Wednesday, November 19, 2014

Literal ( secara zahir ) versus Metafora ( secara kiasan )

Permainan bahasa untuk menguji kecerdasan akal. Kurang cerdas, pening ler jawab nya. Jika dibaca secara literal, melibatkan manusia sesama manusia, tiada perlu penjelasan panjang. Jika dibaca secara metafora melibatkan manusia sesama manusia, penjelasan panjang diperlukan untuk mereka yang kurang cerdas akalnya supaya menjadi orang berakal, kerana kecerdasan akal manusia berbeza antara satu sama lain.

Jika sesuatu ayat atau perkataan itu disampaikan dengan membawa maksud secara literal, melibatkan manusia dan Pencipta, maka, yang salah perlu diperbetulkan. Yang betul perlu diperelokkan lagi. JIka sesuatu ayat atau perkataan itu  disampaikan dengan membawa maksud secara metafora melibatkan manusia dengan Pencipta, maka, mereka(manusia) yang memahami secara salah perlu diperbetulkan. Jika mereka itu telah memahami sebagaimana yang dimaksudkan pada ayat atau perkataan itu, maka, perlu dipelbagaikan penjelasan supaya golongan yang kurang faham dapat mencari kefahaman dari pelbagai sumber penjelasan. Supaya dapat menghindarkan diri dari kesesatan, melainkan jika mereka pilih jalan kesesatan dengan mentakwil sesuatu ayat atau perkataan ke arah kesesatan.

Literal versus Metafora telah diperkatakan didalam alquran. Muhkamat versus Mutassyabihat. Rujuk surah Al Imran ayat 7.




bermaksud "Dialah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur´an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta´wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta´wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal"

Peringatan : Apabila melibatkan hubungan Manusia dengan Penciptanya, maka, sesuatu ayat literal pada awalnya akan dan boleh  bertukar menjadi sesuatu ayat metafora.


Pada ayat 10 dalam surah Al Fath yang bermaksud "Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar."


Jika difahami secara literal pada ayat 'tangan Allah', maka, memang Allah mempunyai tangan. Jika kefahaman itu menyamakan sifat tangan  yang ada pada manusia, maka, fahaman itu salah dan hendaklah dibetulkan kerana Allah Taala telah memperingatkan kita bahawa DiriNya tidak menyerupai sesuatu pun.

Rujuk Surah As Shura Ayat 11 [ Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.] dan Surah Al Ikhlas ayat 4 [ “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya ]. Oleh kerana 'tangan Allah' itu satu kiasan atau metafora, maka, ia memerlukan penjelasan yang lanjut, kerana itu ayat 11 dari As Shura dan ayat 4 dari Surah Al Ikhlas perlu diulang-ulang sentiasa supaya manusia memahami dan dapat membezakan antara literal dan metafora.


Jika difahami pula secara literal pada ayat 'tangan mereka', maka, memang mereka itu mempunyai tangan. Kerana 'mereka' disitu dirujuk kepada manusia. Semua faham tak perlu dipanjangkan. Mereka yang kurang cerdik pun boleh faham. Jika struktur ayat nya lain yang boleh dianggap sebagai metafora atau kiasan seperti 'nyawa mu ditangan aku', maka, kita perlu faham, bahawa mereka guna tangan mereka untuk membunuh.

Itu serba sedikit penjelasan setakat yang ambe faham.

Menyentuh isu sensitif yang melibatkan Sisten In Islam pada tulisan sekeping kad yang ditulis "We are all Allah's Children" , secara literalnya, ungkapan itu telah mengundang kemarahan banyak pihak memandangkan orang yang memegang sekeping kad itu adalah Zainah Anwar dimana, namanya seperti nama orang Islam dan berada dalam pertubuhan NGO yang menggunakan perkataan Islam.

Dalam hal ini, kita atau pihak yang boleh bersemuka dengan zainah,  perlu tanya pada Zainah sendiri apa maksud ungkapan pada kad tersebut. Sepatutnya Zainah sendiri yang menjelaskan maksudnya jika ungkapan itu bersifat metafora atau kiasan. Jika zainah berpendirian bahawa ungkapan itu begitu pada keadaannya secara literal, memang patut zainah itu dibambu supaya faham antara batas keimanan dan kesyirikan. Maka, tak perlu lah Khalid Samad anggap ungkapan itu satu metafora lalu khalid Samad menjadi jurucakap kepada Zainah ldan bersunguh-sungguh menjelaskan maksud disebalik ungkapan ""We are all Allah's Children". Melainkan Khalid Samad telah bersemuka dengan zainah untuk mengetahui maksud sebenar zainah menulis ungkapan sedemikian. Walupun begitu, Zainah sendiri yang perlu jelaskan jika ianya kiasan atau metafora.

Walau bagaimana pun, penjelasan Khalid Samad TETAP betul pada ilmu dan kefahamannya, yang bersifat ilmiah ,  kerana penjelasan sedemikian juga diperjelaskan oleh Dr Zakir Naik seperti di dalam link ini : https://www.youtube.com/watch?v=BKE60ZuWGJY




Penjelasan dari Khalid Samad sekadar satu penulisan kosong sahaja pada  orang yang bodoh lagi kurang memahami secara ilmiah.