan PAS kelihatan bodoh dan lemah daya fikiran. Disebabkan kebodohan itu, mereka juga bodoh untuk memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti pemimpin. 

Pertanyaan : Hanya yang bodoh memilih pemimpin bodoh ?

Pertanyaan itu adalah kunci ilmu untuk menentukan pemimpin yang bakal dipilih.