Thursday, May 22, 2014

Perbandingan di antara perundangan melibatkan jenayah.

         Selepas malaysia merdeka dari penjajah british, malaysia telah mempunyai 2 jenis perundangan jenayah, iaitu perundangan jenayah Islam dan Perundangan jenayah sivil atau dikenali sebagai Perundangan konvesional yang di copy paste sebahagiannya dari perundangan Britain. Jika dibandingkan antara perundangan jenayah Islam dengan perundangan konvensional, takde beza dari segi jenis kesalahan jenayah. Didalam perundangan jenayah Islam, ada disebutkan kesalahan mencuri. Begitu juga dengan perundangan konvesional, juga ada menyebut kesalahan mencuri. Jika dalam perundangan jenayah islam, ada disebut kesalahan sumbang mahram. Begitu juga dengan perundangan konvesional, juga ada menyebut kesalahan sumbang mahram. Dan banyak lagi jenis kesalahan yang sama diantara perundangan Jenayah islam dan Perundangan Jenayah sivil/konvensional.  Didalam perundangan Jenayah Islam, ada kesalahan melacur, manakala dalam perundangan konvesional, hampir sama tajuknya kesalahan tersebut.

Perbandingan antara perundangan jenayah yang disebutkan secara umum ini hendaklah dirujuk kepada Akta 559 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 dan Akta 574 KANUN KESEKSAAN. Didalam Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan mempunyai persamaan dengan Enakmen Jenayah Syariah Negeri. Susunan Akta 599, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri hampir menyerupai antara satu sama lain. Pembahagiaan jenis-jenis kesalahan dilihat disusun secara teratur dan sistematik.

Sebelum melangkah jauh membicarakan perbandingan antara perundangan, terlebih dahulu, hendaklah pembaca memahami terlebih dahulu istilah, maksud dan pengertian HUDUD dan TAKZIR.

Secara ringkasnya, Hudud adalah jenis-jenis kesalahan dan jenis hukuman-hukuman yang ada dinyatakan secara jelas didalam alquran dan hadis. Manakala Takzir adalah jenis-jenis kesalahan dan jenis-jenis hukuman yang tidak disebut dan dinyatakan secara jelas didalam alquran dan  hadis. Untuk penjelasan lanjut perbezaan antara hudud dan takzir, boleh dirujuk artikel yang bertajuk  "FAQ HUDUD" . Dari artikel tersebut, diringkaskan, hudud dikenali sebagai Hukuman Mandatory ( The Mandatory Punisment ) dan Takzir sebagai Hukuman yang lain daripada Hukuman Hudud dan Qisas (any other was not covered by Hudud and Qisas ). Dengan lain maksud, takzir juga adalah jenis kesalahan jenayah yagn disepakati oleh penguasa atau pemerintah sebagai satu jenayah.

Kesalahan hudud yang jelas disebutkan didalam alquran dan hadis adalah seperti, mencuri, merompak, berzina,qazaf, murtad dan minum arak. Mana-mana kesalahan yang tidak dsebut didalam alquran dan hadis adalah termasuk dalam kategori kesalahan takzir seperti melacur, menculik, memperdagangkan manusia, rogol, sumbang mahram, liwat, pemerasan ugut, rasuah dan sebagainya.

Penerangan ringkas diatas perlu difahami terlebih dahulu untuk melihat perbezaan diantara 2 perundangan.

Selepas Pas merangka Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas dan mewartakannya, secara umumnya, Malaysia mempunyai 3 jenis perundangan Jenayah yang berbeza, iaitu Akta 559 ( termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ), Akta 574 Kanun Keseksaan ( Persekutuan ) dan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terenganu dan Kelantan  sahaja - secara khusus ). Walaupun begitu, ada beberapa jenis kesalahan yang mempunyai persamaan. Perbezaan paling ketara antara 3 jenis perundangan tersebut adalah jenis hukuman-hukuman. Hukuman didalam Akta 559, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri merupakan hukuman takzir sahaja dan tidak mempunyai hukuman hudud, walaupun, terdapat jenis kesalahan Hudud didalam  Akta 559, Akta 574 dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri merupakan kesalahan hudud. Sebagai contoh, didalam Akta 574, kesalahan mencuri merupakan kesalahan hudud, tetapi hukumannya adalah hukuman takzir. Manakala didalam Akta 559, kesalahan Persetubuhan Luar Nikah ( berzina ) merupakan kesalahan hudud tetapi hukumannya adalah takzir dan ianya terikat dengan formula atau hukuman 356, terikat dibawah Akta 355 akta Mahkamah Syariah 1965.

Di perenggan kedua ada menyebut bahawa Pembahagian jenis-jenis kesalahan didalam Akta 559 ( termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ), Akta 574 Kanun Keseksaan ( Persekutuan ), dilihat lebih tersusun dan teratur serta sistematik. Secara peribadinya, ambe berpandangan, Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu dan Kelantan ), pembahagian jenis-jenis kesalahan didalamnya tidak tersusun dan tidak teratur dan mengelirukan serta tidak khusus. Didalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, pada bahagian zina sebagai tajuknya, dibawah nya diletakkan kesalahan-kesalahan seperti zina, liwat dan zina mahram. Sedangkan tajuk ZINA itu, adalah tajuk khusus yang mengambarkan perhubungan kelamin antara lelaki dah perempuan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan. Sedangkan jenayah liwat pula melibatkan dan mengambarkan hubungan kelamin antara pasangan sama jenis tetapi diletak dibawah tajuk ZINA.

Jika dilihat didalam Akta 559 atau Enakmen Jenayah Syariah Negeri, pembahagian tajuknya, mengunakan tajuk yang bersifat umum, seperti tajuk "KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN", kemudian baru lah dikhususkan jenis kesalahan dibawah tajuk tersebut.

JIka dilihat didalam Akta 574 Kanun Keseksaan, pembahagian tajuknya, juga menggunakan tajuk yang bersifat umum, seperti tajuk "KESALAHAN-KESALAHAN MENGENAI TUBUH MANUSIA", kemudian disenaraikan secara khusus jenis kesalahan dibawah tajuk tersebut seperti kesalahan melacur, liwat, sumbang mahram dan lain-lain.

Hal yang disebutkan diatas telah memberi sedikit gambaran perbandingan antara perundangan-perundangan yang ada di Malaysia. Akta 559 Termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri ( kecuali Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ) mempunyai susunan yang teratur dan sistematik. Begitu juga dengan Akta 574 Kanun Keseksaan. tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas.

Untuk melihat gambaran yang jelas, perbandingan diantara perundangan, sila rujuk lampiran gambar dibawah.

1. Akta 559 


2. Akta 574

 3. Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu )

4. Enakmen Jenayah Syariah Takzir ( Terengganu )

Akta 574 Kanun Keseksaan, Akta 559 Enakmen Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan ), Enakmen Jenayah Syariah Takzir ( Terengganu ) lebih sistematik jika dibandingkan dengan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas ( Terengganu ).

Sunday, May 11, 2014

BN perlu diganti untuk mewujudkan persekitaran kondusif

"Pandangan Maza yang menyentuh soal Kondisuf ditempelak oleh mereka yang begitu bersemangat untuk melihat hudud dapat dilaksanakan. Golongan yang seiring pemikiran dengan Maza telah dilabel sebagai Peragu-peragu Hudud. Semangat mereka untuk melihat hudud dilaksanakan, telah mengecilkan kotak pemikiran sehingga tidak berupaya untuk melihat lebih jauh kehadapan. Mereka ini melihat pada satu sudut tanpa melihat dari sudut lain. Mereka ini melihat dalam ruang lingkup yang sempit dan tidak melihat dari ruang lingkup yang luas.

Banyak faktor untuk memwujudkan persekitaran yang kondusif. Sistem Ekonomi, Sistem Kehakiman dan Sistem Pentadbiran. Ketiga perkara ini berkait rapat untuk membentuk sebuah persekitaran yang kondusif. ketiga-tiga perkara yang disebutkan ini juga berkait rapat dengan keyakinan pelbagai pihak dan masyarakat pada sesebuah kerajaan. Perkara ini tidak akan dapat dinafikan oleh mereka yang punya pemikiran berkotak saiz kecil, apabila ia dipanjangkan penerangan dan penjelasan.

Sistem pentadbiran hari ini dikuasai oleh parti pemerintah yang penuh dengan kerja-kerja korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Semua pihak tahu akan perkara ini. Semua pihak tidak dapat menafikan akan hal ini. Disebabkan mereka begitu bersemangat untuk melaksanakan hudud, mereka terlupa pada perbuatan penyalahgunaan kuasa dan korupsi yagn dilakukan oleh parti pemerintah. Perkara ini juga telah mempengaruhi sistem ekonomi seperti mana kita lihat dan baca laporan berkaitan dengan ekonomi dari pelbagai sumber. Parti pemerintah sering menipu rakyat menyatakan bahawa ekonomi malaysia sedang berkembang sedangkan terdapat laporan lain yang menyatakan sebaliknya. Percayakah anda bahawa Ekonomi Malaysia berkembang?

Sistem kehakiman juga dipengaruhi oleh Sistem pentadbiran yang korup dan penyalahgunaan kuasa. Terlalu banyak Kes Mahkamah yang dibicarakankan, dimana, rakyat menilai, tiada wujud keadilan berlaku dalam Sistem tersebut. Banyak berlaku ketidakadilan dalam keputusan Mahkamah apabila dilihat dan dinilai secara logik akal dari kacamata orang awam. Kes Rahim Tambhy Chik, kes Anwar I dan 11, kes Khir Toyo, Kes Shahrizat dengan lembunya, kes Perwaja, kes skandal PKFZ menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sepanjang perbicaraan. Kes Khir Toyo  apabila dibandingkan dengan kes mencuri petai, kes curi susu Nestle Omega Plus Acticol memberi gambaran ketidakadilan berlaku dalam keputusan penghakiman.

Ketiga-tiga Sistem ini perlu diperbaiki dan diperkemaskan dengan menyahkan 'penyumbangleweng' yang berada didalam ketiga-tiga sistem yang disebutkan itu. Untuk mengantikannya, BN yang diketuai oleh UMNO perlu digantikan dengan PR dimasa akan datang. Pengantian ini MESTI dilakukan pada PRU14  bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Sistem Kehakiman, Sistem Pentadbiran dan Sistem Ekonomi. Apabila berjaya mengantikannnya, usaha-usaha kearah membentuk persekitaran kondusif dapat dilaksanakan secara peringkat-peringkat. Dengan ini, ianya akan membuka jalan yang lebih luas kepada proses melaksanakan hukuman hudud.

Kenalpastikan penyumbangleweng yang berada dalam kerajaan BN terlebih dahulu. Nyahkan mereka itu untuk membentuk persekitran kondusif."